Monday, September 01, 2008

Perutusan Mursyidul Am PAS sempena Ramadan

Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
Mon | Sep 01, 08 | 9:27:56 am MYT

Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.
Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.
Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.
Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.
Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.
Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.
Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala. - aza_
[Sumber asal di sini.]

Ramadhan kali ini...

Alhamdulillah, ALLAH SWT mengurniakan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ke-24 dalam hidup ini. Amat sangat diharapkan Ramadhan kali ini mengubah diri ini menjadi sedikit lebih baik, kalu tak dapat banyak. Bantulah aku Ya ALLAH, tasuketeikurei, Ya ALLAH...

Ramadhan mengimbau banyak jugak kenangan, terutama sewaktu memanjat pokok depan jalan surau Kolej 12&14 UPM untuk menggantung banner BARA & IHRAM satu ketika dulu. Memandangkan aku yang kecik sekali di kalangan AJK, maka aku panjat je pokok tu. Banner tergantung tinggi sampai selepas raya sebab takde orang berani nak buang. Aku pun dah lupa cam mana banner tu dibuang, dan oleh siapa.

Ramadhan di UPM jugak menyingkap pengalaman pertama kemalangan dalam compound UPM. Dengan Paan yang tak pakai helmet masa tu, nasib baiklah tak teruk. Sayang sekali baju kuning yg dapat masa jadi fasi Orientasi matrik KMPP 2003/04 terkoyak & tak boleh dah nak dipakai lagi. Begitu jugak slack John Master yg abe Li bagi yg harga 100 lebih tu, koyak dalam kemalangan tu. Aku ke pusat kesihatan sejurus selepas maghrib, buka puasa & menerima satu das suntikan. Nasib baik Paan tak apa-apa. Ye ke Paan? Kemalangan tu berlaku kat simpang 4 MTDC - Kolej 12 tu. Aku amik Paan di masjid UPM, masuk kot simpang kubur Cina tu. Bawa straight motor RC-80 tu ke arah simpang 4 tu. Then, aku cuba nak elak motor sebelah kanan yg datang potong aku kot kiri, masa dah rapat dengan simpang 4 tu. Asal motor tu follow aku dari belakang di sebelah kanan, mungkin sebab aku slow dia pun cuba potong aku dari kiri. Then aku elak la, sebab rasa cam dia tak sempat potong kalau aku tak elak. Sudahnya, aku jatuh ke kanan, adalah kereta nasib baik sempat berhenti kat belakang. Pesan driver kereta tu, "Bawak motor tu leklok dik, seminggu je lagi nak raya ni...!" Memang masa tu dekat seminggu lagi nak raya.

Masa sem 1 gi hantar Nazrul, Hadi Awang, Safwan ke Mesir, pun dalam bulan puasa juga. Dah balik dah pun Nazrul. Itulah first time g KLIA dengan kereta pinjam (thanks Izni) dan driver pinjam (thanks Raihan). Rasanya cam banyak menyusahkan pulak orang aku ni semata-mata nak gi menghantar Nazrul dan yang lain-lain tu. Takpalah, diorang tak kisah pun.

Ramadhan oh Ramadhan, aku mula kenal wira-wira keinderaan pun dalam Ramadhan la...hukhukhuk...

~Kumengharapkan Ramadhan, kali ini penuh makna...~
~Agar dapat, kulalui, dengan sempurna...~

Kematian dan Ramadan

Ahmad Lutfi Othman
Sun | Aug 31, 08 | 2:13:21 pm MYT

Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah.

Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah.

Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah.

Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Detik nafasmu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. Apa lagi dengan bertadarus, menyantuni anak yatim, menyempurnakan silaturrahim, membela golongan tertindas, bersedekah, memuliakan ibu bapa, mengasihi orang tua, membantu golongan tidak berupaya, menyediakan bahan berbuka, selain berdoa dan memanjangkan sujud, serta menghidupkan malam dengan munajat dan taubat selepas bertarawih, sementara menanti malam seribu bulan.

Menghampiri Ramadan kerap mengingatkan saya tentang pemergian secara tiba-tiba buat selama-lamanya, jantung hati kami sekeluarga, Nurul Syafiqah, pada pagi 1 Ramadan, jam 8.15, tiga tahun lalu. Dalam usia 11 tahun, kematian Syafiqah, anak kedua kami, cukup meremukkan hati; mencampakkan saya, isteri dan empat anak yang lain ke penjuru satu dunia berbeza.

Ternyata kasih sayang buat anak kecil darah daging sendiri begitu luar biasa, tertanam jauh di dalam kalbu, menyelinap setiap denyut nadi.

Ya, Ramadan dan kematian menjadi cukup intim, saling mengingatkan, walaupun selalunya peringatan itu mudah dilupakan. Khabar kematian sering mengejutkan. Debarannya keras sekali.

Hentakannya boleh memutuskan angan-angan. Sayang, insan selalu alpa. Kematian anak kecil, apa lagi yang tidak didahului dengan sakit memanjang, lebih "istimewa" berbanding kehilangan ibu atau ayah, atau keluarga terdekat lainnya.

Ia memang menyesakkan nafas, membuntukan fikir, namun secara misteri mudah menyuntik rasa sedar-insaf bahawa panggilan Ilahi bisa datang secara tiba-tiba, tanpa bertanyakan apakah persiapan sudah beres atau masih khayal dengan hal duniawi yang tidak berkesudahan.

Benar sekali sabda nabi. Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati. Rasulullah pernah ditanya tentang orang Mukmin yang paling mulia, maka jawabnya adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Ditanya lagi, orang Mukmin mana yang paling beruntung atau cerdas, maka jawab baginda, mereka yang paling banyak mengingati mati dan mempunyai bekal yang banyak untuk menghadapi kematian.

Ramadan menjanjikan gandaan pahala, menghaluskan jiwa dan mendorong untuk melakukan amalan kebajikan. Manakala mengingati kematian menyebabkan seseorang menyegerakan taubat, rendah hati dan rajin beribadah. Namun Ramadan bukan pula membungkus seseorang dengan aktiviti individualistik semata.

Khidmat buat masyarakat, menarik tangan masyarakat bawahan yang tertekan, terutama dalam kesempitan hidup yang menggigit ini; semuanya perlu ditingkatkan setulusnya, sebagai satu persembahan agung buat Ilahi. Sesungguhnya Allah amat mencintai makhluk yang paling penyayang pada makhluk yang lain, yang paling bersungguh-sungguh dalam memenuhi keperluannya.

Usah terlepas lagi daripada merangkul kenikmatan Ramadan yang sangat istimewa itu. Pesan saya buat diri yang sangat mudah terleka ini, walaupun Syafiqah kerap mengejutkannya. - mks._

[Sumber asal di sini.]

Tuesday, August 26, 2008

Kenyataan Media oleh DPP Pusat Membantah Konsert Avril Lavigne

Tuesday, August 26, 2008

Kenyataan Media .
BANTAH KONSERT AVRIL

Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras – kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril Lavigne walaupun sebelumnya Kementerian Kesenian dan Warisan serta PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, malang ia diluluskan kembali apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri .

Konsert ini adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada bulan september ini.

Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan biadab terhadap ummat Islam , walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.

Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Tarikh 29 Ogos 2008 sekurang – kurang berhadapan dengan suasana penting bagi negara ini khasnya ummat Islam .

Pertama ummat Islam bakal menghadapi bulan ibadah yang penuh kemuliaan dan keberkatan . Sepatutnya ia tidak dicemari oleh konsert seperti ini yang membawa masuk seorang artis simbol seks Avril Lavigne . Pastinya konsert ini akan membawa ummat leka dan lalai malah merosakkan moral dan akhlak mereka .

Kedua , berhadapan pula dengan ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 ogos . Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak – anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme . Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik , bermoral dan berdaya saing , sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu.

Pembatalan konsert sebelum ini, rupanya bukanlah kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelewatan memohon permit. Maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati Avril Lavigne.

Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan Kerajaan UMNO dan BN , di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini. Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?

Dewan Pemuda PAS Pusat tegas menyatakan sikap bahawa konsert seperti ini mesti dibatalkan segera dan ini adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam . Andai mereka tidak peduli amaran ini , Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak – agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung .

Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, PEKIDA, ABIM, JIM, TERAS dan GAMIS turut bersama-sama membantah konsert tersebut. Ini bukan untuk kepentingan politik tetapi melibatkan maruah dan harga diri ummat Islam . Jika begini terus menerus sikap kerajaan UMNO dan BN , mereka bukan sahaja jauh dari rahmat dan berkat Ilahi tetapi insyaallah akan terus dibuang dan dihumban oleh rakyat yang semakin hari semakin jelak dan muak dengan sikap berpura – pura Islam mereka .

Dewan Pemuda PAS Pusat turut menggesa agar seluruh mufti menunjuk sikap dan menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan yang membenarkan penganjuran pesta maksiat ini agar mereka tidak hanya responsif terhadap isu seperti sumpah saiful bahri tetapi diharap turut menunjuk sikap bagi membersihkan bumi ini dari maksiat dan mungkar .

Yang Menjalankan Tugas
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
(Sumber asal di sini.)

Friday, August 22, 2008

DNA Act - Kita agak lambat

Seiring dengan perkembangan semasa, DNA selalu digunakan untuk mengesan penjenayah, mencari bukti dll di tempat kejadian jenayah di samping penggunaan darah, semen, kulit, air liur atau helaian rambut. Asas penggunaan DNA ialah keunikan, sama seperti cap jari bagi manusia, yang mana setiap manusia, haiwan dan tumbuhan mempunyai DNA yang berbeza. Walaupun dua individu sama spesies mempunyai susunan DNA yang majoritinya sama, pemprofilan (profiling) DNA masih dapat dilakukan dengan meneliti salah satu susunan-susunan pemboleh ubah khusus dalam susunan DNA (VNTRs).

Kenapa baru sekarang Akta ini baru hendak digubal? Walaupun Jabatan Forensik PDRM mempunyai kapasiti untuk melakukan ujian DNA dengan kerjasama Jabatan Kimia, namun mereka masih kurang berkesan dalam mengumpul profil-profil DNA dan disimpan dalam bentuk bentuk pangkalan data (sperti CODIS). Kita tidak tahu sama ada mereka mempunyai simpanan data sedemikian rupa atau pun tidak. Lantaran itu, sampel DNA diambil berulang kali untuk diuji dan pengenal pastian identiti individu. Proses ini sedikit membazirkan masa siasatan yang diketahui amat berharga.

Dalam kes liwat terbaru Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau enggan sampelnya diambil kerana gusar sampel berkenaan akan dimanipulasikan untuk membentuk bukti. Beberapa tahun yang lepas, sampel DNA beliau telah pun diambil dan mustahil ianya tidak direkodkan. Jika benar apa yang didakwa Saiful Bukhari Azlan berlaku, sedikit sample (jika ada) bolehlah diambil dari si penuduh untuk dijalankan ujian profil DNA ke atasnya. Satu rekod baru DNA Saiful akan dibuka jika sebelum ini sampelnya belum pernah diambil. Jika terdapat DNA pihak lain, maka ujian profil akan dijalankan dan akan dipadankan dengan rekod sedia ada. Jika padanan terbukti sama dengan rekod profil DNA Dato' Seri Anwar, sudah pasti, dari sudut forensik dan jenayahnya, cukup untuk membuktikan Anwar bersalah. Kenapa ianya tidak menjadi semudah itu?

Berbalik kepada Akta DNA. Walaupun baru hendak digubal, itu adalah bagus. Ini akan memudahkan kerja siasatan bila adanya panduan (akta) untuk dikuatkuasakan. Rakyat sebenarnya tidak perlu risau sangat. Bukan semua orang akan diambil sampel DNA-nya melainkan kerajaan negara ini memang tidak kisah pasal privasi. Mengikut praktis semasa di negara-negara yang sudah agak lama mempunyai akta sedemikian rupa, hanya penjenayah yang ditahan atau suspek-suspek sesuatu kes yang akan diambil sampel DNA dan disimpan rekod profilnya. Hanya ada satu negara di Eropah bercadang untuk mewujudkan pangkalan data DNA yang mengandungi seluruh profil sampel DNA rakyatnya (namun masih di peringkat cadangan). Ada juga negara yang menumpukan kes-kes berkaitan jenayah seksual sahaja untuk memilih individu yang hendak disampel DNA-nya.

Isunya ialah kenapa baru sekarang Akta DNA ini hendak dibahas di dalam parlimen. Ianya amat ironik dengan suasana yang ditimbulkan akibat kes liwat kedua Anwar dan pilihan raya Permatang Pauh. Kita yakin dengan penggubalan akta ini, tiada lagi tilam yang akan diusung ke dalam mahkamah, menjadi satu tanda kebodohan pihak yang cuba untuk menegakkan benang yang basah.

--
(Ditulis secara bebas selepas merujuk Wikipedia dengan search terms DNA, forensics, trace evidence dan lain-lain)

Thursday, August 21, 2008

Al-Fatihah kepada adik Khairi

Sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada adik Khairi, Najmah yang telah pulang ke rahmatullah akibat lemas. Semoga almarhumah ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat redha & rahmat ALLAH. Semoga Khairi sekeluarga tabah & redha menerima ujian ini.

Permatang Pauh dari jauh: Doa mengiringi calon vs Duit mengiringi calon

Senjata umat Islam yang tiada taranya seperti disebutkan ialah doa. Doa adalah kunci kekuatan selain usaha yang tidak jemu-jemu yang selari dengan syariat ALLAH Ta'ala. Melihat Tuan Guru Menteri Besar Kelantan mengiringi calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, timbul satu kelegaan di situ. Kesediaan Tuan Guru berkenaan sudah pastilah bersama-sama dengan doa beliau agar urusan DSAI dimudahkan oleh ALLAH.

Apakah yang mengiringi calon BN, Dato' Ariff Shah? Atau, siapakah yang mengiringi calon BN, Dato' Ariff Shah? Duit rakyat barangkali. Doa mungkin juga mengiringi.

Siapakah yang akan memenangi pilihan raya Pematang Pauh 26 Ogos ini? Dari segi duit, mungkin BN akan menang. Dari segi undi, kita tidak tahu. Begitu juga dari segi doa. Menjadikan doa sebagai senjata kemenangan boleh dilakukan oleh semua pihak, tapi, pihak yang lebih berduit sajalah yang mampu menang jika dikira dari segi kewangannya. Namun, undi pilihan raya tidak dikira begitu. Undi dikira dari kertas undi. Tidak bermakna, jika banyak duit digunakan, kemenangan juga yang dicapai nanti.

Banyakkan berdoa dan berusaha untuk kemenangan.

(tak tau nak tulis apa lagi...)

NCC

NCC. Plate number kereta di Neg. 9 la ni. Mungkin dah lps sikit2 kot. (Utk update no. plate terkini klik sini.)

Apa yang difikirkan masa mula-mula baca 3 huruf ni? Well, for me, I'll remember my teenhood ambition to further study at NCC. National Computing Center, kat mana lupa, London kot...Minat sangat kat komputer...sampai nak ke situ. Masa tu tak tau lagi pasal MIT atau Bell Labs.

Tapi tgk situasi skrg, lambat lagilah nak sambung belajar nampaknya.

Ada kisah pasal ni.

Masa Form 5 dulu, nak dkt2 SPM dah, ada sesi sehari Motivasi SPM dgn Dr. Shukri Abdullah. Sesi pagi sampai petang. Dalam satu slot sesi petang tu, dia panggil mana-mana student utk ke depan. Well, sorang muslimat (dulu2 panggil puteri...) keluar dulu. Then, diminta oleh Dr. Shukri sorang wakil student lelaki. Lama, 2-3 minit kot takde orang keluar lagi. Lastly aku pergi la keluar ke depan dewan yg penuh dgn student form 5 masa tu.

Malu. Segan. Semua ada. Mana taknya, muslimat tu figure di stu. Pemantun terbaik sekolah & negara (menang pertandingan Pantun anjuran BH). KP di situ. Orangnya pun boleh tahan dan menjadi tumpuan.

Well, kami disuruh kenalkan diri masing. That season went on very well until Dr. Shukri tanya nak sambung belajar kat mana. Biasalah, orang muda, target kena tinggi, darah pun masih panas, semangat pun tengah membara. Aku jawab National Computing Center @ UK. Muslimah tu pula jawab kat oversea saja atau kat UK saja aku lupa. Dia tak mentioned kat mana-mana pun tempat pengajian & I'm very sure of that.

Hari tu aku balik bilik kena gelak dengan kawan2, bukan sebab tempat aku yg aku pilih utk sambung belajar tu, tapi sebab 'keluar' ke depan. Dengan dia. Ya, dengan dia. Teruk gak aku rasa aku kena insult verbally kat bilik.

Well, tahun berganti tahun. Aku tetap di Malaysia, SPM - Matrikulasi - U... Alhamdulillah dapat sponsorship Yayasan TM di U. Masa induction course kat Bangi utk batch yg dapat scholarship tu, (sekitar Ogos/September 2003 @ Akademi Percukaian Negara), ada lagi satu slot dgn Dr. Shukri. Habis slot dia, aku jumpa dia. Tanya dia, dia ingat lagi tak aku. Dalam slot motivasi SPM yang dia buat dalam tahun 2001 yang dah lepas. Ada dia bawa pistol air sembur2 kat kitorang dulu. Ada dia panggil dua orang student, seorang lelaki seorang perempuan utk introduce dan nyatakan kat mana nak sambung belajar... Dia respon, kata dia ingat.

Aku cakap akulah pelajar lelaki tu. Aku jugak cakap yang student perempuan tu dah ke Univ. of Auckland. Aku tak ke UK, dan terus langsung tak ke luar negara. Dia? Walau pun tak dapat ke UK, dia dapat ke New Zealand. Aku minta maaf sebab aku tak dapat tunaikan janji itu.

Itulah rezeki. Aku pun lupa apa yang selebihnya dinasihatkan kepada aku oleh Dr. Shukri selain itu.

Well not later after that, in that year jugak, I managed to contact that muslimah via email & told my encounter with Dr. Shukri. I also told my regret sbb tak dapat sambung belajar ke luar negara. Well, of course, dia pun cakap itulah rezeki. Nak ke luar negara tak semestinya dengan sambung belajar saja. Well, although I accepted that kind of reasoning, I felt that pergi abroad utk study adalah meaningful daripada lain-lain tujuan (except umrah & haji).

Well, aku sekarang kerja di sini, dia di Petronas. KLCC. Dia baru je kahwin dua minggu lepas dengan kawan aku jugak...Tahniah buat kalian.

Setiap kali ternampak kereta bernombor NCC aku mesti teringat cerita ni. Memang. Negeri Sembilan, dekat di hati...

Wednesday, August 20, 2008

Sama-sama doakan family Khairi

Tadi Zali btau, adik Khairi Ismail lemas...

Sama-sama doakan adiknya dijumpai & keluarga mereka ditabahkan hati.

Kredit Kosmo.


PASUKAN penyelamat berusaha mengesan Najmah yang dikhuatiri lemas di Pantai Kem Pengakap, Pulau Pinang semalam.

PULAU PINANG - Percutian sebuah keluarga di Pantai Kem Pengakap di Teluk Bahang dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semalam.

Mangsa, seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) terjatuh ke laut selepas jet ski yang dinaiki ber sama tunangnya terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah ha ri itu.

Najmah Nor Ismail (gambar kecil), 21, yang berasal dari Kajang, Selangor adalah penuntut tahun akhir jurusan Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan di USM.

Ketika kejadian, mangsa bersama keluarga tunangnya, Mohd. Zulkhairy Haris, 27, menginap di sebuah banglo di tepi pantai itu sejak kelmarin selepas mereka tiba dari Kajang sempena cuti sekolah.

Menurut seorang ahli keluarga Zulkhairy, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

"Ketika itu, jet ski itu ditunggang Zul khairy manakala mangsa dan adik Zulkhairy, Puteri Shamil Nabila Haris, 10, berada di belakang sebelum terbalik.

"Zulkhairy sempat memeluk Puteri Shamil manakala Najmah terus tenggelam," katanya.

Difahamkan, Najmah baru bertunang pada Mei lalu dengan Zulkhairy yang bertugas sebagai pensyarah.

Thursday, August 14, 2008

Wajah-wajah hebat...


Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Pemuda PAS luah rasa kecewa terhadap Lim Guan Eng

Sumber: Harakahdaily.

Mohd Nor Yahya
Thu | Aug 14, 08 | 5:05:39 pm MYT

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Muktamar Dewan Pemuda PAS hari ini menyaksikan luahan rasa kecewa terhadap ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan melahirkan rasa kecewa kerana setakat ini masih gagal menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibraim.

Begitu juga wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang gagal menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng biar pun sudah beberapa kali menghantar surat untuk menemuinya.

"Biar pun kita sudah sambut 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, pemuda PAS hanya sekadar menjaga parking, mengutip sampah dan menampal poster ceramah.

"Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran," kata Mohd Sany.

Beliau juga berkata, ada di kalangan pemimpin KeADILan mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.

"Belum pilihan raya baik sahaja...bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.

"Masa sambutan 100 hari di Selangor tak ada satu pun bendera PAS digantung. Malah lebih mengecewakan lagi Dewan Pemuda nak jumpa Menteri Besar pun tak dapat.

"Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan," katanya sebagai sokongan usul Memperkukuh Peranan PAS Dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berkata, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memang mampu dan layak untuk menjadi Perdana Menteri. - mj_

Monday, July 28, 2008

Sakit sikit..

Semalam, dah nak hujung-hujung training, cikgu suruh aku, Ihsan, Anis, Marina & sorang lg bengkung merah x kenal siapa, wat golongan 31...(entah kenapa tak sampai golongan 41 semalam w/pun baru je peringat & belajar). Bold ialah kedudukan arah asal.
  1. Kekuda menyerang kiri, tendang lurus kiri ke hadapan, mengadap kanan tapak selari.
  2. Sepak layang kaki kana ke kiri 180 darjah, then mengadap belakang.
  3. Juring kaki kiri sisi kiri. Awas
  4. Pancung kiri sisi kiri mengadap ke depan (kanan)
  5. Tumbuk kanan bertapak melangkah ke depan (kanan), tangan kiri tutup pipi kanan
  6. Juring kaki kiri sisi kiri. Awas
  7. Pancung kiri sisi kiri mengadap ke depan (kiri)
  8. Tumbuk kanan bertapak melangkah ke depan (kiri), tangan kiri tutup pipi kanan
  9. Juring kaki kiri sisi kiri. Awas
  10. Harimau simpan kuku, bertapak mengadap hadapan
  11. Tumbuk kiri lurus ke kanan balas tangkis sisi balas pancung kiri ke kiri. Bertapak mengadap depan.
  12. Tumbuk kanan ke depan, balas tangkis sisi (atas) balas kun.
  13. Cakar rajawali bertapak balas hentak
  14. Tendang lurus kiri ke depan
  15. Cakar harimau (pusing 180 darjah) ke kanan bertapak selari
  16. Cakar helang balas cucuk ke depan
  17. Juring kanan 45 darjah ke kiri, turun bertapak mengadap kanan
  18. Tumbuk bertapak ke depan (kanan) balas tangkis atas balas tangkis bawah
  19. Sepak layang kanan 180 ke kiri turun bertapak selari mengadap belakang
  20. Kuda gila ke hadapan (belakang)
  21. Berpusing ke depan, duduk anak harimau, harimau simpan kuku.
  22. Berpusing ke kanan cakar helang ke belakang
  23. Balas pusing ke kiri cakar helang ke belakang
  24. Tangkap 'pak' bawa ke sisi (lupa nama dia)
  25. Tumbuk kanan-kiri-kanan ke depan
  26. Bangun tendang lurus kanan ke depan balas juring ke depan, turun bertapak selari mengadap ke belakang
  27. Juring sisi kiri ke kiri (kanan) [tiba-tiba ppprraaakk! Allah...! Sakitnya..!! Tgk2 seluar ok je...sah dah ni....]
  28. Roda ke kiri (kanan) [tgh sakit2 ni.. Roda pun dah x cantik dah]
  29. Juring terbang kanan ke kanan (kiri) dan jatuhkan badan. Simpan kaki.
  30. Berpusing mengadap depan dan juring kiri ke kiri
  31. Bangun, duduk anak harimau, harimau simpan kuku.
Post ni menjawab soalan Fad a.k.a awan badai dalam shoutbox tu. Tengah sakit lagi ni. Cikgu kata suruh rehat, kalau otot yang terkoyak, dah tak boleh jalan dah tu. Tp alhamdulillah boleh jalan slow2 ni & bawa motor....

Thursday, July 24, 2008

Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am

Lanjusoh & Salmah Mat Husain
Wed | Jul 23, 08 | 8:19:30 pm MYT


KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).

"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.
Image"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.
Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.
Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.
Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.
Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).
Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.
Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.
Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.
"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.
"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.
Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.
Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.
Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.
Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.
"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.
"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.
Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.
Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.
"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.
Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.
Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.
"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks._

Monday, July 21, 2008

Mursyidul Am tidak mahu sejarah hitam berulang kembali - Harakahdaily

Salmah Mat Husain
Mon | Jul 21, 08 | 7:19:24 pm MYT


KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.
Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.
"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti.
"Itu perangkap namanya," katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan muzakarah bersama PAS sudah tiga kali diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agama dan orang Melayu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini menegaskan muzakarah yang dicadangkan perlu bersyarat di mana Umno perlu meminta maaf secara terbuka kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini.
Beliau berkata, PAS tidak akan menerima nasib buruk diperangkap Umno kali kedua, cukup hanya sekali.
"Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita."
"Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia.. sepatutnya begitu," ujarnya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam.
Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya.
"Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno."
"Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerja sama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata," ujarnya.
Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno.
Ditanya isu muzakarah sengaja diperbesarkan media, beliau berkata, ia sudah menjadi agenda media untuk melariskan jualan.
"Itu kerja orang surat khabar, dia akan berbuat sesuatu untuk melariskan akhbar masing-masing, itu jelas.
"Jadi untuk melebarkan perjuangan PAS hanya melalui ceramah dan internet. Apa yang menjadi isu di media sekarang kerana mereka mempunyai agenda sendiri, sebab semua suratkhabar harian proUmno belaka," ujarnya.
Beliau juga turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu muzakarah.
Katanya kewujudan berbezaan pandangan tidak bererti parti itu mengalami masalah kepemimpinan.
"Sehingga hari ini ia tidak menjadi masalah, sebab kita hidup tidak boleh senyap, banyak mana yang kita nak luah, kita luahkan, kemudian kita dengar balik."
"Sekarang masing-masing sudah meluahkan pandangan, jadi terpulang kepada penyokong untuk membuat penilaian," ujarnya.
Beliau juga berkata, biar pun sudah ada pertemuan pemimpin PAS dengan Presiden Umno, ia tidak bererti sudah ada persefahaman antara kedua-dua parti tersebut.
Ditanya adakah beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti Umno beliau berkata, tidak juga.
"Benda atas dunia ni begitulah, masalah perkara biasa berlaku seperti dalam rumah tangga antara suami isteri, kesilapan dilakukan suami adakalanya tidak disedari."
"Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat," ujarnya.
Beliau juga meminta ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang dalam menghadapi situasi sekarang serta tidak mudah termakan taktik yang dimainkan musuh.
Mursyidul Am juga berharap perwakilan membahaskan isu tersebut di Muktamar PAS di Ipoh Ogos depan. - mj_

p/s Setuju benar aku dengan Tok Guru Nik Aziz!

Thursday, July 03, 2008

Selamat Hari Lahir kepada yang lahir bulan Julai...

Birthday abah ke-59 @ 18/7

Then...

09 Julai - A' Atikah Bte. Nik Mazian; exKMPP, Kelate, anok tok wakil
11 Julai - Ahmad Mukhzani Bin Mansor; exKMPP, ex-practicum mate, UTM’s
11 Julai - Nor Azura Binti Abdul Rahim; exKMPP, ex-practicum mate
11 Julai - Aimi Suhaida Binti Bakar; exKI, exKMPP, UM’s, dah habih belaja rasanya doktor gigi aku nih...
11 Julai - Zulhazmi Fitri bin Abd Razak; Ex-pimpinan UKM, MIS @ STMB, dah ada anak sorang...bila ye berpeluang nak gi lawat diorang...
12 Julai - Mohd Radzi Bin Omar; exKMPP, sekuliah
12 Julai - Siti Maisurah Binti Mohd Nor; Sejalan, exKMPP, USM’s, la ni ngaja di Johor Bahru. Cikgu Mai!
13 Julai - Ridhuan bin Othman (R-O); UPM, sejalan
16 Julai - Radhiya Binti Mohd Razif; sejalan, exKI, exKMPP, UNIMAS’s, doktor aku ni tgh tunggu posting...duk kulim la ni...
19 Julai - Noor Mazuin Binti Abu Bakar; ex SMAPL, ex JPP KMPP, UMS’s...then?
20 Julai - Nurul Hidayah bt. Awang Che Li; exKI, UPSI’s, Kurang sket dp natrium klorida (NaCl) tu dia laa...NHACL...
20 Julai - Nor Salehan Mohamad Sabli; The only pen pal yg x putus berhubung smpai skrg
21 Julai - Syahidah Binti Abdul Rahman; exKMPP, UM’s, YTM’s, jumpa kat tingkat 4 Menara TM ni...satu division rupa2nya.
25 Julai - Khairunisahasinah Bt. Zulkifli; exKMPP, UTM’s, sejalan
27 Julai - Kamaruzaman bin Mohamad (K-Z); ex Bos MIS @ STMB dulu, exUPM, oghe kuat...mantan bos...eh, alih2 jadik 'bos' balik...
27 Julai - Khairul Azizi bin Abdul Rahman; Master data-cleanup di MIS @ STMB...tahniah! baru dapat baby boy selasa lepas 1/7...


...dan lain-lain kenalan sahabat handai...