Thursday, February 26, 2009

Ulasan perasmian filem Mat Kilau

Tertarik rasa hati hendak mengulas satu keratan berita seni dalam BiPop Ahad lepas. Aku beli berita minggu tiap-tiap Ahad mainly sebab nak baca komik persilatan tu, bukan sebab taknak boikot NSTP group... (la ni Seladang Tunggal..., yang sempat aku ikut sikit2 sblm2 ni cam cite Takluk Jagat, Si Sapu Angin & Takluk Jagat lawan Si Sapu Angin. Lukisan Zoy memang aku salute.)

Well, bukan pasal lukisan Zoy aku nak ulas tapi pasal berita dlm BiPop yang berkaitan perasmian filem Mat Kilau oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan. Sila baca artikel penuh di sini.

Kebanyakan penggerak filem epik berkenaan, yakni aktor-aktornya ialah orang persilatan. Aku amat kagum dengan effort ini, walaupun, result filem ini masih belum pasti. Mcm mana watak muda Hairul Nizam nak portrays Mat Kilau yang kelihatan seperti lagenda persilatan Melayu, wallahua'lam. Aku terfikir cam mana dia nak lakonkan watak arwah masa dia remaja & masa dia tua. Teknik solekan / CGI mcm manakah yang akan diimplementasikan.

Aku amat berharap aksi persilatan sebenar yang akan diutarakan dan bukannya aksi ala-ala terbang kung-fu (wire-fu) dan lain-lain aksi silat yang tidak logik. Close-up segala buah dan seni jurus yang akan dilaksanakan dlm filem itu amat-amatlah dialu-alukan.

Satu persoalan lagi, berkenaan juraian persilatan Mat Kilau dan apa yang Hairul Nizam pelajari. Pesilat muda penuntut Sains Sukan di UiTM ini mempelajari Seni Gayong Fatani Malaysia sejak sekian lama. Diketahui di alam persilatan Melayu moden, juraian persilatan Gayong Fatani berasal dari utara tanah air, sedangkan aliran persilatan Mat Kilau (jika silap diharap dapat dibetulkan) bersusur-galur dari sebelah timur tanah air. Adakah skil Gayong Fatani Hairul Nizam mampu mempersembahkan ilmu persilatan aliran Mat Kilau dengan baik? Gayong Fatani ialah gayong pulut dan bukan silat tempur sepenuhnya, seperti Gayong bersusur galurkan Dato' Meor Rahman. Adakah babak pertarungan dengan penjajah akan menggunakan bunga-bunga & buah-buah gayong pulut ini? Wallahua'lam. Aku kira elok minta pandangan tokoh silat Pahang, Cikgu Mazlan Hashim pasal ni. Takut-takut, tokoh-tokoh silat, guru-guru lama komen pasal ni. Namun aku agak yakin, penyelidikan krew filem ni selama dua tahun sedikit sebanyak mampu menjernihkan masalah ini. Walaupun Hairul Nizam menjelaskan babak persilatan tidak menjadi masalah buatnya, diharap pandangan-pandangan ini dapat diambil kira.

Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini nanti awal tahun depan.

Wednesday, February 25, 2009

Dr. Haron Din ulas isu mufti & derhaka

Dr. Haron Din ulas isu mufti & derhaka

(dari sini.)

Azamin Amin
Wed | Feb 25, 09 | 9:40:03 am MYT

"...tidak pernah dengar ada sebarang komen daripada mana-mana mufti."
Beliau adalah antara ulama terkemuka yang masih berhubung rapat dengan Istana dan Raja-Raja Melayu, tetapi tetap dekat di hati rakyat. Justeru, Dato' Dr Haron Din dirasakan tokoh paling sesuai yang boleh mengupas situasi gawat di Perak terutama berkaitan hal yang digembar-gemburkan media, iaitu isu taat setia kepada kepimpinan dan masalah derhaka kepada Raja-Raja Melayu, dari perspektif agama.
Ketua Pengarang KumpulanHarakah AHMAD LUTFI OTHMAN dan Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN beserta jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH sempat mewawancara Timbalan Mursyidul Am PAS itu, di kediamannya di Bandar Baru Bangi, pagi 16 Februari lalu.
Bahagian Dua)
Pada pendapat Dato', adakah Sultan Perak sendiri merasakan Nizar sudah menderhaka kepadanya?
Kebetulan ketika rancak isu yang dimainkan media kononnya Nizar derhaka kepada Sultan Perak, tiba-tiba saya terbaca dalam berita bahawa Nizar dijemput dan menghadiri Majlis Jubli Perak Sultan di istana. Kalau ini boleh difahami, maka jika benar Nizar derhaka pada Sultan, pada hemat saya sudah pastilah Sultan tidak akan jemput orang yang menderhaka kepada baginda.
ImageBegitu juga Nizar, jika tiada jemputan pihak Sultan, tentu Nizar tidak akan pergi dan jika Nizar derhaka, sudah pasti dia tidak memenuhi jemputan itu atau tidak hadir di majlis Sultan.Amalan kita ialah kita tidak akan datang jika tidak dijemput dan dalam kes ini, jemputan mestilah atas perkenan Sultan. Kemudian Nizar datang dengan hati terbuka. Maka tidak benar sama sekali dakwaan Nizar derhaka kepada Tuanku.
Mufti Perak, Dato' Seri Harussani menyarankan agar taat kepada pemerintah dalam apa jua keadaan. Mungkin Dato' ada pandangan lain?
Saya mengikuti saranan beliau agar taat kepada pemerintah. Saya nak menyebut, saya amat menghormati dan menghargai seluruh mufti kerana mereka memegang amanah Allah SWT untuk mengajak manusia kepada yang benar, al-Haq. Sepanjang yang saya ikuti dalam konteks politik Malaysia, berlaku pertembungan antara parti-parti politik yang membabitkan banyak isu, misalnya krisis perlembagaan yang melibatkan Raja-Raja Melayu.
Maknanya, pertembungan Umno dengan seluruh Raja-Raja Melayu, termasuk krisis membuang imuniti dan kekebalan Raja-Raja. Ketika itu tidak pernah kita dengar ada sebarang komen daripada mana-mana mufti.
Seingat saya, mereka berpegang kepada neutraliti. Ini kerana Mufti kita ketahui selalu berpegang kepada prinsip 'non-partisan' dan tidak mahu terlibat dalam kancah politik. Bila berlaku krisis di Perak, Mufti membuat komentar yang baik namun orang ramai menafsirkan sebagai telah 'memihak' kepada Umno-BN.
Antara lain saranannya agar menyokong idea untuk tidak perlu bubar Dun dan akur sahaja dengan apa yang berlaku dan berserah kepada takdir, terimalah seadanya ...Komen seperti itu wajar disuarakan kerana itu pandangan peribadi bukan fatwa, tetapi apabila ia dilihat antara 'between the line', antara tersurat dan tersirat, ia amat jelas memihak dan menafikan hak satu pihak yang lain.
Dengan itu, ia mengundang tafsiran yang negatif terhadap mufti.
Ada pihak beranggapan tindakan Sultan Perak itu sebenarnya adalah untuk mengembalikan kuasa kepada orang Melayu di negeri berkenaan yang kononnya selama diperintah Pakatan Rakyat, Nizar hanya menjadi boneka kepada DAP. Jadi, menurut golongan ini, walaupun ada percanggahan dengan undang-undang tetapi Sultan lebih melihat kepentingan orang Melayu?
Keutamaan saya adalah jangan hanya kerana nak kembalikan kuasa Melayu, sampai kita boleh ditafsirkan sebagai 'perompak'. Jangan kita buat sesuatu yang tidak wajar. Ada cara yang betul. Ambillah kuasa itu balik dengn cara yang 'gentleman', dengan keputusan yang tidak boleh dipertikaikan. Yakni, kembalikan kepada rakyat dan masing-masing kempen semula untuk mempengaruhi rakyat.
ImageBuka ruang untuk orang Melayu Perak kembalikan kuasa melalui proses pilihan raya. Itu yang sepatutnya. Tetapi, sekarang, selepas banyak hiruk-pikuk berlaku, barulah nak timbulkan bahawa keputusan istana nak kembalikan kuasa kepada orang Melayu. Itu berlaku ketika krisis, kenapa tidak timbulkan dari awal lagi. Dah huru hara, baru kata itu ini. Sebenarnya kuasa rakyatlah yang menentukan kuasa orang Melayu yang sebenarnya.
Bagaimana pula pandangan Dato' tentang tindakan lompat parti dan isu surat letak jawatan Adun yang dipertikai SPR sedangkan itu di bawah kuasa Speaker?
Dulu saya kata kenapa tidak saman SPR, sebab mereka yang menolak surat itu. Siapa yang berkuasa dalam sebuah negeri, SPR atau Speaker? SPR hanya mengendalikan pilihan raya selepas Speaker mengisytihar sesuatu kawasan itu kosong. Kalau silap keputusan orang akan saman Speaker dan bukan SPR?Tapi SPR menyalahi Sspeaker dan buat keputusan sebaliknya.
Sama juga dengan cek misalnya, tiada tulis tarikh tetapi sudah tulis jumlah RM1,000, dan diberi pada saya. Tiba-tiba dua tahun kemudian, saya teringat cek itu, saya terus tulis tarikh dan pergi bank. Dan semuanya nampak lengkap apabila ada tarikh, tanda tangan dan jumlah. Bank terus bagi duit. Ia tak pertikai dah. Ikut faktanya begitu.
Dalam Islam hendaklah seseorang itu mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui bersama selama ia tidak menghalalkan yang haram dan mengharamkan perkara yang halal oleh Allah SWT.
Masa letak calon, kemudian mereka menang, maka mereka bersetuju dengan menandatangani surat tanpa tarikh itu. Yakni jika belot dan atau berpaling tadah, pihak yang berkenaan berhak letak tarikh dan terus berhenti jadi wail rakyat. Itu dipersetujui bersama dan dalam Islam ia sah.
Kalau ia bertanding atas nama PAS, secara dasar ia tidak boleh lompat parti dan lari daripada perjuangan terutama kepada keadaan yang lebih buruk.
Ada pihak berhujah bahawa lompat parti itu sah dari segi hak asasi manusia, yakni kita bebas memilih parti mana yang kita sertai sebab kita wakil rakyat, bukannya wakil parti.
Sama sahaja, hak asasi yang boleh dilaksanakan adalah yang tidak melanggar hukum Allah, jika berlawanan maka ianya bukan hak asasi. Seseorang itu memegang jawatan yang merupakan amanah parti dan orang ramai. Macam tiga orang ini, mereka melanggar janji dengan rakyat, dam ia menyebabkan heboh dan gawat seluruh negara sehingga kuasa yang sah ada pada pemerintah dapat diganggu-gugat.
Disebabkan tiga orang inilah, mereka lebih bahaya kerana telah mengheret pertelingkahan derhaka antara rakyat dengan raja, dan rakyat dengan rakyat, seterusnya menimbulkan krisis Perlembagaan. Dan tindakan mereka ini sebenarnya mempunyai amat besar kesan buruknya jika dibanding dengan orang yang ditahan ISA sedangkan mereka tidak pernah melakukan kesalahan jenayah.
Luahan hati rakyat melalui perhimpunan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar memang mengejutkan dan tidak disangka-sangka, sampai ada rakyat mempertaruhkan nyawa sanggup berbaring di tengah jalan menghalang kenderaan istana termasuk Raja Muda untuk hadir majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru. Malah ada rakyat yang menjerit minta Dun dibubarkan di depan kerabat diraja.
Apa yang kita saksikan dengan mata kepala seperti demonstrasi, tunjuk perasaan dan fenomena yang berlaku, yang belum pernah terjadi sebelum ini, iaitu orang ramai tanpa disuruh, telah bertindak sendiri-sendiri sehingga membahayakan diri di jalan raya. Maknanya mereka sanggup mengorbankan diri dan ada yang dikatakan melontar objek tertentu.
Ini berkembangan yang lebih serius yang memberi isyarat kepada semua pihak khasnya istana dan pemerintah Malaysia umumnya bahawa perkara ini perlu diambil perhatian dan perlu dibendung. Jika tidak, ia akan menjadi lebih teruk.
Ia memberi isyarat, jangan lagi buat keputusan yang separuh matang, yang boleh mengundang kemarahan sehingga mencetus insiden rakyat tidak sabar lagi. Ini mesej penyataan atas rasa tidak senang rakyat terhadap istana.
Rakyat melakukan perkara yang begitu menggerunkan, yang boleh membahayakan diri, bagi menyatakan hasrat secara terang-terang kepada pihak atasan supaya suara mereka didengar dan diambil perhatian yang serius.
Ada pihak yang menohmah dalam isu ini, bahawa PAS sekiranya memerintah akan menjadikan Malaysia sebuah negara republik tanpa raja, seperti republik Islam di Iran yang menghapuskan sistem beraja?
Tohmahan seolah-olah pihak Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaaan berstatuskan republik, ini fitnah yang amat besar yang dilakukan oleh lawan politik untuk menakutkan rakyat, mencemuh dan mendatangkan kemarahan kepada pihak istana tanpa ada bukti-bukti yang PAS akan lakukan.
PAS sejak dahulu sentiasa mempertahankan kuasa raja-raja. PAS sepanjang sejarahnya sejak tahun 1951, sampai hari ini, umumnya tidak pernah ada perjuangan PAS yang ada titik hitam hubungan dengan istana atau raja-raja. Perkara di Perak ini sebenarnya pun bukan titik hitam, ia digembar-gemburkan media milik Umno dan BN.
Bagaimanapun, jika dirujuk sejarah, maka ternyata banyak sungguh pihak Umno-BN yang melakukan penderhakaan dan bercita-cita ke arah itu dengan bukti bahawasanya kekebalan Raja-Raja telah dihapuskan oleh Umno-BN. Itu berlaku dalam krisis Perlembagaan 1993. Kuasa Raja-Raja negeri-negeri telah dilucutkan. Itu adalah satu usaha untuk buang kuasa Raja-Raja. Ini sebenarnya banyak berlaku. Seolah-olah merekalah yang berusaha untuk menyingkirkan kuasa Raja-Raja atau menghapuskan terus Raja-Raja. Ini yang Umno-BN telah lakukan.
Ini tidak berlaku dalam PAS. Hanya kes Nizar dengan Sultan Perak yang bukannya sebagai penderhakaan cuba diterjemahkan sampai dikatakan hasrat PAS jadikan Malaysia republik.Saya menafikannya dan ini adalah suatu taktik jahat kotor nak melaga-lagakan PAS dengan istana dan Raja-Raja Melayu.Kita balik semula kepada asas perbincangan.
Dari segi tradisi pemerintahan dalam Islam, apakah amalan institusi raja sebenarnya tidak bercanggah dengan ajaran Islam?
Dalam pemerintahan Islam, ketua pemerintahan ada beberapa istilah, kalau zaman Nabi, ketua negara kita kita panggil Rasullullah, selepas wafat Nabi dipanggil khalifah, selepas naik Umar, dipanggil Amir Mukminin, selepas Uthman dan Ali dikenali balik sebagai khalifah. Selepas itu timbul pula pemerintahan beraja dipanggil al-Malik.Sebelum Nabi Muhammad, Nabi Sulaiman itu adalah Raja. Puteri Balqis, Raja negeri Saba' mengakui Sulaiman sebagai Raja.
Jadi itu tak jadi masalah, dalam Islam sama ada dia Khalifah, Amir, Malik atau apa sahaja. Semuanya tetap patuh kepada perintah Allah dan Rasul dan amat menghormati institusi ulama dalam serba keadaan. Kita ambil dari satu dekri ucapan Khalifah Abu Bakar, sebagai pemerintah Islam dalam ucapan sulungnya menjadi Khalifah pertama:
"Andanya kamu melihat saya memerintah dengan betul dan benar, wajib kamu membantu dan menyokong saya. Sekiranya saya menyeleweng dengan hukum Allah, maka gugurlah ketaatan kamu kepada saya, perbetulkanlah saya. tegurlah saya."
Naik Umar pula jadi pemerintah, ucapan sulungnya hampir menyamai Abu Bakar tetapi lebih keras lagi. Sebaik habis ucapan Umar, bangun seorang sahabat dengan menghunus pedangnya seraya berkata, "wahai Umar, jika kamu menyeleweng, kami perbetulkan kamu dengan pedang kami ini."Umar tidak murka.
Orang itu tidak dikatakan derhaka malah Umar menyebut, "Saya memuji Allah yang mengutuskan ada di kalangan rakyat Umar orang yang sanggup memperbetulkan Umar jika dia salah dengan pedangnya. Itulah karektor yang patut wujud pada seorang pemerintah, sama ada raja, sultan, perdana menteri dan ketua negara, yang semuanya tidak terlepas dari hukum Allah.
Harapan Dato; kepada situasi di Perak?
Saya melihat, ia menjadi seperti mana perkara kecil yang sengaja diperbesarkan. Media bertindak 'over-killing', melakukan tindakan yang melampau lebih daripada yang patut sehingga berlaku demonstrasi di luar Perak. Akhirnya jika berlaku yang tidak baik, yang ruginya adalah rakyat.
Nizar dihalau daripada pejabat dan dapat simpati ramai. Kasihan dia jadi target. Kenapa halau dia dan kenapa kata kita gila kuasa dan jawatan sedangkan kuasa dan jawatan sudah ada pada kita? Yang gila kuasa itu Umno-BN bukannya kita, tapi dia gunakan terbalik.
ImageHarapan saya, perkara sebegini jika cepat diselesaikan maka redalah masalah dan selesailah krisis. Jika dibiarkan, sengaja dilambatkan atau ditambahkan, keadaan akan jadi lebih meruncing. Cara mempercepatkan cara penyelesaiannya, perlu ada keberanian daripada pihak yang berkenaan untuk membuat keputusan segera yang menguntungkan semua pihak, 'win-win situation.'
Atau meminta mahkamah buat ketetapan kes ini atau rundingan yang lebih berwibawa agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.Yang penting, jangan biarkan lebih lama. Dalam politik kita pakai istilah, tiada kawan yang selama-lamanya kawan dan tiada musuh yang selama-lamanya musuh.
Musuh hari ini, mungkin jadi kawan atau kawan hari ini jadi musuh esok hari. Maka musuh yang hari ini kita berunding dengan cara baik, esok boleh jadi kawan. Jika ikhlas, bincang cara yang betul, akan dapat hasil terbaik. - azm _

Tips elak Histeria: Haron Din saran amal Muawizat

Tips elak Histeria: Haron Din saran amal Muawizat

(dari sini.)

Azamin Amin
Wed | Feb 25, 09 | 12:58:34 pm MYT

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.
Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.
Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.
Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.
Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.
"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.
"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.
'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain
ImageIni menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.
"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.
Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."
Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.
Jangan tinggal solat
"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.
Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.
"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,katanya - azm
(Interbiu dengan Dato' Haron Din berhubung kes histeria ini dibuat dua tahun lalu, sekadar panduan dan rujukan kepada yang terlibat dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya- wallahualam).

marah

Emel berikut adalah dipetik dengan menghilangkan sebahagian confidential portions -nya.

Ini kontrak yyyyyyyyyyyyyyyy dari xxxxxxxxxxxx. User telah guna service ini since last year tanpa kontrak. Apabila hendak buat bayaran baru user minta bantuan Proc untuk buat kontrak.
Status sekarang kontrak telah finalized xxxxxxxxxxxxxx telah signed dan dalam proses TM singing. yyyyyyyyyyyyyyyy akan tamat end Feb 09 ini. Maklumat contract telah upload dalam GEMS.

User perlukan PO dengan segera untuk buat pembayaran. Sila bantu keluarkan PO segera. TQ

So? Banyak cantik! Punyalah lama dekat setahun takkanlah tokleh nak issue LOA. Alih2 kontrak nak expired lepas tangan cam tu je. Suruh cepat2 keluarkan PO. Ishk3...

Monday, February 23, 2009

Gambar-gambar di Cameron dulu

Alhamdulillah, akhirnya baru berkesempatan upload. Minta maaflah jika tak memenuhi tema yg sepatutnya...semua gambar diambil guna Canon PowerShot A550.

Tempat menginap hari tu, Sri Juliana Chalet...

Dekat tempat kutip strawberi... Ada jugak sayur-sayur di situ. Memang segar dan elok sayur-sayurnya.

Pokok-pokok strawberi.

BU + AH = buah...

On the way turun dari petik straberi, ada tempat tanam bunga & pasu2 kaktus. Ada la 2, 3 keping gambar bunga & kaktus.

Di ladang teh. Subhanallah... hijau...luas mata memandang...padang mahsyar nanti mcm mana la...Ni bukan ladang Teh BOH ni... ni ladang teh lain, dalam 5-6 km dari Brinchang.

Beberapa gambar bunga, yang diambil petang tu di taman bunga...

Di puncak (tinggi jugak laa) taman bunga tu. Dari puncak tu blh nampak Equatorial Hotel ... snaps ni tak nampak pulak...


Aksi-aksi di sana...heheh..

Kemuncak segala aksi di puncak taman bunga tu...

(Nama gerakan 1 hingga 21 ada di post ini. Video ini juga boleh dilihat di sini.)

Sekianlah saja gambar2 dari Cameron utk kali ini...

Wednesday, February 18, 2009

bertempur

Kalian selalu bertarung? Bertempur? Jika ya, dengan siapa kalian selalu bertarung dan bertempur? Adakah pertarungan dan pertempuran itu menyeronokkan? Adakah kalian sentiasa menang dalam pertarungan dan pertempuran itu? Bagaimanakah kalian menilai diri kalian sebelum, semasa dan seusai pertarungan dan pertempuran kalian?

Adakah kalian selalu mengelak dari bertempur dan bertarung? Atau, pihak kaliankah yang selalu mencetuskan sebarang pertempuran dan pertarungan? Mengapa kalian bertempur dan bertarung?

Mempelajari seni mempertahankan diri, bukanlah semata-mata untuk bertempur dan bertarung. Daripada namanya secara umum, seni berkenaan adalah untuk mempertahankan diri. Membela diri, agama, keluarga, bangsa dan negara. Belajar seni beladiri adalah untuk mengenal diri, mempertingkatkan diri dan mungkin menyambung warisan budaya pengamal beladiri berkenaan.

Thursday, February 12, 2009

yang aku tak berapa berkenan kat opih aku la ni

edit Jumaat 20 Februari
1. Diberi amanah tapi tidak mahu membuat keputusan.

Kenapa ye jadi camtu? Making decision / to decide something menjadi satu fobia. Apakah yang diparanoidkan sangat? Apakah kepentingan yang perlu dijaga? Kita ada peraturan & panduan. Rakan-rakan sekerja juga boleh membantu. Dipusing-pusingnya supaya yang membuat keputusan itu bukanlah dirinya, tapi orang lain yang tidak sepatutnya.

Berkemungkinan situasi ini berlaku untuk memudahkan urusan kerja barangkali. Betul ke?

Bagi mereka yang kurang berpengalaman & pengetahuan, keadaan seperti ini pada mereka bolehlah dimaafkan. Namun, yang berlaku, kebanyakan yang mengelak dari membuat keputusan ialah mereka yang banyak pengalamannya, luas ilmunya, bagus bacaannya. Jika bukan orang yang seperti ini membuat keputusan, siapa lagi?

Firman ALLAH Ta'ala dalam surah an-Nisa' ayat 58, maksudnya, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

2. Naik dengan pandai bercakap dan bukan dengan merit pandainya bekerja - segelintir saja yang naik dengan kije & dengan skill. Kenapa ada yang duk kat atas ialah yang tidak tahu everyday's business processes and then gave nonsense instructions & recommendations? Apakah turun padang hanya setakat nak tau siapa datang awal siapa balik lewat semata-mata? Firman ALLAH dalam surah az-Zumar, di pertengahan ayat 9, maknanya, "... Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" ..."

3. Asal hari Jumaat je, mulalah beberapa orang muslimah spoil the day dengan memakai pakaian2 sendat2, ketat2 & tidak menutup aurat. Mentang2 la Jumaat di sini semi casual..., habis jadi teruk... Sepatutnya Jumaat ni dimuliakan..., hatta hingga ke cara berpakaian sekali. Pakai la molek2... Isnin sampai Khamis tengok OK je, sampai je hari Jumaat, masya-ALLAH! Mencemar maruah betul laa korang nih...

Tuesday, February 03, 2009

Tiada pilihan raya kecil di Behrang, Changkat Jering

sumber: Harakahdaily

Tiada pilihan raya kecil di Behrang, Changkat Jering

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Feb 03, 09 | 2:34:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N58) dan kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.

Bernama melaporkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap kedua-dua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

"SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi daripada pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan.

"Ia juga memandangkan kedua-dua Adun itu secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuat kuasa," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, katanya SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) Perlembagaan negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan luar jangka._

Setia

"Belajarlah untuk, setia..." lirik lagu seorang artis perempuan tanah air terngiang-ngiang di kepalaku... Tak ingat siapa penyanyinya tapi, setia merupakan satu sikap yang terpuji, apatah lagi jika setia pada kebenaran.

Kemelut Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering di Perak berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti, memang memeningkan kepala rakyat jelata. Adakah mereka setia dengan Pakatan Rakyat (PR)? Adakah benar mereka akan (mungkin dah) melompat parti? Kita tinggalkan dulu persoalan ini.

Paklah ada declare kepada media hujung minggu lepas, bahawa ada ADUN Pakatan Rakyat (PR) yang akan melompat parti menyeberang ke BN. Cuma beliau tidak nyatakn butirannya.

Tapi bila tiba-tiba Speaker DUN umumkan kedua-dua exco meletakkan jawatan ADUN, dilihat parti Paklah sedikit menggelabah mungkin. Speaker DUN Perak, ialah dari PR, Adun Tronoh dari DAP iaitu V. Sivakumar. Speaker ini aku lihat setia pada perjuangan PR di Perak dengan memangkas awal-awal sebarang trigger yang boleh merosakkan kestabilan pentadbiran kerajaan PR di sana.

Mengapa?

Bila Speaker DUN Perak menyatakan bahawa dua ADUN berkenaan isytihar meletak jawatan ADUN, alih-alih mereka berdua muncul balik (tak muncul pun, hanya ada statement saja dan perbualan2 telefon dengan wartawan tempatan) seminggu kemudian.Kemunculan semula mereka adalah untuk menafikan dakwaan mereka hilang & mereka meletak jawatan.

Jika ADUN berkenaan sah lompat parti ke BN, maka BN akan mendapat manfaat darinya, pilihan raya kecil tak perlu diadakan, dan banyak benda yang BN boleh cepatkan & jimatkan.

Tapi tidak berlaku sebegitu.

ADUN berkenaan tidak boleh bypass keputusan Speaker DUN yang menerima surat perletakan jawatan bertanda tangan dari mereka. Walaupun surat berkenaan tanpa tarikh, namun penurunan tanda tangan adalah bukti kukuh mengesahkan sesuatu keputusan itu adalah benar & hendak dilakukan. Memanglah kasihan jika tanda tangan itu bukan mereka berdua yang punya, namun YAB MB Perak sudah pun mengadap Sultan Perak. Jika berlaku PR kecil, dua ADUN itu secara automatik tidak lagi berguna kepada BN. Perletakan jawatan sebagai ADUN menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk bertanding mana-mana kerusi DUN & Parlimen dalam masa 5 tahun dari sekarang. Dua DUN itu pula akan terlepas. PR kecil menyebabkan persaingan lebih terbuka & PR amat yakin untuk kembali memegang dua kerusi DUN berkenaan dengan dua calon yang lebih setia dengan parti.

Aku sokong kepimpinan MB Perak, keputusan beliau selagi mana ianya tidak melanggar syariat dan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syura parti MB Perak berkenaan.

Firman ALLAH dalam Surah al-Isra' ayat 80-81 yang maksudnya "[80] Dan katakanlah: "Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong. [81] Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap."

Kenyataan Media : Demontrasi membantah serangan terbaru Israel dan konsert Rihanna

Kenyataan Media : Demontrasi membantah serangan terbaru Israel dan konsert Rihanna

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) akan mengadakan satu demontrasi aman dihadapan Bangunan Celcom di Jalan Raja Muda Abd Aziz pada 6 Februari 2009 selepas solat Jumaat bagi membantah konsert Rihanna berikutan serangan terbaru Israel di Gaza.

Pemudawilayah sebelum ini telah menghantar satu memorandum bantahan, walaubagaimana pun pihak Celcom yang menjadi penaja dan penganjur bersama enggan membatalkan konsert ini.

Serangan terbaru Israel di Gaza yang disokong oleh Amerika seharusnya mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan usaha memboikot produk Amerika termasuklah artis mereka seperti Rihanna perlulah diadakan secara serius.

Oleh itu pemudawilayah mengajak NGOs seperti JIM, ABIM, Hizbu Tahrir, GPMS, Aman Palestine, Dewan Pemuda Masjid, PPIM, Pewaris, Gamis, SMM, GMI, Jerit, Food Not Boms dan sebagainya termasuk pemimpin parti-parti politik untuk turun bersama bagi mendesak pihak Celcom membatalkan konsert Rihanna.

Seandainya konsert Rihanna berjaya dibatalkan, dijangkakan ianya akan memberikan satu liputan meluas diseluruh dunia bagi mengambarkan seriusnya Umat Islam memboikot produk dari Amerika.

Oleh itu kesatuan NGO dan pemimpin politik amatlah dialu-alukan bagi memberikan tekanan kepada Amerika untuk menyekat serangan tentera Israel di Gaza yang sekarang ini telah mencabuli penjanjian gencatan senjata yang di umumkan bulan lepas.

Tindakkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang baru-baru ini memalukan Presiden Israel, Simon Peres di Davos seharusnya disambung dengan usaha memboikot segala usaha yang ada kaitan dengan Israel termasuklah konsert Rihanna ini.

Sekian. Terima kasih.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Monday, February 02, 2009

Journey back

Well, today we've just returned safely, peacefully & tiredly with the utmost gratitude to Allah, from Cameron Highlands. If I have some times, may be I'll share some pictures taken there with my Canon PowerShot A550 (the camera's old but the pictures are awesome).

It's a shame thing to vomit 3 times in one of the temporary stoppages during the return journey... I'm unable to hold that anymore but I managed to let it out outside my precious Persona. Thank God & thanks very much to my wife, I could continue the journey to Tapah although I felt how empty my stomach was. When I recall riding the banana boat at Pangkor Island last month, nothing wrong with me. May be the motions, the shaking of those 2 different kind of transport are not comparable.