Sudah lama ambo nak share tapi mode menulis tu belum ada. Screenshot, screencap atau dalam Bahasa Melayunya tangkap layar, adalah proses mengambil apa yang terpapar di skrin komputer ada untuk dijadikan imej dan digunakan di aplikasi yang lain.
Ada beberapa kaedah untuk mengambil tangkap layar di komputer Windows.
- Kunci Print Screen atau PrntScr atau Print Sc di papan kekunci. Menekan kunci ini akan menangkap seluruh layar yang dipaparkan di komputer.
- Kombinasi kunci Alt + Print Screen. Ianya akan menyalin tetingkap yang paling atas dan aktif dari keseluruhan paparan.
- Aplikasi terbina dalam Snipping Tools yang ada dalam Windows 7, Windows 8 & Windows 10.
- Aplikasi terbina dalam Snip & Sketch yang ada dalam Windows 10. Ianya aplikasi yang lebih maju dari Snipping Tools. Kita boleh tangkap / crop apa-apa dan mana-mana saja kawasan yang kita nak dalam skrin menggunakan mouse yang diheret dan dipilih (drag and select).
- Penggunaan aplikasi sama seperti item no. 4 di atas, Namun pelancarannya lebih pantas. Windows 10 yang akan buka Snip & Sketch secara automatik apabila kunci Print Screen ditekan. Untuk menetapkannya, sila klik ikon Start > klik ikon Settings > klik Ease of Access & cari Interaction, klik Keyboard. Skrol ke bawah dan cari pilihan Print Screen shortcut, dan set kan kepada On.
- Cara yang mungkin paling mudah ialah ambil gambar skrin guna phone dan jadikan lampiran dalam emel / masukkan dalam karangan emel. Akan tetapi saiz emel akan jadi sangat besar kerana resolusi gambar dari kamera telefon yang diambil.
No comments:
Post a Comment