Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana masih mengizinkan kita semua bertemu dengan tahun 2021. Selamat Tahun Baru 2021. Semoga bertambah amalan kita semua. Tahun ini ambo bersasaran hendak meningkatkan kesihatan ambo dan mengurangkan hutang dan berhutang, serta berbelanja dengan jimat-cermat kerana pendapatan mungkin malar.
Memetik kata-kata dalam newsletter The Body Shop tadi, ada lima perkara yang perlu dibuat pada tahun baru ini. Ambo reword semula
- Tetapkan sasaran yang membantu diri dan hidup kita berkembang dengan lebih baik.
- Fokus terhadap kualiti perhubungan-perhubungan kita, sesama pasangan, anak-anak, ahli keluarga dan rakan sekerja serta jiran tetangga kita.
- Kenal pasti apakah perkara yang menjadi pencetus reaksi kita.
- Jangan tunggu orang lain berubah untuk kita berubah ke arah lebih baik.
- Belajar menerima hakikat bahawa hidup ini boleh jadi satu sambutan atau satu pelajaran.
No comments:
Post a Comment