Aku bosan. Dah lama nak update blog tapi tak sempat & tak larat.
'Idulfitri sampai lagi buat kesekian kalinya dalam hidup ini. Kira-kiranya dah 26/27 kali sambut - kan kalendar hijri lagi laju pada masehi...Tapi yang ingatnya, berapa kali je. Daripada yang ingat tu, yang betul2 happening berapa kali je...
Namun begitu memang berhak kegembiraan dizahirkan sungguh2 dalam Hari Raya ini. 'Id mubarak, kullu 'am wa antum bi khair. Taqabbalallah minna wa minkum.
Aku nak cerita semua, tapi tak ada daya, masa & upaya. Mana yang ingat, mana yang dirasakan penting aku sampaikanlah.
Tahun ni aku balik raya dengan zaujah aku, adik aku eja & abe & adik ipar aku, nonie. Penuh kereta. Balik kot T'ganu. Jalan ok hari Jumaat. Sepanjang jalan dah masuk T'ganu terperasan ada bunyi something dkt bahagian depan kiri kereta, cam ada sesuatu berkeriang-keriut...entah apa.
Sampai di Kg. Sura Dungun jam 11 pagi lbh kurang, singgah rumah abe Yoe, abe iparku, dalam setengah jam di sana. Kemudian sambung journey, subhanallah best lalu tepi pantai. Cantik & seronok mata memandang pasir pantai & kebiruan laut yg menjauh.
Aku kira, sempatlah kami suami isteri berpuasa sehari di rumah masing-masing. Alhamdulillah tercapai hasrat. Hari raya pertama zaujati (zaujah+saya=zaujati) pertama kali di rumah lain. Tapi bukan rumah orang lain.
Aku demam raya kedua, petang. Program MSK raya ke-3 memang tak dapat pergi. Perut tak sedap berpanjang-panjangan... Aku di rumah mentua (eh, mertua ke mentua??), petang tu, berselimut je dalam gebar, suhu badan naik sedikit demi sedikit, setelah paginya kelihatan semuanya OK tak ada masalah... Malam raya kedua, kami ke klinik, ada juga yang buka, zaujati yang setia menemankan aku ke klinik, dan dengan kepakaran dia, ubat yang aku perolehi sedikit berbeza dari biasa, hasil negotiation dia dengan doktor.
Alhamdulillah, semakin ok, walaupun aku hanya boleh makan nasi putih saja lepas hari raya kedua tu.
Pagi raya ketiga, masih di Morak walaupun bercadang nak balik ke Ketereh petang raya kedua lagi. Tak larat & tak mampu nak drive. Ada kenduri di Bintang, adik kak Ma isteri abe Yoe. Aku tak pergi. Biar zaujati dengan kakak dia Cikda & Abe Ji pergi ke sana, dengan yang lain. Aku perlahan-lahan balik dengan Persona tu ke Ketereh, bercadangnya utk sambung rehat di rumah di sana. Jangan main-main, memang ada tempat nama Bintang... (adakah Bintang lagi tinggi dari Puncak Alam? Wallahua'lam.)
Apa lagi yang berlaku?
Pagi raya ke-5 kami berdua ke Pusat Rawatan An-Nisa dekat-dekat dengan Pejabat Pos Besar Kota Bharu. Buka buku rekod di situ. Bercadangnya kami, hendak melahirkan putera sulung kami di situ. Segalanya berjalan lancar, cuma parking susah sikit sebab penuh. Ramai orang di sini.
Aku terbau hangit getah terbakar sewaktu memarkir Persona kami di pintu masuk pusat rawatan berkenaan. Musykil aku dibuatnya, risau aku disebabkannya. Barangkali sesak teruk atas retak Sultan Yahya Petra menyebabkan masalah ini. Biarlah kereta ni cool down dulu. Selesai, kami ke HRPZ II ambil sedikit ubat utk ... aku lupa la pulak. Then terus gerak ke satu majlis kenduri yang telah lama dirancang utk dihadiri.
Aku jumpa Hajar setelah beberapa tahun tidak menatap wajahnya, pada hari raya ke-5, di majlis kenduri walimah al-'urus Salmi Koh Muhammad Hashim Koh di Kampung Kor. Zaujati adalah kawan se-houseman Salmi di HRPZ II dulu. Asal aku tidak kenal Salmi. Tapi dia pernah datang rumah di Ketereh selepas kami berkahwin. So dari situ kenallah aku akan Salmi. Hajar kawan baikku (perasan atau pun kenyataan?) di sekolah rendah dulu. Berkebetulan Salmi dan Hajar mengaji menengah sekali di SMS TMFP. Hajar pulak sambung belajar peringkat tertier di UKM KL, sekampus dengan zaujati & selalu jumpa dengan zaujati...
(Ingin kukhabarkan kepada Afzan, Syed, Hadri, Wana, Fattah, Zaim & Pok Din akan liqa' itu tapi tak juga2 aku buat...)
Dunia ini kelihatannya besar namun tidaklah sebesar mana pada pandangan ALLAH, yang menakdirkan pertemuan semula berkenaan.
2 comments:
Boleh A kaalu tulis dalam penulisan PMR ni...
alah paan level PMR je ke ko bagi? Kurang2 level spm tu
Tp kat UPM aku belajar BM Fungsional yg tak wat karangan...Tu la level BM aku plg tggi...
Post a Comment