Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum bahawa selain dari perayaan Aidil Fitri yang akan disambut oleh umat Islam pada bulan ini, penganut agama hindu juga merayakan 3 perayaan mereka seperti yang disebut dalam subjek di atas.
Sukacita saya ingin maklumkan bahawa kakitangan Takaful Malaysia perlu berhati-hati dengan ungkapan ucap selamat sempena perayaan tertentu yang selain daripada perayaan yang terdapat dalam Islam. Ucap selamat tersebut mestilah diteliti impilikasinya terutama yang melibatkan hukum dan akidah.
Antaranya ialah ucap selamat Happy Durga Pooja atau Durga Pooja Greetings. Ia bermakna selamat menyambut hari kebesaran Dewi Durga. Sambutan ini adalah festival yang paling penting bagi orang-orang Hindu. Ia menandakan ketaatan dan kepatuhan kepada Dewi Durga yang dianggap sebagai Mother of the Universe. Ia disambut oleh oleh penganut agama Hindu pada hari-hari berikut:
29 Sept 2006 - Durga Pooja - Saptami
30 Sept 2006 - Durga Pooja - Mahastami
01 Okt 2006 - Durga Pooja - Navami
02 Okt 2006 - Dussehra - Vijaya Dasami
Untuk makluman tuan/puan, Durga Pooja mengikut kepercayaan penganut agama hindu adalah tuhan dewi yang mempunyai tangan yang banyak dan bersilang yang biasanya kelihatan di kuil-kuil hindu.
Antaranya lagi ialah ucap selamat Happy Deepavali atau lebih dikenali di Benua Kecil India dengan nama Happy Diwali. Deepavali atau Diwali menandakan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan. Ia berkaitan dengan agama hindu juga di mana mitosnya bagi penganut agama hindu di Malaysia ialah tuhan agama hindu yang bernama Krishna telah membunuh Narakasura. Lalu penganut agama hindu merayakan kemenangan ini dengan menyalakan lampu serta berpesta. Manakala mitos di Benua Kecil India pula ialah kemenangan Ramayana membunuh Ravana.
Mengikut kepercayaan hindu, sempena perayaan deepavali mereka akan menerangi rumah mereka dengan cahaya kerana dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan akan berkunjung ke rumah yang diterangi cahaya dan akan memberkati keluarga terbabit. Oleh itu perayaan Lakshmi Pooja akan diadakan 2 hari sebelum deepavali untuk mendapatkan rezeki dan berkat yang berganda.
Setelah meneliti ketiga-tiga perayaan tadi maka jelaslah ianya ada kaitan secara langsung dengan kepercayaan agama hindu. Seluruh kakitangan Malaysia adalah dilarang untuk mengucapkan ucap selamat kepada ketiga perayaan di atas dan lain-lain lagi yang sepertinya kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya syirik. Budaya korporat Takaful Malaysia yang bersendikan Syariat tidak mengizinkan ianya berlaku sekalipun untuk pelanggan yang beragama hindu atau agama lain yang mana ucap selamat tadi membabitkan tuhan mereka. Ucapan Happy Durga Pooja, Happy Lakshmi Pooja dan Happy Deepavali seolah-olah mengucap selamat buat tuhan hindu yang bernama Durga, Laksmi dan Krishna. Dan ianya jelas bertentangan dengan akidah Islam.
Allah berfirman dalam surah ali-'Imran ayat 18 yang bermaksud: "Allah telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Dia". Dalam surah Muhammad ayat 1 Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ketahuilah bahawa tiada tuhan selain Allah".
Bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut hindu seperti ketiga-tiga greetings di atas maka hendaklah segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang.
MOHD FAUZI MUSTAFFA
Shariah Dept
Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
4 comments:
it's either u're ignorant or do not have any indian friends at all... or you're just so stuck up in your so called "Islamic" world. Saying "Happy Deepavali" is no more than respecting other people's belief and encouraging unity among Malaysians. If you want to think like that, go and live in Saudi Arabia. They would probably be happy to have people like you.
http://www.e-ulama.org/Artikel/Default.asp?mode=0&ID=160
Hukum merayakan perayaan kaum bukan Islam Tarikh: 4/30/2003 1:59:51 AM
Oleh : DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)
SOALAN: Saya mempunyai rakan-rakan sekerja yang terdiri daripada kaum bukan Islam. Kami saling mengucap selamat Hari Raya mengikut agama dan kepercayaan masing-masing apabila tiba waktunya, seperti selamat hari Krismas, selamat hari Deepavali dan lain-lain.
Soalan saya, sebagai seorang Muslim, bolehkah saya turut mengucapkan selamat menyambut hari-hari kebesaran orang bukan Islam, pada hal kepercayaan mereka adalah salah dan jelas bertentangan dengan akidah Islam. Harap soalan ini mendapat jawapan dan ulasan lanjut. - NOORIDAH, Alor Setar, Kedah.
--------------------------------------------------------------------------------
JAWAPAN: Mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu' (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat
hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan.
Jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang hati dengan kegembiraan mereka berhari raya, maka saya kira pengucapan
seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.
Meneliti beberapa fatwa yang dipamerkan melalui laman-laman web, seperti Islam-Online.net, Islam.qa.net. Islamweb dan lain-lain, saya dapati beberapa ulama terkemuka di dunia Islam kini turut memfatwakan hukum merayakan hari-hari kebesaran kaum-kaum bukan Islam. Antara mereka yang mengeluarkan fatwa dan pendapat ialah:
1. Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau ialah:
Pertama: Hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripadagolongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).
Kedua: Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolak
sekeras-kerasnya sikap itu.
Ketiga: Umat Islam dikehendaki bersikap benci terhadap kaum bukan Islam. Mereka wajib mencintai hanya kepada orang mukmin. Sikap ini disebutkan dalam salah satu judul Sahih al-Bukhari iaitu al-Hub fi'llah wa al-bughd fi'llah min al-iman (antara ciri iman ialah cinta dan benci kepada Allah). Inilah
juga sikap yang wajib diteladani pada nabi Muhammad s.a.w., iaitu berkeras dengan bukan Islam dan berkasih sayang sesama mukmin (surah al-Fatah: ayat 29).
Sebagai kesimpulan, mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka adalah suatu bentuk kasih sayang dan merelai kekufuran mereka. Keadaannya sama dengan merelai berlakunya kejadian-kejadian maksiat dan dosa-dosa seperti zina, minum arak dan sebagainya.
Saya berminat memberi dua komen kepada pandangan Syeikh al-Munajjid ini, iaitu:
a. Pendapat beliau tidak membezakan antara jenis kafir, sama ada musyrikatau ahli kitab, kafir yang memusuhi Islam dan yang tidak memusuhinya, sedangkan al-Quran membezakan antara jenis-jenis kafir itu, lalu al-Quran membenarkan umat Islam berbuat baik terhadap kafir yang tidak memusuhi Islam dan memberi sedikit keistimewaan kepada kafir ahli kitab seperti harus kahwin dengan wanita mereka dan makan haiwan sembelihannya.
Hubungan dua hala
Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, Allah mengharuskan berbuat baik kepada mereka, iaitu dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang bermaksud:
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.
Tentang ahli kitab pula Allah berfirman dalam surah al-Ma'idah, ayat 5 yang bermaksud: Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka.
Ayat ini menunjukkan adanya hubungan dua hala antara kafir ahli kitab dengan umat Islam dan juga dengan kafir yang setia kepada kerajaan Islam.
b. Fatwa beliau tidak mengecualikan juga hubungan kemanusiaan, sedangkan bidang-bidang kemanusiaan kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah.
Saya berpend?t, pandangan Syeikh al-Munajjid ini agak sehala dan sedikit keterlaluan, kerana tidak mengecualikan kafir yang tidak memusuhi Islam dan yang setia patuh kepada pemerintahannya. Fatwa beliau juga tidak membezakan antara amalan Hari Raya kaum bukan Islam yang ada hubungan dengan akidah dan yang tiada hubungan dengan akidah.
Memang jelas haram bagi umat Islam menyertai Hari Raya kaum bukan Islam, seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyert?i perarakan Hari Deepavali dan lain-lain, kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Tetapi jika mereka menghulur
makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, saya kira ia tidak ada kena-mengena dengan akidah, bahkan harus kita terima hadiah dan makanan halal yang mereka beri.
Demikian juga jika pada hari-hari kebesaran itu merupakan hari kelepasan am, semua pejabat dan kakitangan kerajaan diberi cuti, termasuk kakitangan beragama Islam. Saya tidak fikir jika kita bersuka ria kerana bercuti pada hari itu, maka kita boleh dianggap turut membesarkan syiar agama dan budaya kaum bukan Islam.
2. Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita
telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.
Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.
Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke
Madinah.
Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.
Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.
Pendapat al-Qaradawi ini juga saya kira ada sedikit keterlaluan apabila beliau mengharuskan ucapan tahniah kepada kaum bukan Islam sebagai ucapan balas pada hari Krismas dan sebagainya. Ini kerana ucapan tahniah itu pada hakikatnya doa dan mengharapkan Allah memberi kebaikan kepada mereka,
sedangkan ulama sepakat menyatakan haram berdoa kepada kaum bukan Islam sekalipun ia hanya kerana membalas ucapan yang mereka mulakan.
Saya kurang pasti apakah al-Qaradawi mengharuskan juga pengiriman perutusan kad-kad hari Krismas, jika ia hanya kerana membalas kad-kad yang mereka kirimkan, sedangkan dalam kad-kad itu biasanya tertulis kata-kata yang berupa doa selamat, harapan dan cita-cita yang lebih mirip kepada budaya dan syiar agama Kristian.
Setelah mempertimbangkan antara dua fatwa yang dikeluarkan oleh al-Munajjid dan al-Qaradawi di atas, saya lebih suka memilih jalan yang lebih sederhana, iaitu individu kafir yang dengan terang-terang memusuhi Islam dan umatnya, tidak harus diwujudkan sebarang hubungan pada hari-hari perayaan mereka,
sekalipun m?reka terdiri daripada ahli kitab.
Sebaliknya kafir yang setia kepada kerajaan Islam, seperti kaum-kaum bukan Islam yang tinggal di Malaysia, jika mereka telah menunjukkan kesetiaan yang baik kepada negara, memberi sumbangan ke arah keharmonian antara kaum serta hormat-menghormati antara kaum, terutamanya dengan masyarakat Islam, maka tiada salahnya kita berkongsi raya dengan mereka dalam hal-hal yang tidak berkaitan akidah dan tidak menyentuh kesucian Islam.
Bagaimanapun, kita tidak harus memandang kecil isu penerapan budaya dan syiar bukan Islam yang begitu mudah menyerap ke dalam masyarakat kita, terutama melalui media elektronik yang sangat digemari oleh anak-anak kita.
Wallahualam.
I truly think this person does not have the quality/criteria as required by his post. Making such a racial statement like this is
uncomprehensible. I would have sacked him immediately if it was within my power and even if i was a muslim.
In my beleive he has an extremely shallow understanding of what Islam teaches truly and being . He who cannot understand and differenciate what he preaches could not lead others indefinitely.
He is a bad example to others and Muslim alike.
After reading this article, I feel nothing but sympathy for this sorry person. I have a lot of multi-religion and multi-race friends and I couldn't bring myself to judge them because I KNOW BETTER!!!
Please don't judge this guy....
He is nothing but a terrorist!! I hope he rots with maggots in earth or wherever this earth holds his corpse.
PS: Malaysians HATE YOU!!!
Post a Comment