Tuesday, May 31, 2011

Sultan Muhammad ke-V Malikussoleh

Di Kelantan rakyat menggelarkan baginda Sultan Kelantan yang baru sebagai "Malikussoleh" … iaitu pemerintah yang soleh. Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu dan kini bergelar Sultan Muhammad ke-V. Perkembangan yang berlaku di Kelantan mengenai keperibadian Baginda al-Sultan, bukan setakat menarik minat rakyat jelata negeri Kelantan, bahkan seluruh lapisan masyarakat di Malaysia yang ingin 'menumpang kasih' di bawah payung putera istana Kelantan yang islamik. Sehingga kini ramai yang masih menunggu saat pertabalan Tuanku Sultan Muhammad ke-V sebagai Sultan Kelantan ke-29.

Pemilihan putera berusia 41 tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, juga mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan. Pemasyhuran itu mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan untuk memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup. Namun, pelantikan baginda dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang sebulat suara memilih, mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan

Sultan Muhammad ke-V
Paduka Sri Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra (Tengku Muhammad Faris Petra), Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Da'ar ul Na'im. Baginda diputerakan di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969, merupakan anak sulung Paduka Sri Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Da'ar ul-Na'im. Baginda di mahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985. Sebelum dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan dengan gelaran Yang Maha Mulia pada 24 Mei 2009 akibat ketidakmampuan ayahanda baginda memerintah setelah mengalami penyakit strok yang serius. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010 dengan bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra, di Balairong Sri, Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Insya-allah, mengikut penggiliran sistem monarki di Malaysia, Baginda bakal dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 14 Disember 2011 mengikut perkiraan secara rawak dan seterusnya bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 pada 15 Disember 2016. Mudah-mudahan Allah lanjutkan usia al-Sultan Muhammad V. Allahu Akbar! Tuanku Al-Sultan pernah bertitah bahawa Baginda memikul amanah Paduka Ayahanda untuk mentadbir negeri dengan berhemah dan menjaga kebajikan rakyat jelata (sebelum ayahanda baginda gering). Pesanan itu menjadi pegangan dan prinsip hidup Tuanku Al-Sultan yang baru dan di sinilah letaknya "barakah" yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T

Pendidikan awal baginda bermula di Prasekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975. Selepas itu baginda meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu dari tahun 1976 – 1981. Baginda menduduki kelas persediaan – The Alice Smith School, A-Level – Oakham School Rutland, England pada 1983-1989 sebelum meneruskan Pengajian Diplomatik – St Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies pada tahun 1989-91. Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin. European Business Administration – European Business School London.

Kenali Sultan Muhammad ke-V.
Berjubah.
Baginda sering memakai jubah atau berbaju 'gumbang' serta berkopiah. Baginda juga seorang imam kepada makmumnya. Pada Januari 2010, dikala ayanhanda baginda, Sultan Ismail gering, baginda sendiri telah menjadi imam kepada ribuan rakyat jelata Kelantan menunaikan solat hajat berdoa akan kesejahteraan ayahandanya. Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu menjadi saksi baginda mengimamkan solat hajat yang dihadiri lebih 1,000 rakyat negeri itu. Tuanku Muhammad Faris sudah lama diketahui rakyat sebagai putera istana yang cintakan agama dan sering menjadikan masjid sebagai lokasi utama lawatan semasa program menziarahi rakyat di seluruh negeri. Pada hari-hari biasa, Masjid Muhammadi yang merupakan Masjid Negeri adalah masjid utama tempat baginda menunaikan solat berjemaah.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberitahu, Tuanku Muhammad Faris sememangnya gemar mendekati golongan agama. Dedahnya, dari dahulu lagi setiap orang daripada 15 anggota Jemaah Ulama, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri sudah mempunyai nombor telefon bimbit baginda untuk kemudahan berhubung bagi memberi sebarang pandangan dan nasihat.
"Tuanku Sultan memberi nombor telefonnya kepada kami secara peribadi dan berpesan supaya menelefon baginda pada bila-bila masa jika ada perkara yang dirasakan perlu ditegur dan dinasihati. Baginda memberi peluang sebegitu terbuka kepada ahli Jemaah Ulama untuk menegur baginda secara langsung tanpa ada sebarang halangan atau protocol. "Saya tidak mengetahui jika ada ulama yang pernah menghubungi baginda khusus untuk tujuan itu tetapi begitulah istimewanya Tuanku Muhammad Faris dalam memberi pengiktirafan kepada ahli agama," katanya. Tambahnya, baginda juga sudah beberapa kali menunaikan fardu haji dan kali terakhir menyempurnakannya pada tahun 2004. "Pengukuhan asas dan ilmu agama baginda ini sebenarnya bermula sejak baginda kecil lagi. Ia sudah menjadi tradisi keluarga diraja untuk menjemput para ulama datang ke istana negeri memberi kuliah agama."Antara yang pernah menjadi guru kepada Tuanku adalah bekas Mufti Kelantan iaitu Allahyarham Datuk Mohd. Nor Ibrahim manakala selepasnya pula ilmuwan tersohor Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yaacob.

"Pelbagai aspek agama disentuh daripada bab akidah, fekah dan akhlak menerusi pembacaan kitab-kitab khusus," kata Mohamad Shukri yang kini menyambung tugas menyampaikan kuliah agama kepada keluarga diraja. Beliau berkata, sejak dari kecil, baginda berguru mengaji al-Quran dengan seorang qari yang pernah menjulang nama negara di peringkat antarabangsa yang juga bilal ternama negeri ini iaitu Nordin Idris. Katanya, sejak bersemayam di Istana Telipot beberapa tahun ini, Tuanku Muhammad Faris tetap meneruskan amalan memanggil ulama ke istana itu dan baginda tidak meminggirkan petugas-petugas dan pegawai pengiringnya dalam majlis ilmu tersebut. "Kesemuanya dijemput hadir. Kuliah itu diadakan setiap minggu dan akan ditunda jika bertembung dengan jadual tugas Tuanku yang lain," katanya.

"Ambo".
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd.Norhamzah Engku Hussin pula memberitahu, baginda seorang yang merendah diri. "Seingat saya, semasa baginda menjadi Tengku Mahkota, baginda sering menggunakan perkataan 'ambo' sebagai kata ganti dirinya apabila berbicara. Ia jelas melambangkan keperibadian yang merendah diri memandangkan 'ambo' itu berbunyi seperti hamba," ujarnya. "Tapi apabila baginda kini bergelar sultan, mungkin baginda perlu lebih mengikuti protokol," katanya sambil melafazkan pertubuhannya menjunjung kasih dan taat setia kepada sultan sepenuhnya.

Ini adalah perbualan antara baginda Sultan Muhammad V dengan seorang pesakit kronik Hasnah Ibrahim dalam ziarah baginda ke rumah wanita itu di Kampung Peropok dekat Bachok, Kelantan, Ogos 2010:.. "Mak cik kena makan ubat, jangan simpan dalam rumah saja. Jangan selang-seli, kalau terasa mahu muntah pun paksa juga makan. Insya-Allah kalau mak cik makan ubat ikut jadual akan sihat mungkin tidaklah gemuk macam Datuk (Datuk Dr. Awang Adek) atau saya (baginda), tapi makin sembuhlah badan mak cik," Ternyata gurauan baginda menggambarkan sifat dan keperibadian baginda yang terlalu merendah diri. Gurauan baginda yang ketika itu merupakan Pemangku Raja menyebabkan tetamu yang ada di rumah itu tersenyum termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin. Mungkin itulah gambaran mudah siapakah Tuanku Muhammad Faris, 41, yang baru dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan. Mesra dan prihatin akan keadaan rakyat. Sepanjang bergelar Pemangku Raja atau Tengku Mahkota, baginda kerapkali dilihat mencemar duli menziarahi golongan miskin dan ditimpa musibah.

Allahu Akbar!
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias yang menjelaskan penggantian penggunaan Daulat Tuanku dengan Allahu Akbar dan penggunaan gelaran Sultan Muhammad ke V bagi diri baginda adalah atas perkenan baginda sendiri. Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan "Daulat Tuanku" digantikan dengan seruan "Allahu Akbar" (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan). Bagaimanapun, walaupun seruan "Allahu Akbar" ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak. Masih ada insan yang mempunyai kuasa ditangan, merendah diri.. tidak takbur… kerana tahu akan kekuasan Allah swt lebih dari segalanya.

Istana KDYMM Sultan Muhammad ke V, terdapat pembesar suara terus dari Masjid Telipot bagi mendengar azan solat 5 waktu dan tazkirah setiap hari, adakah sultan lain melakukan demikian atau pemimpin dunia yg lain. Gambar yang diambil dari luar istana mendapati pembesar suara dari masjid yang di sambung ke istana menaungi sekitar istana dan luar istana aktiviti seharian masjid. Ya Allah Kebesaran MU terlalu luas, tiada penghujung di antara setiap penjuru ruang dunia.

 

BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)
pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…

raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

160211

--
Sumber asal dari nota fikir: abu zahin.

Monday, May 30, 2011

Chatterbox

Untuk satu tempoh masa yang tak ditentukan, chatterbox kat sebelah kanan ni dah dipadamkan sebab banyak spam yang duk masuk. Tak tahu lagi bila nak wujudkan balik sebab tengah berkira-kira nak pilih box yang mana, shoutmix atau cbox. Ada pilihan yang lain?

Friday, May 27, 2011

Muktamar Tahunan PAS Kali ke-57

Logo Rasmi

Lawati http://muktamar57.pas.org.my/ untuk info terkini.

Contohi burung dan jangan contohi... burung

Kalau balik kampung, pagi-pagi boleh dengar macam-macam bunyi burung. Bukan burung gagak je mcm kat Kay El ni. Burung ketitir, burung tukang (sebelum matahari naik), burung pipit, burung gembala kerbau dan lain-lain. Tenang dan seronok je bila dengar.

Pagi-pagi lagi burung-burung ni keluar pergi mencari makanan, dan dibawa balik ke sarang pada waktu petang. Jamu anak-anak dia dengan apa yang ada. Bersungguh-sungguh sekali burung terbang dan menyewah menyinggah mencari makanan.

Begitulah kebanyakan kita yang bekerjaya. Sikap berpagi-pagi dalam mencari rezeki bukan saja baik malah dituntut oleh agama. Dalam surah Adh-Dhuha, ada disebut pasal nikmat dalam ayat terakhir. Dhuha adalah waktu awal pagi selepas 30-45 minit terbitnya matahari. Itulah kebiasaannya waktu pergi kerja sekalian kita. Untunglah sesiapa yg dapat berpagi-pagi mencari rezeki kerana nikmat ALLAH akan datang dengan izinNYA.

Petang, ada yang sampai ke senja, barulah kita pulang, membawa hasil rezeki, kurniaan ALLAH untuk diri dan keluarga. Persis seekor burung tadi. Cuma apa yang boleh kita tingkatkan ialah sifat tekun dan bersungguh-sungguh kita, agar kita jadi lebih lagi dari seekor burung yang tak berakal tak berdosa tak berpahala namun bersungguh mengalahkan manusia.

Namun bisingnya burung sewaktu pulang ke sarang tidak wajar untuk kita contohi. Keluarga kita ada keutamaannya selain dari menjadi tempat kita melepaskan lelah dan kepenatan setelah seharian bertungkus-lumus mencari rezeki. Jangan jadi seperti burung, bergegas-gegas keluar pagi. Kita, nak cepat ke pejabat dan memaksa mendesak-desak anak supaya anak-anak bersiap ke nursery, sekolah atau rumah pengasuh. Sudahlah lepas ni sehari kita tidak bersama-sama dengan keluarga, bila di rumah minta anak-anak tidur awal pada malam harinya pula dan mendesak anak-anak bersegera di pagi hari.

Ya, semua perlu hadir dan tiba tepat pada masanya, si penjaga baik, si anak baik, namun elakkanlah mendesak-desak di waktu pagi. Cubalah selepas pulang ke rumah di petang hari, bermesra sebaik mungkin dengan keluarga. Cubalah sewaktu hendak ke tempat kerja, anak-anak digembirakan. Jadikan masa terhad bersama ahli keluarga pada hari-hari bekerja seberkualiti yang mungkin.

Monday, May 16, 2011

Ikut blog the easier way

Apa yg dinyatakan di bawah hanya boleh dilakukan dalam browser Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas. Say yes to Firefox & say no to IE! (Tapi kat office dipaksa juga guna IE)

Konsep

Di dalam Firefox, terdapat satu function yang dipanggil Live Bookmark. Apakah Live Bookmark ini? Ianya susah nak diterangkan dengan kata-kata. Anda buka Firefox anda dan akan nampaklah button Latest Headlines ini:


Sebelum diklik


Selepas diklik

Function ini mencari latest feeds bagi sesuatu website yg ada feeds dan dipaparkan sedemikian rupa.

So mcm mana nak follow site yang ada RSS Feeds ni?

Mula-mula pergi kat website tu (contoh di sini website BPL):

Ni website EPL. Abaikan muka Avram Grant al-Israeli yg kena pecat tu.

Cari ikon RSS Feeds. Klik dan akan kuar mcm ni:

 RSS Feeds page

So, kita klik kat button subscribe now, biarkan Live Bookmark tu masa klik. Akan keluar pop-up ni:


Ada beberapa pilihan, Kalau pilih yg atas ni, maka akan duk kat Bookmark Toolbar, sebaris dengan Latest Headlines.

Tapi kalau nak letak kat dalam boleh jugak. Terpulang. Tapi kena buat folder dalam Bookmarks - Organize Bookmarks.


Bookmarks Organizer dalam Firefox

Contoh yg dah siap:




Yang tricky sikit ialah mencari ikon / page RSS Feeder tu. Kalau dalam blog-blog wordpress atau blogger/blogspot, ada kat address bar, spt skrin di bawah. Klik ikon tu, amik salah 1 option dan akan keluar page RSS Feeds. Dari situ kita boleh pilih nak subscribe through Live Bookmark atau mcm mana.

Contoh my own blog

Boleh tanya kalu tak faham. Selamat mencuba!

Wednesday, May 04, 2011

KEKELIRUAN TENTANG QAZAF: SATU PENJELASAN

KEKELIRUAN TENTANG QAZAF: SATU PENJELASAN – Oleh Nasrudin Bin Hassan (disalin dari emel [forumdpp])

Berpandukan pandangan Ulama Muktabar.

Soalan 1 : Apakah pengertian qazaf?

Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut:

i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah¹, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat'².

ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'³. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf ⁴. Hukumannya ialah ta’zir⁵.

Soalan 2 : Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi⁶. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat⁷, bukannya pengadu.

Soalan 3 : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat :

i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti⁸ yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti.
Firman Allah⁹, “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”.
ii. Jika dia membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia akan dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf¹⁰.

Soalan 4 : Adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi.

Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut:
i. Pihak berkuasa perlu mengumpul bukti-bukti yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat;
ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diliwat, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman¹¹;
iii. Jika pengadu tidak mampu mengemukakan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan pengadu betul-betul dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti.

Dalil kenyataan-kenyataan di atas ialah keterangan Imam Abd al-Bar. Beliau menyatakan:

Para ulama telah berijma’¹² bahawa perogol [dikenakan]¹³ keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya]¹⁴ atau dia mengakuinya¹⁵. Jika tidak ada [bukti yang boleh mensabitkan hukuman hudud], maka [dikenakan] ke atasnya¹⁶ hukuman¹⁷ dan tiada sebarang hukuman ke atasnya¹⁸ apabila terbukti bahawa dia¹⁹ memaksa dan mendesaknya²⁰ [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujudnya paksaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suaranya] meminta pertolongan dan jeritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenal pasti] dia seorang gadis, yang boleh diketahui melalui darahnya²¹ dan seumapanya yang boleh menerangkan keadaannya [bahawa dia dipaksa]²² ...Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf²³ di kalangan ulama bahawa [wanita] yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud²⁴ [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [keatas] nya dengan [bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpamanya”

Soalan 5 : Apakah bukti yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol atau liwat?


Jawapan : Seperti yang disebutkan oleh sesetengah ulama zaman silam²⁵, bukti tersebut seperti:
i. Mangsa datang melapor kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis;
ii. Mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau
iii. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya²⁶ secara paksa.


Pada zaman sekarang, kajian saintifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.


Soalan 6 : Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya dengan membawa bukti seperti yang dinyatakan?²⁷.


Jawapan : Dalilnya iala keterangan Imam al-Baji²⁸. Beliau berkata :


“Jika kedua-dua³⁰ orang [saksi] tidak melihatnya³¹ dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan]³², tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya³³ dalam keadaan berdarah³⁴ jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda... maka dalam kitab Ibn al-Mawaz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] “dia tidak dikenakan [hukuman] hudud³⁵ disebabkan tuduhannya ke atasnya³⁶”.


Soalan 7 : Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan³⁷, bagaimana dengan tertuduh?


Jawapan : Jika mangsa dapat mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti berikut:

i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada mangsa³⁸. Hukuman ini dikenakan dengan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang melihat tanda-tanda berlakunya jenayah rogol atau liwat³⁹; dan mangsa bersumpah bahawa dia telah dirogol⁴⁰.
ii. Hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir-iaitu hukuman yang diserahkan kepada budi bicara hakim-ke atas tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.
iii. Hukuman ta’zir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak⁴¹.

[PERBICARAAN KES QAZAF MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH MALAYSIA]


Soalan 8 : Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah manakah yang mempunyai kuasa membicarakan kes rogol atau liwat?


Jawapan : Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, dan kes tersebut berada di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mahkamah yang berhak membicarakannya ialah mahkamah sivil atau jenayah, bukannya Mahkamah Syariah.


Soalan 9 : Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi?


Jawapan : Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.


Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya atau menyatakan pasanganya melakukan zina dengannya.


_____________________________________

1. Iaitu pengasas Mazhab Hanafi
2. Majid Muhammad (1997), al-Hudud Fi al-Fiqh al-Islami, Kuwait: Maktabah al-Falah, hlm 75
3. Ibid
4. Humana qazaf iaah 80 kali sebatan
5. Ta’zir ialah hukuman yang dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1989), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, cetakan ketiga, Damsyiq : Dar al-Fikr, jld 6 hlm 18.
6. Iaitu empat orang saksi yang menyaksikan kejadian rogol atau liwat.
7. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, peliwat hanya akan dikenakan hukuman ta’zir, bukannya hukum hudud. Lihat Ibn al-Hamam, Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul wahid, Fath al-Qadir, Damsyiq : Matba’ah Mustafa al-Hilabi, Jld.5, hlm. 263
8. Contoh-contoh bukti yang boleh digunakan akan dinyatakan selepas ini.
9. Surah an-Nur :4
10. Dalil kepada kenyataan ini akan dinyatakan pada halaman berikutnya.
11. Dalam keadaan ini, yang dikenakan hukuman ialah tertuduh seperti yang akan dijelaskan.
12. Ijma’ ialah “persepakatan para mujtahidin dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w, dalam mana-mana zaman, berkenaan sesuatu hukum syarak”. Lihat al-Zuhayli, wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyiq : Dar al-Fikr, Jld. 1, hlm 490.
13. Perkataan dalam [ ] adalah tambahan penulis bagi menerangkan maksud asal teks.
14. Iaitu empat orang saksi yang melihat dengan jelas kejadian rogol tersebut seperti melihat pen dimasukkan ke dalam tudungnya. Apabila wujud saksi seperti ini, progol dikenakan hukuman hudud.
15. Yakni mengakui bahawa dia merogol. Pengakuan tertuduh dianggap bukti yang boleh dijatuhi hukuman hudud.
16. Iaitu tertuduh.
17. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang dituduh merogol tetap akan dihukum apabila terdapat bukti. Jika bukti yang ada adalah selain daripada empat orang saksi-akan dinyatakan selepas ini-, tertuduh dikenakan hukuman ta’zir. Dengan ini, dapat difahami, dalam kes rogol, empat orang saksi diperlukan bagi mensabitkan hukuman hudud ke atas perogol. Tetapi bagi membebaskan mangsa rogol dari hukuman qazaf, empat orang saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah bukti-bukti yang akan disebut selepas ini-yang menunjukkan berlakunya kes rogol.
18. Iaitu mangsa rogol yang mengadu kes rogol.
19. Iaitu tertuduh.
20. Iaitu pengadu.

21. Iaitu darah yang keluar dari kemaluannya akibat dirogol.

22. Keterangan Imam Abd a-Bar ini bermakna bukti-bukti yang menunjukkan seseorang pengadu dirogol, tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam teks di atas.

23. Perselisihan pandangan.

24. Samada hukuman zina atau qazaf.

25. Iaitu Imam al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Imam Malik seperti yang akan dinyatakan dan Imam Abd al-Bar dalam kitabnya al-Istizkar seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

26. Iaitu rumah tertuduh

27. Lihat jawapan bagi Soalan 5

28. Beliau merupakan ulama dari Mazhab Maliki.

29. Al-Baji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Malik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jld 4 hlm. 21.

30. Imam al-Baji menyebut ‘kedua-dua saksi’ kerana sebelum petikan di atas beliau memperkatakan tentang wanita yang mendakwa dirogol tanpa membawa empat orang saksi. Maka ‘dua orang saksi’ diambil sebagai contoh bagi saksi yang kurang daripada empat orang.

31. Iaitu wanita yang mendakwa dirogol.

32. Maksudnya saksi tidak memberikan sebarang keterangan yang menunjukkan kemungkinan mangsa dirogol seperti melihat mangsa dilarikan, mangsa dikasiri tertuduh dan sebagainya.

33. Iaitu pada tertuduh
34. Maksudnya dalam keadaan kemaluannya berdarah.

35. Iaitu hukuman qazaf.

36. Iaitu tertuduh
37. Lihat jawapan bagi soalan 5.

38. Dalam menentukan kadar semasa mas kahwin hendaklah dilihat kepada status, pendidikan, tempat tinggal mangsa dan sebagainya.

39. Seperti tertuduh dilihat membawa mangsa masuk ke dalam rumanya secara paksa seperti yang dinyatakan.

40. Al-Baji (1992), op.cit, jld 4, hlm 21.

41. Zaydan, Abdul karim (1992), Usul ad-Da’wah, Baghdad : Maktabah al-Quds, hlm. 293.