Beberapa penjelasan Dewan Ulama' PAS Pusat berkenaan hudud:
http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=351:pencerahan-tanpa-4-saksi-penzina-terlepas-&catid=17&Itemid=19
http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=339:liwat-isteri-menurut-mazhab-syafie-adalah-perlakuan-jenayah-yang-tidak-termasuk-dalam-kategori-hukuman-hudud-tetapi-hukuman-tazir&catid=17&Itemid=19
http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=337:dakwaan-zulkifli-berpunca-dari-kejahilan-liwat-isteri-termasuk-dalam-bab-syubhah&catid=17&Itemid=19
http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=210:kesalahan-zina-antara-allah-dan-hambanya&catid=52:dupnw&Itemid=19
mungkin berkaitan:
* Penjelasan beberapa isu-isu semasa [1]
Wednesday, December 28, 2011
Unfinished fighting sequences
Aku berjaya mengelak serangan itu. Lantas aku mara ke depan setapak, menyampaikan tumbukan lurusku ke mukanya. Namun, dengan pantas dia mencengkam buku limaku. Aku tidak mati akal. Kubengkokkan lenganku dan kuhalakan sikuku ke mukanya. Dia yang terkejut pantas melepaskan cengkamannya dan berundur ke belakang. Aku jadi hilang keseimbangan dan terdorong ke depan. Tiba-tiba kulihat lututnya menuju ke mukaku. Aku tidak ada masa untuk berfikir lantas membuka kedua-dua tapak tanganku untuk melindungi mukaku. Serangan lututnya memang padu sehinggakan aku terasa kesakitannya, walaupun gagal mensasarkan mukaku. Aku bingkas menangkap betisnya dan menolaknya sehingga dia terjatuh ke tanah dek hilang keseimbangan.
Aku terus melompat dan menerkam ke arahnya namun dia berjaya berguling ke tepi. Menyedari sasaran aku sudah tidak relevan lagi, aku menghambur jauh ke depan dan cepat-cepat berdiri. Bersedia untuk menghadapi ancaman seterusnya. Menilai kembali kewajaran taktik yang digunakan. Ternyata aku diuji hingga ke hadnya bila menghadapi lawanku kali ini.
Kulihat tapaknya sudah berubah, melincah seolah-olah hendak menggunakan serangan sepakan atau tandangan. Aku menarik nafas, bersedia dan cuba membaca geraknya. Dalamnya laut memang sukar hendak diduga, begitu jugalah dengan hati perut seorang manusia. Aku merenung sepasang kakinya yang bergerak lincah itu.
Tiba-tiba dia berhenti. Aku tanpa berlengah-lengah lagi terus menyerang. Kali ini dengan satu juringan terbang. Entah idea apa gerakan mana aku sudah tidak peduli. Aku mesti menamatkannya secepat yang mungkin. Dia berkalih ke tepi, namun sepantas kalihannya kulibas kaki kiriku hingga mengenai bahu kirinya.

Monday, December 19, 2011
Penjelasan beberapa isu-isu semasa [1]
Ada beberapa perkara yang dijelaskan berkenaan isu-isu yang berlaku kebelakangan ini.
Soalan (S): Kerajaan negeri Kelantan mengakui hanya membina 1 masjid sahaja sepanjang 22 pemerintahannya.
Respon (R): Memang benar, hanya satu sahaja masjid iaitu Masjid Cina di Rantau Panjang yang dibina menggunakan duit kerajaan negeri secara keseluruhannya. Pembinaan masjid lain bukannya tidak ada, tapi ianya menggunakan kombinasi sumbangan awam, badan-badan kerajaan/swasta, ahli perniagaan dan kerajaan negeri sendiri. Namun, untuk apakah masjid yang banyak itu? Banyaknya masjid, jika untuk memenuhi poket kroni semata-mata atau masjid hanyalah seperti masjid Dhirar, masih tidak ada nilaiannya.
(S): Hudud yang PAS bawa bukannya hudud Islam. Ini terbukti dalam Enakmen yang sudah dikanunkan di Kelantan & Terengganu, meliwat isteri tidak dikenakan hukuman hudud. Inilah hudud PAS...
(R): Liwat adalah kesalahan yang hukumannya termasuk dalam antara jenis hukuman yang ditetapkan ALLAH. Namun, ulama' bersepakat bahawa meliwat isteri tidak dikenakan hukuman hudud. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna, meliwat isteri dibenarkan. Ianya masih salah di sisi undang-undang Islam dan layak dikenakan hukuman takzir, iaitu hukuman atas budi bicara pemerintah.
(S): Hudud PAS lagilah yang menetapkan umur 18 tahun sebagai sempadan pelaksanaan hukuman hudud bagi pesalah. Bukankah Malaysia menggunakan mazhab Syafi'ie yang menetapkan maksimum umur 15 tahun sebagai sempadan akil baligh & had untuk membolehkan dilaksanakan hukuman hudud ke atas pesalah? Inilah hudud PAS...
(R): Masalah penetapan umur baligh adalah masalah khilaf, masalah yang para ulama tidak sepakat yakni ada perbezaan pandangan mengenainya. Mazhab Syafi'ie menetapkan umur 15 tahun, manakala Mazhab Hanbali menetapkan umur 18 tahun. Penyelesaian bijak yang ulama' putuskan untuk dijadikan sempadan umur pelaksanaan hukuman hudud ialah dengan mengambil nilai yang paling maksimum, iaitu umur 18 tahun.
bersambung

Subscribe to:
Posts (Atom)