Friday, January 15, 2021

Mimpi

Bangun pagi skrol fb. Apalah punya habit. Skrol punya skrol aku terhenti melihat Page Ustaz Zahazan, yang tengah share gambar dia sedang mencium tangan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Aku terkejut. Kebetulan apakah ini. Kenapa?

Kerana, malam tadi aku bermimpi. Aku berjumpa dengan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Aku seperti berada di kaunter sebuah kedai dalam mimpi tu. Tidak pasti kedai apa. Dari luar aku nampak seseorang menuju ke arah aku. Dia kemudian patah balik. Dan kemudian datang semula. Personanya sudah aku kenali, memang almarhum. Cuma aku rasa pelik sebab beliau sudah lama meninggalkan kita. Beliau pakai kopiah putih, baju melayu putih & seluar slack hitam. Kemas, segak & tegap. Beliau kulihat tersenyum. Kalau aku bandingkan dengan perkongsian gambar Page Ustaz Zahazan pagi tadi, almarhum dalam mimpi aku masih muda dari gambar berkenaan, namun sudah kelihatan rambut & janggutnya yang berwarna putih.

Beliau memohon aku membayar sesuatu untuknya. Aku tidak ingat aku & beliau beli apa. Aku membalas aku akan cuba sebab aku pada waktu tidak ada duit yang banyak. Kemudian lelaki cashier kedai itu nampak aku terkumat-kamit sendirian. Tiba-tiba aku terkejut (mungkin sebab baru perasan sedang berinteraksi dengan seseorang yang sudah lama meninggalkan kita) dan seakan macam nak jatuh. Mujurlah cashier berkenaan sempat menyambutku. Mimpi itu ditamatkan dengan kumat-kumat perkataan Darus-syifa. Aku tidak pasti kenapa. Kemudian aku terbangun.

Aku tidak pasti apa-apa makna mimpi berkenaan. Aku abaikan begitu saja.

No comments: