Monday, April 24, 2006

sedikit bingkisan

assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.

sewaktu menatap benda ni, mesti tgh duk struggle preparing for the rest of the final exam. Didoakan semoga sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH Ta'ala dan dimudahkan urusan jwb soalan exams olehNYA.

Ada sedikit bingkisan utk ditatap dan didengar...abaikan tarikh kat atas tu. kalu letak tarikh betul nanti bahaya...akan displayed kat muka depan blog ni... kat bawah ni ada audio-video, kena klik play button baru blh dgr. Kena g dengar kat PC yang ada speaker/headphone. Tp sebab benda ni cam privete sket, maka pi laa kat c-c mcm i-Port tu ke yg ada headphone, baru boleh dengar.

sebenarnya masa mengajar antunn tempoh hari, ana ada rasa sesuatu. rasanya semacam nak jelaskan segala apa yg ana rasa 'terhutang' dgn shbt2 terutama khamsiah. ana ingat lagi masa dalam satu tamrin masa di UPM, ana n dia & beberapa org lg duk dlm unit modul. discuss pnya discuss pasal modul, mcm jadi laa perlaksaan modul tu. Dipendekkan cerita time program berlangsung ana hilangkan diri...tak gi tamrin tu. mesti kwn2 rasa tak puas hati dsb, kan?... mmg rasa ama tertekan sgt masa tu... berat & byk jwtn/amanah yg tak semuanya mampu dipenuhi.....rasa tertekan tu sebabkan ana hilangkan diri... ana 'keluar' dari kolej, bw sehelai baju sehelai seluar di samping apa yg ana pakai, dan ana gi asingkan diri kat BJ (umah J lama....)... uzlah nafsiyyah dan jasadiyyah....entahlah... rasa bersalah tu tetap ada...

itulah hutang ana kpd khamsiah & lain2 ajk unit modul umumnya & semua yg terlibat dgn tamrin tu amnya.

ana tak pasti cara mana dan apa dia yg dapat menebus balik kesalahan tu. Mcm mana nak bayar balik hutang tu Menagajar Java tu dpt ke menebus segala2nya? Tak bukan? Jadi ana nak minta maaf banyak2.... Salah dgn manusia ni ana nak minta maaf byk2 laa...

Habis pasal tu. Perenggan ni plak pasal pengajarn dan pembelajaran tempoh hari. Entunn mesti lebih tabah sewaktu menuntut ilmu....pernah time ana mengajar t'dengar suara..., "eh hari ni tak balik bilik pun lagi....penat..bla bla bla"... kalu nak kira, sikit sgt apa yg entunn rasa.... ana dgr mcm tu ana senyum je la dalam hati... siapa yg lagi jauh & lagi lama tak balik bilik sebenarnya dalam kelas tu....

Budaya murid tunggu guru seakan sudah hilang. memanglah sangka baik mengatasi segalanya, namun adab2 menuntut ilmu ana kira tak salah untuk dipatuhi.

OKlah. Part ni plak, mcm yang diberitahu di atas, klik Play kat sini, dia akan auto-play.



Kalu video kat atas tu tak dpt dibuka/didengari, klik sini (http://tinyurl.com/2fhtnm).

Sekian. semoga berjaya dlm bidang yang diceburi...duniawi mahu pun ukhrawi.

Tuesday, April 11, 2006

cintan cintun la pulak.....

Nota dp tengku mohd azri… ni punya artikel dijumpa cari dlm setambun artikel dlm pc ni… ada kata2 yg mgkin tak berapa elok utk org yg baik2…skema2…mulus & tulus… namun bacalah sbg pengajaran…jgn tiru cara dia bg salam… xnak hilangkan line salam tu sbb nak kekalkan keaslian artikel. Abaikan kesalahan grammar BI dia…ayat2 Allah tu ada dlm al-Quran, kena cr sendiri. Antara yg boleh ditolong, an-nur, ayat 26, 30, 31
____________________________________________________

As' kum!!!! aa.. ni bukan saye yg tulis k. cume copy from my friend's email that had sent to me.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

baca lah serajinnya. then, insyaAllah u will realize, what is love actually mean. jgn dok sempitkan cinta tu among lelaki-perempuan je.

pastu kan, dalam ISLAM, kalau dah berkenan kat seseorang, cepat-cepat masuk meminang.

either man or woman can do it. sy khadijah yang offer diri dia pada nabi
saw. than, baru nabi saw masuk meminang.

kalau kenal abg nazri chik. KU 1995, isteri dia skrg yang offer diri utk jadi isteri dia. then, he accepted her offer. then, abg nazri masuk meminang.

saje nak tunjuk, yang perempuan pun boleh mulakan step dulu. Tak haram. kalau malu, nasib korang lah. terlepas, aku tak tahu. frust tertonggeng sendiri lah.

cinta lelaki-perempuan, salah satu cabang cinta. ia mulia. tetapi jadi kotor sebab perlakuan manusia.

bila perasaan tu wujud, terus-terus buat bincang dgn yang lebih 'alim untuk taqdim kata orang-orang yang terlibat dalam jemaah islam ni. kira cop lah atau merisik. tapi tak tepat sgt kot.

the best is, guna orang tengah. kalau berani nak direct pun boleh je.

cinta tu kena pastikan bukan pasal nafsu. so, cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata will be categorized as haram. banyak dalil. cam.. la taqrabuz zina. lepas tu surah annur... perempun mukminat mesti tundukkan pandangan dan lelaki mukmin pun sama.... sebab cinta yang
dasarnya nafsu, confirm pergi date semua, pegang tangan semua. benda tu semua haram. so, haramlah bercinta macam tu.

kiranya hukum bercinta ni berubah-rubah lah. sesiapa yang tahu batasan.
alhamdulillah. cintanya akan diberkati. tapi sebenarnya payah jaga batasan. lelaki dan perempuan ni umpama magnet yang saling menarik. dan syaitan sentiasa ada. so, jalan selamat ---> nikah. dan itulah yang dinamakan taqwa.

dan the best is, cinta lepas kahwin. islam dah bagi garis panduan cantik
dah. cerita ringkasnya.

1st. tertarik dgn someone.
2nd. pergi merisik
3rd. dah confirm budak tu kosong, gi masuk meminang. kalau budak tu dah berpunya, lupakanlah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. igtlah, yakin Allah buat mcm tu sebab nak tunjuk ada orang lain yang lebih baik dari dia.
4th. proses peminangan.
5th. kawin. dan bercintalah semahunya. tiada siapa melarang.

maybe orang akan cakap, camne nak carik keserasian kalau cinta lepas kahwin. jawapannya, meh aku hempuk kau. khadijah dan nabi saw
dulu ada ke bercinta sblm kahwin? nabi dan aisyah dulu kawin masa aisyah budak lagi. logik ke aisyah ada perasaan cinta waktu umur 9 tahun? itulah gunanya merisik. dan merisik mesti guna orang yang alim. so, dgn berkat orang alim tu, dia akan cari yang terbaik utk kedua-duanya.

merisik tu kena lah risik agama dia, kekayaan dia, nasab dia, apa perangai baik buruk dia, dsb. orang tengah ni mesti lah orang yang kenal kita dan kenal si dia. takkan orang alim nak buat dajal pulak kan. kalau carik orang zalim dan fasik jadi orang tgh, memanglah.

the best thing analogy is. bercinta ni umpama orang nak bukak puasa. so,
kalau nak bukak puasa, makanan paling sedap mestilah yang beli panas-panas before bukak puasa kan. kalau bukak puasa kol 7 ptg, tapi makanan dah beli pukul 1 tgh hari. rasa-rasa sedap tak makanan tu? jawab sendirilah.

maybe orang cakap, tutuplah dgn tudung saji... tutup pun, korang rasa sedap tak ayam panggang yang dah sejuk makan buat bukak posa?

ada plak yang cakap nanti, boleh panaskan guna microwave. makanan bolehlah, orang? perasaan?

so, kalau nak bercinta fikirlah, bila nak tamatkan zaman bujang? kalau rasa umur 20/21 tahun ni nak tamatkan zaman dara/bujang. bolehlah carik sekarang. kalau rasa umur 25. mulalah carik sekitar 23/24.

dan maybe perempuan akan tertanya... laku tak aku ni nanti? sori to say..
perempuan skrg tak seimbang di IPT. jawapannya, as long as u jaga ketertiban as muslimah yang solehah, aku rasa pasti ada orang nak jadikan isteri. jgn risau pasal tu. kalau korang act cam perempuan gatal,
memang aku rasa payah.

tak percaya? survey has been made by non-muslim researcher... for a long term partner..yakni marriage. lelaki perempuan muka hensem, cantik, body solid, tough bukan jadi perkara utama. orang tetap akan cari yang baik perwatakan. dan kalau dapat suami yang hensem, tough dan beriman tu rezkilah. sama lah kalau dapat isteri yang badan solid, cantik semua+ beriman.

tak percaya jugak? bacalah cerita artis2 yg bujang. walaupun pakai seksi nak mampus, dia tetap cakap nak carik lelaki yang beriman, yang boleh bimbing dia. belum pernah aku jumpa, artis seksi nak carik lelaki yang pernah ambik gambar berspender je kat majalah utk jadi suami dia.

allah berfirman, lelaki yang baik utk perempuan yang baik, lelaki yang
berzina (jahat) utk perempuan yang berzina (jahat).

wallahua'lam. kalau pendapatku ini benar maka terimalah, dan kalau
pendapat orang lain lebih tepat, maka campakkanlah pendapatku ini ke
dustbin pc anda.

kepada semua blogger atau sapa2 saja yang mencintai ilmu

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…

Apa khabar semua? Sudah lama diri ini tak menulis…

Tulisan kali ini memetik buku karangan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bertajuk Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya.

Lihat muka surat 18. penulisan ini cuba nak timbulkan kesedaran dan juga pertanyaan dari diri ini yang sedikit jahil ttg beberapa perkara yang akan dinyatakan kemudian. Sebelum itu kita lihat kandungan muka surat 18 buku itu…

Takde laa diri ini berniat nak copy sebijik2 (mcm copy ninja Kakashi) apa yg ditulis dlm tu. Cuma nak bawa suatu hadis Nabi SAW [1] yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar.” “Kafa bil-mar-i kaziban an yuhadditha bikulli maa sami’a.” Satu lagi kata imam Malik bin Anas [2] yang maksudnya, “Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengar, dan seseorang tidak menjadi imam (pimpinan) sama sekali apabila dia menceritakan setiap yang dia dengar.

Apa hukumnya blogger/’whistle-blower’/email forwarder yg suka cite apa2 saja yang dia lihat?

Buat semua blogger atau sapa2 saja, sila berdisiplin dalam melaksanakan amanah ilmu bila menyampaikan sesuatu. Antara disiplin itu terdapat dalam ayat Allah dalam ayat ke-6, Surah al-Hujuraat dan juga hadis Nabi SAW [3] yang bermaksud, “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka. (Hadis ini adalah mutawatir. [4])”

Berhati-hatilah!

Nota:

[1] Riwayat Muslim dalam mukaddimah sahihnya.
[2] Riwayat Muslim dalam mukaddimah sahihnya.
[3] Riwayat Al-Bukhari dalam kitab al-Janaiz dan Muslim dalam mukaddimah sahihnya.
[4] Lihat: Ibn al-Salah: ‘Ulum al-Hadith, m.s. 239, cetakan Dar-al-Fikr al-Mu’asarah, Beirut.