Tuesday, February 03, 2009

Setia

"Belajarlah untuk, setia..." lirik lagu seorang artis perempuan tanah air terngiang-ngiang di kepalaku... Tak ingat siapa penyanyinya tapi, setia merupakan satu sikap yang terpuji, apatah lagi jika setia pada kebenaran.

Kemelut Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering di Perak berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti, memang memeningkan kepala rakyat jelata. Adakah mereka setia dengan Pakatan Rakyat (PR)? Adakah benar mereka akan (mungkin dah) melompat parti? Kita tinggalkan dulu persoalan ini.

Paklah ada declare kepada media hujung minggu lepas, bahawa ada ADUN Pakatan Rakyat (PR) yang akan melompat parti menyeberang ke BN. Cuma beliau tidak nyatakn butirannya.

Tapi bila tiba-tiba Speaker DUN umumkan kedua-dua exco meletakkan jawatan ADUN, dilihat parti Paklah sedikit menggelabah mungkin. Speaker DUN Perak, ialah dari PR, Adun Tronoh dari DAP iaitu V. Sivakumar. Speaker ini aku lihat setia pada perjuangan PR di Perak dengan memangkas awal-awal sebarang trigger yang boleh merosakkan kestabilan pentadbiran kerajaan PR di sana.

Mengapa?

Bila Speaker DUN Perak menyatakan bahawa dua ADUN berkenaan isytihar meletak jawatan ADUN, alih-alih mereka berdua muncul balik (tak muncul pun, hanya ada statement saja dan perbualan2 telefon dengan wartawan tempatan) seminggu kemudian.Kemunculan semula mereka adalah untuk menafikan dakwaan mereka hilang & mereka meletak jawatan.

Jika ADUN berkenaan sah lompat parti ke BN, maka BN akan mendapat manfaat darinya, pilihan raya kecil tak perlu diadakan, dan banyak benda yang BN boleh cepatkan & jimatkan.

Tapi tidak berlaku sebegitu.

ADUN berkenaan tidak boleh bypass keputusan Speaker DUN yang menerima surat perletakan jawatan bertanda tangan dari mereka. Walaupun surat berkenaan tanpa tarikh, namun penurunan tanda tangan adalah bukti kukuh mengesahkan sesuatu keputusan itu adalah benar & hendak dilakukan. Memanglah kasihan jika tanda tangan itu bukan mereka berdua yang punya, namun YAB MB Perak sudah pun mengadap Sultan Perak. Jika berlaku PR kecil, dua ADUN itu secara automatik tidak lagi berguna kepada BN. Perletakan jawatan sebagai ADUN menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk bertanding mana-mana kerusi DUN & Parlimen dalam masa 5 tahun dari sekarang. Dua DUN itu pula akan terlepas. PR kecil menyebabkan persaingan lebih terbuka & PR amat yakin untuk kembali memegang dua kerusi DUN berkenaan dengan dua calon yang lebih setia dengan parti.

Aku sokong kepimpinan MB Perak, keputusan beliau selagi mana ianya tidak melanggar syariat dan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syura parti MB Perak berkenaan.

Firman ALLAH dalam Surah al-Isra' ayat 80-81 yang maksudnya "[80] Dan katakanlah: "Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong. [81] Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap."

No comments: