Buku 'Royalti: Amanah Dikhianati' dedah kebejatan BN
Sudah banyak pendedahan dan bukti dikemukakan pemimpin Pakatan Rakyat
dalam isu membabitkan tuntutan royalti minyak bagi negeri Kelantan.
Malah, isu itu turut dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan sewajarnya buat Kelantan dan rakyat seluruhnya.
Namun, kerajaan pusat yang bertanggungjawab mengagihkannya melalui
Petronas enggan berbuat demikian dan terus-menerus menafikan hak rakyat
negeri itu.
Inilah yang didedahkan oleh Datuk Husam Musa melalui buku terbarunya, 'Royalti: Amanah dikhianati' yang kini mula berada di pasaran.
Menurut buku itu, pada 15 November 1975, Dewan Rakyat diberitahu bahawa
semua negeri, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani
perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki Akta Kemajuan
Petroliam, 1974.
Selangor, kemudiannya dimaklumkan turut bersetuju menandatangani perjanjian tersebut.
Mengikut perjanjian tersebut, tiap-tiap negeri akan menerima lima
peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam
kawasan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas
ataupun agensi-gensi ataupun kontraktor-kontraktornya.
Perkara
di atas dipertegaskan sendiri Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul
Razak Husin ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang yang ketika itu
ahli parlimen Petaling Timur.
Itulah kata-kata pengasas
Petronas, yang diucapkan di Dewan Rakyat yang mulia, yang sewajarnya
kejujuran seorang negarawan tidak dinodai.
Apatah lagi jika ia dinodai oleh anaknya sendiri, yang merupakan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Itulah asas yang termaktubnya sebuah persetujuan, di mana perjanjian
penyerahan hak petroleum oleh negeri-negeri kepada Petronas dengan janji
manis di bayar wang tunai lima peratus. Soalnya, di mana janji itu?
Tiga dokumen penyerahan hak (vesting deeds) kuasa petroleum oleh negeri
Kelntan, kerajaan persekutuan dan Sabah mendapati setiap patah
perkataan dan ayatmya sama.
Sama ada yang ditandatangani oleh Kelantan, kerajaan persekutuan dan negeri Sabah atau mana-mana negeri di Malaysia.
Ia termasuk dokumen akuan pembayaran tunai lima peratus sebanyak dua
kali setahun oleh Petronas kepada kerajaan-kerajaan negeri atas
pengeluaran petroleum negeri terbabit.
Namun, Kelantan dilayan secara berbeza berbanding negeri-negeri lain sedangkan ia merujuk kepada satu akta yang sama.
Berdasarkan ketiga-tiga dokumen tersebut, semua pihak baik kerajaan
negeri atau persekutuan hanya layak menerima lima peratus bahagian
masing-masing.
Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan dibayar lima
peratus bahagian Kelantan dan Terengganu oleh Petronas, selain
pembayaran tunai lima peratus yang sepatutnya dibuat dua kali setahun
yang dipegang kerajaan pusat.
Hakikatnya dokumen-dokumen berkenaan mendedahkan amalan pecah amanah yang jelas, yang dilakukan kerajaan kepada Kelantan.
Selain dokumen-dokumen yang dinyatakan ini, lebih banyak dokumen lain
yang menunjukkan mengapa Kelantan wajar diberikan hak royaltinya yang
akan di.
Buku 'Royalti: Amanah Dikhianati' tulisan Naib
Presiden PAS, Datuk Husam Musa ini merungkai lebih banyak
dokumen-dokumen berkaitan dalam usaha membawa kembali hak rakyat
Kelantan.
Buku ini boleh didapati di Pejabat Agung PAS, Jalan
Raja Laut, dengan harga RM10 senaskhah. Sila hubungi 013-2728804 untuk
mendapatkan buku ini.
No comments:
Post a Comment