Friday, March 29, 2013

Google Malaysia lancarkan minisite sempena PRU13

Hari ini Google Malaysia melancarkan satu laman web mini berkaitan dengan isu-isu politik sekitar pilihan raya umum ke-13. Ianya bertujuan untuk memandu rakyat Malaysia membuat pilihan dengan sumber maklumat dan berita mengikut parti politik dan isu-isu nasional.

Boleh diakses di http://www.google.com.my/elections/ed/my/home , laman ini bukanlah yang pertama di peringkat global, tetapi sudah beberapa dilancarkan di negara-negara lain menjelang pilihan raya negara berkenaan.

Satu benda menarik ialah tab Trends, iaitu satu tab yang menunjukkan apakah pilihan hasil carian berkaitan parti mana yang paling diakses di internet. Dikelaskan mengikut hari, minggu dan bulan serta carian berita dan carian video, ia memaparkan graf real-time yang menggambarkan pola pilihan carian pada satu-satu masa.

Menurut Google (dipetik dari Malaysiakini) dalam sesi tertutup bersama media Rabu lepas, langkah ini diambil ekoran ramai pengundi muda dan pengundi baru terlibat dalam pilihan raya akan datang dan bergantung kepada Internet untuk sumber maklumat.

No comments: