Aku bertolak balik Kelate dengan keta Izam. Din join sekali. Aku lupa Kak Shidah ke Eja yang join jugak... Kami bertolak awal, tapi selepas Subuh. Hari tu hari besejarah bagi aku secara peribadi. Sebab tu aku tak sabar nak balik kampung.
Aku masih ingat mendaftarkan diri di pejabat pos dalam bandar KB (dekat area Mydin lama yg terbakar tu). Daftar guna alamat kampung. Masa tu beberapa bulan lepas cecah umur boleh daftar.
Masuk sempadan Kelantan memang meriah betul benderanya. Jalan sesak tapi tak sesesak seperti balik kampung di kala Hari Raya Puasa. Seronok melihat kibaran bendera sepanjang jalan, peraih-peraih undi dan pelbagai gelagat lagi.
Sampai di rumah dalam 2 petang atau 3 petang, tak ingat dah. Rushing, tapi sampai mesti rehat & makan nasik dulu. Mak masak, sedapnya mesti dirasa sebelum apa-apa yang lain. Din kemudian ke Kampung Kota, mengundi di sana. Aku, Izam ke Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, sekolahku dan adik-adikku untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajipan itu. Sempat tak silap aku tunggu Din balik.
Sebelum sampai sekolah, Abah berhenti bawak Din masuk markaz biru sebelah kanan jalan (kalau menghala ke sekolah sebelah kanan). Depan sikit bertentangan jalan markaz hijau. Aku stay je dalam keta. Abah & mak dah mengundi dah awal lagi.
Sampai di sekolah, ada lagi cikgu-cikgu yang masih mengenali diri aku. Aku pulak yang ingat-ingat lupa. Ada polis, suasana lengang sebab dah nak pukul 4 petang, ramai dah mengundi. Aku bagi IC, cek nama kat daftar belum dipotong dan aku ke tempat memangkah.
Dengan bismillah aku memangkah. Undi rahsia, tapi blog aku ni dah terang lagi bersuluh menjelaskan aku undi apa... Hehehe... Alhamdulillah.
Selesai, senyum berbalas dengan para petugas, cikgu-cikgu aku juga, then naik kereta semula balik rumah.
Malam tu, aku tak stay pun tunggu keputusan, sebab penat travel & tidur agak awal.
Bangun pagi esok, kemenangan masih kekal kepada pihak yang sama di Kelantan. Alhamdulillah. Anjakan perubahan berlaku seluruh Malaysia amat mengejutkan tetapi sangat menggembirakan.
Sedar tak sedar, sudah 5 kali kita melangkah 8 Mac tapi masih dengan parlimen yang sama. Mcm mana? Bila nak bubar ni? Memang senang kalu kerajaan inform awal, untuk merancang.
Oh ya, Hari Isnin, 9 Mac 5 tahun lepas ialah hari 'menanda' kami berdua....
No comments:
Post a Comment