Monday, February 27, 2012

Ibrah buat...


(Dipetik dari kuliah Zohor di Surau Menara TM sekejap tadi. Ustaz sedang mengkuliahkan Hadis Pertama dari Hadis 40 Imam Nawawi rahimahullah. Kemudian dia menceritakan satu kisah seorang ahli ibadah yang dipetik dari kitab Majalis As-Saniah. Majalis As-Saniah adalah salah satu kitab syarah Hadis 40 Imam Nawawi. Apa yang aku tidak pasti, adakah kisah ini berkait dengan Hadis Pertama dari Hadis 40 berkenaan, atau berkait dengan buku Hadis 40 itu sendiri.)

Diceritakan bahawa seorang ahli ibadah yang sangat suka menolong hendak berkhulwah (berkhalwat, bersendirian untuk beribadah kepada ALLAH SWT) di sebuah bukit. Dalam perjalanannya, apabila sampai di kaki bukit, dia terserempak dengar seekor ular. Dia terdengar ular itu menyebut, "Tolonglah aku! Tolonglah aku!"

Dia membalas, "Apa yang boleh aku tolong?"

Ular itu berkata, "Aku sedang diburu oleh pemburu-pemburu ular. Tolonglah aku untuk bersembunyi dari mereka!"

Lantas tanpa berlengah, ahli ibadah tadi terus membentangkan kain yang dibawanya dan menyuruh ular berkenaan masuk. Dia akan bungkus sewajarnya kain berkenaan seterusnya melindungi ular berkenaan dari dijumpai para pemburu.

Ular berkata, "Demi ALLAH! Aku akan masih dijumpai jika aku bersembunyi sedemikian rupa!"

Ahli ibadah berkenaan membalas, "Jika engkau keberatan, bagaimanakah caranya lagi aku boleh membantu engkau wahai ular?"

Ular itu menjawab, "Benarkan aku masuk ke dalam mulut engkau!"

Terkejutlah ahli ibadah berkenaan. Namun kerana azamnya untuk membantu ular berkenaan menyembunyikan diri dari pemburu ular, dia pun mengangakan mulutnya dan membenarkan ular tersebut masuk ke dalam mulutnya. Sesampainya ular berkenaan di perut ahli ibadah itu, ular itu berasa sangat selesa.

Seketika kemudian sampailah para pemburu ular dan mereka menyoal ahli ibadah itu, "Adakah engkau nampak seekor ular di sini?"

"Tiada, aku tidak nampak!" jawab ahli ibadah berkenaan, berhelah. Memanglah dia sudah tidak nampak lagi ular itu disebabkan haiwan berkenaan telah berada di dalam badannya.

Setelah puas mencari dan berpuas hati yang ular itu tidak berada di situ, pemburu berkenaan beredar.

Sesudah beberapa ketika, ular berkenaan bertanya, "Adakah pemburu berkenaan masih berada dekat atau pun sudah jauh dari sini?"

"Ya, mereka sudah jauh," jawab ahli ibadah itu. "Jadi bolehkah engkau keluar sekarang?"

"Demi ALLAH aku tidak akan keluar dari sini melainkan aku membunuh engkau atau pun aku makan sedikit hati engkau!" tegas ular berkenaan, berubah.

"Subhanallah!" Terkejutlah si ahli ibadah. Tidak disangkanya pertolongannya kepada ular berkenaan akan memberikan bencana kepadanya. Memang tidak disangka sekali niat jahat ular berkenaan. Namun dia tidak berputus asa. "Wahai ular, masihkah ada pilihan lain untukku?"

"Tidak!" Ular berkenaan bertegas. "Demi ALLAH aku pernah berjanji dengan Adam a.s. dan aku pernah memungkirinya. Mengapa engkau boleh lupa akan hakikat ini?"

Dengan balasan berkenaan, sedarlah ahli ibadah itu yang dia sudah tidak ada pilihan yang lain. Maka dia meminta untuk menunaikan solat dua rakaat, sebagai solat penghadapannya kepada ALLAH SWT yang terakhir sebelum dia dibunuh. Ular berkenaan mengizinkan.

Seusai solat, hamba ALLAH ahli ibadah berkenaan berdoa mengadu nasibnya kepada ALLAH. Doanya membuatkan 'Arasy ALLAH SWT bergegar, kerana keikhlasan yang ditunjukkan dan kezaliman yang menimpa ahli ibadah berkenaan. Para malaikat pun bergegas untuk membantu ahli ibadah berkenaan. Selepas berdoa, datang malaikat membawa daun dari syurga dan disuruh ahli ibadah berkenaan memakannya, mengunyahnya sampai lumat dan menelannya.

Sebaik saja masuk daun itu ke dalam perut ahli ibadah, ular berkenaan mula tidak selesa. Maka keluarlah ular berkenaan dari dubur ahli ibadah berkenaan dalam bentuk daging seketul demi seketul tanpa tinggal sebarang kesan pun di dalam perut ahli ibadah berkenaan.

Pengajaran: Antaranya yang disebut oleh ustaz, setiap perbuatan menolong makhluk yang kita buat pasti ada ganjarannya di sisi ALLAH, walaupun kelihatannya perbuatan berkenaan membahayakan diri kita sendiri.

Thursday, February 23, 2012

Breastfeeding: satu perkongsian [2]

Aku mula dimakan janji dek kerana kelantangan aku bersuara mempertahankan suruhan menyusu selama 2 tahun genap. Aku bersikap sedikit keras dalam hal ini.

Aku rasa inilah benda ketiga yang dikafarahkan kepadaku oleh ALLAH SWT disebabkan kelantangan aku. Ada banyak, tapi mungkin tiga perkara ini adalah yang utama.

Sewaktu Lutfi berusia lebih kurang 6 bulan, Ummu Lutfi disahkan mengandung anak kedua kami. Kemudian pada usia Lutfi 9 bulan, Lutfi mula menolak susu badan Umminya. Habis cara dah ikhtiar supaya dia menyusu badan, akhirnya kami mengalah. Dia berhenti menyusu badan yang kami suspek sebab Ummi mengandungkan adiknya. Mulalah kami beri susu formula kepada Lutfi.

Itulah yang aku kira aku dimakan janji. Lain kali jangan telalu lantang dan berkeras sangat.

(Pertama sewaktu aku berjanji untuk pulang bergerak kerja di DPPK Putrajaya, selepas 2 tahun dari tempoh berkahwin, yang aku lafazkan depan sahabat-sahabat seperjuangan DPPK Putrajaya. Aku gagal. Nasib baiklah aku duk di DPPK Segambut ni.

Kedua, aku sebelum ada kereta mengutuk dengan agak hebat berkenaan lampu brek & signal belakang kereta Proton Saga baru yang berbentuk bulat, tak cantik di mataku. Aku suarakan ketidak puasan hatiku kepada abangku. Dia kata, janganlah "jeh" sangat, mungkin orang2 lain minat design lampu belakang mcm tu. Akhirnya ALLAH tentukan aku untuk memiliki sebuah Proton Persona, yang lampu brek & signal belakang keretanya berbentuk bulat! Masya ALLAH...!)

Well, aku mula tercari-cari, alasan, escapism dan yang sewaktu dengannya. Sebabnya? Sebab aku yang tulis note dalam Facebook aku berkenaan penyusuan badan penuh selama 2 tahun. Tapi, alih-alih kami sendiri tak diizinkan ALLAH untuk melaksanakannya.

Suatu hari sewaktu aku dengar kuliah Zohor di Surau TM Annexe 2 oleh Ust Ismail, beliau membawakan bab penyusuan dari Jilid 4 buku Fiqhul Manhajiyy. Sedikit demi sedikit aku jadi lebih faham tentang hakikat penyusuan ibu, hukum penyusuan ibu, hukum upah penyusuan, penyusuan oleh ibu: hak atau kewajipan, hukum-hukum berkenaan anak susuan dan lain-lain.

Memang kena rujuk orang / kitab yang lebih perinciannya dan tidak mencukupi dengan hanya memahami ayat Al-Quran semata-mata.

Dalam mencari kefahaman tentang penyusuan ni, aku jumpa banyak alasan orang yang tidak mahu menyusukan anak mereka. Antaranya boleh aku terima seperti masalah fizikal (i.e perlukan pembedahan corrective puting susu). Mungkin juga aku boleh terima yang ibu dan anak duduk berjauhan lantaran sambung belajar atau komitmen tugas yang menyebabkan EBM pun tak dapat nak dibekalkan.

Alasan susu tak keluar memang susah sikit hendak diterima. Banyak teknik merangsang pembekalan susu yang optimum dengan kehendak bayi boleh dipelajari, sama ada melalui teknik-teknik tradisional atau teknik-teknik konvensional. Pemakanan ibu, posisi penyusuan, suasana penyusuan, masa dan kekerapan, sokongan suami dan ahli keluarga sangat-sangatlah mempengaruhi keluar tak keluarnya susu. Iringlah usaha dengan doa juga.

Aku pernah jumpa satu alasan tak boleh blah seseorang tu yang tak nak menyusu sangat anak dia. Aku tak tahu / jumpa terus pun. Just berkebetulan. Sebabnya ialah dia tak nak breast dia tak cantik tak tegang dah kalau kerap menyusu! Aku terkejut sebab ada jugak ibu macam tu. Untuk yang ni aku sarankan baca majalah Pa&Ma bulan Januari 2012 & Februari 2012. Belek-belek sikit, perhati, dan jumpalah apa tips yang dihajati berkenaan isu ini.

Semoga aku diberikan kekuatan untuk meyambung lagi perkongsian ini.

Wallahua'lam.

mungkin berkaitan:

Mimpi

Semalam tidur dah dekat 12.30 tgh malam selepas balik dari Seksyen 20 Shah Alam pukul 11.30 lebih kurang. Ingatkan sebab kepenatan, boleh terus lelap bila jejak kaki kat rumah. Tapi, lama jugak nak dapat ke tidur tu.

Tiba-tiba perut pulak meragam. Try minum segelas susu Marigold HL moga-moga hilang sakitnya.

Dalam tidur yang sebentar-sebentar terganggu semalam, datanglah mimpi yang entah kenapa aku rasa aku nak share. Dalam mimpi tu seolah-olah kami baru selesai berprogram. Program tu waktu malam. Dalam program tu ada Tok Guru Nik Aziz... Tok Guru pakai jubah putih berserban. Masa nak makan tu (biasalah lepas program pengisian, ada makan-makan), ada nasi lemak bungkus dihidangkan. Tampak gembira dia melayan kitorang. Then aku gi amik nasi lemak aku, then sampai kat tempat Tok Guru duk bersila (semua orang tgh makan duduk bersila), aku tgk Tok Guru tak ada lagi nasi lemak. Then aku pun berilah nasi yang supposedly aku ambik untuk aku tu kpd Tok Guru. Tok Guru pun suka, buka bungkus nasi lemak tu dan tengok sambalnya tak banyak mcm yang orang lain punya. Then dia makan laa. Then aku gi pulak amik yang aku punya kat tempat orang (muslimat, tak kenal sapa) ramai2 tengah mengedar nasi lemak bungkus.

Then aku tak ingat aku sempat ke tidak aku makan nasi lemak tu aku tersedar. Termenung aku kejap. Then perut datang lagi sakitnya. Dalam duk melayan kemeragaman perut tu aku terlelap lagi. Maka bermainlah satu lagi wayang mimpi yang berkaitan dengan perhimpunan anak-anak Pesaka Gayong di Kedah hujung minggu ni. Aku terhadir ke situ, tak sure sebagai apa tapi sempat tengok ramai anak-anak Pesaka Gayong berkumpul. Hebat-hebat semua. Sayang aku tak sempat melihat mereka beraksi... Aku tak faham sikit mimpi yang ni.

Pagi tadi aku cirit birit. Then terus mandi. Aku ingarkan dah lambat. Tapi bila wife aku cakap, "bang, kenapa nya? Baru pukul enam..." Aku terkejut sikit. Aku salah tengok jam rupa-rupanya. Then aku start motor gi solat Subuh kat surau Taman Beringin.

Pulang dari surau aku termenung-menung mengingatkan mimpi tu. Aku memang dah lama tak jumpa Tok Guru face-to-face. Last masa Ijtima' Tarbawi Oktober tahun lepas. Cuma semalam aku ada tengok gambar Tok Guru yang ni, lama aku tenung-tenung:


Kalau korang familiar atau baca media alternatif sehari dua ni, korang akan tau gambar ni pasal apa. Kalau tak tau klik sini.

Then tengah hari semalam atau Rabu kelmarin dulu aku ada tengok video demo Gayong yang dimuat naik kat muka buku PSSGM Selangor & Pusat. Jugak aku ada post poster ni kat wall Facebook aku:


Aku happy sebab dapat serve Tok Guru walaupun dalam mimpi. Serve pun walaupun dalam bentuk paling minimum tapi rasa happy jugak.

Kepada anak-anak PSSPGM, selamat berhimpun dari aku anak Gayong Malaysia (PSSGM).

Monday, February 20, 2012

Merasa kerdil di tengah-tengah hebatnya insan

Alhamdulillah berlangsung sudah reunion Sabtu lepas di De Palma Shah Alam. Kehadiran, emm dalam 40 orang lebih.

Aku lebih suka duk di belakang monitor apa yang anak-anakku buat. Sekurang-kurangnya ada yang boleh menegur andai ada yang tertinggi pitching suara, berkejar-kejaran sesama mereka.

Well, ramai lagi yang tak berkesempatan hadir pada hari berkenaan.

Yang hadir ini pun sudah cukup menghadirkan rasa kerdil di dalam diri.

Ramai sudah yang berprofesion hebat-hebat.

Ada seorang yang menjadi pujaan massa.

Ramai sudah yang memilih jalan perubahan dalam hidup menjadi lebih baik.

Ada yang berilmu duniawi dan ilmu ukhrawi tinggi-tinggi; peringkat sarjana dan bakal menyambung PhD.

ALLAHummaj'al jam'ana haza jam'an marhuma. Wa tafarruqona mim ba'dihi tafarruqan ma'suma...

Thursday, February 16, 2012

Breastfeeding: satu perkongsian [1]

updated
Originally posted dalam my Facebook note on Tuesday, 23 February 2010. Masa ni Ummu Lutfi belum pregnant second baby lagi. Lutfi pulak dah berusia empat bulan lebih...

--

Kami berdua suami isteri mula terfikir bila terjumpa ayat Allah dalam surah Luqman, sepetik dari ayat ke-14 yang maksudnya lebih kurang, "...dan pisahkanlah dari menyusu dalam tempoh dua tahun... (wa fisoluhu fi 'amaini)."

Kenapa, sedikit sangat orang yang menyusu badan penuh selama dua tahun?

Kenapa, seawal usia 6 bulan lagi, anak-anak dah diperkenalkan dengan makanan pejal selain susu ibunya? Antara sebab yang biasa didengari, [1] susu ibu saja tak cukup nutrien [2] polisi pemakanan kebangsaan [3] ramai orang buat camtu so ikut je laa... [4] ibu makan koksei dan so anak takkan dapat yang terbaik

So ada beberapa persoalan yang timbul dari kami berdua:
1. Apakah tujuan Allah letak cap 2 tahun di dalam ayat di atas? Adakah wajib (wa wassoinal...) menyusu badan semata-mata selama 2 tahun?
2. Adakah berdosa tidak memisahkan anak-anak dari susuan badan selepas mereka berusia 2 tahun?
3. Apakah hubung kaitnya ayat Al-Quran di atas dengan pengkelasan najis mukhaffafah (ringan) dalam Mazhab Syafi'ie, iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun ke bawah (sekali lagi ada 2 tahun) yang tidak makan & minum melainkan susu ibunya semata-mata?
4. Adakah logik penyusuan badan sepenuhnya sebagai makan minum anak-anak selama 2 tahun dilaksanakan?

Saya pernah jumpa & tanyakan seorang doktor muslimah, rakan kpd isteri saya, dalam satu Program PAPISMA di Wisma Belia beberapa ketika dahulu, tapi beliau menyuruh saya merujuk persoalan ini kepada ustaz.

Alhamdulillah, pada Rabu 10/2/2010, saya jumpa Ust Azhar Yahya secara peribadi di Surau TM Annexe 2. Saya bertanya semua soalan ni. Agak-agaknya bagi diri ini, sudah berpuas hati dengan jawapan berkenaan.

Jawapan-jawapan di bawah tidaklah mengikut susunan soalan-soalan di atas. Ini kerana, setiap penjelasan ada saja sampukan saya, sbb rasa ingin tahu yang tinggi.

1. Tidak wajib menyusu badan selama 2 tahun. Namun amatlah digalakkan. Ianya adalah sunat yang dituntut namun tidaklah sampai taraf sunat muakkad. Allah menyebut dlm ayat berkenaan, pastinya mampu dilakukan oleh manusia. Susu ibu akan keluar juga bila dihisap anaknya. Walaupun lambat & sedikit, ianya akan keluar juga & Insya ALLAH anak akan kekenyangan. Ibu-ibu yang bermasalah, sudah pasti tidak akan Allah biarkan anak-anak berkenaan kelaparan, jika dihisapnya puting susu ibu, nescaya akan keluarlah susunya, Insya ALLAH. Ibu-ibu perlu belajar teknik menyusu yang betul. Ibu-ibu juga kreatif dalam menyusukan anak utk elakkan anak merasa bosan.

2. Masalah tiada/kurang susu yang dihadapi sewaktu awal kelahiran bayi, terutama kepada anak pertama, boleh diselesaikan dengan semangat ukhuwwah Islamiyyah. Mintalah tolong ibu-ibu muslimah yg ada di hospital/klinik/tempat kelahiran yg sama utk susukan sementara anak-anak kita yg baru lahir. Namun begitu, ibu-ibu perlu juga menyusu, agar anak dapat merasa susu awal ibu yg kaya dengan kolostrum yg amat baik utk mengelak jaundis (kuning). Selebihnya, buatlah seperti yang dianjurkan tadi. Cumanya, 5 kali susuan orang lain yg mengenyangkan anak kita akan menyebabkan anak kita dengan anak ibu tadi jatuh dalam hukum anak-anak susuan (jadi mcm adik beradik sendiri - so tak ada masalah tentang aurat nanti antara adik-beradik susuan, haram berkahwin antara adik-beradik susuan dll). Rujuk bab hadhanah dalam kitab-kitab fiqh utk penerangan lanjut. Bila menyusu, kenyangnya anak boleh dilihat bila air susu melimpah dari mulutnya - tanda dah tak boleh masuk sebab dah kenyang. Perlu dibezakan antara tanda tersedak/tercekik susu & kekenyangan susu.

3. Najis mukhaffafah adalah air kencing yg terhasil dari susuan ibu semata-mata terhadap anak-anak lelakinya yg di bwah usia 2 tahun. Tercampur sedikit saja dengan bahan makanan lain bila-bila dari awal lahir hingga umur 2 tahun, maka gugurlah taraf najis mukhaffafah berkenaan. Jadilah air kencing kanak-kanak lelaki berkenaan najis mutawassitoh (pertengahan).

4. Tidak berdosa lewat memisahkan susu anak-anak melebihi umur 2 tahun anak-anak berkenaan. Ayat di atas bukanlah suruhan mutlak dari ALLAH. Ianya adalah perkara sunat yang jika diamalkan akan mendapat pahala & jika ditinggalkan tidak ada apa-apa.

Sebarang teguran atau pandangan balas amatlah dialu-alukan.

Wallahua'lam.
mungkin berkaitan:

Wednesday, February 15, 2012

Balik kampung dan coretan lainnya

I - Kepulanngan

Seronok sangat dapat pulang ke laman asal salasilah diri awal Februari yang lalu. Perjalanan balik seperti biasa tapi pulang ke KL ambil masa 12 jam ... Jammed packed sebab bertembung dengan hari Thaipusam.

Namun kalau nak dibandingkan dengan nikmatnya ALLAH berikan untuk hidup di bawah pemerintahan ulama' selama hampir puluhan tahun di sana, apalah sangat dengan keperihan mengharung sesaknya jalan-jalan tempoh hari.

Perjalanan pulang ke kampung dan pulang ke KL semula membawa banyak pengalaman dan pengajaran dalam diri ini.

II - Rehat

Aku sangat sukakan Hentian Gua Musang baru yang nampaknya sangat bersih. Sepulangnya kami di Lebaran Haji yang lepas, masih belum wujud bangunan cantik itu walaupun pembinaan sudah rancak dijalankan. Adanya R & R ni yang letaknya sebelum pekan Gua Musang, sebelum bulatan lagi, dilihat mampu la nak kurangkan congestion dekat R &R lama Gua Musang.

Arah pulang ke kampung, kami singgah mandikan mana yang belum mandi. Arah pulang ke bandar, kami singgah solat dan makan tengah hari. Indahnya bila terdengar muzik (tiada lagu) dipasangkan yang kedengaran seluruh R & R, hatta di dalam tandas sekali pun. Aku tidak perasan pulak muziknya, kedengaran atau tidak di dalam surau, mungkin tiada pembesar suara. Eloklah begitu di situ. Sewaku kami lunch, terdengar muzik yang mengalunkan zikir hasbi rabii jallallah yang mcm Ust Zulkarnain dalam Indahnya Iman Astro OASIS tu. Alhamdulillah, subhanallah, seronok sejuk mendengarnya... Mulut mulalah berlagu zikir...

Semoga perasan suka aku itu berterus-terusan sebab aku risaukan aspek kebersihan. R & R Tapah arah ke selatan sudah lama dan ok, dan patut dicontohi oleh Hentian Gua Musang baru ni.

III - CPT

Rupa-rupanya ada juadah yang lebih enak yang aku baru tau. Mengapalah sekarang aku baru tahu? Kak Ani sepupuku hatta isteri aku pun lama benar dah tahu apekebendenya CPT tu. CPT ialah cendol pulut tapai. Aku diperkenalkan dengannya selepas pulang menziarahi nenekku di Tasek Pauh, Pasir Puteh. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di satu gerai selepas jambatan timbang dan sukat JPJ Selising. Betul-betul sebelah kiri jalan menghala ke KB, selepas jambatan timbang tu.

CPT memang sedap. Tapi pagi tu aku dah makan magnesium trisilicate, sakit dada (exactly dekat solar nerve)... Sejuknya CPT atau kandungannya cendol pulutnya yang ada tapai atau apakah sebabnya wallahua'lam aku kurang mengerti. Enam tujuh hari jugak sakitnya. This led to selesema. Alhamdulillah baru nak sembuh selesema ni.

IV - Valentine

Tengok apa yang Menteri Agama dah buat pada 13 Februari & apa yang Utusan Malaysia tulis dalam sisipan Mega yang disiarkan pada 13 & 14 Februari.

Aku bersyukur kerana dalam lama sudah PAS & NGO-NGO lain berkempen tentang betapa buruknya menyambut hari kekasih ini bagi umat Islam, akhirnya terkeluar juga arahan pak menteri kepada agensi agama negeri untuk menguatkuasakan penghalangan (ke pencegahan) sambutan, mungkin lebih tepat penguat kuasaan. Juga benih-benih nasihat dalam artikel dalam akhbar UMNO berkenaan.

Dulu mereka hanya tahu menentang. Sekarang mungkin mereka dengan izin ALLAH sudah terkesan barangkali.

Ya, larangan menyambut hari kekasih hanya untuk umat Islam saja.

V - Latihan

Bersyukur sangat kerana dapat menambah ilmu pada sesi latihan Home Computer Networking TD 5390 13-14 Februari yang lalu. Banyak ilmu yang diperolehi, sekilas di sini adalah catatan nota berkenaan apa yang sempat diambil. Nota penuh PowerPoint hanya dibekalkan pada hari ke-2 latihan...

Eh, takde pulak selepas extract data .rar dalam emel. Dalam file yang disalin ke emel semalam, nota yang ditaip dalam Notepad tu missing. Tertinggal la di pc mana entah lupa nama di bilik P103A, TMTC KL tu...

VI - Reunion

Mereka bercadang untuk berkumpul lagi sekali. Dalam bentuk hi-tea, plus lunch. Kehadiran perlu disahkan sebelum tengah hari esok. Hadirkah kami? Kalau dilihat, dalam Events recipient dalam Facebook, 12 orang akan hadir, 19 mungkin hadir. Yang dijemput dekat 200... Berat betul nak klik dari Maybe kepada Attend/Going tapi semalam dah klik dah. Dari KL International Hotel diubah ke De Palma Shah Alam yang syariah compliant, memang ada lagi power2 diorang ni. Bagus2.

VII - Future

Sambungan artikel nama yang baik yang disiarkan lebih kurang setahun lepas di sini tidakkan aku hentikan setakat itu saja memandangkan sudah dua orang bertanyakan pasal nama pada hari Jumaat minggu lepas. Kelam kabut juga dalam bersedia untuk menjawab.

Juga perkongsian berkenaan breastfeeding dari seorang suami beranak dua (bukan aku yang beranak!) yang dalam lama pending. Nak sangatlah rasanya biarkan orang tahu isi hati, pencarian kebenaran dan realiti berkenaan perkara ini. Asyik tak sempat je. Semoga ALLAH mudahkan penulisan aku nanti. Amin.