Thursday, February 16, 2012

Breastfeeding: satu perkongsian [1]

updated
Originally posted dalam my Facebook note on Tuesday, 23 February 2010. Masa ni Ummu Lutfi belum pregnant second baby lagi. Lutfi pulak dah berusia empat bulan lebih...

--

Kami berdua suami isteri mula terfikir bila terjumpa ayat Allah dalam surah Luqman, sepetik dari ayat ke-14 yang maksudnya lebih kurang, "...dan pisahkanlah dari menyusu dalam tempoh dua tahun... (wa fisoluhu fi 'amaini)."

Kenapa, sedikit sangat orang yang menyusu badan penuh selama dua tahun?

Kenapa, seawal usia 6 bulan lagi, anak-anak dah diperkenalkan dengan makanan pejal selain susu ibunya? Antara sebab yang biasa didengari, [1] susu ibu saja tak cukup nutrien [2] polisi pemakanan kebangsaan [3] ramai orang buat camtu so ikut je laa... [4] ibu makan koksei dan so anak takkan dapat yang terbaik

So ada beberapa persoalan yang timbul dari kami berdua:
1. Apakah tujuan Allah letak cap 2 tahun di dalam ayat di atas? Adakah wajib (wa wassoinal...) menyusu badan semata-mata selama 2 tahun?
2. Adakah berdosa tidak memisahkan anak-anak dari susuan badan selepas mereka berusia 2 tahun?
3. Apakah hubung kaitnya ayat Al-Quran di atas dengan pengkelasan najis mukhaffafah (ringan) dalam Mazhab Syafi'ie, iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun ke bawah (sekali lagi ada 2 tahun) yang tidak makan & minum melainkan susu ibunya semata-mata?
4. Adakah logik penyusuan badan sepenuhnya sebagai makan minum anak-anak selama 2 tahun dilaksanakan?

Saya pernah jumpa & tanyakan seorang doktor muslimah, rakan kpd isteri saya, dalam satu Program PAPISMA di Wisma Belia beberapa ketika dahulu, tapi beliau menyuruh saya merujuk persoalan ini kepada ustaz.

Alhamdulillah, pada Rabu 10/2/2010, saya jumpa Ust Azhar Yahya secara peribadi di Surau TM Annexe 2. Saya bertanya semua soalan ni. Agak-agaknya bagi diri ini, sudah berpuas hati dengan jawapan berkenaan.

Jawapan-jawapan di bawah tidaklah mengikut susunan soalan-soalan di atas. Ini kerana, setiap penjelasan ada saja sampukan saya, sbb rasa ingin tahu yang tinggi.

1. Tidak wajib menyusu badan selama 2 tahun. Namun amatlah digalakkan. Ianya adalah sunat yang dituntut namun tidaklah sampai taraf sunat muakkad. Allah menyebut dlm ayat berkenaan, pastinya mampu dilakukan oleh manusia. Susu ibu akan keluar juga bila dihisap anaknya. Walaupun lambat & sedikit, ianya akan keluar juga & Insya ALLAH anak akan kekenyangan. Ibu-ibu yang bermasalah, sudah pasti tidak akan Allah biarkan anak-anak berkenaan kelaparan, jika dihisapnya puting susu ibu, nescaya akan keluarlah susunya, Insya ALLAH. Ibu-ibu perlu belajar teknik menyusu yang betul. Ibu-ibu juga kreatif dalam menyusukan anak utk elakkan anak merasa bosan.

2. Masalah tiada/kurang susu yang dihadapi sewaktu awal kelahiran bayi, terutama kepada anak pertama, boleh diselesaikan dengan semangat ukhuwwah Islamiyyah. Mintalah tolong ibu-ibu muslimah yg ada di hospital/klinik/tempat kelahiran yg sama utk susukan sementara anak-anak kita yg baru lahir. Namun begitu, ibu-ibu perlu juga menyusu, agar anak dapat merasa susu awal ibu yg kaya dengan kolostrum yg amat baik utk mengelak jaundis (kuning). Selebihnya, buatlah seperti yang dianjurkan tadi. Cumanya, 5 kali susuan orang lain yg mengenyangkan anak kita akan menyebabkan anak kita dengan anak ibu tadi jatuh dalam hukum anak-anak susuan (jadi mcm adik beradik sendiri - so tak ada masalah tentang aurat nanti antara adik-beradik susuan, haram berkahwin antara adik-beradik susuan dll). Rujuk bab hadhanah dalam kitab-kitab fiqh utk penerangan lanjut. Bila menyusu, kenyangnya anak boleh dilihat bila air susu melimpah dari mulutnya - tanda dah tak boleh masuk sebab dah kenyang. Perlu dibezakan antara tanda tersedak/tercekik susu & kekenyangan susu.

3. Najis mukhaffafah adalah air kencing yg terhasil dari susuan ibu semata-mata terhadap anak-anak lelakinya yg di bwah usia 2 tahun. Tercampur sedikit saja dengan bahan makanan lain bila-bila dari awal lahir hingga umur 2 tahun, maka gugurlah taraf najis mukhaffafah berkenaan. Jadilah air kencing kanak-kanak lelaki berkenaan najis mutawassitoh (pertengahan).

4. Tidak berdosa lewat memisahkan susu anak-anak melebihi umur 2 tahun anak-anak berkenaan. Ayat di atas bukanlah suruhan mutlak dari ALLAH. Ianya adalah perkara sunat yang jika diamalkan akan mendapat pahala & jika ditinggalkan tidak ada apa-apa.

Sebarang teguran atau pandangan balas amatlah dialu-alukan.

Wallahua'lam.
mungkin berkaitan:

No comments: