Alhamdulillah, walaupun tak banyak perjalanan ke rumah kawan-kawan, aku sempat juga dikunjungi oleh kawan-kawan yakni Afzan, Syed & Pok Din. Jazakumullah. Aku sempat juga ziarah Salmi Koh suami isteri & anaknya yang baru berusia sebulan lebih.
Sebenarnya lepas Afzan, Syed & Pok Din berangkat pulang dari rumah aku pada tengah hari raya kedua, aku ada peluang nak jumpa Hadri & Wana sebab mereka bertiga menuju ke rumah kedua-dua sepupu berkenaan. Ingat bolehlah kami berenam ni jumpa selepas sekian lama tak jumpa, namun tak berkesempatan. Aku terpaksa ke Kok Lanas untuk beli susu lutfi yang dah nak habis. Itu lebih penting. Di Ketereh susu Mamex Gold tak dijual di mana-mana supermarket.
Raya tahun ni, aku berhari raya pertama di Morak. Di rumah, Izam je takde sebab dia beraya di Sabah.
Aku berpeluang menjejakkan kaki ke Perlis tahun ni, sebab transit kat rumah Kak Ti, Haizan's elder sister sempena majlis menhantar Nonie ke Changlun. So sekarang ni tinggal Sarawak saja yang belum kujejaki.
No comments:
Post a Comment