Tuesday, May 05, 2009

1(Black) Malaysia

Orang ramai khususnya penduduk di Perak dan juga para penyokong diseru untuk turut serta di dalam program solat hajat, doa munajat dan solat subuh anjuran PAS Pusat pada 5 Mei 2009 jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.

Sidang DUN Perak yang bersejarah akan diadakan pada hari berkenaan.

Manakala, BERSIH menyeru sekalian rakyat Malaysia berpakaian serba hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tanda ' 1 Malaysia GELITA' pada hari Khamis 7 Mei 2009 berkenaan.

No comments: