Perintah menutup aurat sebagaimana firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan orang-orang jahiliyah zaman dulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara yang mencemarkan dari kamu wahai ‘Ahlu Bai’, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Surah al-Ahzab, ayat 33) Ayat itu menerangkan hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana wajibnya mengerjakan sembahyang, berzakat dan memenuhi perintah Allah yang lain.Malah, menutup aurat juga mengelakkan wanita Islam daripada fitnah selain memudahkan mereka untuk dikenali.Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu, dan perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59) .
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan fesyen pakaian atau warna tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikut garis panduan syarak antaranya:
- Pakaian itu hendaklah menutup aurat
- Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang bernama Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah menghadiahkan kain itu kepada beliau (Usamah bin Zaid) untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.Suatu hari Rasulullah SAW bertanyakan Usamah: “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab: “Saya telah berikan kepada isteri saya.” Lalu Rasulullah bersabda kepada Usamah: “Suruhlah isterimu mengalaskan kain itu dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).”
- Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.Selain itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain itu boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita.
- Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
- Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa juga wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina.”
- Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.Memakai pakaian menutup aurat, menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredaan Allah SWT, dipandang dengan penuh rasa hormat serta diberi penghormatan tinggi bersesuaian sifat mereka yang pemalu dan bersopan-santun.
No comments:
Post a Comment