Tuesday, April 11, 2006

kepada semua blogger atau sapa2 saja yang mencintai ilmu

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…

Apa khabar semua? Sudah lama diri ini tak menulis…

Tulisan kali ini memetik buku karangan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bertajuk Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya.

Lihat muka surat 18. penulisan ini cuba nak timbulkan kesedaran dan juga pertanyaan dari diri ini yang sedikit jahil ttg beberapa perkara yang akan dinyatakan kemudian. Sebelum itu kita lihat kandungan muka surat 18 buku itu…

Takde laa diri ini berniat nak copy sebijik2 (mcm copy ninja Kakashi) apa yg ditulis dlm tu. Cuma nak bawa suatu hadis Nabi SAW [1] yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar.” “Kafa bil-mar-i kaziban an yuhadditha bikulli maa sami’a.” Satu lagi kata imam Malik bin Anas [2] yang maksudnya, “Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengar, dan seseorang tidak menjadi imam (pimpinan) sama sekali apabila dia menceritakan setiap yang dia dengar.

Apa hukumnya blogger/’whistle-blower’/email forwarder yg suka cite apa2 saja yang dia lihat?

Buat semua blogger atau sapa2 saja, sila berdisiplin dalam melaksanakan amanah ilmu bila menyampaikan sesuatu. Antara disiplin itu terdapat dalam ayat Allah dalam ayat ke-6, Surah al-Hujuraat dan juga hadis Nabi SAW [3] yang bermaksud, “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka. (Hadis ini adalah mutawatir. [4])”

Berhati-hatilah!

Nota:

[1] Riwayat Muslim dalam mukaddimah sahihnya.
[2] Riwayat Muslim dalam mukaddimah sahihnya.
[3] Riwayat Al-Bukhari dalam kitab al-Janaiz dan Muslim dalam mukaddimah sahihnya.
[4] Lihat: Ibn al-Salah: ‘Ulum al-Hadith, m.s. 239, cetakan Dar-al-Fikr al-Mu’asarah, Beirut.

No comments: