Wednesday, July 18, 2007

Konvensyen Rakyat Anjuran BERSIH

Konvensyen Rakyat Anjuran BERSIH

Konvensyen Rakyat Anjuran BERSIH

BERSIHKAN PILIHANRAYA

"Kembalikan Hak Rakyat!"

Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) dilancarkan pada 26 November 2006 di Parlimen bertujuan untuk menjalankan pembaharuan kepada sistem pilihanraya di Malaysia.

Meskipun sudah 50 tahun Malaysia bebas daripada penjajah British, sistem demokrasi di Malaysia tidak menampakkan satu peningkatan malah semakin menrunsingkan, semakin tidak adil dan kotor.

Selepas beberapa dekad kepincangan pengurusan sistem pilihan raya berlaku di negara ini,sekarang tiba masanya bagi rakyat Malaysia mendesak agar pilihan raya yang akan datang ini bersih dan adil selaras dengan dasar negara sebagai sebuah negara demokrasi dan makmur.

Tarikh:

20 Julai 2007

Masa:

8:30 - 11:00pm

Tempat:

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor

No 1, Jalan Maharajalela,
50150 Kuala Lmpur.
(Kg. Attap, sebelah Wisma Pahlawan)

Pemidato:
Syed Shahir (MTUC)
Dato Seri Anwar Ibrahim
Sdr Lim Guan Eng
Dato Seri Hadi Awang
Yap Swee Seng (SUARAM)
Lim Huat Seng (DEMA)
V. Gayathry (CIJ)
dan lain-lain

Program:
- Kesampaian Tetamu
-Ucapan Pembukaan oleh En. Syed Shahir, Presiden MTUC
- Ucapan dari wakil-wakil NGO
- Persembahan Musik & multimedia
- Ucapan dari pemimpin parti politik
- TAMAT

Untuk memahami lebih tentang BERSIH, sila lamani sini .

how major IT players got their names

Here is where and how they got their names. This is quite interesting n fun too…
Let's check it out!

Welcome to the real IT world.

Adobe - came from name of the river Adobe Creek that ran behind the house of founder John Warnock.

Apache - It got its name because its founders got started by applying patches to code written for NCSA's httpd daemon. The result was 'A PAtCHy' server -- thus, the name Apache
Apple Computers - favorite fruit of founder Steve Jobs. He was three months late in filing a name for the business, and he threatened to call his company Apple Computers if the other colleagues didn't suggest a better name by 5 o'clock.
CISCO - it's not an acronym but the short for San Francisco.
Google - the name started as a jokey boast about the amount of information the search-engine would be able to search. It was originally named 'Googol', a word for the number represented by 1 followed by 100 zeros. After founders, Stanford grad students Sergey Brin and Larry Page presented their project to an angel investor, they received a cheque made out to 'Google'
Hotmail - Founder Jack Smith got the idea of accessing e-mail via the web from a computer anywhere in the world. When Sabeer Bhatia came up with the business plan for the mail service, he tried all kinds of names ending in 'mail' and finally settled for hotmail as it included the letters "html" – the programming language used to write web pages. It was initially referred to as HoTMaiL with selective upper casing.
HP - Bill Hewlett and Dave Packard tossed a coin to decide whether the company they founded would be called Hewlett-Packard or Packard-Hewlett.
Intel - Bob Noyce and Gordon Moore wanted to name their new company 'Moore Noyce' but that was already trademarked by a hotel chain, so they had to settle for an acronym of INTegrated ELectronics.
Lotus (Notes) - Mitch Kapor got the name for his company from 'The Lotus Position' or 'Padmasana'. Kapor used to be a teacher of Transcendental Meditation (by Maharishi Mahesh Yogi).
Microsoft - coined by Bill Gates to represent the company that was devoted to MICROcomputer SOFTware. Originally christened Micro-Soft, the '-' was removed later on.
Motorola - Founder Paul Galvin came up with this name when his company started manufacturing radios for cars. The popular radio company at the time was called Victrola.
ORACLE - Larry Ellison and Bob Oats were working on a consulting project for the CIA (Central Intelligence Agency). The code name for the project was called Oracle (acronym for: One Real Asshole Called Larry Ellison)
Red Hat - Company founder Marc Ewing was given the Cornell lacrosse team cap (with red and white stripes) while at college by his grandfather. He lost it and had to search for it desperately. The manual of the beta version of Red Hat Linux had an appeal to readers to return his Red Hat if found by anyone!
SAP - "Systems, Applications, Products in Data Processing", formed by 4 ex-IBM employees who used to work in the 'Systems/Application s/Projects"
SUN - founded by 4 Stanford University buddies, SUN is the acronym for Stanford University Network.
Xerox - The inventor, Chestor Carlson, named his product trying to say 'dry' (as it was dry copying, markedly different from the then prevailing wet copying). The Greek root 'xer' means dry.
Yahoo! - the word was invented by Jonathan Swift and used in his book 'Gulliver's Travels'. It represents a person who is repulsive in appearance and action and is barely human. Yahoo! founders Jerry Yang and David Filo selected the name because they considered themselves yahoos.

Tuesday, July 17, 2007

Keputusan Majlis Fiqh Dunia Berkenaan Islam Hadhari

Keputusan Majlis Fiqh Dunia
Berkenaan Islam Hadhari

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Saya cuba menterjemahkan keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa berkenaan satu topic asal yang dicadangkan oleh Malaysia untuk dibincangkan iaitu "Islam hadari". Walaubagaimanapun, dari qarar (ketetapan) yang diputuskan ini saya mendapati secara umumnya kesatuan Fiqh ini menyokong usaha bagi PELAKSANAAN agenda yang digariskan di dalam plan Islam Hadari. Walaubagaimanapun, istilah "Islam Hadari" kelihatan tidak begitu disokong oleh Kesatuan ini apabila dilihat dalam ketetapan Majlis, mereka telah menukarnya kepada istilah berikut :-
  • " MANHAJ AL-HADHARI AL-ISLAMI"
  • "AL-MANHAJ AL-HADHARI"
Teks arab keputusan boleh dibaca di bahagian bawah tulisan ini.

Berikut adalah kandungan keputusan Majlis Fiqh Sedunia / Antarabangsa :-

Keputusan nombor 163 ( 18/1)
Berkenaan perkara
PETUNJUK BAGI JALAN KEMBALI KEPADA AL-MANHAJ Al-HADHARI (KEMAJUAN) DALAM ISLAM

Sesungguhnya Majlis Kesatuan Fiqh Islam Antarabangsa yang bersidang dalam persidangannya yang ke-18 di Putrajaya, Malaysia dari 24-29 Jumada Al-Akhirat 1428 H bersamaan 9-14 Julai 2007 m.

Selepas meneliti semua kertas-kertas kajian yang dibentangkan bagi topic PETUNJUK BAGI JALAN KEMBALI KEPADA AL-MANHAJ AL-HADARI (KEMAJUAN) DALAM ISLAM

Selepas mendengar kepada perbincangan yang dibuat berkenaannya, dan selepas mengingatkan berkenaan peranan awal Islam menubuhkan sebuah Negara yang adil, dan setelah Rasulullah SAW meletakkan piagam Madinah Al-Munawaarh yang merangkumi panduan perhubungan dalam masyarakat Islam yang awal dan penghebahan kepada masyarakat antarabangsa berkenaan hak-hak kemanusiaan semasa khutbah terakhir.

Bernaung di bawah dalil-dalil Al-Quran dan Al-Sunnah yang merupakan perlembagaan Islam, dari Firman Allah SWT : Ertinya : " Sesungguhnya Allah menyuruh agar kamu bersikap adil dan ihsan serta memberikan bantuan kepada kerabat dan melarang dari melakukan perkara keji dan mungkar dan kederhakaan" ( An-Nahl : 90) dan juga Firman Allah : " Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan RasulNya dan pemimpin kamu" ( An-Nisa : 59 ) Dengan ini menetapkan seperti berikut :-

Pertama : Sesungguhnya menuruti "Manhaj Hadari Islami" (Manhaj Kemajuan Islam) : Memberikan peluang kepada orang Islam mengembalikan peranan mereka dan mengenengahkan risalah kemanusian bagi turut serta membantu mengeluarkan alam dari kegelapan material yang melampaui batas.

Kedua : Sesungguhnya jalan bagi memulihkan kemunduran yang dideritai umat kini adalah dengan kembali kepada nilai-nilai agama dengan tulus dan benar, kerana seluruh keadaan yang mendukacitakan yang menyelubungi umat Islam ketika ini adalah akibat terpisahnya dari pengajaran panduan Islam serta mengikuti system ciptaan manusia.

Ketiga : Sesungguhnya "Al-Manhaj Al-Hadari Al-Islami" yang dibina atas panduan yang tepat mampu membebaskan masyarakat dan Negara-negara umat Islam dari keangkuhan, menjadi pengikut dan kemunduran.

Keempat : Sesungguhnya memahami Islam dengan baik, serta kesungguhan berpegang kepada hukum-hukam Islam dan mengamalkannya secara lengkap dan berimbang adalah merupakan kewajiban asas bagi mencapai kejayaan agenda kebangkitan Islam.

Kelima : Keperluan mengasah prinsip Syura secara teori dan praktikal bagi mengikut firman Allah : "ertinya " dan mesyuaratlah dalam urusanmu" ( Al-Imran : 159), yang mana Syura adalah asas yang kukuh bagi pembentukan sebuah Negara Islam.

Keenam : Keperluan memisahkan antara tiga kuasa : eksekutif, legislatif dan kehakiman, sebagaimana sistem yang telah terasas selepas zaman pensyariatan hukum, dan ia sebagai lanjutan dari praktis yang dilaksanakan oleh para sahabat Nabi , iaiatu memisahkan di antara risalah, kepimpinan dan kehakiman.

Ketujuh : Mengiktiraf hak kewarganegaraan yang meliputi bukan Islam, bertepatan dengan garis panduan Shariah yang memberikan pembalasan hak-hak dengan kewajiban.

Kelapan : Penyertaan wanita dalam aktiviti umum yang tidak bercanggah dengan hukum Shariah yang khas baginya. Firman Allah : ertinya : Lelaki Islam dan wanita Islam sesame mereka bantu membantu dalam menyeru kebaikan dan mencegah dari kemungkaran" ( At-Taubat : 71)

Kesembilan : Kewajiban untuk bersegera menghapuskan unsur-unsur negative yang melanda oleh orang Islam kini bagi membolehkan mendepani cabaran-cabaran yang dihadapinya , seperti :
  1. Fahaman taksub mazhab yang menjadi batu penghalang terhadap teori pembaharuan yang tepat.
  2. Pelampau dalam pemikiran dan tingkah laku yang menyebabkan pelbagai masalah dalam masyarakat, yang mana ia digerakkan oleh gerakan pelampau.
  3. Fahaman komunis dan tiada agama (freethinker dan athies) yang dibina di atas asas penolakan ikatan agama dari kehidupan.
  4. Kejahilan berkenaan cabang-cabang ilmu menyebabkan terhalangnya mereka dari hakikat sebenarnya sesuatu isu (berkaitan Islam).
  5. Tidak menghargai nilai waktu dan kesannya yang menyebabkan kegagalan umat Islam dan kemunduran mereka.
Majlis juga dengan ini mewasiatkan perkara berikut :-
  1. Mengukuhkan keimanan dan amal soleh kerana ia adalah langkah pertama bagi mengembleng usaha tarbiyah bagi melahirkan peribadi Islam yang mampu mengembalikan peranan kemajuan Islam disamping berperanana untuk menyumbang kepada kemjauan manusiawi.
  2. Memastikan manhaj "Al-Hadari Al-Islami" didirikan atas asas pembenihan dan penerapan nilai-nilai akhlak Islam dalam masyarakat.
  3. Menyokong pendekatan Malaysia - untuk membina manhaj kemajuan Islam - dan menganjurkan agar diadakan satu persidangan antarabangsa khas bagi menerangkan hakikat ketamadunan dan kemajuan Islam serta kandungan risalah Islam yang kekal, supaya ia menjadi keputusan persidangan dunia di bawah pemerhatian pemikir, pemimpin di seluruh Negara-negara umat Islam. - Tamat terjemahan -

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Saturday, July 14, 2007

Apa yang membahagiakan kalian?

Tiada apa yg lebih membahagiakan seorang hamba bila dpt berjumpa dengan Tuhannya...adakah kita salah seorang daripada hamba-hambaNYA itu? Sentiasalah mengharapkan kita berjaya mendapat keredhaan ALLAH...

Kat bwh ni dpt daripada emel sorg kawan....nak share kat sini...

Isn't it amazing that George Carlin - comedian of the 70's and 80's - could write something so very eloquent...and so very appropriate.

A wonderful Message by George Carlin:

The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.

We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom.

We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often.

We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor. We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things.

We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait. We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.

These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships. These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom. A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...

Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.

Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.

Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent.

Remember, to say, "I love you" to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.

Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.

Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind.

AND ALWAYS REMEMBER:

Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

George Carlin

Wednesday, June 27, 2007

Nasi Goreng USA, Fresh Apple & Nafsu

Alhamdulillah syukur bagi Tuhan sekalian alam kerana dpt lg kiranya diri ini berpeluang menulis lagi di ruangan yg sempit ini (sempit dr segi masa, ruang, kesempatan).

27/6 adalah tarikh di mana diri ini berjaya lulus ujian test JPJ bagi amik lesen kereta. Susah belajar bawa kereta jika dibandingkan dengan bawa kereta itu sendiri. Dekat 10 kali langgar tiang masa berlatih parking.... Terlintas kdg2, were I not talented in driving car? Usaha tangga kejayaan & alah bisa tegal biasa.

W/pun di hari test tu parking tak berapa betul sgt, kereta dlm kedudukan senget tp, lulus juga sebab mematuhi semua syarat iaitu tak cecah tiang, badan & tayar keta masuk full dlm kotak kuning & wat sume2 tu within 5 minutes. Alhamdulillah.

Ujian jalan raya buat dulu sebenarnya. OKla dpt 18/20... ke tak OK? Ikutlah.

Mlm harinya mmg terlintas nak raikan diri sendiri... dengan makan lebih sikit. Ikut nafsukah begitu? Terukkah makan begitu? Duk fikir2, kira2, akhirnya decided jugak nak makan spt yg tertera... biasalah makan dkt luar...

Fi ra'yi, sujud syukur adalah sebaik2 keraian bagi kegembiraan yg diperolehi.

Akhirnya diri berjaya menghilangkan sedikit rasa inferior terhadap kawan2 muslimat yg kuketahui terer bw keta... (listed by firstly-encountered).. e.g. 'ain, izni, baz, haizan, haninah... fact that kawan2 pempuan blh bw keta mmg sesuatu yg make me felt very inferior...

Wednesday, June 06, 2007

Perhimpunan Aman Membantah Kekejaman Tentera Thailand Terhadap Umat Islam Selatan Thai

Imam-Imam mereka ditangkap!
Keluarga mereka dibunuh!
Pelajar mereka dari Timur Tengah diperlakukan sesuka hati mereka.
Kasihan umat Islam selatan Thai.

Anda muslim/muslimah?

Marilah sertai satu perhimpunan aman membantah kekejaman kerajaan Thai dan tentera Thai ke atas umat Islam saudara-saudara kita di selatan Thai sana.

Tarikh : 8/6/2007 (Jumaat)
Masa : Selepas solat Jumaat
Tempat : Mula di perkarangan Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat dan berarak ke kedutaan Thailand.

Sampaikan kepada sahabat-sahabat yabg berkelapangan untuk menyertainya sekali.

JOM SAMA-SAMA KITA BERHIMPUN UNTUK MEMBANTAH KEKEJAMAN KERAJAAN THAI TERHADAP UMAT ISLAM SELATAN THAI!

Anjuran DPP WP & DPP S'gor
Baca kenyataan Rasmi Ketua Penerangan DPP WP ttg perhimpunan ini di sini.

Tuesday, June 05, 2007

KEPIMPINAN PAS PUSAT SESI 2007/2009

KEPIMPINAN PAS PUSAT

Pengerusi Tetap
Hj. Abu Kassim Abdullah

Timbalan Pengerusi Tetap
Hj. Hussin Ismail

Presiden
YB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden
Ustaz Nasaruddin Mat Isa

Naib Presiden
YB. Dato' Paduka Husam Musa
Hj. Muhammad Sabu
Ustaz Ahmad Awang

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ust Idris Ahmad
Ust Abd Ghani Shamsuddin
Dato' Ust Abu Bakar Chik
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr. Lolo Mohd Ghazali
Ust Abd Ghani Abd Rahman
Sdr Hanipa Maiden
Ust Mujahid Yusof Rawa
Ir Amiruddin Hamzah
Ust Azizan Abd Razak
Ust Taib Azamuddin
YB. Dato' Anuar Tan Abdullah
Dr Zulkiflee Ahmad
Sdr Mazlan Aliman
YB Ust Nik Amar Nik Abdullah
YB Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
YB Datuk Takiyyuddin Hassan

Pemeriksa Kira-kira
Sdr Rashidi Hasaan
Sdr Abdul Malek Yusof

************************************************

KEPIMPINAN DEWAN ULAMA' PAS PUSAT

Ketua
Ustaz Mohd Daud Iraqi

Timbalan Ketua
Ustaz Hashim Jasin

Naib Ketua
Ustaz Salleh Sani Harun al Hafiz.

************************************************

KEPIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Pengerusi Tetap
Ustaz Misbahul Munir Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap
Sdr Aris bin Awang

Ketua
YB. Salahudin Ayub

Timbalan Ketua
Ustaz Nasarudin Tantawi

Naib Ketua
Ustaz Azman Safawi Abdul Rani

Ahli Jawatankuasa
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Ustaz Riduan Mohamaad Nor
YB Mohd Zaki Ibraim
Ustaz Mohd Nazri Chik
Sdr Ahmad Sabki Yusof
Ustaz Musoddak Ahmad
Ustaz Ahmad Bahaiki Atiqullah
Ustaz Kamal Ashari
Sdr Arifin Deraman
Ustaz Norazli Musa
Ustaz Sallehen Mukhyi
Sdr Zolkharnain Abidin Al-Hafiz

Pemeriksa Kira-kira
Sdr. Muzamil Hafiz
sdr. Jamel Saring

************************************************

KEPIMPINAN DEWAN MUSIMAT PAS PUSAT

Pengerusi Tetap
Norhashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap
Wan Hamidani Wan Ahmad

Ketua
Ustazah Nuridah Mohamed Salleh

Timbalan Ketua
Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua
Ustazah Siti Zailah Md Yusof

Ahli Jawatankuasa
Senator Wan Ubaidah
Mastura Ahmad
Dr Siti Mariah Mahmud
Senator Mumtaz Mat Nawi
Aiman Athirah al-Jundi
Nurul Huda Yusof Rawa
Dr Halimah Ali
Rosiah Salleh
Fatimah Ibrahim
Dr Rosni Adam
Munirah Athirah Hasan Adli

Pemeriksa Kira-kira
Farah Ahmad
Asmah Daroni

Sumber: Blog DPPWP. Gambar sebahagian pimpinan boleh dilihat di sini.

Thursday, May 17, 2007

Program Edar Risalah 'Cegah Jenayah'

Satu program edar risalah “Cegah Jenayah” akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 18 Mei 2007 (Jumaat ni)
Masa: 8 malam
Tempat: Pasar Malam Putrajaya, MOF
Anjuran: DPPK Putrajaya

Agenda:

7.20 – Berkumpul dan solat maghrib di masjid Putrajaya
7.45 – Bergerak ke Pasar Malam & Edaran Risalah
8.30 – Solat Isyak & Bersurai (jom ngeteh)


Insya ALLAH, Ketua Penerangan DPPWP, Saudara Herman akan bersama-sama dalam program ini. Bersama-sama kita meramaikan program ini.

Terima kasih.

Tuesday, May 08, 2007

Distributed infaq vs concentrated infaq: Satu pandangan

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang membawa maksud, “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”

Amat jelas sekali kelebihan mereka yang mendermakan harta-harta mereka. Ganjaran yang berlipat kali ganda akan dikurniakan oleh ALLAH kepada orang-orang yang ikhlas. ALLAH SWT telah menggariskan beberapa panduan yang berguna di dalam surah al-Baqarah dari ayat 261 hingga 264 tentang infaq harta di jalan ALLAH SWT ini.

Infaq yang diberikan pasti akan membuahkan hasilnya, jika tidak di dunia maka hasilnya akan di'tuai' di akhirat kelak. Seringkali jika seseorang menyalurkan infaq merata-rata tempat (distributed), sudah pasti jumlah sumbangan tidak konsisten. Infaq yang diberikan tidak menampakkan hasilnya bagi seseorang penderma itu.

Memanglah bukan nilaian duniawi yang mahu kita lihat atas setiap infaq yang diberikan. Keyakinan tentang 'setiap sumbangan di jalan ALLAH pasti akan dibalas setimpal' tidak perlu dipertikai lagi. Namun demikian, dunia ini adalah ladang akhirat, maka sedikit sebanyak setiap sumbangan mestilah kita lihat hasilnya. Penyaluran sumbangan secara konsisten dan berkala kepada tempat yang terhad pasti merealisasikan 'hasil' yang dimaksudkan.

Sumbangan yang efektif ialah sumbangan yang terus ditujukan kepada kumpulan fungsian (functional group) yang dianggotai penyumbang berkenaan. Contohnya, di peringkat cawangan, kawasan, kampus masing-masing, kolej kediaman masing-masing, alumni kampus/matrikulasi dan sebagainya. Cara ini lebih terarah atau concentrated. Bukan semua orang mempunyai sumber kewangan yang banyak. Maka sumbangan sebegini diharapkan dapat menimbulkan hasil yang bermakna dan boleh digunakan dengan segera oleh kumpulan fungsian berkenaan.

“Wang bukanlah segalanya tapi segalanya memerlukan wang.” Program-program tarbiyah ahli, penyertaan dalam PR umum atau kampus atau matrikulasi, pembangunan infrastruktur untuk keperntingan jemaah dan banyak lagi perkara memerlukan wang sebagai penjana keboleh sempurnaan perkara berkenaan. Infaq berkala dalam jangka masa lama, dengan nilai yang tetap dan mungkin gradually increasing, mampu menampung kekurangan bajet. Diharap, setiap ahli akan melebihkan sedikit sumbangannya kepada kumpulan fungsian masing-masing lebih daripada sumbangan kepada pihak-pihak yang lain (bukan meninggalkan langsung). Sumbangan berterusan ahli pasti akan membuahkan hasil yang boleh dilihat di dunia ini dan dituai hasilnya di akhirat kelak insya ALLAH.

Friday, April 27, 2007

Anai-Anai dalam Jemaah

Dalam menggerakkan PAS sebagai wadah perjuangan, kefahaman yg betul dan thabat diperlukan untuk memastikan sustainabilty jemaah. Tidak jelas fikrah merupakan masalah yang agak merumitkan untuk diselesaikan di kalangan ahli yg telah dikaderkan.

Usaha berterusan memantapkan kefahaman, dengan pengisian-pengisian dan sekali-sekala diuji dengan situasi sebenar mampu mengukuhkan kefahaman kenapa perlu ahli-ahli sekalian berintima' dgn PAS. Perang aulawiyyat dlm menghadiri program ilmu dan program parti adalah salah satu kayu pengukur yg boleh digunakan.

Anai-anai merupakan parasit di dalam jemaah. Mereka adalah golongan yang menyertai PAS bertujuan mendapatkan political, individual atau financial mileages . Ada juga mereka yang sengaja menyertai PAS untuk memporak-perandakan PAS. Ada yang membawa idea-idea tersendiri yang jelas nyata bersalahan dengan prinsip perjuangan PAS. Pemikiran sendiri, suka bergerak tanpa ikut arahan pimpinan, gemar menubuhkan NGO-NGO yang dijadikan sasaran komitmen yang lebih jika dibandingkan dengan komitmen ke atas PAS sendiri dan sebagainya adalah antara simptom anai-anai ini. Pembawaan fikrah-fikrah yang mengelirukan seperti ummah-centric, anti-wahabiyy, pro-wahabiyy, pro dinasti rufaqa'-arqam, pasca-IRC, ideologi sosialis, dan anutan syi'ah adalah antara bentuk fikrah yang cuba diserapkan.

Persediaan yang cukup adalah perlu untuk membinasakan anai-anai ini Pest control yg mantap perlulah dilaksakana secara konsisten demi survival PAS di negara ini. Komitmen yang tunggal bagi ahli PAS hanyalah kepada PAS, dan bukan kepada jemaah Islam yang lain. PAS tidak memerlukan mereka yang akan menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam PAS itu sendiri.

Dissatisfaction, ketidak puasan hati perlulah disalurkan kepada pimpinan melalui jalan yang betul dan bukan dengan buat team sendiri yang baru atau keluar jemaah. Setiap pandangan yang perlu kepada perbincangan hendaklah diambil berat oleh pimpinan. Jika perlu, syura perlu dipraktikkan untuk menghasilkan keputusan yang kolektif berkaitan masalah-masalah tidak puas hati yang tertentu. Keputusan berkenaan perlulah disampaikan kepada ahli dalam bentuk yang boleh difahami seterusnya menghilangkan rasa tidak puas pihak berkenaan.

Wallahua'lam.

[next article: distributed infaq vs concentrated infaq: satu pandangan]

Friday, March 23, 2007

Tegurlah Imam yang Salah

Tajuk fatwa
Hukum Mengingatkan Imam Salat Yang Sedang Lupa


Nombor fatwa
16


Tanggal penambahan
Khamis 5 Jumadilakhir 1425 H. bertepatan dengan 22 Julai 2004 M.


Pihak pemberi fatwa
Fatwa Syekh Muhammad Khalil Harras


Sumber fatwa
[Al-Hadyun Nabawi, jilid 28, edisi 11, Zulkaidah 1383, hal. 43-45]


Soalan:


Bolehkah mengingatkan imam salat, jika ia lupa atau ragu-ragu dalam bacaannya?


Jawapan:


Boleh, bahkan ada pendapat yang mewajibkannya. Dikatakan dalam hadis sahih, diriwayatkan oleh Mansur bin Yazid al Maliki, ia berkata,"Suatu ketika Rasul saw. ketinggalan satu ayat dalam salatnya. Lalu berkatalah seseorang kepada beliau, hai Rasulullah ayat ini seharusnya ini. Rasul menjawab, tidakkah kamu mengingatkannya." (H. R. Abu Daud Abdullah bin Ahmad)


Diriwayatkan oleh Ibnu Umar, bahwa suatu ketika Nabi ragu-ragu dengan bacaannya dalam salat. Usai salat beliau bertemu dengan Ubai bin Kaab dan bertanya kepadanya, Apakah kamu salat bersamaku, ia, jawabnya. Apa yang menghalangimu mengingatkan" (Diriwayatkan oleh
Abu Daud)


Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Al Haris Al A'war dari Ali ,bahwa Rasul saw. berkata kepada Ali, "janganlah kamu mengingatkan Imam di waktu salat".Hadis ini kedudukannya sangat lemah, tidak mampu mengalahkan kekuatan hadis-hadis yang tersebut di atas. Bahkan banyak ahli hadis mengatakan bahwa Haris Al-A'war seorang pembohong.

Petikan di atas diambil dari link (http://www.qurancomplex.com/qfatwa/display.asp?f=16&l=ind&ps=subFtwa).

Solat adalah tiang segala tiang di dalam hidup kita. Solat mencerminkan hidup kita. Jika di dalam solat, imam perlu ditegur apabila melakukan kesalahan, begitulah juga sepatutnya di dunia kehidupan kita yang penuh dengan pelbagai tampuk paras kepimpinan. Di rumah, di pejabat, di jabatan, di kelas atau di peringkat yang lebih tinggi seperti kepimpinan parti dan kerajaan, pemimpin yang melakukan kesilapan mestilah ditegur.

Pemimpin juga mestilah bersikap terbuka untuk menerima sebarang teguran. Nabi SAW sendiri tidak segan silu meminta sahabat Baginda menegur andai kata terdapat kesilapan yang Baginda lakukan di dalam solat.

Monday, March 12, 2007

DEMO FTA RABU 14/3 8.30am di PUTRAJAYA

DEMONSTRASI SEMPENA ISU PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) ANTARA MALAYSIA & U.S
MASA: 8.30 PAGI
TARIKH: RABU 14/03/2007
TEMPAT: PEJABAT PM di PUTRAJAYA (Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan)
SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMBUKTIKAN SOKONGAN KITA TERHADAP PENOLAKAN PERJANJIAN FTA INI
~ Pesanan DPP Pusat ~

Friday, March 09, 2007

test video

test tgk video jadi ke tak... asalnya video ni sorang member kat pejabat amik... try nak test upload...habis ke tak video ni...



Sorry, your browser doesn't support this plugin.

Cita-Cita yang masih belum tercapai

banyak lagi yang masih belum tercapai...
mardhatiLLAH adalah cita2 agung yang paling utama...

yang lain2 pun cita2 juga...

naik keta ni...



naik motor ni



Hidup berkeluarga...
Bermain parang seperti ini....

Thursday, March 08, 2007

Java Programming... Ilmu yg agak lama ditinggalkan...

import java.text.*;
import javax.swing.JOptionPane;

public class kiloToMilesUsingInputDialogWithLoop {
public static void main (String[] args) {

double km = 0.000, miles = 0.000;
int ctrl;
DecimalFormat p = new DecimalFormat("0.000");
//prompt the user to input using input Dialog box

do {

km = Double.parseDouble(JOptionPane.showInputDialog(null,"Masukkan berapa km:","INPUT BERAPA KM",JOptionPane.QUESTION_MESSAGE));

miles = km*0.621;

//paparkan ke dalam kekotak pada skrin

JOptionPane.showMessageDialog(null,p.format(km)+ "km bersamaan dengan " + p.format(miles)+ " batu.\n","KEPUTUSAN KM ke miles",JOptionPane.INFORMATION_MESSAGE);

ctrl = Integer.parseInt(JOptionPane.showInputDialog(null,"Taip 1 utk tamatkan program. Taip selain 1 utk teruskan program : ","TERUSKAN PROGRAM?",JOptionPane.QUESTION_MESSAGE));

}
while (ctrl !=1);

System.exit(0);

}

}