Pada tanggal 2 Syawal, kami ke rumah jiran yang letaknya lebih kurang 400m dari rumah di Kg But. Rumah Pok Cik Hasan aku namakan di sini.
(Pada pagi ni aku sms kawan2 ucapan salam 'Eid yang 'PAKATan' tu)
Lutfi asalnya tak nak ikut. Serius menolak. Namun bila melihat seorang sepupunya (Afiqah, 5 tahun) menyertai kami berziarah, terus berubah niat asalnya.
Sesampai di rumah Pok Cik Hasan, bersalam-salam kami. Lutfi dengan sangat girang dan suka hati tak tahu kenapa berlari-larian ke sana ke mari ditemani Afiqah. Barangkali asyik melompat-lompat di atas karpet yang menyerupai kulit harimau putih yang dilapah. Bukan kulit harimau betul. Ada dua karpet tu di rumah Pok Cik Hasan, disusun dekat-dekat.
Seketika kami di ruang tamu, Pok Cik Hasan & isterinya Mok Cik Badariah mengajak kami masuk ke ruang makan di dapur. Aku, Abah, Jea & Hanan pergi la makan ketupat kat sana dengan Pok Cik Hasan. Afiqah teman Lutfi, bermain di ruang tamu, berlari-lari keseronokan menguasai ruang tamu berkenaan yang luas. Aku sedang nak habiskan ketupat sebijik bila Mok Cik Badariah menjerit memanggil kami.
Kami keluar dan tengok dahi Lutfi berdarah teruk. Dahinya berlubang, keningnya terkoyak, darah bersembur di lantai. Tangisannya sangat menyeksakan, susah nak dicakapkan. Meraung-raung menjerit-jerit kesakitan.Terkedu kami semua. Mok Cik Badariah, seorang misi di wad O & G HUSM. Terus dipekupnya luka berkenaan dengan sehelai tuala kecik. Jea amik alih dan pujuk Lutfi. Aku pegang adik Hanan. Afiqah cakap dia dah larang Lutfi supaya jangan buas sangat tapi nasihatnya tak diendahkan.
Abah pucat, aku terpempan seketika.
Katanya, Lutfi dahi Lutfi terkena kaki meja di ruang tamu, meja kayu jati yang kakinya berukir-ukir. Kami tak tahu macam mana dia jatuh. Kami sudah tidak fikirkan beraya lagi. Initial assessment Mok Cik Badariah, tak kena jahit. Tapi, lepas berjaya hentikan pengaliran darah, kami perasan dalamnya dan seriusnya luka yang sangat perlu untuk ditutup, sama ada dengan plastik atau pun jahitan.
Kami mohon maaf ke Pok Cik Hasan sekeluarga, dan dalam 11.30 pagi kami pulang ke rumah, decide untuk ke Klinik Kesihatan Ketereh sebelum terus ke HUSM. Aku cadang nak bawak Abe. Abe, aku minta tolong dia follow kami anak beranak (aku, Jea, Lutfi & Hanan).
Abe kami bawa sebab dia kerja di A & E HUSM sebagai... err, sebagai R.A je ... :). Namun pertolongan dia sangat dihargai bagi memudahkan urusan.
Esak-esak tangis masih kedengaran & Abe Long Hadi (Lutfi le tu) masih conscious. Kami ke KK Ketereh guna jalan kampung, dan sampainya di sana, hati berbunga sebab pagarnya tidak ditutup. Selepas parking Persona di depan klinik gigi, aku & Abe jalan ke pintu gril utama klinik.
"PEGAWAI ON-CALL BERTUGAS MENGHANTAR PESAKIT KE HOSPITAL" tulis notis bertaip komputer di depan pintu.
Tanpa berlengah kami terus ke HUSM, guna jalan Ketereh - Melor. Semasuknya kami di Jalan Pasir Puteh, jalan sesak...!
No comments:
Post a Comment