Kami pulang berhari raya baru-baru ni guna route yang kami tak pernah lalu lagi, yakni route PLUS arah utara exit Simpang Pulai - Cameron - Lojing - Gua Musang - Ketereh, Kota Bharu. Route ni dah established lama dah, cuma kami yang reluctant nak guna.
Tahun lepas, balik guna laluan Grik - Tanah Merah. Tahun ni, sebab bertolaknya adalah selepas amik half-day dan selepas solat Jumaat, maka perlulah satu route yang tidak jammed dan selamat dari ancaman laluan gajah di waktu senja & malam...
Bertawakkal kepada ALLAH, kami bulat tekad pilih laluan route PLUS arah utara exit Simpang Pulai - Cameron - Lojing - Gua Musang - Ketereh, Kota Bharu. Bertolak pukul lebih kurang 3pm selepas meninjau pemasangan pagar & grill rumah yang bakal diduduki Insya ALLAH, seusai solat Jumaat & beli Domino Pizza di sebelah Masjid Kepong.
Jalan ke utara ada yang perlahan, terutama yang 2 lane. Ada beberapa kemalangan kecil sepanjang jalan tu.
Rehat qasar asar di R & R Tapah.
Berbuka dalam kereta waktu Pahang.
Dalam 30km sebelum sampai Gua Musang, kami jumpa satu surau. Area Lojing barangkali. Sejam berhenti rehat, makan berat & jama' ta'khir di situ. Kami sampai di Ketereh dalam pukul 1.30 mlm. Jalan Gua Musang - Kuala Krai & Kuala Krai - Kota Bharu tidaklah sesesak yang kami jangkakan. Bukan sepanjang jalan. Satu dua tempat je.
Pulang kami bercadang guna jalan biasa, Gua Musang - Kuala Lipis - Raub - Bentong. Cuma kali ini bertolak seawal 3.30 pagi 26 Ogos dari Morak, singgah di Ketereh menambah konvoi kenderaaan & mengambil barang-barang yang tertinggal serta bersalam-salaman dengan keluarga di Ketereh. Alhamdulillah sampai di Gua Musang, R & R lama jam 6.30 pagi. Terus solat subuh. Perjalanan kami teruskan hingga sampai di Masjid Penjom, Kuala Lipis.
Rehat bersarapan dan mandikan anak-anak.
Sampai di Kepong dalam 12.30 tengah hari. Singgah di Giant kami sampai di kuarters dalam 1.30 petang.
Alhamdulillah. Lama dah tak rasa sekejap (7 jam dari kebiasaan 10 - 12 jam) journey balik KL sewaktu musim raya ni.
No comments:
Post a Comment