Salinan asal dari sini.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله
وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Banyak kali dah rasanya aku ditanya (atau diserang) mengenai "kenapa PAS
lebih sanggup bekerjasama dengan kafir banding dengan saudaranya (UMNO
la tu)"? Dan banyak kali jugak la aku menjawab soalan ini dalam pelbagai
versi. Sampai naik muak rasanya utk aku jawab benda yang sama sampai
banyak kerja aku sangkut.
Untuk kesekian kalinya, dan harapannya buat kali terakhir (aku banyak
lagi kerja lain nak dibuat), aku akan menjawab persoalan ini insya Allah
secara detail.
Untuk memulakan penulisan, suka aku ambil contoh klasik yang diberikan
oleh Ir Khalid Samad ketika mengulas hal ini, yang diulanginya dalam
satu artikel Harakah keluaran terkini -
Ada seorang melayu ajak kita minum beer kat pub, dan dalam masa yang
sama ada sorg cina ajak kita minum teh kat warung mamak. Kita pun follow
cina tu minum teh sebab minum beer tu haram, walaupun tukang ajaknya
ialah cina.
Melayu yang ajak minum beer tu marah kita, kata kita lebih utamakan
bangsa lain dan lupa daratan sebab bersama2 bangsa lain dan menidakkan
ajakan rakan sebangsa. Kita pun kata kat dia yang beer tu haram, tapi
dijawabnya "hang minum la coke. Aku minum la beer. Apa susah?"
Got the picture?
Baik. Sememangnya umat Islam dituntut supaya bersatu padu. Firman Allah swt dalam surah al Hujurat ayat ke 10, "Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di
antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada
Allah supaya kamu beroleh rahmat."
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah saling
mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan
dan janganlah sebagian kamu menipu dalam urusan sebahagian yang lain,
jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu
saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (tidak
memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh
menghinakannya. Taqwa itu berada di sini (beliau menunjuk dadanya tiga
kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena
melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram
darahnya, hartanya dan kehormatannya". (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Ini adalah antara dalil yang digunakan untuk menyeru kesatuan ummah ini.
Benarlah kata2 Allah dan RasulNya, tiada keraguan padanya.
dalam satu ayat yang lain, Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 118, “Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bithanah (teman
kepercayaanmu) dari orang-orang yang bukan dari kalanganmu (kerana)
mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka
menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut
mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.
Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu
memahaminya”.
Ini pula adalah dalil betapa kita dilarang mengambil "bithanah" atau
teman kepercayaan dari mereka yang bukan dari kalangan kita. Misalnya,
kalau kita muslim, kita dilarang menyerahkan kepercayaan kepada org
kafir.
Tetapi, apakah dalil2 ini sememangnya begitu? Bersifat surface?
Baik. Kita ulang balik ayat 10 surah Al Hujurat itu - "Sesungguhnya
orang2 mukmin itu bersaudara". Kenapa Allah sebut ORANG2 MUKMIN dan
bukan ORANG2 ISLAM? Apakah bezanya? Tidak semua orang Islam itu beriman
sepenuhnya walaupun secara zahirnya, depa bertasyahhud dan melakukan
amal ibadah seperti solat, puasa dan sebagainya. Kerana apa?
Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya
kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai
orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan
beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن)
-- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan
Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di
antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud, "Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan
melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah
orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini,
seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu
sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada
seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.
Secara kesimpulannya, walaupun orang itu mengaku Islam tetapi belum
tentu dia beriman, kerana jika dia Islam tetapi dia tetap melakukan
kemungkaran seperti minum arak sebagaimana yang dipercontohkan kat atas
tadi, makanya dia belum cukup beriman. Kerana apa? Dia bertasyahhud
"tiada Tuhan selain Allah" tetapi dia tidak meninggalkan larangan2
Allah. Jadi, mana imannya sedangkan iman itu perlu dengan perbuatan
juga?
Kita ambil konteks di Malaysia. Ramai orang terutamanya UMNO mahukan
kesatuan antara UMNO dan PAS atas dasar "sebangsa". PAS hanya mahukan
satu syarat - "Islam sepenuhnya" dan syarat inilah yang menjadi snag
bagi UMNO. Seperti yang kita tahu, PAS wujud sebagai satu bentuk
bantahan terhadap kebejatan UMNO satu ketika dulu yg memperkenalkan
begitu banyak perkara mungkar dalam negara dan hingga kini, UMNO selaku
parti yang bermajoriti Islam masih tidak menunjukkan tanda2 untuk
menginsafi atas setiap kemungkaran yang depa lakukan. Depa masih
mempunyai pimpinan yang memegang saham dalam syarikat arak dan judi,
masih menyeleweng, rasuah, menipu, merompak harta rakyat, membazir dan
pelbagai perkara lagi. Yang terkini, depa menjadi samseng dan kaki pukul
pulak dah.
Kesatuan ummah ini tidak bersifat tahalluf. Ianya bersifat 'aqad.
Bagaimana mahu ber'aqad dengan sesuatu pihak yang melakukan kemungkaran
dan kerosakan? Aku bagi contoh mudah - kita, selaku org lelaki, boleh
berkawan dengan ramai wanita sepanjang kehidupan kita. Kita tak pilih
bulu berkawan dengan sesiapa sahaja. Tapi apakah kita tidak memilih bulu
atau berkriteria atau cerewet bila nak cari pasangan hidup yakni
isteri?
Begitulah perihalnya dengan PAS. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 103, “Dan
berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu
sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua
ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara
hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi
jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah
Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”.
Sila perhatikan ayat itu - kenapa Allah menyebut "berpeganglah pada tali
Allah" yakni peganglah atas syariat Islam dengan kukuh baru Allah sebut
pasal "janganlah kamu berpecah belah"? Sebab itulah prasyarat kesatuan
mukmin - BERPEGANG KEPADA ISLAM SEPENUHNYA. Tadak sekerat2 mcm
sekeratnya tudung para wanita UMNO. Cuma puak2 UMNO ni biasanya akan
qaul bab "wala tafarraqu" je tapi lupa bab "pegang tali Allah" tu. Jadi
kalau benar kita hendak bersatu, maka itulah prasyarat utamanya. Bukan
Haji Hadi atau Nik Aziz yang letak, tapi Allah yang letak.
Soalnya, mahukah UMNO berpegang kepada tali2 Allah itu sekukuhnya?
Berbalik kepada isu "berkawan dengan kafir". Aku tak berminat nak
menyentuh tentang perihal UMNO berkawan dengan MCA dan MIC sekian lama
sejak sebelum merdeka. Aku juga tanak sentuh ttg perihal "pemahaman" dan
sebagainya. Cuma, aku ingin berbalik kepada konsep tahalluf iaitu
kerjasama.
Rujuk balik ayat 118 surah Ali Imran di atas - mengambil bithanah. Dalam
konsep tahalluf, itu bukan bithanah. Bithanah ni bermakna kita
memberikan kepercayaan kepada kafir utk memegang rahsia2 jemaah Islam
misalnya. Atau Malaysia memberikan kepercayaan kepada APCO memegang
rahsia negara dan menjadi penasihat sulit 20% ttg urusan keselamatan
negara ni. Itu maksudnya "larangan mengambil bithanah dari orang yang
bukan kalangan kita".
Dalam konsep tahalluf, ianya hanyalah sebentuk kerjasama. Ia tidak
melibatkan 'aqad. Satu pakatan yang terbina berdasarkan satu atau lebih
matlamat bersama dan tahalluf yang baik terbina dari matlamat yang baik.
Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 2, "Tolong-menolonglah
kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu
memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada
perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan
mengenakan seksaan yang amat dasyat".
Dalam rekod sahabat2 PR, tidak ada satu rekod pun yang menunjukkan depa
melakukan kerosakan terhadap negara. Kita ambil satu contoh mudah - Lim
Guan Eng, yang dipenjara kerana membela sorg anak gadis bawah umur yang
dirogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka dan juga bekas Ketua Pemuda
UMNO, Rahim Tamby Chik. Kalau kita kaji, kesepakatan PAS dengan PR
membawa natijah pembentukan kerajaan negeri yang telus, berhemah, bebas
rasuah dan cakna - Satu perkara yang amat asing bagi UMNO. Laporan audit
negara mengesahkan segala2nya. Sedangkan jika kita bersatu dengan UMNO,
dan UMNO masih mengekalkan stail politik depa sekarang, kemungkinannya
kita diminta utk membenarkan tindakan depa. Pemuda2 PAS akan dipaksa
mengedarkan video terkini Anwar Ibrahim. Nisa2 kita akan turut sama
menyinsing lengan mempertahankan Shahrizat. Na'uzubillah.
Jadi, berbalik kepada isu asal - antara cina ajak minum teh dengan melayu ajak minum arak, yang mana kita akan ikut?
No comments:
Post a Comment