Dalam kuliah Zohor di Surau Menara TM tadi, Ust Dr. Fauzi Deraman antara lain mengkisahkan sedikit sejarah tentang bagaimana terhasilnya atau tercetusnya program pengajian Diploma Hadis di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Baru.
Asalnya beliau cuba utk mengambil perhatian tentang satu hasil kajian / survey yang dibawa kepadanya tentang bidang pengajian yang digemari di sana. Salah satu bidang yang ada ialah Diploma Hadis. Jadi, berceritalah beliau secara ringkas tentang asal usul Diploma Hadis di DQ.
Menurut beliau, dalam satu program yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau berkesempatan berjumpa dengan menteri berkenaan untuk mencadangkan penubuhan satu institusi pengajian yang memberikan peluang pengajian bidang hadis secara khusus. Kewujudan Darul Quran amat-amat dialukan dan sudah nampak jasa & hasilnya kepada masyarakat. Namun ketiadaan sebuah institusi khusus pengajian hadis di peringkat nasional mencetuskan cadangan ini. Kalau ada pun, hanyalah di peringkat-peringkat kecil yang ditubuhkan oleh NGO-NGO tertentu. Dr. Fauzi menerangkan institusi yang dicadangkan namanya sebagai Darul Hadis itu mendapat respons yang positif dari pak menteri di JPM ketika.
Di akhir ucapan perasmian berkenaan, Zahid meluluskan peruntukan awal atau geran awal sebanyak RM 1 juta ringgit untuk penubuhan Darul Hadis berkenaan.
Apabila perhimpunan agung parti pemerintah kerajaan dijalankan selepas itu ke Menteri Pertahanan (tahun tidak dinyatakan & parti sengaja tidak dinyatakan) & Zahid naik pangkat menjadi Menteri Pertahanan, maka menteri di JPM telah berubah kepada Dato' Seri Jamil Khir Baharom. Cadangan yang dibawa oleh Dr. Fauzi tadi senyap begitu sahaja bersama peruntukan yang diluluskan berkenaan. Jamil Khir, yang merupakan 'anak murid' AI & mungkin juga Dr. Fauzi sendiri lebih menjuruskan kepada penumpuan yang lain.
Cuma sewaktu Jamil Khir menjadi menteri di JPM-lah kursus Diploma Hadis mula diperkenalkan di Darul Quran JAKIM. Jika benarlah ini sahaja yang terhasil, maka sangat sedikitlah usaha untuk honour kelulusan menteri di JPM yang sebelumnya.
Apakah nasibnya Darul Hadis ini? Wallahua'lam.
Berbalik kpd dapatan kajian yang dihuraikan oleh Dr. Fauzi tadi, semakin sedikit pelajar yang memilih Diploma Al-Quran mahu pun Diploma Hadis. Kebanyakan mereka cenderung kpd Diploma Syariah. Dapatan berkenaan juga bertanyakan kenapa ramai pelajar Malaysia tidak berminat memilih Diploma Hadis sebagai kursus pilihan, alasannya amatlah mengejutkan...
Alasannya ialah (sambil Dr. Fauzi bertanyakan hadirin kuliah zohor tadi)....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
....alasannya ialah, mereka takut dicop Wahabbi!
Sampai begitu sekali persepsinya.
Wallahua'lam.
--
Ditulis semula secara bebas dari pendengaran sendiri.
No comments:
Post a Comment