- Pengasuh lama Lutfi dan Hanan dah bertukar, walaupun tempatnya (nurseri) masih sama. Setakat ni dengan dua pengasuh baru ni masih OK. Cuma dalam bulan Mei nanti salah seorang dari dua pengasuh berkenaan dijangka akan bersalin. Masih belum tahu penerusan pengasuh ni mcm mana.
- Lutfi dikira tahun ketiga walaupun umurnya masih 2 tahun lebih. Jadi yuran bulanan nurseri untuk dia dah turun sedikit sebanyak +29%.
- Kontrak kami untuk tinggal di kuarters ini hanya ada sehingga akhir tahun ini saja. Tiga tahun ruang yang ALLAH berikan.
- Proses pembelian rumah masih belum sampai peringkat tengah. Perjanjian sudah ditanda tangani. Namun kami masih buntu tentang pemilihan pinjaman perumahan; sama ada melalui bank atau pun kerajaan.
- Tahun ini bercadangnya untuk mendaftar tempahan naik haji untuk kami berempat anak-beranak. Perancangan asalnya tertangguh dek kerana proses membeli rumah ni menggunakan wang tunai yang boleh tahan juga besarnya.
Monday, January 09, 2012
Tahun 2012/1433H kami
Sudah 9 hari tahun 2012 menjengah. Sudah 55 hari tahun 1433H berlalu pergi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment