Friday, April 24, 2009

Mantan TKM 1 P.Pinang, Fairus: Muktamad lepaskan ADUN Penanti

Alhamdulillah, nama beliau telah dibersihkan. Bersyukur sangat. Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya dalam siasatan terhadap Fairus tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Beliau merupakan anak Gayong dari cabang PSSPGM. Walaupun bukan aliran PSSGM namun Pesaka Gayong (PSSPGM) di bawah kendalian Pak Andak Majid (Cikgu Abdul Majid Mat Isa) adalah satu pengasas iaitu dari arwah Dato' Meor Rahman. Sebelum berkecimpung dalam politik beliau aktif menyumbang kudrat dan artikel di dalam Majalah Seni Beladiri.

Kalau nak mengambil contoh dari kalangan orang silat, eloklah diambil beliau sebagai salah seorang yang boleh dicontohi dalam beberapa aspek. Nasib baik dia tak terjah / mengamuk orang-orang yang fitnah dia tu. Kesabaran dia boleh diteladani. Aku sendiri tak setuju perletakan jawatan dia, tapi apa boleh buat. Beban fitnah itu terlalu berat untuk ditanggunginya.

Ada jugak orang silat yang tidak boleh dijadikan contoh. Aku sendiri sebagai contoh. Juga, contoh yang tidak elok diikut ialah ketua Pemuda UMNO satu kawasan kat Selangor tu, bersama-sama beberapa ahli Pemuda UMNO yang lain, yang pergi terjah MP DAP yang berkerusi roda tu. Memalukan saja. Malas nak sebut silat mana sebab aliran silat berkenaan tidak ada kena mengena dengan kebobrokan yang dia buat.

No comments: