Friday, June 06, 2008

TM patut kaji semula struktur gaji pekerja

TM patut kaji semula struktur gaji pekerja

TELEKOM Malaysia (TM) adalah antara syarikat berkaitan kerajaan yang pertama di Malaysia dan sudah melalui proses transformasi melalui langkah pengasingan antara sektor talian tetap dan kumpulan telefon bimbit yang diterajui Celcom.

Dengan keuntungan lumayan, TM patut menyediakan gaji lebih menarik untuk kakitangan kerana selaku kakitangan muda yang berkhidmat di TM di Lembah Klang, saya berasakan struktur gaji dikemukakan tidak membantu pekerja peringkat bawahan yang struktur gaji bermula daripada RM1,800. Struktur gaji di TM juga tidak memberi sebarang elaun tambahan yang memberi faedah kepada kakitangan muda seperti saya.

Tambahan pula, dengan kos hidup yang agak tinggi di sekitar Lembah Klang, sudah tentu ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada pekerja untuk memberi yang terbaik terhadap perkhidmatan syarikat.
Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam media mengenai kenaikan harga petrol pada Ogos akan datang perlu dihadapi. Kenaikan itu secara tidak langsung menyebabkan kos hidup meningkat.

Ini secara relatifnya akan memberi tekanan kepada pekerja bergaji rendah. Diharapkan TM dapat menyegerakan kajian semula struktur gaji supaya pekerja dapat memberi perkhidmatan terbaik.

ADI FIMIYUN ABDULLAH,
Lembah Klang.

[quoted from Berita Harian's column here.]

No comments: