Friday, June 20, 2008

Himpunan 1 juta rakyat bertempat di Padang Timur PJ, 6 Julai

Salmiyah Harun
Thu | Jun 19, 08 | 5:59:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan.

Tambahan pula katanya, sudah 15 hari rakyat terus menjalani kehidupan yang terhimpit sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Katanya, kemarahan rakyat semakin memuncak dengan demonstrasi membantah kenaikan minyak merata-rata tempat termasuk di Masjid Kampung Baru dan di Kajang.

Beliau juga meminta satu juta rakyat yang akan mengikuti perhimpunan itu memakai baju berwarna merah sebagai identiti rasmi membantah kenaikan harga minyak.

Oleh itu, katanya Protes kali ini dengan slogannya 'Protes Satu Juta Rakyat Turun' akan terus menyatakan siri bantahan terhadap kerakusan kerajaan di seluruh negara.

Ketika ditanya sebab Padang Timur dipilih sebagai lokasi perhimpunan, Dr Hatta berkata Protes mengambil kira keselesaan peserta himpunan dan ia berdekatan dengan sebuah tasik rekreasi.

"Orang ramai boleh datang dari beberapa arah tanpa kesesakan seperti dari lebuh raya persekutuan dan boleh menggunakan kemudahan awam LRT yang berhenti di Taman jaya," katanya kepada wartawan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Jelasnya, dalam perhimpunan itu pemimpin Pakatan Rakyat turut berucap kemudian diikuti tayangan media tentang senario kenaikan harga minyak yang akan memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat.

"Di samping itu, kita akan menjemput beberapa artis serta mengadakan persembahan teater bergerak untuk menaikan semangat kepada para penyokong bantahan itu," katanya.

Apa yang penting Hatta menegaskan, perhimpunan itu sebagai satu mesej penting kepada Abdullah Badawi untuk menurunkan harga minyak.

Katanya, orang ramai pula tidak perlu risau dengan keselamatan di padang itu, kerana pihak penganjur akan menyediakan seramai 3,500 petugas keselamatan untuk mengawal cubaan provokasi oleh pihak tertentu.

Beliau juga menegaskan tidak berhasrat untuk memohon sebarang permit daripada pihak polis untuk perhimpunan itu.

Merujuk hari perhimpunan yang berubah, Hatta berkata hari Ahad cuti umum dan tidak ramai yang berniaga dan keadaan lalu lintas agak lengang.

"Jika tidak ada di kalangan peniaga merungut mereka kerugian ribu ringgit kerana perhimpunan oleh Protes," katanya.

Menjawab kenapa tidak membuat di tempat yang diputuskan sebelum ini iaitu KLCC, Hatta berkata, sasaran perhimpunan kali ini agak besar dan di kawasan padang berkenaan amat sesuai di samping memudahkan pihak keselamatan mengawal.

Semasa ditanya apa kemucak perhimpunan tersebut, Hatta berkata mereka akan membuat satu 'pengisytiharan' bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apa pengisytiharan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga penyelaras Protes berkata, himpunan itu juga sebagai satu insiatif Pakatan Rakyat bahawa mereka amat serius dalam menangani masalah rakyat.

Bagaimanapun, katanya untuk menggerakkan satu juta rakyat turun sama-sama membantah kenaikan minyak adalah satu cabaran yang besar.

"Kita tunjuk kepada kerajaan kita akan menggunakan hak demokrasi untuk mengubah nasib kita sendiri," katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama menyertai perhimpunan itu sebagai satu platform menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan.

"Mereka mewakili golongan muda untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan memanipulasi isu minyak," katanya.

Seorang lagi penyelaras Protes S. Arultcelvan pula berkata, pada 6 Julai nanti rakyat telah membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka menyahut cabaran Perdana Menteri untuk terus mengadakan perhimpunan bantahan. - mns_

Sunday, June 15, 2008

Merah tanda marah

Merah yang dicadangkan:

RGB: R-255, G-0, B-0
HSL: H-0, S-255, L-128
HTML: #FF0000
HSV: 0° or 360°, 100%, 100%
Wavelength: ~680-683 nm
Frequency: ~440-443 THz

Baju? Merah raincoat baru Givi atau merah jersi Manchester United atau mana-mana merah yang terang, yang striking. Merah FRU? Bolehlah!

Ya. Merah itulah warna temanya, bagi Himpunan Aman Rakyat membantah kenaikan harga minyak. 5 Julai 2008 di KLCC.

Nantikan kemunculan rasmi logo, emblem, insignia (?) Rabu ini, 18 Jun 2008.

Ada orang kata, berdemo pun minyak tetap naik, dah pun naik...! Macam mana tu? Orang macam ini memang tidak dapat memahaminya. Ditakdirkan minyak turun kerana izin ALLAH melalui demo ini, orang ini juga yang merasa faedahnya.

Oh, ya! Satu perkara lagi, dicongak satu juta orang demonstrannya, tapi realistikkah? Kita tunggu dan lihat!

Friday, June 06, 2008

TM patut kaji semula struktur gaji pekerja

TM patut kaji semula struktur gaji pekerja

TELEKOM Malaysia (TM) adalah antara syarikat berkaitan kerajaan yang pertama di Malaysia dan sudah melalui proses transformasi melalui langkah pengasingan antara sektor talian tetap dan kumpulan telefon bimbit yang diterajui Celcom.

Dengan keuntungan lumayan, TM patut menyediakan gaji lebih menarik untuk kakitangan kerana selaku kakitangan muda yang berkhidmat di TM di Lembah Klang, saya berasakan struktur gaji dikemukakan tidak membantu pekerja peringkat bawahan yang struktur gaji bermula daripada RM1,800. Struktur gaji di TM juga tidak memberi sebarang elaun tambahan yang memberi faedah kepada kakitangan muda seperti saya.

Tambahan pula, dengan kos hidup yang agak tinggi di sekitar Lembah Klang, sudah tentu ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada pekerja untuk memberi yang terbaik terhadap perkhidmatan syarikat.
Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam media mengenai kenaikan harga petrol pada Ogos akan datang perlu dihadapi. Kenaikan itu secara tidak langsung menyebabkan kos hidup meningkat.

Ini secara relatifnya akan memberi tekanan kepada pekerja bergaji rendah. Diharapkan TM dapat menyegerakan kajian semula struktur gaji supaya pekerja dapat memberi perkhidmatan terbaik.

ADI FIMIYUN ABDULLAH,
Lembah Klang.

[quoted from Berita Harian's column here.]

Tuesday, June 03, 2008

Sedikit info tentang tender terbuka

Penulisan tersangat ringkas ini ingin menjelaskan tentang konsep tender terbuka yang ramai pihak tersalah anggap dan menyokongnya kerana ketelusannya berbanding rundingan terus yang seakan ditentang dengan beralasan pembelian/rundingan terus tidak telus.

Antara bentuk penganugerahan kontrak yang paling biasa digunakan di Malaysia ialah kontrak melalui tender terbuka (open tender), tender tertutup (closed tender) dan pembelian terus (direct award/direct purchase). Setiap syarikat mungkin mempunyai namanya yang tersendiri bagi ketiga-tiga cara pemberian kontrak seperti di atas namun ianya tidak akan lari dari asas yang berikut:
  1. Tender terbuka merupakan tawaran terbuka kepada mana-mana kontraktor yang diiklankan di dalam akhbar/media massa lain seperti laman web korporat syarikat yang menawarkan tender, untuk membekal/melaksanakan sesuatu kerja.
  2. Tender tertutup adalah tawaran terhad kepada kontraktor yang telah disenarai pendek oleh syarikat untuk membekal/melaksanakan sesuatu kerja. Tidak semua kontraktor yang disenarai pendek akan mendapat kontrak di dalam tender berkenaan. Proses penilaian yg teliti akan dijalankan sebelum pemilihan kontraktor yang sesuai. Tender tertutup tidak diiklankan.
  3. Pembelian/rundingan terus adalah proses penganugerahan kontrak untuk membekal/melaksanakan sesuatu kerja kepada pembekal/kontraktor yang telah pun dikenal pasti. Biasanya, penganugerahan ini dilakukan untuk keperluan-keperluan yang mendesak dan urgent di pihak syarikat yang menawarkan kontrak.
Tender terbuka & tertutup memakan masa untuk disempurnakan, dari proses pemilihan pembekal/kontraktor hinggalah ke penganugerahan kontrak melalui surat penganugerahan (Letter of Award - LOA) / surat niat (Letter of Intent - LOI). Sekurang-kurangnya tiga (3) bulan diperlukan untuk menyempurnakan proses berkenaan, itu pun jika tiada proses tender semua (re-tender / resubmission of tender documents). Keperluan-keperluan mendesak sesebuah syarikat/organisasi adalah mustahil untuk dilewatkan sehingga tiga bulan, jika ianya bersangkutan dengan bidang pembinaan kritikal, penjanaan kuasa, industri petroleum dan gas asli serta keperluan telekomunikasi. Lantas, rundingan terus dipilih sebagai usaha mendapatkan bekalan dengan masa yang singkat, dari pembekal yang berkualiti. Biasanya, kontraktor yang siap sedia dipilih untuk diberikan kontrak melalui rundingan terus ialah kontraktor yang mempunyai rekod yang bersih dari segi ketepatan bekalan mengikut keperluan, tempoh masa penghantaran bekalan dan servis yang memuaskan, reputasi baik berdasarkan kontrak-kontrak lepas dan beberapa faktor lain. Bukan main-main memilih kontraktor!

Isu yang timbul ialah penganugerahan kontrak melalui rundingan terus kepada syarikat-syarikat kroni. Situasi ini biasanya tidak diamalkan dalam kontrak bernilai jutaan ringgit oleh kebanyakan GLC dan organisasi besar lain memandangkan apa yang buruk bekalannya pasti akan menjejaskan imej mereka. Kronisme bukan tidak pernah berlaku dalam penganugerahan kontrak melalui tender terbuka dan tertutup, namun ianya didiamkan saja selain kes yang amat sedikit dan sukar dibuktikan. Untuk memansuhkan atau meninggalkan terus kaedah rundingan terus adalah tidak wajar. Unit atau bahagian yang merancang perlulah menilai semasak-masaknya, kaedah apa yang perlu digunakan untuk memenuhi keperluan syarikat mereka. Perancangan dan perangkaan yang tepat berdasarkan trend pengunaan-pembelian semasa boleh dijadikan kayu ukur untuk memastikan apa yang perlu dibeli melalui tender terbuka/tertutup dan apa yang perlu diperolehi melalui rundingan terus. Banyaknya rundingan terus dalam proses perolehan menampakkan perancangan tergesa-gesa dan tidak cekap yang mungkin boleh menjejaskan reputasi syarikat dalam masa yang panjang.

Kenapa Belum Berumahtangga Lagi?

cited from here.

Sekadar hiasan. Ni pasangan suami isteri kot. Husnuzhon.

Mungkin kalian pernah diajukan soalan oleh teman mahupun kenalan, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Maka gelabahlah bagi mereka yang terlalu sensitif dengan soalan ini lebih-lebih lagi bagi muslimat. Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” atau kadang-kadang, "Belum ada rezeki lagi.." Ada juga memberi jawapan, "Nak bantu keluarga dulu.." Baiklah, mungkin selepas ini kalian akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai.
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketetapan Allah s.w.t. Segala sesuatu sejak awal terciptanya Qalam sampai tiba hari Qiyamat telah tertulis di Lauh Mahfudz, kerana sejak permulaan menciptakan Qalam Allah telah berfirman kepadanya dalam hadith qudsi riwayat Bukhari dan Muslim : "Tulislah", Dia (Qalam) bertanya : "Wahai Rabb-ku, apa yang harus aku tulis?" Allah berfirman : "Tulislah segala sesuatu yang terjadi". Kemudian dia (Qalam) menulis segala sesuatu yang terjadi sampai hari kiamat. Lalu Allah memerintahkan Malaikat untuk menulis empat perkara iaitu ajal, rezeki, amal, celaka atau beruntung. Menurut Ulama' Ahli Sunnah yang dimaksud rezeki itu mencakupi rezeki zahir dan rezeki batin. Dan rezeki batin itu adalah jodoh. Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin juga pernah menghuraikan perkara yang sama.
Kalau sebab miskin ataupun tiada duit, itu bukan persoalan utama. Allah menjanjikan suatu pertolongan kepada orang yang ingin bernikah, dalam surah an-Nur ayat 32 Allah berfirman yang bermaksud : “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
Rasulullah S.A.W menguatkan janji Allah itu dengan sabdanya yang bermaksud : "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya”. (Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, bererti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Allah. Apabila Allah menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Allah Maha Mengetahui. Apabila Allah telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Nah, ini jawapan yang Aku cari dan persembahkan buat sahabat-sahabat yang bertanya, mengapa masih belum berumahtangga lagi. Sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat dalam soal jodoh. Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “Semua ini adalah rahmat Allah.” Wallahu’alam

Sok-sek : Entri ini ditulis untuk dipersembahkan buat sahabat matrik ku, Roslan dan Kamil. Harap dapat menjawab pertanyaan antuma. Anta berdua pulak, bila nak menamatkan zaman bujang? Hehe.

Selamat hari lahir kpd kawan2 yg lahir bulan 6

1 Jun - Zulfadli Bin Ibrahim, sejalan K12, UPM’s, Kelate, 24 thn
4 Jun - Syuhrah Soleha Binti Jaafar exKMPP, duk sebelah masa hr Anugerah, dh jd cikgu, 24 thn
4 Jun -Arbaayah Binti Kamarudin exKI, exKMPP, 24 thn
7 Jun - Norazwan Nordin Fan MU di MIS @ STMB, 24 thn
10 Jun - Muhammad Taufek Bin Husin Ex Bendahari JPP KMPP, UPM’s, 24 thn
11 Jun - Mohd Norhakimi Bin Omar Ali exKMPP, sepraktikum, 24 thn
12 Jun - Mohd Najib Bin Shamsudin, Sejalan di KMPP, 24 thn
12 Jun- Mohd Hishar B. Shopian, Sejalan, exKMPP, UPM’s, a.k.a mat Yo, businessman, 24 thn
14 Jun - Abdul Syukor Bin Othman Seperjuangan, exKI, exKMPP, UKM’s, 24 thn
19 Jun - Nurliyana Binti Noor Man YTM’s, USM’s, jg exKMPP, 24 thn
23 Jun - Nor Azizah Bt Kosnin sejalan, K14, Jawa-accent, 26 thn
30 Jun - Ahmad Fitri Faizi Bin Baharuddin exKMPP, 24 thn

I'm back

Setelah agak lama tidak mengupdate blog ini, saya kembali untuk mengisinya semula dengan pengisian yg lebih berfaedah buat diri saya dan diri para pembaca sekalian.

Terima kasih,