Friday, January 15, 2021

Mimpi

Bangun pagi skrol fb. Apalah punya habit. Skrol punya skrol aku terhenti melihat Page Ustaz Zahazan, yang tengah share gambar dia sedang mencium tangan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Aku terkejut. Kebetulan apakah ini. Kenapa?

Kerana, malam tadi aku bermimpi. Aku berjumpa dengan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Aku seperti berada di kaunter sebuah kedai dalam mimpi tu. Tidak pasti kedai apa. Dari luar aku nampak seseorang menuju ke arah aku. Dia kemudian patah balik. Dan kemudian datang semula. Personanya sudah aku kenali, memang almarhum. Cuma aku rasa pelik sebab beliau sudah lama meninggalkan kita. Beliau pakai kopiah putih, baju melayu putih & seluar slack hitam. Kemas, segak & tegap. Beliau kulihat tersenyum. Kalau aku bandingkan dengan perkongsian gambar Page Ustaz Zahazan pagi tadi, almarhum dalam mimpi aku masih muda dari gambar berkenaan, namun sudah kelihatan rambut & janggutnya yang berwarna putih.

Beliau memohon aku membayar sesuatu untuknya. Aku tidak ingat aku & beliau beli apa. Aku membalas aku akan cuba sebab aku pada waktu tidak ada duit yang banyak. Kemudian lelaki cashier kedai itu nampak aku terkumat-kamit sendirian. Tiba-tiba aku terkejut (mungkin sebab baru perasan sedang berinteraksi dengan seseorang yang sudah lama meninggalkan kita) dan seakan macam nak jatuh. Mujurlah cashier berkenaan sempat menyambutku. Mimpi itu ditamatkan dengan kumat-kumat perkataan Darus-syifa. Aku tidak pasti kenapa. Kemudian aku terbangun.

Aku tidak pasti apa-apa makna mimpi berkenaan. Aku abaikan begitu saja.

Saturday, January 02, 2021

Cara ambil screenshot atau tangkap layar di komputer Windows

Sudah lama ambo nak share tapi mode menulis tu belum ada. Screenshot, screencap atau dalam Bahasa Melayunya tangkap layar, adalah proses mengambil apa yang terpapar di skrin komputer ada untuk dijadikan imej dan digunakan di aplikasi yang lain.

Ada beberapa kaedah untuk mengambil tangkap layar di komputer Windows.

  1. Kunci Print Screen atau PrntScr atau Print Sc di papan kekunci. Menekan kunci ini akan menangkap seluruh layar yang dipaparkan di komputer.
  2. Kombinasi kunci Alt + Print Screen. Ianya akan menyalin tetingkap yang paling atas dan aktif dari keseluruhan paparan.
  3. Aplikasi terbina dalam Snipping Tools yang ada dalam Windows 7, Windows 8 & Windows 10.
  4. Aplikasi terbina dalam Snip & Sketch yang ada dalam Windows 10. Ianya aplikasi yang lebih maju dari Snipping Tools. Kita boleh tangkap / crop apa-apa dan mana-mana saja kawasan yang kita nak dalam skrin menggunakan mouse yang diheret dan dipilih (drag and select).
  5. Penggunaan aplikasi sama seperti item no. 4 di atas, Namun pelancarannya lebih pantas. Windows 10 yang akan buka Snip & Sketch secara automatik apabila kunci Print Screen ditekan. Untuk menetapkannya, sila klik ikon Start > klik ikon Settings > klik Ease of Access & cari Interaction, klik Keyboard. Skrol ke bawah dan cari pilihan Print Screen shortcut, dan set kan kepada On.
  6. Cara yang mungkin paling mudah ialah ambil gambar skrin guna phone dan jadikan lampiran dalam emel / masukkan dalam karangan emel. Akan tetapi saiz emel akan jadi sangat besar kerana resolusi gambar dari kamera telefon yang diambil.
Ada cara lain lagi? Boleh kongsikan di ruangan komen.

Friday, January 01, 2021

Selamat Tahun Baru 2021

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana masih mengizinkan kita semua bertemu dengan tahun 2021. Selamat Tahun Baru 2021. Semoga bertambah amalan kita semua. Tahun ini ambo bersasaran hendak meningkatkan kesihatan ambo dan mengurangkan hutang dan berhutang, serta berbelanja dengan jimat-cermat kerana pendapatan mungkin malar.

Memetik kata-kata dalam newsletter The Body Shop tadi, ada lima perkara yang perlu dibuat pada tahun baru ini. Ambo reword semula

  1. Tetapkan sasaran yang membantu diri dan hidup kita berkembang dengan lebih baik.
  2. Fokus terhadap kualiti perhubungan-perhubungan kita, sesama pasangan, anak-anak, ahli keluarga dan rakan sekerja serta jiran tetangga kita.
  3. Kenal pasti apakah perkara yang menjadi pencetus reaksi kita.
  4. Jangan tunggu orang lain berubah untuk kita berubah ke arah lebih baik.
  5. Belajar menerima hakikat bahawa hidup ini boleh jadi satu sambutan atau satu pelajaran.
Menarik. Hendak membuatnya?