Sunday, March 01, 2020

Reviu: Sky Hunter

Aku dah lama cari cerita ni yang ada sub bahasa Inggeris. Tahun ni baru keluar yang agak berkualiti dan worth downloading. China memang dalam lima tahun kebelakangan ni banyak mengeluarkan filem atau drama bersiri televisyen yang bercorak ketenteraan dan patriotisme. Contohnya Wolf Warrior & Wolf Warrior 2 dengan pelakon utamanya Wu Jing.

 Imej dari imdb

Apabila Astro bagi subscription aku tengok free channel iQiyi, satu malam aku tertengok cerita The Eyas, pasal akademi latihan juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Republik Rakyat China. Kemudian aku came accross better quality release of Sky Hunter.

Sky Hunter tak ada pelakon nama besar melainkan Fan Bingbing. Dia salah seorang watak yang ada peranan penting - bukan watak utama sangat bagi aku - cuma pemandu helikopter penyelamat. Cerita ini berkisarkan tiga orang anggota tentera udara; dua dari mereka (Li Chen sebagai Wu Di dan Fan Bingbing sebagai Zhao Yali) yang dipilih memasuki skuad elit dalam Tentera Udara Republik Rakyat China. Bagaimana mereka berdua cross path dengan kawan mereka (Jean Lee aka Li Jiahang sebagai Liu Haocheng) yang menjadi jurulatih kepada tentera udara sebuah negara fiksyenal di benua Afrika yang dipanggil Mahbu.

Cerita dimulai dengan aksi aerial yang menarik bagi aku. Aksi tentera udara mengawal kedaulatan kawasan udara negara mereka dari pesawat asing yang (sengaja?) menceroboh. Aku sangat skeptikal dengan CGI filem tanah besar tapi tidak untuk cerita ini. Kebanyakannya nampak hidup dan realistik. Mereka dapat akses dan kerjasama dari pihak tentera untuk shot pesawat-pesawat & helikopter sebenar. Antara yang dipaparkan ialah pesawat pengangkut Y-20, pesawat pejuang stealth J-20, pesawat pejuang J-11, pesawat pengebom H-6, helikopter utiliti Z-8, pesawat pejuang pelbagai fungsi J-10, UAV yang tidak diketahui dan lain-lain. Juga, filem ini menerima sentuhan studio grafik Pixomondo, syarikat VFX di belakang filem Game of Thrones dan skor muzik oleh Hans Zimmer.

Ada pengkhianatan dalam kepimpinan tentera udara negara Mahbu ini. Di pengkalan udara yang menjadi tumpuan cerita ini, ada beberapa rakyat China yang tinggal di situ, dan mereka diserbu oleh askar yang membelot diketuai Rahman kerana ingin mendesak pembebasan seorang ketua satu pertubuhan teroris Light Group. UN dan tentera lokal di situ tidak dapat berbuat apa-apa dan China mengambil langkah unilateral untuk menyelamatkan rakyat mereka termasuk jurulatih Liu Haocheng yang terperangkap di tengah-tengah.

Misi menyelamat tebusan warga China berjaya namun dogfight di antara Wu Di dan Rahman berakhir di udara dengan pesawat Wu Di yang kehabisan ammunition dan missiles menghentam pesawat Rahman sehingga terputus dua. Nasib Wu Di dalam pesawatnya yang hampir musnah tidak diketahui walaupun di akhir filem ditunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang hendak mendarat di pengkalan.

Kesimpulan: recommended.

Saturday, February 22, 2020

Nukilan pertama 2020

Bismillah. Alhamdulillah Februari 2020 sudah menjengah dan hampir ke hujungnya. Blog ini kalau kira-kiranya sudah berumur belasan tahun. Dimulai pada Feb 2006. Post terakhir di bawah ditulis pada 2 Feb 2017, lebih tiga tahun sudah. Rasanya menulis status di Facebook makin banyak dan meaningful berbanding coretan di sini.

Namun, apabila pada 18 Feb lepas, dapat emel notifikasi komen di salah satu post di blog ni, aku bukak balik dan tengok apa komen tu. Komen di blog ni diset dengan moderation so tapisan tetap ada. Juga, bila dilihat aliran trafik post dalam 30 hari terakhir, nampaknya masih ada membaca walaupun cuma dari hasil keputusan carian-carian Google.


Cuma berat dirasakan untuk mengaktifkan balik blog ini adalah disebabkan rasa menulis itu tidak membantu mempositifkan diri sangat. Ditambah dengan beban tanggung jawab menulis itu bila isi tulisan itu tidak diamalkan sendiri oleh sang penulis. Juga takut dengan side effect penulisan 'kita tulis puji-puji atau kecam-kecam sesuatu itu alih-alih kita sendiri yang terkena / terjebak / terpakai'...

Cabaran kehidupan mid-30 ini memang lain macam. Semoga ALLAH SWT kurniakan kemudahan kepada kami sekeluarga & dikurniakanNya rezeki yang baik, kesihatan yang baik. Semoga ALLAH SWT berikan kekuatan dan kesabaran untuk kami menempuh ujian hidup di dunia ini dan istiqamah dalam keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.

Tak apalah. Nantikan perkongsian bermanfaat dari blog ini.