Monday, October 22, 2012

Membuka Jalan Membelah Cabaran

Hudud.

Sedar tidak sedar setiap hari kita menggunakan root word perkataan hudud ini. Dalam bahasa Arab, hudud adalah jama' taksir dari perkataan had. Hudud secara bahasanya bermaksud had-had atau banyak had. Had bermaksud sempadan atau batasan. Penggunaannya dalam nama-nama syarikat Sdn Bhd & Bhd (Private Limited; Pte Ltd; Sendirian Berhad & Limited; Ltd; Berhad) pantas sekali dilupakan masyarakat.

Mengingat kembali kuliah Zohor Dr. Azhar Yaakob di Surau Menara TM awal Oktober lepas, beliau mengulas secara ilmiah berkenaan antara 3 alasan utama pihak umat Islam yang menolak pelaksanaan hudud ini.

Mereka merasakan hudud belum sesuai dilaksanakan kerana masyarakat perlu dididik terlebih dahulu mengenai hudud.

Mereka merasakan hudud belum sesuai dilaksanakan kerana kita tidak boleh terburu-buru.

Mereka merasakan hudud belum sesuai dilaksanakan kerana suasana belum kondusif.

Cabaran alasan ini perlu dijelaskan supaya pelaksanaan hudud dapat dicerahkan jalannya. Dr. Azhar memberi penerangan untuk membetulkan persepsi dari 3 alasan ini, mengikut kerangka penjelasan akademik sesuai dengan kepakaran beliau.

Alasan pertama.

Dalam satu hadis Nabi SAW yg disampaikan secara mafhum pada kuliah berkenaan, Baginda diberitakan menyatakan bahawa semaju mana tamadun manusia pun, umat tidak akan terlepas dari tiga perkara: penyakit, kejahilan dan kemiskinan.

Apa yang menjadi polemik pelaksanaan mahu pun penangguhan hudud di Malaysia sudah secara tidak langsung mendidik masyarakat di sini. Mereka semakin kenal dengan hudud. Mereka semakin mengetahui siapa yang mahu melaksanakan & siapa yang mahu menghalang. Program-program ilmiah seperti tazkirah, kuliah, debat mahu pun konvensyen sudah pun dibuat. Namun, walaupun kelihatan grand, tetapi masih tidak dilihat sebagai satu tindakan yang mainstream. Sukatan pelajaran berkaitan undang-undang Islam di peringkat primer & sekunder diringkaskan sehingga menimbulkan ketidak fahaman di kalangan penuntut. Ketidak fahaman ini menunaskan kejahilan dan penentangan terhadap pelaksanaan hudud.

Mengaitkan hadis Nabi SAW tadi, jika nak tunggu mendidik masyarakatlah sehingga reti baru nak dilaksanakan hudud, setiap waktulah perlu dilaksanakan program-program pendidikan intensif berkenaan. Mana tidaknya, setiap masa di sini ada saja zuriat-zuriat yang baru menjengah dunia, dalam keadaan fitrahnya 'jahil' namun masih suci & bersih. Tunggu mereka baligh, nak didik mereka ni. Alamatnya sampai bila takkan terlaksana hudud di Malaysia ni,

Alasan kedua.

Mereka yang beralasan membawa hadis Nabi Muhammad SAW yang mafhumnya, terburu-buru itu adalah dari syaitan, beransur-ansur atau bersabar-sabaran adalah dari ALLAH SWT.

Ulama memberi tafsiran gopoh dalam hadis ini seperti analogi ini: solat zohor masuk waktu pada 1.15 petang,  namun seseorang telah datang ke masjid dan solat pada pukul 1.00 petang. Demikianlah maksud terburu-buru di dalam hadis berkenaan.

Dr. Azhar menjelaskan, pelaksanaan hudud tidak pernah langsung dibuat secara terburu-buru. Ambil contoh di Kelantan. Kerajaan negeri tidak segera melaksakannya. Memang 22/10/1990, 23/10/1990 terus buat. Tidak begitu. Ulama ada menerangkan dalam pelaksanaan hudud di peringkat perundangannya, perlu ada dua peringkat: pengkanunan & penguatkuasaan.

Kelantan telah mengkanunkannya pada 1992 dan pemindaan pada 1998. Namun memandangkan bidang menguat kuasa adalah bidang persekutuan, polis, kastam, SPR, mahkamah-mahkamah semuanya di bawah kawalan & kuasa persetujuan kerajaan persekutuan, maka penguatkuasaannya belum boleh dijalankan. Ditangguh dengan paksaan kerajaan pusat secara tidak langsung. Ditambah lagi dengan surat PM ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengugut kerajaan negeri, maka kepimipinan kerajaan Kelantan mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan hukum yang sudah dikanunkan ini.

Jika ada ayat-ayat atau perengggan-perenggan atau frasa-frasa yang masih ada kekurangan, maka kenapa tidak pihak yang mahir berkenaan menjalankan dialog dengan kerajaan negeri untuk membetulkan atau menambah baik kanun berkenaan. Sepatutnya sokongan yang diberikan, bukannya menghina atau memburuk-burukkan kanun yang tidak dilaksanakan bukan dengan sebab si pengkanun (kerajaan negeri) sendiri.

Namun jika ada mereka yang mahir lagi, mereka pasti bersetuju, bahawa apa yang sudah dikanunkan berkenaan sudah pun tepat. Mengapa? Kerana perkara yang diperselisihkan bukanlah perkara utama, tetapi perkara yang cabang sahaja. Terpulang kepada ijtihat pengkanun & pelaksana berdasarkan kefahaman mereka untuk mewartakan apa yang sudah teliti dikaji dan diperhalusi oleh mereka.

Alasan ketiga.

Apabila suasana masyarakat sudah kondusif, apa lagi guna hukum hudud? Bilakan suasana kondusif itu akan dapat dicapai? Namun ALLAH SWT yang Maha Mencipta sudah pasti Maha Mengetahui akan keadaan hamba-hambaNya. Lihat pada zaman jahiliyyah, maksiat apa jenayah yang bagaimana tidak wujud di zaman jahiliah; memeras, membunuh, merampas, menganiaya, namakan saja. Hudud diturunkan untuk memurnikan masyarakat memandu umat pada zaman berkenaan kepada fitrah kemanusiaan. Mengeluarkan manusia dari kegelapan kejahilan kepada cahaya hidayah.

Apa bezanya kebejatan zaman jahiliyyah dengan kebobrokan yang berlaku sekarang?

Dengan bilangan jenayah yang meningkat, masalah sosial yang semakin buruk apakah umat Islam masih mahu menolak kaedah pencegahan terbaik yang diturunkan oleh ALLAH SWT, yang terbukti dapat membetulkan, terbukti pengamalannya selama ribuan tahun, diakui oleh para ilmuwan dan sarjana, yakni hukum hudud? Adakah hukum konvensional yang sudah terbukti tidak mampu mengurangkan kadar jenayah, yang penuh ketidak adilan, yang menindas dan membebankan, masih lagi mahu dijadikan pilihan umat Islam?

Tepuk dada tanya iman.

Wallahua'lam.

Monday, October 15, 2012

MCA Yang Anti Islam Sebenarnya

MCA Anti Islam

1. Presiden MCA  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya.  Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah :

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada  negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA  pernah menyebut :

• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”

4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”

“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa  bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif  lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar  MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang  di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

•  Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]