Monday, December 19, 2011

Penjelasan beberapa isu-isu semasa [1]

Ada beberapa perkara yang dijelaskan berkenaan isu-isu yang berlaku kebelakangan ini.

Soalan (S): Kerajaan negeri Kelantan mengakui hanya membina 1 masjid sahaja sepanjang 22 pemerintahannya.
Respon (R): Memang benar, hanya satu sahaja masjid iaitu Masjid Cina di Rantau Panjang yang dibina menggunakan duit kerajaan negeri secara keseluruhannya. Pembinaan masjid lain bukannya tidak ada, tapi ianya menggunakan kombinasi sumbangan awam, badan-badan kerajaan/swasta, ahli perniagaan dan kerajaan negeri sendiri. Namun, untuk apakah masjid yang banyak itu? Banyaknya masjid, jika untuk memenuhi poket kroni semata-mata atau masjid hanyalah seperti masjid Dhirar, masih tidak ada nilaiannya.

(S): Hudud yang PAS bawa bukannya hudud Islam. Ini terbukti dalam Enakmen yang sudah dikanunkan di Kelantan & Terengganu, meliwat isteri tidak dikenakan hukuman hudud. Inilah hudud PAS...
(R): Liwat adalah kesalahan yang hukumannya termasuk dalam antara jenis hukuman yang ditetapkan ALLAH. Namun, ulama' bersepakat bahawa meliwat isteri tidak dikenakan hukuman hudud. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna, meliwat isteri dibenarkan. Ianya masih salah di sisi undang-undang Islam dan layak dikenakan hukuman takzir, iaitu hukuman atas budi bicara pemerintah.

(S): Hudud PAS lagilah yang menetapkan umur 18 tahun sebagai sempadan pelaksanaan hukuman hudud bagi pesalah. Bukankah Malaysia menggunakan mazhab Syafi'ie yang menetapkan maksimum umur 15 tahun sebagai sempadan akil baligh & had untuk membolehkan dilaksanakan hukuman hudud ke atas pesalah? Inilah hudud PAS...
(R): Masalah penetapan umur baligh adalah masalah khilaf, masalah yang para ulama tidak sepakat yakni ada perbezaan pandangan mengenainya. Mazhab Syafi'ie menetapkan umur 15 tahun, manakala Mazhab Hanbali menetapkan umur 18 tahun. Penyelesaian bijak yang ulama' putuskan untuk dijadikan sempadan umur pelaksanaan hukuman hudud ialah dengan mengambil nilai yang paling maksimum, iaitu umur 18 tahun.

bersambung

mungkin berkaitan:

No comments: