Friday, February 25, 2011

Nama Yang Baik

Nama yang baik itu banyak. Nama sesorang akan digunakan hinggalah ke akhirat kelak. Jauh sekali batasan penggunaannya. Justeru itu, menamakan anak-anak dengan nama yang tersusun dan elok amat-amatlah dituntut dalam Islam.

Namun, sering kali menjadi dilema bagi kita untuk memilih nama yang baik untuk anak-anak kita. Mempersoalkan nama yang diberi berkenaan dengan maksudnya, atau susunan katanya adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang. Apakah sebabnya?

Kebanyakan masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam menyandarkan penamaan anak-anak kepada nama yang berasal dari perkataan-perkataan bahasa Arab. Perkembangan terkini bahasa membantu mewujudkan nama-nama hibrid, bukan Arab dan pelbagai lagi.

Bagaimana maksud nama yang tidak elok ini hendak kita uruskan? Adakah Jabatan Pendaftaran Negara membenarkan penukaran nama?

Nama ini, katanya hendak di'Arab'kan, tapi sesetengahnya menyalahi tatabahasa bahasa Arab sendiri dan juga tidak mempunyai makna yang baik. Beberapa contoh nama umat Islam Malaysia yang sering digunakan namun agak samar malahan tiada makna pun di dalam bahasa Melayu mahu pun bahasa Arab (mohon maaf di atas kekasaran yang timbul) :
  1. Akma - apakah maksud nama ini? Di dalam bahasa Jepun, terdapat kata yang hampir sama iaitu 'akema' yang mempunyai maksud syaitan. Berbeza dengan Akmal yang bermaksud lebih sempurna. Nama seumpamanya yang lain ialah Akmar, namun tidak pula ditemui asal kalimah (wazan) Arabnya, dari kalimah apa.
  2. Sharina - Di dalam bahasa Arab, kalimah sharr (shin ra') membawa maksud keburukan. Bila ditambah dengan na (kata ganti nama diri pertama banyak dalam bahasa Arab atau isim mukhotobin), kata ini bermaksud keburukan kami/keburukan kita. Mungkin berlaku kesilapan sewaktu membubuh nama Shahrina yang mempunyai maksud dari gabungan 2 kata, bulan (shahrun) dan kami (na).
  3. Tristan? Saya mula jumpa perkataan ini dalam siri anime Mobile Suit Gundam Seed. Tristan & Isolde adalah nama peluru berpandu bagi kapal angkasa di pihak baik di dalam siri anime ini. Apakah ertinya apabila Tristan itu dinisbahkan maknanya ke dalam bahasa Arab sebagi bermaksud "lain dari yang lain"? Tristan, ta ra sin ta alif nun, adakah wujud kalimah ini? Sebenarnya Tristan dan Isolde ada sejarahnya di sini. Ianya bukan nama peluru berpandu semata-mata. Lain dari yang lain secara linguistik Arabnya ialah akhar min akhar untuk isim muzakkar dan ukhra min ukhra untuk isim muannas.
  4. Mahathir - nama ini mempunyai makna yang baik jika dinisbahkan kepada kalimah hadhara. Mim ha' alif dhod ra' memberi makna tempat orang hadir. Kita sedia biasa dengan sebutan th sebagai dh. Tetapi bagaimana dengan th dalam Thohir/Tahir? th juga sentiasa dieja untuk mewakili huruf tsa'/tha' (huruf ketiga dalam sistem huruf hijaiyyah). Jadi pembetulan pada ejaan rumi adalah perlu untuk nama-nama yang ada ejaan th ini.
  5. Nama-nama mudhaf wa mudhaf fun ilaih yang jika kalimah keduanya tidak ada, maka akan tergantung. Nama ini semuanya ada maksud yang baik seperti contoh Saif (pedang), Khair (kebaikan), Amir (ketua atau orang yang memakmurkan) dan seumpamanya yang akan jadi tergantung apabila dibiarkan sebagai Saiful, Khairul atau Amirul. Perlu ada penjelasan bagi nama Saiful yang memberi makna pedang yang...?, khairul yang memberi makna kebaikan yang...? dan Amirul yang memberi makna ketua atau pemakmur yang...?. Tambahan seperti Saiful Iman atau Saiful Islam, Khairul Amir atau Khairul Nizam, Amirul Anwar atau Amirul Mukminin memberi makna pada nama berkenaan. Contoh tergantung lain seperti Shahrul, Abdul, 'Ainul, Nurul dan lain-lain
Kesilapan ini jika dahulunya, dikaitkan dengan kekurangan ilmu pengetahuan terutamanya dalam bahasa Arab. Namun zaman sekarang, kesilapan ini banyak berpunca dari sikap ingin nama yang sedap didengar tanpa mendalami maknanya tanpa merujuk mereka yang mahir bahasa Arab. Perbuatan menggabung nama pasangan atau suku kata dari nama pasangan juga dikesan sebagai salah satu punca kesilapan. Gabungan suku kata yang mewujudkan nama bermaksud baik tidaklah mengapa. Seterusnya, rujukan terhadap buku maksud nama juga kadang-kadang memberi definasi yang tidak sama dengan maksud dari ejaan asal sesuatu kalimah di dalam bahasa Arab. Rujukan adalah boleh namun elok ditambahi dengan membelek kamus bahas Arab atau bertanya mereka yang ahli bahasa Arab.

Pelbagai lagi contoh yang amat banyak boleh kita jumpa setiap masa. Sebaik-baiknya, hilangkan sedikit ego dan rasa yakin dengan pilihan sendiri dengan merujuk mereka yang menguasai ilmu tatabahasa Arab (saya juga masih merujuk, saya bukan pakar bahasa Arab sebab SPM saja kelulusannya) andai mahu menamakan zuriat dengan nama didasari dengan kalimah Arab. Semoga nama yang kita berikan kepada keturunan kita dan mungkin nama yang kita cadangkan kepada orang lain terhindar dari makna-makna yang buruk terutamanya.

23 comments:

Anonymous said...

nama saya noor sharina. maknenye cahaya keburukan? :( sedihnye. :'((

Teku said...

Byk kata yg membawa maksud keburukan. Mungkin boleh tanya ustaz yang dekat2 dgn Anonymous sbb, kalimah shar tu bermaksud keburukan bila ada sabdu di atas ra'... (sharr)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalammualaikum
Saya tak mahir bahasa Arab, Nak minta tolong beri ulasan sedikit mengenai nama-nama anak-anak saya:
1) Muhammad Aidil Afiq
2) Muhammad Haiqal
3) Muhammad Haqim Danial
4) Qaisara Dayana
5) Muhammad Muqri
Waktu memberi nama mmg saya jahil.. tapi saya rasa masih belum terlambat untuk saya memperbetulkannya... terima kasih dan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Teku said...

Saya cuba, setakat yang mahir saja. Ada nama2 di sini memang bukan dr asalnya bahasa arab pun mcm Diana/Dayana & mungkin juga qaisarah / qaisara yg berkemungkinan dari perkataan yg bermaksud maharani (kaiser = emperor, emperor pulak lawan dia empress)

1) Aidil ni, lebih hampir nampaknya maksud dia ke 'keadilan'. Kebiasaannya diguna dalam nama, al-'adlu / 'adlun (الْعَدْلُ / عَدْلٌ = keadilan), 'adli (عَدْلِي = keadilanku), 'adil (عَادِل = yang adil)

2) Muhammad Haiqal mungkin Muhammad Haikal sepatutnya (هَيْكَل); Muhammad = yang terpuji, Haikal = satu struktur yg kukuh atau satu bangunan yg kukuh

3) Muhammad Haqim Danial (Hakim sepatutnya, kalau eja حاكم maksud dia dia hakim, pemutus; kalu eja حكيم maksud dia yang bijaksana). Danial/Daniel/Danyal merupakan nama salah seorang Nabi a.s.

5) Muhammad Muqri (مًقْرِئ) = Muhammad the reciter.. mcm tu maknanya lbh kurang sbb susah sket nak translate ke bahasa melayu.

Wallahua'lam. Mohon rujuk juga mana2 lg yang lebih mahir bahasa arab. Selamat berpuasa juga.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.
Tengku Azri,
Saya rasa terjemahan saudara tak tepat. Bahasa tak diterjemahkan begitu. Terjemahan bahasa perlu melihat konteks dan budaya. Malah A-Quran nul-kareem pun tak diterjemahkan seperti yang saudara buat terjemahan.
Banyak resikonya terutama terhadap psikologi pembaca.
Jadi, hati-hatilah.

Ikhlas,
Jabatan Komunikasi
Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden

Teku said...

Wa'alaikumussalam Tuan/Puan,

Terima kasih di atas teguran.
Tapi teguran ini terlalu anonymity. Mohon pencerahan di sini atau melalui emel.

Signature sedemikian tidak memberi credible apa-apa lantaran ke'anonymity'nya.

Dua, tiga hari kebelakangan ni, saya perasan ada posting oleh Mazidul pasal anak2 yatim & rumah perlindungan anak2 yatim. Berlegar2 dalam facebook. Nama2 anak2 yatim yang disebut dipandang sangat2 pelik oleh kebanyakan orang. Pada hal, nama2 itulah nama2 yang bagus. Bermakna dr bahasa arab ke bahasa melayu. Tidak spt sesetengah nama yg kita jumpa dipakai anak2 melayu tetapi maknanya entah apa2.

Saya suka baca novel. Saya sangat suka melihat helaian2 belakang setiap novel, merujuk kpd karya2 terbaru terbitan penerbit berkenaan. Sebahagiannya...., ma sha Allah nama2 penulisnya, nama2 wataknya. Apa maksudnya? Diharap tidak diguna pada nama yg sebenar.

Sekadar satu contoh.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Sy ingin tahu makna nama Ayra Shazreen @ Aira Syazrin

T.kadih

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Sy ingin tahu makna nama Ayra Shazreen @ Aira Syazrin

T.ksh

Teku said...

@Ayra Shazreen @ Aira Syazrin, wallahua'lam.

Saya tidak arif & tdk familiar dengan maksud nama mcm tu.

Namun, tidak arif & tidak familiar nya saya terhadap nama berkenaan bkn bermaksud nama berkenaan tdk bermakna. Cuma, kena cari lagi, dengan rujukan, dgn ahli yg lebih pakar.

Unknown said...

Salam..kalau adam saif dan adam arjuna apa maksudnya ustaz

Teku said...

Adam = nama Nabi a.s, nabi pertama, Nabi Adam a.s.

Cuma maksud kalimah 'adam' tu saya tidak tahu. Kena tanya yang lebih tahu.

Saif tu maksudnya pedang. Cuma dalam kuliah dalam link di bawah, saif tu namanya maksud yg baik tapi agak berat sikit (bila dinamakan saifullah sbg contoh):

https://www.facebook.com/photo.php?v=257930757692048

Arjuna ni nama lama Melayu. Bila dipasangkan dengan Adam tu, saya kurang pasti makna sepenuhnya.

Jangan berhenti utk merujuk pelbagai sumber lain lagi ya...

Anonymous said...

assalam.nk tnya nama muhammad faris hadif elok x?

Anonymous said...

assalamualaikum.. saya mahu minta penjelasan di sini.. bagaimana kalau sekiranya anak sya yg bakal lahir x lama lgi ni di namakan dalam perkataan bahasa melayu. sebagai contoh " Nur Kasih Binti Ismail "

Teku said...

Wa'alaikumussalam.
Boleh tak ada masalah.
Maksud nama tu biar memang difahami & dengan maksud yg baik.

p/s, nur itu sendiri adalah kata pinjaman dari bahasa Arab, yang bermaksud cahaya.

Anonymous said...

assalamualaikum... nama aqeef arash makna arab apa? boleehkah sayaa letak nama itu. mohan perjelasaan..

Anonymous said...

assalamualaikum... nama aqeef arash makna arab apa? boleehkah sayaa letak nama itu. mohan perjelasaan..

Teku said...

Wa'alaikumussalam.

Mohon maaf kerana tidak pasti ejaannya dalam Arab mcm mana.

Boleh rujuk kpd yg lebih mahir.

Ayien said...

Assalamualaikum..berkenaan nama saif. Adakah sesuai gabungan nama Saif Umar pd pendapat tuan?

Teku said...

Assalamu'alaikum, pada pandangan saya, nama berkenaan baik.

Namun suka utk saya bawa penelitian nama berdasarkan kuliah Ustaz Shamsuri di video berikut:

Sedutan video

Anonymous said...

Sedihnye nama saya nursharina (cahaya keburukkan)

Teku said...

Maaf jika terkasar.

Perlu ditanya pemberi nama tentang maksud nama berkenaan.

Mungkin ada yang tdk diketahui maksudnya.

Juga, nama yang bermaksud tdk elok bukan tdk boleh ditukar. Perlukan permohonan & persetujuan di Pejabat Mufti negeri masing2 sebelum dibawa ke Jabatan Pendaftaran.

Unknown said...

assalamualaikum.. boleh saya tahu ada makna atau tidak nama QUE SHAZREEN? terima kasih ...