Wednesday, March 11, 2009

Al-Fatihah

Saya menerima perkhabaran duka pulangnya Pakar Silat Malaysia dan Silat Melayu Tn. Haji Anuar Abdul Wahab daripada Coach Roselyn sebentar tadi.

Harap maaf sekiranya lambat memberitahu kepada para peminat silat dalam dan luar negara.

Ucapan takziah diucapkan kepada Cikgu Aminuddin dan keluarga di atas pemergian beliau. Namun segala ilmu dan pengetahuan yang beliau perturunkan akan terus disemai kepada generasi masa akan datang supaya mereka tidak buta silat.

Menjadi tanggungjawab saya untuk memaklumkan kepada semua mengenai perkhabaran ini. Ingatlah bahawa kematian itu tidak lewat dan cepat sesaat.

Upacara pengkembumian jenazah akan dilangsungkan selepas zohor (waktu Malaysia) di Kajang hari ini.

Saya dengan rasa rendah diri momohon doa para peminat silat agar rohnya ditempatkan dalam golongan solehin. Sebarang ucapan takziah boleh ditulis (formal tetapi doa adalah yang terbaik) di:

PCS BM
Cikgu Nizam BM
Cikgu Nizam BI

Terima kasih :)

Selaku anak murid beliau saya redha dengan apa yang telah tertulis. Namun semangat pendekar yang diwarisi ini akan saya kembangkan seluruh alam.

Saya memohon bantuan anda dalam memertabatkan Silat dalam generasi akan datang. Berikut adalah kata-kata Allahyarham Tn. Hj. Anuar Abdul Wahab dalam karya agung beliau yang akan dilancarkan tidak lama lagi di http://www.SilatMalaysia.com pada 28 Mac 2009.

Ilmu hanya sebiji bacang, selebar upih
hendak memberi tidak berupaya,
kerana terlalu miskin, lalu ke air tidak berbekas
ku ambil air yang lima.


Ku isikan dalam raga, melimpah ruah ke seluruh alam
tersimpul ilmu dan amal di tapak tujuh tiang
lenyap dalam wujudMu dengan kunci dua kalimah.


Adat berdagang kembali ke negeri,
adat bergayung bersambut, adat kata bersahut,
jika hutang dibayar yang dipinjam dipulangkan,
dariNya kita datang kepadaNya sekalian kembali,
atas syariat Rasullulah,
InsyaAllah.


- Anuar Abdul Wahab, 13 Aprl 2006

Impian beliau dalam memertabatkan Silat telah menjadi kenyataaan apabila Kerajaan Malaysia menerima Silat Malaysia sebagai Silat rasmi negara. Kini tibalah giliran anda untuk mewarisi dan menyebarkannya kepada generasi akan datang.

Jesteru itu, sebarang pembelian dilakukan pada buku beliau di http://www.SilatMalaysia.com akan digunakan untuk pengembangan Silat di peringkat akar umbi serta sumbangan kepada keluarga Allahyarham.

Saya akan pulang pada minggu hadapan untuk menziarahi keluarga Allahyarham serta berjumpa dengan para pesilat untuk mengetahui perkembangan Silat secara dekat.

Sekiranya ingin bertemu hanya telefon Cikgu Shahiid di 019248757.

Terima kasih kepada anda yang prihatin terhadap perkara di atas.

Salam Cardiff,

Cikgu Nizam 3.37 pagi
11 March 2009.

P.S. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada Silat.

Jasa anda amat saya hargai.


-- dari admin forum silatMalaysia.com.--

Arwah merupakan pengasas Seni Gayung Fatani Malaysia, yang merupakan salah satu daripada 4 badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) pertengahan 1980-an dulu. Karya-karya dan panduan-panduan persilatan arwah agak unik. Banyak tulisannya tersiar dalam majalah Seni Beladiri.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya.

No comments: