Bila ada masa free, malam2 aku sempat la tengok drama The Legend of Bruce Lee, kat 8TV. Walaupun cerita dia banyak cakap tak banyak aksi pertarungan (biasalah cerita from China, not from Hong Kong), tapi falsafah-falsafah seni mempertahankan diri yang dia bawak tu amat2lah mengesankan di jiwaku ini. Lantas, ianya membangkitkan 'selera' dan rinduku untuk kembali bertempur semula. Jurus pukulan seinci Wing Chun yang ditunjukkan oleh pelakon watak Bruce Lee dalam siri tersebut mengingatkan aku kepada seni-seni 'memukul' karate Goshin-Ryu yang diajar & ditunjukkan oleh Mr Ch'ng masa kat KISAS dulu. Ke'tidak kenaan' yang boleh memusnahkan. Mr Ch'ng Teng Hong adalah cikgu Fizik di KISAS.
Antara falsafah berkenaan ialah mengelak sambil menyerang atau menyerang sambil mengelak...yang turut membawa aku mengimbau kembali gerak2 asas elakan bengkung kosong Gayong Malaysia, iaitu asas elakan kelima & keenam. [Lima - elak balas serentak tepis siku serentak tumbuk rusuk muda, enam - elak balas serentak juring pelipat kanan serentak pancung tengkuk.]
Jeet Kune Done Bruce Lee dilaksanakan dengan langkah2 tdk bertapak sangat berbanding dengan gayong Malaysia. Namun, tapak gerak yang rendah adalah antara asas latihan untuk memiliki kestabilan gerak langkah.
Tapi itulah semua itu tinggal teori je kalu aku ni tak turun padang menggerakkan empat kerat tulang aku nih...it's ok w/pun tanpa partner. Kalau ada partner latihan seni gerakan jadi jauh lebih berkesan. Hari tu TKP DPPWP pun ada tny tak nak buka kelas silat ke kat Putrajaya, aku jawab la balik, aku ni takde tauliah lagi nak mengajar...
Antara partner best masa bersilat...emmm may be.... shauqi ex KISAS, zul janggut (la ni ngajar di an-Nuuriyah Ust Md Noor...bukan ngajar silat la...dia pun rindu2an nak bersilat tapi takde partner), ropizam yg la ni jadi presiden PSSGM UPM & amin sahar yg kije kat arenanet skrg...
Sesungguhnya aku rindu nak bersilat kembali...
No comments:
Post a Comment