Sudah terlambat rasanya diri ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya 'Idulfitri kepada semua sahabat-sahabat & para pengunjung blog ini. Namun permintaan maaf d atas segala salah dan silap masih boleh dinyatakan.
Menurut Rasulullah SAW, perayaan bagi umat Islam itu ada dua sahaja, iaitu Raya 'Idulfitri yang jatuh pada 1 Syawal hijri setiap tahun dan Raya 'Idulad-ha yang jatuh pada 10 Zulkaedah setiap tahun. Bagi saya secara peribadi, tidak tepatlah mengatakan hari raya itu sebulan. Selepas 24 tahun hidup yang jatuh pada 3 Oktober yang lepas, baru agaknya saya tersedar dengan hakikat ini. Agak keberatan untuk menerima pada mulanya, walaupun sekarang, sudah ok untuk mengatakan seperti mana yang Rasulullah SAW nyatakan.
Jadi, bagaimana ucapan-ucapan 'id pada hari-hari yang lain daripada dua hari yang dinyatakan di atas? Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment