Piala Dunia sudah pun berakhir. Itali dinobatkan sbg juara dlm satu final match yang dikatakan oleh paper sbg lack of quality. benarkah? hanya yang melihat mampu menilainya.
aksi zidane yang melampau jugak menjadi satu tanda tny, apakah rasionalnya tindakan dia itu. menanduk dada player Itali adalah bukan satu respon yg baik terhadap mulut laser pemain tersebut. sbg seorang muslim, kesabaran itu penting. mungkin berlaku sesuatu yg kita penonton dr jauh tak jelas di mata sewaktu insiden itu berlaku.
namun memetik harakahdaily sbg berkata,
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merakamkan setinggi penghargaan kepada ketua pasukan bolasepak Perancis, Zinedine Zidane yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2006 di Jerman kali ini. Demikian menurut satu kenyataan yang difaksimilikan kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Naib Ketua Pemuda, Mazlan Aliman berkata, meskipun pasukan Perancis tewas menerusi sepakan penalti 5-3 dan Zinedine Zidane pula dilayangkan kad merah, namun demikian Pemuda PAS dan rakyat tetap terpukau dengan aksi beliau tambahan pula, beliau adalah seorang muslim.
"Harapan kita ialah dengan persaraan beliau dari pentas bola sepak, Zidane akan terus menyumbang bakti sebagai duta Islam seperti lagenda tinju dunia Muhammad Ali dan bekas penyanyi rock Britain, Cat Steven iaitu Yusuf Islam," katanya.
Katanya lagi," Kita juga mengucapkan tahniah di atas kejuaraan kali keempat kepada Itali dan penganjuran gilang gemilang tuan rumah Jerman, yang membawa mesej 'perpaduan melalui sukan', dapat berjalan dalam suasana tenteram."
rugi sungguh zizou. melakukan kesalahan sedemikian melepaskan peluang utk dia score penalti. tapi, itulah pengajaran berguna yang pasti akan dikenang olehnya barangkali....
so macam mana? kita pd malam tu di pihak mana? sedarkah kita bahawa, di persidangan tergempar PBB pasal pencerobohan israel ke atas Palestin, usul yang dicadangkan negara2 Arab telah ditolak oleh dua negara iaitu Amerika & Perancis? wei, jadi serba salah nak sokong Perancis mlm tu tau tak? akhirnya keputusan itu yang keluar... spt rakyat amerika barangkali, bukan semua rakyat perancis sokong tindakan pimpinan mereka. kot...
Ok laa kita sambung lagi menulis lain kali....
No comments:
Post a Comment