Sebelum pergi lebih jauh mungkin kalian sidang pembaca menginginkan pembacaan prequel-prequel artikel ini di sini.
re-structure lagi
re-structure lagi (2)
re-structure lagi (3)
Sungguh, ketidak tentuan ini memeningkan. Mengapa perlu ada penyusunan semula yang kerap? Aktiviti ini sudah pasti melibatkan kos. Ianya juga bakal menampilkan komen-komen negatif dari pelbagai pihak dalaman dan luaran yang berurusan dengan kita. Kesannya, KPI-KPI berkaitan dengan perhubungan pelanggan yang amat diagung-agungkan itu akan merudum dengan teruk.
Jari-jemari mulalah sibuk tuding-menuding siapa yang silap, siapa yang salah dan siapa yang bakal dikambing hitamkan dengan men'dua'kan grade bonusnya. Pada hal sudah jelas lagi bersuluh, bahawa pertukaran dan perubahan yang dilakukan adalah punca rendahnya prestasi KPI berkaitan pelanggan yang berkenaan.
Masakan tidak, mengapa KPI berkaitan pelanggan yang berkenaan, tinggi di peringkat orang bawahan namun sangat rendah dan memalukan di peringkat istana negara?
Adakah quote di bawah sesuai atau terlalu keras di musim bulan Ramadhan yang harinya tinggal separuh lebih sahaja lagi?
"The ultimate stupidity is doing the same thing again and again hoping for a better result. "
Wednesday, August 25, 2010
Friday, August 13, 2010
Keadaan
Peraturan dan undang-undang gunanya untuk memandu dan mengawal hidup. Segala-gala yang berlaku di sekeliling kita, ada peraturan dan hukum yang ALLAH SWT telah tetapkan. Dalam mengatur hidup, banyak peraturan yang sering kita persoalkan. Bukan peraturan dan undang-undang gubalan manusia saja yang kita ragu dan bantahkan, terkadang sampai satu tahap undang-undang dan hukum ALLAH pun sanggup kita sanggahi dan engkari. Sangatlah melampaunya orang yang tidak mahu mematuhi perintah ALLAH yang Maha Sempurna dan Maha Menghukum; Maha Adil dan Maha Bijaksana.
Undang-undang ciptaan manusia tidak sempurna. Jika diambil contoh terdekat, masyarakat umum di Malaysia amat membenci Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Whistle-blowers amat anti dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan pengamal media amat membantah Akta Media & Mesin Cetak. Ada provisi di dalam akta-akta berkenaan tidak selari dengan prinsip syariah Islamiyyah seperti contohnya, konsep penahanan tanpa bicara yang diwarisi dari asas "seseorang itu bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya." Dalam Islam, seseorang itu tidak bersalah melainkan dapat dibuktikan bahawa dia bersalah.
Bagaimana dengan akujanji? Pelbagai jenis akujanji yang pernah dijumpai dalam hidup ini termasuklah aqad jual beli kediaman dan kenderaan, aqad nikah, pengakuan untuk tidak berpolitik bagi mahasiswa dan kakitangan kerajaan, akujanji merahsiakan maklumat sulit kerajaan atau syarikat, perakuan merahsiakan info tender, sebut harga mahupun kontrak dan pelbagai jenis lagi. Akujanji juga satu bentuk kawalan.
Apabila sesebuah syarikat berada di tahap kritikal atau cemerlang, seringkali mereka memerlukan akujanji untuk memaksa kakitangan mereka merahsiakan keadaan terkini syarikat, apa yang menyebabkan syarikat sangat cemerlang atau bencana apakah yang mengusutkan hati kepimpinan syarikat. Satu contoh yang ingin dibawa di sini, pelaksanaan langkah penjimatan kos yang sangat luar biasa di peringkat bawahan tanpa seiring dengan penjimatan kos di peringkat atasan adalah sesuatu yang amat mencurigakan. Pekeliling yang disiarkan hanya sampai di peringkat atasan saja. Apa yang berlaku sebenarnya cuba ditutup pelaksanaan akujanji.
Sekali lagi diulangi, peraturan dan undang-undang adalah untuk mengawal. Kadang-kadang rasa tersepit. Kadang-kadang merasakan akujanji ini seperti OSA yang amat dibencikan itu. Namun jika tidak ada kawalan, dikhuatiri bercemperalah maklumat yang tidak sepatutnya di khalayak umum. Tetapi jika pelaksanaannya terlalu ekstrim dan mendahului apa yang Islam benarkan, maka seharusnya ianya ditentang.
Tentang? Beranikah?
Bagaimana dengan membetulkan dari dalam? Ah, keadaan tidak berkuasa menyebabkan perubahan ke arah kebaikan tidak mampu untuk dilaksanakan.
(Akujanji ini tidak harus ditanda tangani.)

Subscribe to:
Posts (Atom)