Monday, July 31, 2006

terbaru dp diri ni

alhamdulillah dah dua bulan 10 hari kije...

setakat ni masih lagi belum gi ke dept lain spt mana yang dah diputuskan... sayang pulak nak tinggal MIS ni...

tahniah kepada kwn2 yang dikenali dan tak dikenali kerana baru saja lps konvo sidang pertama UPM pd 29/7-31/7 ni...abe hamka, kak suhylda, kak zaiha, pjat k2 dll...semoga selamat menempuh alam yang berikutnya (?? alam yang berikutnya ...? alam kije alam kahwin laa....)

baru je abih extract data ... payah benar nak carik kesalahan query tu... sket je....tp mak aih Allah saja yang tahu nak cari tu sukar sdkit... lama dah tinggal sql...

hari sabtu lepas belajar sikit pasal seni bermain keris... cara angkat cium layang keris... w/pun bertangan kosong saja... namun rasa syukur dan bangga, lama dah carik permainan tu. wpun sedikit je dapat namun, terasa diri ni lebih Melayu dp seblm2 ni...

Akademi AQ. abdullah fahmi menang... tu pun ida bgtau...ye laa so tempat ngaji...baguih katanya bacaan abdullah fahmi mlm tu... rugi jugak missed, sbb hari khms mlm jumaat lps ada training silat di UPM... kita bergayong di upm...

jangan lupa umat Islam Palestin & Lubnan dalam mana kita menjalani urusan seharian kita...

Friday, July 21, 2006

kursus Pra-Perkahwinan anjuran Pusat Islam UPM

Pusat Islam, UPM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengadakan KURSUS PRA PERKAHWINAN, pada 29hb. dan 30hb. Julai 2006 (Sabtu dan Ahad). Butiran lanjut adalah seperti berikut :

Tarikh :
29hb. hingga 30hb. Julai 2006M (Sabtu hingga Ahad)
04 hingga 05 Rejab 1427H

Masa :
8.00 pagi hingga 6.00 petang

Tempat :
DKAP (C-2)
Dewan Kuliah Akademik Pusat

Anjuran :
Pusat Islam, UPM
dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam Selangor Bersama (JAIS)
Pejabat Pendaftar, UPM
Hal Ehwal Pelajar, UPM


E Penyertaan peserta hanya di kalangan pelajar dan kakitangan UPM sahaja.

E Sijil kursus diiktiraf di seluruh Malaysia dan tiada tempoh hadnya/ sahlakunya.

E Yuran RM 80.00 seorang (merangkumi bayaran untuk sijil, buku Gerbang Perkahwinan, bahan rujukan, fail, pen, minum pagi, makan tengahari dan minum petang)

E Penceramah merupakan pemudahcara dan pembimbing yang diberi tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


Borang pemohonan untuk kursus Pra-Perkahwinan anjuran Pusat Islam boleh didapati dengan datang sendiri ke pejabat Pusat Islam UPM.

No. Tel : 03-89468581/8582

sedikit ttg ilmu qiraat & tarannum

(artikel dp sorg shbt, dp egroup sek2 ni...)

sedikit pengetahuan yg boleh dikongsi berkenaan ilmu al – quran iaitu at tarannum wal qiro’aat...
ana sekadar menjawab pertanyaan sahabat, tp ada baiknya dikongsi dgn semua...nak sms x sesuai sbb pjg….moga byk manfaatnya yg kita sama2 dapat...

tarannum tu adalah ilmu seni suara dalam nak membaca al-quran... ada hadith tp sori x ingat matan dan detailnya tp maksudya nabi SAW suruh seboleh2nya baca quran dengan mengelokkan suara itu lebih baik, selain dr dalil yg suruh baca quran dgn tartil ( warottillil qur aana tartiilaa... –almuzammil). asal usul tarannum ni dr tanah arab la... ada 7 jenis lagu (kalu x silap) – bayati, nahwand, soba’, rast, hijaz, sikah, jiharkah.....)

sebelum diteruskan, minta maaf banyak2 sbb cari sumber rujukan x jumpa...x ingat mane simpan notes tu..ni stakat yg ingat masa belajar form 1 – form 5 dulu......
dan ana rase shbt2 lain pun ramai pernah belajar bab ni...skolah pondok, SBP, maahad, SMA,SMKA.... kat SMKA mmg ade Kelas Kemahiran Quran tu...ade test nya mase form 3 n 5...
stakat ni x berpeluang lg nak tengok akademi al quran , x dpt2 channel 9 tu...maka, x tau la lagu mane program tu berlangsung...

..biasanye lagu permulaan dlm tarannum adalah bayati dgn dilagukan dalam 4 atau 5 harakat ( harakat kat sini adalah satu qit’ah (potongan/keratan) ayat yg biasa kita baca dalam satu nafas)... biasa lepas bayati disambung dgn hijaz, soba’ atau nahwand... setiap jenis lagu ni ada style lenggok dia... kalau x silap la (ingat2 lupe ni...) -nahwand ni lagu yg lenggoknya agak sedih... soba’ tu rindu... rast @ hijaz yg agak rancak...sikah dan jiharkah tu tahap agak tinggi kene tarik suara dan style nya agak tegas... tp dalam setiap harakah lagu tu memang dah ada peningkatan suara dgn peningkatan harakah yg dibaca..sesetengah lagu macam bayati ada penurunan... dan akhir bagi setiap tarannum diakhiri dgn bayati penutup.,yang biasenya intonasi menurun.... ni secara teorinya je la... bukan senang nak buat...walaupun sesetengah org belajar nak ber tarannum tp anugerah juga Allah bagi bg yg mampu nak bawa... x semua org boleh... ana pun x reti2... ada pulak teknik suara...ada suara perut, suara dada, suara otak (stakat yg ingt)..suara hidung pun ada... suara yg terbaik yg kalau pandai nak buat suara perut...(ni dr segi teknik pernafasan kat perut...orang silat ada belajar kot...).

qirooaat.. mgkin biasa didengar qirooatussab’ah (qirooaat 7).. 7 tu sbb ada 7 org imam qiroat... qirooat ni secara mudah nak faham adalah cara al quran dibaca (nak sebut sesuatu kalimah)..sirahnya skit – masyarakat arab masa zaman nabi dulu banyak puak dr pelbagai tempat dan banyak la dialek percakapannya... quran kan bahasa arab... sbb tu la jadi banyak wajah bacaan quran sbb shbt2 yg blajar al quran tu dgn dialek tempat asal msg2... lagi baik kalau shbt2 mendalami sirah penghasilan resam uthmani..quran dulu xde tanda baris pun...cuma huruf2 arab tanpa titik dan baris sbb org arab tahu camane nak pronounce kalimah tu...lepas tu ulama’ ad-dhabt (ulama’ yg meletakkan tanda baris) yang membariskan ayat2 al quran....juga ulama’ an-nuqqat yang letak tanda2 titik..(seterusnya, cari la...byk sumber ttg sejarah pembukuan resam uthmani ni...)

dan dlm ilmu qiroaat ni ada 7 imam yg boleh kita ikut untuk baca al-quran di mana sanad bacaan mereka bersambung dengan nabi SAW..setiap imam ni ada 2 org anak murid.. istilah imam tu perawi dan anak muridnya rawi (kompius jugak ni kot tertukar rawi dan perawi...). ada juga rawi yg berguru dgn 2 perawi.. jgn anggap di seluruh dunia sama macam kat malaysia ni cara baca al quran.. kita duk baca sekarang ikut riwayat Hafs dari qiraat ‘Aasim. Hafs ni anak murid imam ‘Aasim laa...cth2 lain ; imam hamzah dgn rawinya khalaf dan khalad (yg ni je masih melekat kukuh...) yg lain kalau jumpa gelaran nama duri, susi, syu’bah, warsy,qalun,ibn kathir,al kithaa-i,ibn zakuan, hisyam,imam ibn ‘amir,imam abu ‘amru, imam naafi’ dan beberapa org lagi x ingat... ( ana dah campur adukkan sama ada diorang rawi atau perawi...ingat nama je..duri atau susi la yg belajar dr 2 imam tu...)

cth qiroaat ni...kalau imam hamzah dia akan baca kalimah him dan ‘alaihim menjadi hum dan ‘alaihum... mungkin pelik kalu kita dengar tp kalau yg kita duk baca ikut riwayat hafs pun ada jumpa beberapa perkataan dalam al quran yg lain skit bacaannya..
contohnya dalam surah hud kalimah bismillahimajraaha kena baca secara imalah kubro iaitu bismillahimajrieha..
tp ada perawi yg baca kalimah annas dalam surah annas dgn imalah sama ada imalah sughro (an nees) atau imalah kubro (an nies).
kalau ikut hafs kalimah la ta’manuna dalam surah yusof yang kita isymamkan jd la ta’maunna.. tp ada perawi yg banyak kalimah lain akan di isymamkan...
dan ana pernah diajar ustaz untuk isymam selepas kalimah nasta’iin dalam alfatihah tu...isymam ni memuncungkan bibir mulut ke hadapan...maknanya lepas ayat iyyaka na’budu waiyyaa kanasta’iin tu kena muncungkan bibir mulut seketika...akan ada perbezaannya kalu x isymam...try la buat...
imam lain ada perbezaan dr segi harakat mad berbeza dgn kita baca riwayat hafs, sama ada 2 , 4 atau 6 harakat atau tanpa mad...
begitu juga yang baca saktah pada kalimah tertentu seperti dalam surah al kaafiruun yg akan baca dgn saktah selepas kalimah Qul..
byk lg la kaedah2 bacaan lain mcm tashil, raum, tarqiq.....
apa pun kalu berimamkan foreigner yg kita dgr pelik skit bacaannya mungkin dia baca dgn wajah imam lain,tp kena pastikan la....org melayu pun boleh nak bawa qiroaat lain dlm solat dgn syarat tahu semua kalimah yg perlu ditukarkan.. al fatihah pun banyak wajah bacaannya... kat sekolah dulu ada je ustaz dan imam yg praktikkan tp sblm solat dimaklumkan la pada makmum.....
satu lagi syarat nak belajar al-quran ni kena berguru... secara talaqqi/musyafahah..
baru betul sebutannya...

kalu ade yg salah explanation ttg tarannum dan qiroat tu harap sgt2 ada la yg tlg perbetulkan...ana pun bukannye betul sgt ni....ilmu yg x diamalkan mmg cepat sgt akan lupa......minta maaf byk2 coz x dpt bagi yg perfect dgn rujukannya...

Thursday, July 20, 2006

bola, epl n serie a

EPL akan memulakan saingannya tak lama lagi yakni pertengahan bulan lapan ni. maka byk jugak player yang berpindah randah dari satu kelab ke satu kelab.
mengapa berlaku kes mengatur keputusan perlawanan dalam Serie-A Itali? bukan calang2 kelab tu, Juventus, Fiorentina, AC Milan dan Lazio mempunyai wakil masing dalam skuad Piala Dunia itali hok lepas...

Hopefully tiada benda sebegitu dlm EPL...

siapa yg akan menang kali ni?

bola kale apakah yang akan digunakan pula kali ni? sudah pasti teamgeist, official World Cup ball takkan digunakan... mungkin ada bola teamgeist versi pertandingan liga kot...

apa cite liga kat dalam Malaysia sekarang? sekarang season Piala Malaysia, dan bulan lapan nanti ada pestabola Merdeka...

Saturday, July 15, 2006

Hizbullah

"...Sesungguhnya pengikut-pengikut ALLAH itulah orang-orang yang menang." al-Maidah, 56


tak payah cakap banyak...

cuma, sapa yang tau, siapakah yang termasuk dalam golongan yang dimaksudkan dlm ayat di atas? boleh bantu tak? mcm mana nak jadik golongan yang menang di sisi ALLAH Ta'ala?

kadang2 terlintas kadang2........

perasaan itu hanya layak untuk disimpan, bukan untuk diluahkan wahai sahabatku...

luahan, sahabat sejati copied::

kubiar kalam berbicara....
menghurai maksudnya di jiwa....
agar mudahku mengerti segala yang terjadi
sudah suratan Ilahi....
kubiarkan pena menulis
meluahkan hasrat di hati...
moga terubat segala keresahan di jiwa
tak pernah ku ingini.......

takde kije!

siapalah aku ini...
untuk meminta budi, yang memutih...
menjadi permaidani, seperti mana...
yang tertulis, dalam <> <>
juga mustahil bagiku...
menggapai bintang di langit
dijadikan mantera
syarat untuk ()
semua itu, sungguh aku tak termampu....

bila la filler naruto nak abih...

Naruto, anime yang ramai org tgk. sbb senang dapat, kat narutocentral.com ada reduced-size punya version dia. kalu nak tgk kena guna RealPlayer, sbb format dia tu yang dah compressed (RMVB ke kalu tak silap, Real Media Variable Bitrates)

tension jugak tunggu bila nak abih filler ni...

apa maknanya filler ni?

filler means pengisi cerita asal. kalu dalam versi manga xde pon filler ni. ntah apa tujuan depa ni wat filler...

sekarang dah no. 192 kalu dalam anime pnya episode...

well sbb aku ni minat kartun...

aku nak cite sket pasal movie Ultraman baru dengan bersumberkan gmbr2 dan trailer dr www.ultraman-movie.com

cite ultraman yg paling baru ni, dengan abang2 ultraman dia ada 5 org... lwn raksasa pekebende ntah sbb dlm bhsa jepun tak terer sgt...tgh bulan 9 ni kuar...

then pasal Transformers, the real punya...akan kuar bulan julai thn depan...

kadang aku suka tgk cite budak2 camgini sbb kadar ketidak tutupan aurat tu lbh rendah...lagipun yg penting diri ni terhibur sekali sekala....wpun cite dia ngarut2... tp ada pengajarannya... mcm kena jaga alam sekitar (recent Ultraman series gtu..) dsb. dp tgk cite desperate housewives, friends, Las Vegas, Mutant-X, CSI-Miami...

kartun, anime dan cite2 hero jepun ni (masked rider, ultraman, dll) xde la seteruk cite2 barat...

namun, jgn sampai2 tergila2kan benda ni...

layan layan jugak tp Palestin jgn lupa.....

Wednesday, July 12, 2006

Why piracy is everyone’s problem

Why piracy is everyone’s problem
BY STUART ONG (originated from here)

MALAYSIA is making its mark in the global entertainment industry. You can see it from the number of locally-made movies that have won or are contesting for international accolades – Puteri Gunung Ledang, Sepet, The Beautiful Washing Machine and Sanctuary, to name a few. It is clear that a rising tide of creative talent is giving the Malaysian entertainment industry a much-needed boost. But will it survive and continue to flourish?

This will very much depend on how well we fend off the menace of intellectual property (IP) pirates, because failure to do so may spell the end of this renaissance of creativity in Malaysia. The threat of piracy seems to grow greater by the day. Just walk into any pasar malam and witness the large number of makeshift stores selling illegal copies of songs, movies and software. In addition, there is the new frontier – cyberpiracy. With broadband Internet connectivity so prevalent and accessible these days, anyone can easily download – for free – almost any movie or song.

It is a problem that takes millions of ringgit away from musicians, actors, directors, producers and the rest of the entertainment industry that supports these people. Naturally, it warrants greater attention from those working in the industry to make the local entertainment industry successful.
It is also an almost identical issue that costs another creative industry – the software industry – far more every year.


While major international software companies bear the brunt of piracy losses in the country, the phenomenon also acts as a disincentive for the development of homegrown software companies.
Piracy is pulling the plug on a potentially lucrative local software industry. Aspiring software companies fight a losing battle when their software creations get ripped off and sold for RM10.
I say this from personal experience – a friend of mine invested five years into creating a software package, only to have it pirated and sold off cheaply. The irony is that his software was pirated precisely because it was so good; pirates don’t usually pirate lousy software. Disheartened, this friend is no longer in the software business.


Despite efforts by software makers and law enforcement officials to stem software piracy, an estimated 63% of all software used in Malaysia in 2003 was pirated, according to the latest survey by the Business Software Alliance (BSA) and IT research firm IDC. Software piracy comes in many forms but no matter how it’s done, pirating software is no different from taking a CD from a music store without paying, or stealing a car – it is theft and it’s wrong.

Software companies, like Autodesk Asia Pacific where I work, commit both large amounts of capital and immense creative energy to improve their products and bring innovative software to market. In fiscal year 2004, our investment in R&D was more than RM794.2mil, which is almost a quarter of our revenues. That’s the typical amount of investment for a major software company in R&D. A quick check of a few software companies listed in Mesdaq within the last two years shows that these companies allocated up to 48% of proceeds from their public issues as funds for R&D. The recording industry loses some RM16bil worldwide every year, according to the Recording Industry Association of America. That’s a small loss compared with the RM110bil in global losses for software piracy in 2003. Losses in Malaysia due to software piracy came up to about RM490mil.

Those numbers don’t tell the entire story. Every ringgit lost represents theft from the local economies where software products are made and sold. Not only do governments lose sales and corporate taxes, but piracy costs jobs – those of software company workers and the jobs created when those workers spend money. The perpetrators of IP piracy may also be involved in other unsavoury elements of our society, and buying their products supports their activities. That’s why software piracy is taken so seriously under Malaysian law, which provides for fines of up to RM20,000 for each unlicensed software copy, or up to five years in prison, or both.

Like music piracy, a great deal of software piracy stems, not from wholesale counterfeiting, but from individuals who are either ignorant of the rules, or who choose to ignore them. At Autodesk, for example, about 80% of our piracy losses are due to people at small- and medium-sized businesses who simply make more copies of our programs than they’ve paid for. Perhaps these individuals don’t understand that software is sold with a licence that spells out how many copies can be made legally. Perhaps they think that an illegal copy or two won’t make a difference to a software company’s business.

But we estimate that for every copy of our programs sold legally, there are three to five illegal copies in use. That’s not an insignificant issue; that’s a major loss. And we’re only one software company out of thousands that suffer these types of losses. Our company, along with others in the industry, is trying its best to deal with this issue via efforts ranging from educational campaigns to working with BSA and law enforcement agencies. Legal action is a last resort taken only when illegal users refuse to comply with licensing regulations. But the most important weapon in the fight is education. Many software companies offer free toolkits, information and other resources to help people comply with their software licences. Like the music industry, the software industry is very important to Malaysia, and depends on the creative work of thousands of people.

Piracy saps that creativity. Wiping it out should be the responsibility of every individual.

(Note: Ong is legal counsel for Autodesk Asia Pacific)

Tuesday, July 11, 2006

aku, kanak-kanak afakia...

sumber artikel: klik sini.
Rawatan penglihatan kanak-kanak afakia
Oleh Dr. Haliza Abdul Mutalib



AFAKIA adalah satu keadaan di mana mata telah kehilangan kanta kristalin yang asal (ketiadaan kanta mata) melalui pembedahan disebabkan oleh katarak (kanta kristalin berkabut).

Ia boleh berpunca sejak lahir, trauma ataupun bila bayi mempunyai penyakit sistemik. Kebiasaannya, jika dikesan semasa lahir, ia dikenali sebagai katarak kongenital.

Katarak kongenital merupakan opasti atau kekabutan pada kanta kristalin yang boleh menghalang penglihatan. Ia boleh mengakibatkan kekaburan penglihatan yang nyata ataupun secara total.
Katarak kongenital kebiasaannya berlaku pada kedua-dua belah mata (bilateral) manakala katarak yang disebabkan oleh trauma selalunya berlaku pada satu mata (unilateral).

Sekiranya katarak tidak dapat dikesan awal, ia boleh menyebabkan deprivasi/halangan penglihatan pada bayi. Ini berlaku disebabkan oleh pengurangan stimulus untuk penglihatan sehinggakan bayi mengalami tahap penglihatan yang rendah.

Komplikasi penglihatan yang dapat berlaku akibat pengurangan stimulus penglihatan di awal usia adalah ambliopia (mata malas), nistagmus (mata bergetar) dan juling.
Dengan tahap penglihatan yang rendah, secara tidak langsung boleh mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak dari segi motiliti dan juga keupayaan mengenal objek dan warna.
Rawatan atau rehabilitasi/pemulihan semula penglihatan bagi kanak-kanak afakia perlu disegerakan sejurus selepas pembedahan katarak dilakukan.
Ini amat penting untuk mengelakkan penglihatan kanak-kanak tersebut terbiar tanpa ada sebarang pembetulan refraksi.
Pembetulan refraksi/pembiasan diperlukan selepas pembedahan katarak. Ini kerana kanta kristalin yang dikeluarkan semasa surgeri sebenarnya berfungsi sebagai salah satu media refraksi yang membawa kuasa anggaran sebanyak 20D.
Apabila kanta ini dikeluarkan semasa surgeri, mata akan kehilangan kuasa akomodasi (untuk melihat dekat) sebanyak 20D.
Oleh itu, kuasa refraksi tambahan perlu dipasang di luar mata (dengan memakai kanta sentuh ataupun cermin mata) ataupun kanta palsu (kanta intraokular) dimasukkan ke dalam mata kanak-kanak semasa surgeri.

Rawatan manakah menjadi pilihan?

Oleh kerana kuasa refraksi tambahan selalunya sangat tinggi – dalam lingkungan +17D hingga +32D, pemakaian cermin mata tidak digalakkan kerana kanta cermin mata yang sangat tebal akan menyebabkan ketidakselesaan pada bayi atau kanak-kanak kecil. Cermin mata yang berat juga tidak dapat terletak baik di atas muka bayi yang selalu terbaring dan tidak dapat menegakkan kepalanya tanpa sokongan. Cermin mata juga tidak sesuai untuk dipakaikan pada afakia unilateral kerana ia boleh menyebabkan persaingan dengan mata sebelah yang normal di mana, gabungan imej sukar berlaku antara mata baik yang melihat objek dengan terang, dengan mata afakia yang melihat objek dengan kabur. Namun, ia adalah lebih sesuai pada kanak-kanak afakia bilateral kerana tiada persaingan persepsi penglihatan (kedua-dua mata melihat objek lebih kurang sama jelasnya).

Kanak-kanak yang sudah boleh menegakkan kepala dan berjalan mungkin boleh mengimbangi cermin mata berat di atas muka dengan lebih baik. Kanta sentuh khas untuk bayi dan kanak- kanak sering kali menjadi pilihan. Pemakaian kanta sentuh pada bayi bukan semata-mata untuk faktor kosmetik di mana bayi tersebut kelihatan lebih cantik tanpa cermin mata tebal.

Dalam kes terapeutik sebegini, ia akan lebih memanfaatkan bayi dari segi rehabilitasi penglihatan. Rehabilitasi penglihatan dengan pemakaian kanta sentuh adalah lebih baik dan cepat berbanding dengan cermin mata. Ia boleh digunakan pada kes unilateral mahupun bilateral. Pemakaian kanta sentuh bermakna kurang persaingan persepsi antara mata malah penyatuan objek menjadi lebih mudah dan adaptasi pemakaian kuasa yang tinggi adalah lebih senang. Bayi memiliki diameter kornea di antara 8.5 hingga 10.5mm manakala orang dewasa mempunyai diameter kornea antara 10.5 hingga 12.5mm. Oleh itu kanta sentuh kanak-kanak biasanya berukuran antara 11.3 hingga 12.5mm (lebih besar sedikit dari kornea bayi). Kecerunan mata bayi juga agak curam pada waktu kelahiran dan mulai mendatar dengan usia. Kelengkungan kanta sentuh bayi kurang dari setahun biasanya dalam julat 7.5 hingga 7.9mm. Oleh kerana itu, kanta sentuh bayi adalah kanta sentuh khas yang ditempah mengikut parameternya tersendiri.

Pemakaian kanta sentuh bayi bukan sahaja dapat mengurangkan kesan magnifikasi tetapi dapat juga mengurangkan getaran mata (nistagmus) yang kebiasaannya hadir dengan keadaan ini.
Ini bermakna penglihatan adalah baik sedikit apabila getaran menjadi kurang dan pemfokusan bayi akan bertambah baik. Tambahan pula, pada masa kini sudah wujud kanta sentuh dari jenis silikon yang dapat membenarkan kemasukan oksigen yang tinggi dalam mata. Kanta jenis ini sahaja yang dapat dipakai secara berterusan sehingga 30 hari, namun adalah lebih baik sekiranya kanta ini dapat ditanggalkan seminggu sekali untuk dibersihkan dan dibasmi kuman.

Risiko infeksi/jangkitan dari pemakaian kanta sentuh tetap ada. Justeru, ibu bapa akan diajar cara memasang dan mengeluarkan kanta sentuh dan juga cara pencuciannya dengan betul. Ibu bapa juga akan diajar untuk mengesan tanda-tanda awal infeksi bermula dan didedahkan dengan komplikasi pemakaian yang boleh berlaku sekiranya kanta sentuh tidak dijaga dengan baik.

Alternatif lain adalah dengan memasukkan kanta intraokular (kanta gantian palsu) dengan kaedah surgeri - bergantung kesesuaian keadaan okular kanak-kanak yang akan ditentukan oleh pakar oftalmologis. Antara risikonya dengan kaedah ini adalah surgeri berulang apabila kanak-kanak mula membesar di mana kanta intraokular perlu digantikan ataupun surgeri ulangan disebabkan kanta berubah dari kedudukan asal.

Terapi penglihatan

Selepas rawatan pembetulan kuasa refraksi mata dilakukan, penglihatan tidak akan pulih sebegitu sahaja. Latihan atau terapi penglihatan perlu disusuli. Terapi penglihatan berupa latihan penglihatan untuk merangsang semula penglihatan yang telah lama terbiar ataupun tidak dirangsang langsung sejak awal kelahiran. Terapi penglihatan lebih banyak menumpu kepada aktiviti dekat kerana bayi atau kanak-kanak hanya mempunyai penglihatan dekat pada jarak tertentu pada usia satu hingga tiga tahun. Latihan boleh merupakan latihan dengan menggunakan alat rangsangan CAM yang merupakan corak berbelang hitam putih yang dipusing di bawah satu plat lukisan, alat-alat mainan kecil yang dapat merangsang penglihatan dekat. Botol susu dan boneka berwarna hitam putih tanpa warna terang adalah digalakkan. Bayi juga digalakkan melihat poster rangsangan penglihatan yang ditampal di dinding pada paras mata dan bermain di atas permaidani atau alas mainan yang mempunyai corak hitam putih.

Semasa melakukan aktiviti di atas, kanak- kanak perlu menjalani sesi pengatupan mata berselang seli (jika afakia bilateral), pada setiap hari (maksimum empat jam sebelah mata) untuk meningkatkan intensiti penggunaan mata yang tidak dikatup. Latihan sebegini boleh meningkatkan tahap penglihatan. Mata afakia yang tidak dirangsang mungkin menjadi bertambah baik tetapi dengan kadar yang lambat (dengan tahap penglihatan yang tidak begitu baik) ataupun terus tidak dapat digunakan dengan baik oleh kerana tahap penglihatan yang terlampau rendah. Mata sebegini biasanya boleh menjadi mata malas dan juling yang mungkin tidak dapat diperbaiki lagi jika dibiarkan sahaja untuk beberapa tahun. Rawatan seawal mungkin ditekankan agar prognosis adalah lebih baik. Jangan tunggu terlalu lama untuk melakukan surgeri katarak kerana mata yang lewat dirawat dan terapi yang lambat dijalankan boleh menyebabkan bayi mengalami masalah ambliopia yang teruk dan hasil rawatan mungkin tidak begitu memberangsangkan.

pasca Piala Dunia

Piala Dunia sudah pun berakhir. Itali dinobatkan sbg juara dlm satu final match yang dikatakan oleh paper sbg lack of quality. benarkah? hanya yang melihat mampu menilainya.

aksi zidane yang melampau jugak menjadi satu tanda tny, apakah rasionalnya tindakan dia itu. menanduk dada player Itali adalah bukan satu respon yg baik terhadap mulut laser pemain tersebut. sbg seorang muslim, kesabaran itu penting. mungkin berlaku sesuatu yg kita penonton dr jauh tak jelas di mata sewaktu insiden itu berlaku.

namun memetik harakahdaily sbg berkata,
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merakamkan setinggi penghargaan kepada ketua pasukan bolasepak Perancis, Zinedine Zidane yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2006 di Jerman kali ini. Demikian menurut satu kenyataan yang difaksimilikan kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Naib Ketua Pemuda, Mazlan Aliman berkata, meskipun pasukan Perancis tewas menerusi sepakan penalti 5-3 dan Zinedine Zidane pula dilayangkan kad merah, namun demikian Pemuda PAS dan rakyat tetap terpukau dengan aksi beliau tambahan pula, beliau adalah seorang muslim.
"Harapan kita ialah dengan persaraan beliau dari pentas bola sepak, Zidane akan terus menyumbang bakti sebagai duta Islam seperti lagenda tinju dunia Muhammad Ali dan bekas penyanyi rock Britain, Cat Steven iaitu Yusuf Islam," katanya.
Katanya lagi," Kita juga mengucapkan tahniah di atas kejuaraan kali keempat kepada Itali dan penganjuran gilang gemilang tuan rumah Jerman, yang membawa mesej 'perpaduan melalui sukan', dapat berjalan dalam suasana tenteram."


rugi sungguh zizou. melakukan kesalahan sedemikian melepaskan peluang utk dia score penalti. tapi, itulah pengajaran berguna yang pasti akan dikenang olehnya barangkali....

so macam mana? kita pd malam tu di pihak mana? sedarkah kita bahawa, di persidangan tergempar PBB pasal pencerobohan israel ke atas Palestin, usul yang dicadangkan negara2 Arab telah ditolak oleh dua negara iaitu Amerika & Perancis? wei, jadi serba salah nak sokong Perancis mlm tu tau tak? akhirnya keputusan itu yang keluar... spt rakyat amerika barangkali, bukan semua rakyat perancis sokong tindakan pimpinan mereka. kot...

Ok laa kita sambung lagi menulis lain kali....