Friday, November 30, 2007

Jemputan ke majlis walimah Izam

Dijemput semua sahabat yang mengenali diri ini ke majlis walimah abang aku/saya/ana/kawe seperti yang tertera di bawah (klik utk besarkan kad):



Majlis sebelah pengantin perempuan di Kuala Penyu, Sabah pada Ahad 9/12/2007.



Majlis kenduri kesyukuran sebelah pengantin lelaki di Kampung But, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan pada Ahad 23/12/2007



Semoga majlis ini mendapat limpah rahmat dp ALLAH SWT. Amin.

Friday, November 16, 2007

Perhimpunan Aman BERSIH dari kaca mata tebalku ini...

Alhamdulillah partially uploaded....lewat seminggu baru dapat upload and update ke dalam blog ni. Sorry lah bagi kawan-kawan yang menunggu...Masa yg tidak mengizinkan utk segera upload, di samping kemudahan internet yg terbatas di rumah...Juga, kat pejabat tak boleh akses YouTube. Google Video laa jadik alternatif.

Hopefully video ke-3 di bawah mampu mengubah persepsi terhadap himpunan ini. Nak berhimpun punyalah susah, Dr Hatta nak annouce suruh bersurai pun mula-mulanya polis tu tak bagi. Apa laa polis ni.

Jangan biarkan warna kuning menenggelamkan ibu kota sekali lagi. Waraslah sikit SPR & Pak Lah!

Galeri gambar ada di sini...tak sempat ambil banyak pun...

Perhimpunan Aman anjuran BERSIH


Video yang sempat diambil
Dalam tren komuter.


Menunggu di Masjid Jamek


Bersurai juga kami. Ini himpunan aman. Lihatlah gelagat polis...


Dengan baik kami undur diri.


Asalnya hari tu nak gerak dengan motor, tapi dalam area pukul 10-11.30pagi tu ada beberapa sms yang membantutkan hasrat berkenaan. Maka pergilah ke tempat berhimpun dengan komuter, than transit di Bdr Tasik Selatan, tukar LRT ke Masjid Jamek.

Memang ramai org di luar LRT tu. Sebabkan ramainya orang, dapat naik LRT selepas satu gerombolan manusia naik...means an LRT after that. Tak ramai sangat org. Sampai di satu stesen tu 2,3 org polis naik. Nasib baik pakai baju cheetah ni...t BERSIH ada kat dalam. tak nampaklah sangat.

Sampai di masjid jamek, takda sekatan lagi. Alhamdulillah sempat. Lambat sikit je akan kena block dah entry masuk ke Masjid Jamek dr LRT station tu.

Thursday, November 01, 2007

Faktor yang memudahkan seseorang itu bangun untuk berqiyamullail

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail (Insya ALLAH)

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

  1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
  2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
  3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
  4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.
  5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
  6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
  7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
  8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
  9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
  10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
  11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
  12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
  13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekalian!

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.

--
~ cited from egroup PMIUTM utk aku yg susah bangun malam ~