Monday, September 18, 2006

yang jumpa, yang menang dan yang kalah

Yang Jumpa:
1. Jumaat pg 15/09 jumpa wawa & aya di bwh flat... bayangkan selama 3 bulan lebih ni rupa2nya duk satu flat... hari tu je baru terserempak...
2. Jumaat pg 15/09 on the way ke tempat kije, terselisih dengan Yani... pergh bawak motor...kena potong laa kat Petronas Technology Park Malaysia...
3. Jumaat lps solat jumaat 15/09 terjumpa kawan2 lama yang kije sekali kat Percetakan Bestari dulu. ex driver... yang kini jadi driver balik di syarikat yg sama. Tak sangka ye lama dah tak jumpa, di Masjid Negara tu juga kita jumpa...
4. sabtu di alamanda putrajaya. jumpa ije... tgh exhibits something...
5. Isnin 18/09 jumpa dengan nazura kat klinik optometris UKM KL... classmate 4 sc 6 dulu....ko belajar kat situ ye....

Yang Menang:

1. Perlis, Piala Malaysia....menewaskan NS Naza 1-0
2. Arsenal... menewaskan Machester United 1-0 di Old Trafford...pertama kali sejak beberapa tahun Arsenal bermain di Old Trafford... ape ceghite MU?
3. Chelsea yang bermain 10 org defeated Liverpool 1-0 di Stamford Bridge...

Yang Kalah:
NS Naza, MU, Liverpool.... dll

KALAU KAMU PENAKUT JANGAN JADI RIDER!

hari sabtu pukul lebih kurang 9.15pg dkt depan pintu pagar FRSB (jalan dari kolej 12 UPM)... aku ride motor...nak ke dewan besar UPM laa hajatnya dari simpang 4 MTDC tu...pi straight ada satu kereta putih potong....charade lama kalu tak silap plat negeri perak...aku potong dia then lps pintu pagar kolej 12 tu dia potong aku balik.
dari jauh cam dah nampak pintu pagar tu ditutup...lebih kurang 50 meter dp pagar tu keta putih tu wat u-turn mendadak! signal tak dibaginya....mengelak lintang pukang jugak laa aku yang tgh ride belakang dia ni.... hasilnya... aku sempat mengelak dp kejadian yg lebih buruk berlaku...dengan melanggar lampu bucu depan kanan dia (bukan lampu signal)....aku pulak tiba2 tgk sesuatu mengalir dari bawah motor aku... Ya Allah! Tangki minyak enjin pecah!! habis bengkok pedal gear motor aku hasil perlanggaran tu...
aku stopkan moto aku... dr perut keta tu keluar tiga org... semua cina sorg laki 2 pmpuan... student sini sbb tgk cam ada kad matrik upm. ntah aku ni jenih yg hati lembut sket... nak marah org depan2 ni tak reti laa...aku telefon abang demo...nasib baik dia dapat dtg... kesian dia tgh nak makan tu aku call dia...

igt nak tunda laa ke Serdang Motor blkg masjid upm tu... tp penundanya takde...call amin... amin ada usrah plak...dia bg no. baru iqbal...sdang call2 tu abang demo sampai. minyak enjin dah habis laa mangalir keluar. kosong tangki enjin tu... nak gerak tak leh... kereta budak tu? bucu dia ranap la juga... tp wiring lampu still ok. then amin bagi no. Iqbal... no celcom baru dia. nasib baik amin bg kalu tak mungkin tak tahu iqbal tukar no...

tiba-tiba nampak satu skuter kuning menghala ke arah tempat kejadian... nuar rupanya... igtkan iqbal hantar dia... tp dia just nak keluar kot gate FRSB tu jugak... kebetulannya dia terserempak... alhamdulillah dengan motor dia laa abang demo tunda motor aku tu... nuar tak reti menunda. then dia bawak laa kereta abang demo tu, kami ke belakang masjid mardi ada satu kedai india tu...

tunda dr satu lalu kot dpn k12...tgk2 iqbal follow kot belakang.... smpai dpn food court dpn pusat kesihatan tu dia lak ganti abang demo tunda,

teringat aku kata satu watak dalam citer yang linked dengan tajuk posting ni... kata Ren kpd Shinji yg mcm dah give-up, "Kalau kamu penakut jangan jadi Rider!"

1st batch komuniti al-ansar dah grad!!

alhamdulillah...syukur ke hadrat ILAHI Rabbul-'Izzati kerana dengan izin limpah kurnia-Nya batch pertama komuniti al-ansar grad dgn keputusan yang amat memberansangkan.

tahniah diucapkan kepada ummu, ros, aya dan beberapa lg yang dpt 1st class...kalian dah mengharumkan nama jabatan sist. maklumat, bebudak software, FSKTM, dan yg penting umat melayu Islam di muka bumi kampus hijau UPM ini.

dengan wasilah pertolongan ALLAH melalui hambaNYA yang bernama Ahmad Ridzuan Abdul Talib aka abang demo, yang kini mengajar di Kolej teknologi Islam melaka, prestasi kitorang boleh laa kalu nak dibanggakan. aku cukup gembira jumpa dengan depa sabtu lepas... walaupun kengkawan tau aku ni (errr, x semua tau benda ni...ada kat 2nd blog kalu korang cari jumpa laa) mcm mana namun ya lah... lagu tu laa

bagaimana batch yang seterusnya? batch amin, rahman, zulfa.....korang boleh wat juga... then batch ex DIP johanna, nora dll....

the third batch? ni kena banyak ditolong ni....

jom alumni komuniti....gembelengkan tenaga korang semua utk bantu junior2 kita kat fakulti...........

Tuesday, September 12, 2006

Pernikahan paling diberkati yang paling sedikit mas kahwinnya

Artikel oleh LanH dalam harakahdaily.net, based from here.

Dalam artikel lalu, antara lain, penulis menyatakan: "Kata ustaz itu, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT."

Apa yang ditulis pada keluaran lalu, benar-benar berlaku sekarang ini. Sebagai seorang Muslim dan bapa kepada beberapa orang anak remaja yang akan berkahwin suatu masa nanti, eloklah penulis menyentuh hal ini supaya masyarakat Islam dapat bersama-sama membanteras gaya hidup baru yang tidak Islamik ini.

Kebetulan kelas pengajian kuliah Subuh yang penulis ikuti di masjid sekarang ini membiacara soal nikah. Ustaz terbabit tidak terlepas daripada memberitahu jemaah bahawa perkahwinan dengan hantaran wang sebegitu banyak bukan daripada ajaran Islam.

Beliau memberitahu dua sebab mengapa amalan berkenaan mesti ditentang selain daripada membazir dan menunjuk-nunjuk. Pertamanya ia dikhuatiri akan menjadi contoh kepada masyarakat dan yang kedua perkahwinan gah begini akan mengecilkan hati orang miskin dan tidak mampu.

Jika orang berada dan berpangkat berbangga dan menghebahkan seluruh negara akan hantaran dan pemberian hadiah yang sebegitu besar, dikhuatiri ia akan menjadi panduan masyarakat. Tidak menghairankan jika bakal keluarga pengantin perempuan akan menuntut wang hantaran sekurang-kurangnya RM10,000, RM15,000 dan RM20,000.

Ada akan jadi dengan masyarakat jika keadaan ini berlaku? Mampukah anak-anak muda yang baru bekerja atau keluar dari universiti menyediakan jumlah wang sebegini besar sedangkan keinginan mereka untuk kahwin sudah memuncak.

Seorang anak muda lulusan universiti (untuk ijazah pertama) ketika mula bekerja sudah berusia 23 tahun. Gaji permulaannya mungkin RM1,300 sebulan. Ditolak dengan bayaran pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, sewa bilik, pemberian kepada keluarga dan pelbagai perbelanjaan lain, mungkin dia dapat menyimpan RM200 sebulan.

Jika dihitung setahun, dia baru mampu mengumpul RM2,400. Kalau 10 tahun menghimpun, dia baru mengumpulkan RM24,000. Ketika itu pun umurnya sudah terlajak ke 33 tahun. Bagi kebanyakan anak muda, pada usia 25-30 tahun, mereka sudah 'gatal' untuk kahwin. Tapi wang tiada. Disebabkan oleh 'segolongan manusia' yang gila glamour dan sebagainya, ibu bapa 'buah hati' mereka akan tetapkan wang hantaran melampau seperti RM10,000, RM20,000 atau RM30,000. Cuba bayangkan bagaimana anak muda kita hendak 'cekau' duit sebegitu banyak bagi membolehkan mereka kahwin?

Bukankah ini akan menimbulkan masalah besar dalam masyarakat. Bukankah akan berlaku fitnah paling hebat dalam masyarakat? Anak-anak muda yang kemaruk untuk kahwin tetapi tidak dapat kahwin akan menerbitkan rangkaian masalah yang bukan saja menjejaskan masyarakat tetapi juga negara, bangsa dan agama.

Ustaz itu bertanya betapa banyak bakal pengantin dan keluarga pengantin cuba mendalami pengajian agama. Katanya, tidak ramai sebab kebanyakan manusia hari ini mengejar dunia dan segala perhiasannya. Jika mereka tahu ilmu agama tidaklah mereka berbuat seperti hari ini. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya."
Apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada masyarakat kita? Nampaknya, masyarakat sedang menuju ke arah fitnah terbesar sedangkan sebahagian besar anggotanya tidak menyedarinya. Mereka yang mengaku beragama Islam tidak lagi hidup berpandukan ajaran Rasul tetapi mengikut hawa nafsu yang berdasarkan logik akal masing-masing.

Dalam bab perkahwinan ini pun, orang Islam tidak mengikut contoh yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w. tetapi membiarkan diri mereka terjerumus ke dalam lembah yang ditunjuki oleh orang Yahudi dan Nasara. Misalnya, dalam bab berpakaian, orang Islam yang berkahwin pun mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara. Sedangkan sudah jelas dinyatakan salah satu perkara yang membezakan antara orang Islam dengan orang Islam ialah dari segi berpakaian. Jika pengantin wanita Islam memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka, apakah yang membezakan antara diri mereka dengan orang bukan Islam? Jika mereka memakai gaun menunjukkan sebahagian buah dada atau telanjang belakang (bare back), apa bezanya mereka dengan orang bukan Islam.

Jika Allah SWT mengancam menghumbankan si kufur ke lembah azabnya, apakah jaminan untuk orang Islam yang hidup mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara tidak sama dicampakkan ke sana. Alangkah peliknya sesetengah anggota masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita hidup bagai 'sumpah-sumpah' yang boleh bertukar 'color' (warna). Jika nikah di masjid, boleh pakai tudung litup, majlis bersanding boleh pakai gaun dedah sana dedah sini. Jika khatam Quran, begitu manis bersopan bertudung litup tetapi pada majlis jamuan, tudung ke mana, pakaian seksi juga jadi kebanggaan.
Yang dibimbangi, golongan ini akan menjadi ikutan, 'set trend' dalam masyarakat. Akan timbullah kata-kata seperti, 'si dia tu boleh buat begitu, kenapa kita tidak boleh?' 'Si dia tu, boleh bikin pelamin dalam masjid, kenapa kita tidak boleh?' 'Anak dia dapat hantaran RM22,222.22, kenapa anak kita tidak boleh dapat RM33,333.33 kerana anak dia lulus SPM saja sedangkan anak kita lulusan universiti luar negara?'

Ustaz kuliah Subuh itu cukup bimbang, perkembangan hal ehwal kahwin di negara kita sedang menuju apa yang berlaku di sesetengah negara Arab. Katanya, di negara berkenaan, adalah sukar seorang bujang berkahwin kerana tuntutan keluarga pengantin perempuan terlalu banyak dan tinggi. Misalnya, menyediakan rumah, kereta dan pembantu rumah.

Mampukah si bujang menyediakan kemewahan ini sedangkan mereka 'baru nak kenal hidup'. Ramailah anak bujang Arab, jadi bujang terlajak. Ramai yang kahwin warga asing dan tak kurang juga yang hanyut di kota-kota maksiat seperti Bangkok, London dan Paris. Jadi kepada mereka yang prihatin kepada kesucian Islam, marilah sama-sama membanteras amalan kurang sihat yang mula menular dalam masyarakat kini. Tidak kiralah sama ada anda ustaz, jurutera, tukang masak, pekedai, atau orang kaya raya atau berpangkat, marilah bersama-sama kita melawan golongan yang hidup tidak berpandukan agama ini.

Antara langkahnya boleh dimulai dengan keluarga sendiri. Janganlah kita mengada-ngada meletakkan hantaran anak-anak kita RM1/2 juta, RM222,222.22, RM77,777.77 atau RM22,222.22. Ingatlah pernikahan paling diberkati adalah yang paling sedikit mas kahwinnya seperti disabdakan oleh junjungan besar kita.

Artikel Kepilan
Masyarakat Melayu perlu hentikan segera sifat boros, membazir

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) sekali lagi menggesa masyarakat Melayu supaya menghentikan segera sifat boros dan membazir serta memberikan keutamaan kepada perkara yang lebih bermanfaat. Akhbar tempatan sebelum ini mendedahkan berita perkahwinan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit dan terbaru sebuah lagi perkahwinan yang mendapat liputan utama akhbar tempatan turut menelan belanja berjuta ringgit.

Perkahwinan sememangnya satu perkara yang baik bahkan dituntut oleh agama Islam sendiri tetapi apa yang dipersoalkan di sini ialah kenapa berita ini yang digembar-gemburkan oleh media serta menjadi lebih penting daripada berita yang lain sehingga mendapat liputan muka depan.
Apakah tidak ada lagi isu-isu lain yang lebih penting daripadanya sedangkan masih banyak isu-isu lain yang perlu diutamakan.

Teras kesal dengan apa yang digembar-gemburkan oleh akhbar-akhbar tempatan kita yang begitu mengutamakan berita perkahwinan ini memandangkan ia menggambarkan kepada umum bahawa masyarakat Melayu lebih mengutamakan budaya pembaziran, kemegahan, hiburan dan turut memalukan bangsa.

Apa yang dilakukan oleh seseorang itu adalah haknya tetapi tidakkah kita merasa prihatin, sensitif dan peka dengan isu lain yang lebih penting untuk diutamakan seperti nasib kanak-kanak, wanita dan orang tua yang menjadi mangsa perang terbaru di Lebanon, Afghanistan, Iraq, Chechnya, dan Palestin.

Saban hari media elektronik dan cetak mendedahkan nasib penduduk di pedalaman Baling, Padang Terap, Sik, dan tempat-tempat lain lagi yang memerlukan pembelaan tetapi malangnya ada segelintir yang sanggup berhabisan berjuta ringgit untuk perkara lain sedangkan ada lagi perkara penting yang perlu diutamakan.

Teras memandang berat perkara ini kerana masyarakat Melayu perlu meletakkan Islam sebagai landasan bertindak untuk membawa perubahan ke arah sebuah masyarakat Melayu yang menterjemah seluruh ajaran Islam secara kaffah dalam kehidupan sam ada secara menyentuh persoalan hal ehwal peribadi, berkeluarga, bermasyarakat, berorganisasi dan bernegara.

Sehubungan itu, Teras mengharapkan masyarakat Melayu Islam menghentikan segera tabiat boros, membazir dalam perbelanjaan, dalam majlis perkahwinan, lebih mengutamakan simpanan untuk masa depan pendidikan anak-anak dan mengelakkan kemewahan hidup yang melampau.

Mengadakan majlis perkahwinan yang mewah adalah satu pembaziran, malah melanggar ia sudah melanggar syarak kerana ia sudah menjadi satu yang riak, takbur, membazir dan melampau serta memberikan mesej yang salah kepada masyarakat dan mewujudkan kelas dalam masyarakat.

Mohd Azmi Abdul Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu

Monday, September 11, 2006

Talk Dr. Fadzilah Kamsah pasal poligami

Pagi ahad pukul 11.00 pagi adalah waktu rutin mingguan aku menonton Masked Rider Faiz. Kalu takde apa2 maka di depan tv aku mengadap… Mesti ramai yang kata, ‘ah besar2 pun tgk cite mcm tu lagi…’ atau yang sewaktu dengannya. Kebetulan pagi ni aku menunggu adik aku datang nak amik PC dia. Katanya nak dtg pukul 10.00pg tp tak dtg2 lagi. Kalu aku keluar karang, payah pulak… Tp tak dtg2 laa pulak sampai sekarang… Emm pasal nengok cite2 mcm ni, aku cuba nak berubah tapi tak dapat2...tp bukan sedikit org2 dewasa menonton cite2 macam ni kan? Entahlah, sampai masanya berubahlah Insya Allah...

Aku bukannya nak highlight pasal cite tu. Masa2 iklan cite tu, aku tekan2 laa channel lain… tgk TV1 ada Dr. Fadzilah Kamsah… TV3 ada Gransazer … Mcm menarik je forum kat TV1 tu… Tp aku takleh nak alihkan tumpuan kat cite masked rider tu…abih nya pukul 11.30 pagi tu aku tukar laa TV1 tgk balik pasal satu talk…

Tajuk talk itu ialah “Suamiku Suaminya.” Faham tak korang? Banyak input berguna yg aku dpt. Aku
berpaksi di atas kebenaran, dan aku sampaikan balik apa yang didengar dp Dr. Fadzilah Kamsah td. Sebelum tu nak ditegaskan di sini bahawa, poligami adalah sesuatu yang dibenarkan oleh syara'. Janganlah kita menentang institusi berkenaan takut2 kita terjatuh dalam golongan orang yang mengharamkan apa yang Allah halalkan. Janganlah pulak kita mengikut hawa nafsu semata2 tanpa
memikirkan baik buruk poligami ke atas diri kita jika kita berhajat ke arahnya.

Dalam bentuk poin laa aku sampaikan apa yang didengar dp Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah…mungkn berterabur sikit…

  • Ramai di Malaysia yang berpoligami ni sebenarnya tak layak berpoligami. Yang layak dan telah berpoligami tu ada tapi sedikit. Menurut Dr. Fadzilah Kamsah juga, ramai yang layak berpoligami di Malaysia ni namun dia tidak memilih untuk berpoligami.

  • Menerima hakikat poligami adalah sukar. Isteri yang bermadu/dimadukan mempunyai tiga pilihan, meminta cerai, memendam perasaan, atau berubah luar dalam. Pilihan pertama dan kedua hanya menambah penyeksaan dan penderitaan. Pilihan ketiga, berubah dalam, maknanya kembali kepada Tuhan, cari hikmah berlakunya peristiwa tu, tanam dan asuh diri utk bersifat redha dan memaafkan. Berubah luar, interaksi & komunikasi perlu dijernihkan semula…dll
    (yg tak sempat aku amik)

  • Jangan sesekali berbohong kepada isteri. Dalam proses mendamaikan isteri pertama, lebihkan sedikit pemberian2 dr segi nafkah, tanggungjawab sosial, dlm masa nak mendamaikan rasa yg lara tu. Namun proses ni bukanlah selama2nya, sebab bila dah OK balik kembalilah ke level normal dari segi pemberian nafkah2 dan lain2. NORMAL, bukan kurang dp biasa/kurang dp NORMAL. Jgnlah pula kita ceritakan lebih2 kpd isteri kedua ttg apa dibuat… di sini mungkin perlu muslihat (apa yg ahli2 gerakan Islam di kampus katakan sebagai helah) untuk menjernihkan keadaan. Jangan sesekali berdusta! Dr Fadzilah juga menyebut dia tak berapa suka kaedah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dlm filem2nya, kalu berumahtangga mesti ada bohongnya.

  • Isteri pertama banyak menanggung penderitaan dan banyak berkorban. Isteri/isteri2 yang berikutnya MESTI FAHAM keadaan ni. Si suami perlu sedaya upaya berlaku adil dalam aspek pemberian kasih sayang.

  • Kita kat Malaysia ni hanya ada kursus pra-perkahwinan. Sepatutnya ada kursus pra-poligami dp JAKIM/badan2 lain yang berautoriti untuk menyediakan suami yang berhajat terhadap poligami ni.

  • Suami yang baik yang berubah luar dan dalam untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan beristeri lebih dp satu. Antara amalan yang dicadangkan kepada suami ialah secara konsisten solat fardhu lima waktu (konsisten apa MEMANG kena wat!), konsisten solat sunat taubat, sunat hajat, sunat istikharah nak minta panduan wat keputusan dan solat sunat witir. Adalah
    diyakini nasihat2, kata2, tunjuk ajar-tunjuk ajar dp suami yang sebegini lebih bagus, mudah masuk dlm hati, bleh melembutkan hati isteri2nya.

  • Kita di Malaysia ni jarang sgt didedahkan dengan benda2 yang baik hasil dp poligami. Dr. Fadzilah menegur pihak media terutamanya, dan lain2 pihak yang rata2nya tidak menonjolkan cerita2/telemovie2/drama2 yang baik ttg poligami. Kenapa? Kenapa segala2nya tentang poligami ni digambarkan dengan gambaran2 yang buruk? Pihak media turut bersalah dlm hal ni sehingga masyarakat memandang serong akan poligami. Ada contoh2 yang baik tetapi tak dikembang luaskan. Dr. Fadzilah Kamsah memberitahu audiens beberapa contoh yang baik e.g. Dr. Hassan, Dr. Hassan dan Ust. Hassan…mmg dua tiga kali sebut nama yang sama namun orangnya lain2. Consult laa Dr. Fadzilah untuk tahu lebih lanjut.

  • Orang perempuan bila dia dah sayang kat sorang lelaki, maka susahlah dia nak bagi kasih sayangnya kat lelaki lain lagi. Org perempuan melihat dari aspek yang agak sempit, yakni dari aspek dirinya semata2. Maka, timbullah masalah ‘berkongsi kasih sayang’ bila berpoligami. Org perempuan susah nak terima kasih sayangnya telah di’duakan’… si suami masih sama level kasih sayangnya… yang diberikan kepada isteri2nya. (aku tak tau nak elaborate macam mana
    poin ni. Tak ingat sgt
    )

Thursday, September 07, 2006

result Euro 2008 Qualification Round last night

Listed below is the result of Euro 2008 Qualification match which happened last night (Malaysia time). Courtesy of uefa.com .
Memang mengajutkan. Itali kalah, England menang sebijik je…klik dekat link kalu nak baca lagi beritanya. Next macth akan berlangsung pd 7 Oktober ni.
06/09/06Grp FIceland0 - 2Denmarkmore »
06/09/06Grp AAzerbaijan1 - 1Kazakhstanmore »
06/09/06Grp BUkraine3 - 2Georgiamore »
06/09/06Grp CNorway2 - 0Moldovamore »
06/09/06Grp ERussia0 - 0Croatiamore »
06/09/06Grp EIsrael4 - 1Andorramore »
06/09/06Grp BLithuania1 - 2Scotlandmore »
06/09/06Grp FSweden3 - 1Liechtensteinmore »
06/09/06Grp AFinland1 - 1Portugalmore »
06/09/06Grp CTurkey2 - 0Maltamore »
06/09/06Grp GAlbania0 - 2Romaniamore »
06/09/06Grp GBulgaria3 - 0Sloveniamore »
06/09/06Grp CBosnia-Herzegovina1 - 3Hungarymore »
06/09/06Grp DSlovakia0 - 3Czech Republicmore »
06/09/06Grp FNorthern Ireland3 - 2Spainmore »
06/09/06Grp APoland1 - 1Serbiamore »
06/09/06Grp GNetherlands3 - 0Belarusmore »
06/09/06Grp DSan Marino0 - 13Germanymore »
06/09/06Grp AArmenia0 - 1Belgiummore »
06/09/06Grp BFrance3 - 1Italymore »
06/09/06Grp EF.Y.R. Macedonia0 - 1Englandmore »

Monday, September 04, 2006

Muktamar BADAR KISAS

Tlg maklumkan ikut friendster ke, sms ke, blog ke, apa2 laa… mana yang dah dpt msg dp ana/saya/kawe/teku semalam tu adalah dialu2kan utk forward kan lagi makluman ini. Copy part bwh ni dah laa.. Part yang nak dicopy starts here.
Forum Pemantapan Akidah akan dianjurkan oleh BADAR KISAS sempena Muktamar Sanawi BADAR KISAS pada tahun ini.
Tarikh : 09/09/2006
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 mlm – 9.00 mlm
Tempat : Dewan Besar KISAS
Ahli Panel : 1. Sdr. Yusri Mohamad, Presiden ABIM
2. Tuan Haji Mohd Razi Mustafa dari PPI (Peguam Pembela Islam)
Moderator : Prof. Madya Hassan Basri
Forum akan membincangkan tentang isu murtad dan gerakan murtad yang sedang berlaku di Malaysia.
Seterusnya keesokan hari Muktamar Sanawi BADAR KISAS akan dilangsungkan.
Tarikh : 10/09/2006
Hari : Ahad
Masa : Mula jam 8.00 pagi
Tempat : Dewan Besar KISAS
Semua bekas warga KISAS dijemput menghadiri majlis forum berkenaan dan menjadi pemerhati bagi sidang muktamar kali ini.
Sebarkan kepada semua warga KISAS dan bekas pelajar KISAS yang lain. Terima kasih.
Part yang nak dicopy ends here.
Kerjasama amat diharapkan. Terima kasih.

kawan2, selamat hari jadi aku ucapkan...

tidak tahu sapa yang akan masuk dan tengok lagi blog ni. namun ingin didedikasikan ucapan selamat hari lahir bg kengkawan yang lahir dlm bulan ni...yang mana yang diketahui laa...

banyak antara mereka yang mempunyai kenangan2 yang sukar nak dilupakan...

significantly lasted... mcm izni, 'ain, abang demo, raihan, apis....


selamat hari jadi kepada kalian, semua masuk 22 kecuali abang demo (28 kot) dan raihan (25):
5 Sept Mohd Fariz Bin Abu Bakar
5 Sept Razali B. Maulod
6 Sept Ahmad Lutfi Amri Bin Ramli
9 Sept Mohd Nazrul Hazeri Bin Nazirmuddin
9 Sept Noor Hidayah Bt. Abdullah @ Abd. Wahab
9 Sept Mohd Shahril Aszrin Bin Zainudin
10 Sept Wan Syafrinas Binti Wan Omar
11 Sept Mohd Faizal Bin Zainol (Almarhum) Al-Fatihah 1984-200311 Sept Norhidayah Binti Hashim
11 Sept Rezal B. Rejimi
11 Sept Nor ‘Ain Hadhira Bt. Ayob

11 Sept Mohd Dzul Fazdli Bin Ahmad
13 Sept Nur Izni Mohd Zaharri…
13 Sept Ahmad Ridzuan Abdul Talib a.k.a. Abang demo
15 Sept Mohd Hafizi Bin Yusof
18 Sept Mohd Ashraff Bin Musa
20 Sept Muhammad Hafiz b. Saiful Bahri @ Apis
20 Sept Muhammad B. Alias
20 Sept Sajidah Binti Ismail
22 Sept Zalipah Binti Ikhsan
26 Sept Luqman Al Hakim Bin Azizan
27 Sept Raihan bin Ahmad
30 Sept Khadijah Binti Abd. Rahman


semoga kalian semua (ni yang tau laa...yang tak tau nak wat cam ne..) ... semoga kalian semua dan juga diri kita semua mendapat rahmat dp ALLAH SWT. Panjang umur, murah rezeki dan dapat jodoh & family yang baik.

Amin.

Saturday, September 02, 2006

layout dah OK..

alhamdulillah...problem solved.

berkenaan dengan layout blog ni yg menjadi satu masalah satu ketika dulu telah dapat diselesaikan. key problemnya ialah teks yang telebih lebar melangkaui saiz kotak putih ni....biasalah kalu kita taip web links, mmg pnjg dia pnya huruf tu. maka masalah ni akan menyebabkan seksyen di sebelah kanan (profile, arkib, cbox dll) terturun ke bawah.

begitu juga gmbar yg besar kat bawah yang terlebih dp saiz kotak putih pnjang ni. saiz telah dikecilkan.

sekian terima kasih.

p/s : kpd Yadi, bereh doh!!

Friday, September 01, 2006

sentimen agama dalam 'perniagaan'

apa khabar semua ? amat diharapkan berada dlm keadaan sehat sejahtera hendaknya. di sini alhamdulillah luar biasa baik.

semenjak dua ni naik balik isu pasal pemboikotan maxis oleh mereka2 yang mengatakan diri mereka pejuang Islam dan yang sewaktu dengannya. saya melihat benda ni bermusim, maksudnya, apabila berlaku sesuatu peristiwa yang memberi disadvantage kpd umat Islam barulah kita nak buat mcm2...mengapa bermusim? kena fikir tu...

sentimen agama dalam perniagaan

dulu diri ini pernah membangkitkan perkara ttg penggunaan sentimen agama dlm melariskan perniagaan kita dan menolak perniagaan org lain. memberi cth direct, terdapat segelintir pengguna HPA yang terlalu teruja utk mengatakan bahawa mereka adalah pilihan terbaik di kalangan MLMs untuk dipilih dan diikuti. kita sedar siapakah player utama bidang mlm berdasarkan bilangan ahli, dan kualiti produk yang sudah lama terbukti. membangkitkan sentimen keagamaan adalah sesuatu yang tak dpt diterima pd masa yang sama player lain mempu membuktikan kehalalan dan kualiti produk mereka.

Saya di Takaful Malaysia tidak pernah cuba membanding2kan player industri insuran yg lain in term of sentimen keagamaan. strategi pemasaran perlu lebih jauh dp itu, kalau tak mcm mana nak menarik non-muslim kpd kita?

kpd pengguna yang menukar line handset mereka.. perlu ada suatu pendirian yang thabat ttg mengapa menukar no. bukan hny sekadar mengatakan bhw maxis itu yahudi-related hanya berdasarkan hujah2 forwarded emails yang masih boleh diragui sumbernya. ya, diri ini juga tidak menggunakan line maxis namun, atas dasar terdapat share pemegang saham hindu india di dalamnya. Ananda krishnan itulah yg menyebabkan ramai tak mahu menggunakan maxis, namun kita perlu sedar jugak bhw celcom byk menaja konsert2 artis barat... maka terkadang tdk sesuai utk mengatakan "tukarlah kpd celcom demi kepentingan Islam...". bagi saya, sekadar ilmu yang terdaya dituntut, pernah laa saya jumpa satu kaedah fiqh yang menyatakan bhw, "apabila bertembung dua keburukan maka pilihlah keburukan yang paling sedikit mudharatnya." pemilihan perlulah teliti dan mendapat rujukan pndangan org2 yg pakar. Bukankah menjadi satu masalah kalu ramai mad'u menggunakan maxis sedangkan kita je yg guna celcom?

malang juga bagi mereka yang menukar line handset semata2 kerana nak murah atau disuruh oleh muslimat/muslimin/pasangan masing2, tanpa sebab musabab yang jelas. kita, perlu berpendirian dlm setiap perkara yang kita buat. selagi mampu kita mencari, maka, carilah alasan yang selari dgn syara' (yang betul) berkenaan dgn apa saja yang kita buat.

saya semenjak dua ni ada membaca artikel dan tulisan ust zaharuddin abd rahman. beliau amat runsing dan minta diambil berat sgt2 benda ni buat perhatian semua nak menegakkan Islam ni. selaku penasihat syariah RHB Islamic Bank, beliau menekankan ttg duit riba yang sesetengah org tanpa disedari terambil. amatlah bahayanya kesalahan ni. cek balik, buku akaun kita guna akaun jenis apa? akaun konvensional ka Islamic accounts? savings accounts kita, mcm mana? BSN kita? berapa byk dah duit riba ada di dalamnya, jika tak guna Islamic-based accounts? fikir2lah...

masa muda2 dulu masa mengaji kat Falahiah dulu ada satu cerita, masa tu form berapa tak igt laa... namun, hari tu terbangun awal subuh. terus laa turun ke surau. sesudah je subuh abang ketua bilik panggil. satu saja tegurannya..., "apsal turun subuh awal2 sorang? nak masuk syurga sorang2 je ke? tak nak ajak org lain masuk syurga jugak ke?" mmg silap laa kalu tak kejut org... makna kata di sini, biarlah org bersama2 faham, dan buat kebaikan yang kita buat. kita cuba serukan kat org, dan jgn sendiri2an beramal sbb kalu silap, akan ada yang menegur dan kalu betul, bertambah pahala kebajikan..

sekian. ampun maaf segala salah silap.

Agama, akhlak syarat utama pilih suami, menantu


Oleh LanhH


Sabtu lalu (26 Ogos) penulis menghadiri empat majlis perkahwinan dan satu kenduri arwah. Banyak lagi jemputan penulis uzurkan diri. Mungkin badan sudah panas manakala kepala pusing selepas makan terlalu banyak nasi briani dan minyak, daging serta minum air batu. Demikianlah, orang Melayu 'pulun' habis - ada yang sibuk menikahkan anak dan ada yang terkenangkan arwah tersayang menjelang bulan puasa tidak lama lagi. Itulah sebabnya mereka buat kenduri, kenduri dan kenduri.

Apa yang penulis amati, majlis perkahwinan orang Melayu masa kini melalui evolusi masa, antaranya semua majlis yang dihadiri, tiada satu pun yang mengamalkan makan secara berhidang sebaliknya berdasarkan konsep layan diri - ceduk sendiri dan makan. Layangan petugas adalah minimum - ada gadis dan pemuda yang menghulur buah tangan - kotak kecil mengandungi gula-gula dan coklat (tetapi bukanlah jenis coklat yang disalutkan ke strawberi!). Sekarang hampir tiada buah tangan kotak telur bunga telur.

Khemah orang sekarang pun 'dahsyat-dahsyat'. Walau di ceruk kampung, khemahnya adalah daripada kain yang menyeret hingga ke tanah dan dalam waktu terakhir ini penulis tidak ketemui lagi khemah 'simple' daripada atap zink dan tiang besi. Kalau khemah dibuat daripada buluh, rasanya sudah 10 tahun penulis tidak ketemui.

Pendeknya sudah berlaku pelbagai perubahan dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Ini termasuklah kad kahwin, yang baru-baru ini bapa penulis mengomel. Katanya, apalah budak-budak sekarang, buat kad kahwin, disertakan gambar bakal pasangan pengantin berpeluk-peluk. Masa mereka ambil gambar itu, dia orang ingat dia sudah jadi suami isteri ke?

Budak-budak sekarang sudah melampau, kata pula seorang ustaz ketika majlis Israk Mikraj yang penulis hadiri baru-baru ini. Beliau mengulas tiga dugaan utama seseorang manusia (lelaki) iaitu perempuan, harta dan pangkat. Apabila memperkatakan dugaan perempuan, beliau berkata budak-budak sekarang kalau bercinta, melampaui batas, berlebih-lebih.

Ambil contoh kalau seseorang pemuda itu sedang mabuk bercinta. Pukul tujuh, ketika ke masjid untuk solat maghrib, kita nampak dia di atas motor sedang bercakap dengan 'aweknya' menggunakan telefon awam, pukul 9.30 malam, ketika kita balik dari masjid, dia masih bertenggek atas motor itu, berbual lagi. Apa benda yang sedap sangat agaknya dia bualkan sampai berjam-jam itu? Tak terfikirkah dia maghrib sudah lepas, nanti Isyak dan subuh pun boleh terlepas sama.

Itulah orang sekarang, kata ustaz itu. Belum kahwin boleh bercakap berjam-jam, tetapi selepas kahwin 'silent' (senyap) saja. Sebab masa belum kahwin dulu, dia dah cakap habis-habis, jadi lepas kahwin dia tidak ada bahan nak cakap lagi. Pasangan ini sudah habis modal jadi dia orang 'silent', 'silent', 'silent', alih-alih kita dengar dia orang dah bercerai pula.

Ini berlainan dengan orang dulu, kata ustaz itu. Pasangan pengantin dulu tak kenal satu sama lain. Mereka ikut saja cakap mak bapak. Kalau keluarga mereka dah berkenaan kat seorang anak dara itu, mereka ikut saja. Ketika mula kahwin mereka 'silent' saja, tetapi selepas beberapa tahun kahwin, tup-tup anak dah lapan, 10 dan 12! Itu tandanya apa? Tanda bahagialah tu!

Dalam sebuah kuliah subuh 27 Ogos yang penulis hadiri, penceramah dalam bab nikah kahwin, berkata kalau kita sebagai bapa (penjaga) kepada anak-anak gadis, pilihlah bakal menantu yang baik agama dan akhlaknya. Jalankan siasatan dan risikan sama ada bakal menantu solat lima waktu dan menunaikan amalan agama lain. Soalan pertama untuk rombongan bakal menantu, 'budak' tu sembahyang tak, bukan seperti kebanyakan kita yang bertanyakan, dia kerja apa, gaji dia berapa, 'pass' universiti mana dan pakai kereta apa?

Kalau soalan pertama (solat tak?), dia 'fail', lebih baik jangan dijadikan menantu. Orang yang tidak solat, sudah pasti 'fail' dalam bab-bab lain seperti puasa. Kalau dia tidak takutkan Allah, bagaimana dia nak menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dalam rumah tangga, nak memimpin isteri dan anak-anaknya?

Bagi calon isteri pula, carilah juga yang kuat beragama walaupun ciri-ciri lain seperti keturunan, subur (tidak mandul) dan kecantikan juga penting. Janganlah seperti orang sekarang yang suka cari orang glamor seperti artis. Perkahwinan adalah satu ibadat, bukan untuk bermegah-megah, kononnya dapat kahwin artis, pelakon hebat dan sebagainya tetapi agama dan akhlaknya tidak diperhatikan.

Kata ustaz itu, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT. Sekian, wassalam.

Artikel Kepilan

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan, mengkritik hebahan melampau dan majlis perkahwinan besar-besaran yang dakwanya menyumbang ke arah penyuburan nilai-niai negatif, antaranya pembaziran dan menyalahi hukum agama.

Gambaran dan laporan melampau berhubung perkahwinan seorang artis terkenal dengan seorang usahawan tempatan di dada-dada akhbar baru-baru ini telah menimbulkan persoalan, apakah kesannya kepada masyarakat sehingga mengkesampingkan isu-isu yang lebih penting daripadanya.

Adakah wartawan-wartawan hiburan tidak tahu memilih sesebuah berita atau itulah sahaja sebuah 'current issue'. Sedangkan banyak lagi isu yang boleh diketengahkan untuk tatapan umum.

Yang nyata kesannya kepada masyarakat ialah sehingga menganggap isu-isu itu adalah isu negara, isu terpenting dan kadang-kadang menenggelamkan teguran atau nasihat seorang mufti atau ulama.

Lebih parah lagi apabila isu-isu seperti ini di 'highlight', menggambarkan masyarakat Islam khususnya, gila kepada budaya pembaziran, budaya kemegahan, budaya hiburan. Ia menggambarkan juga di Malaysia ini orang-orang yang penting ialah golongan artis.

Kini, isu percintaan, perkahwinan, persiapan ke arah majlis kenduri perkahwinan melampaui isu-isu lain. Ia bukan saja mendapat penonjolan di dalam akhbar perdana di muka hadapan, tetapi juga mendapat liputan khas melalui TV, satu-satunya media elektronik yang sangat memberi pengaruh.

Semua liputan dan berita seolah-olah pasangan ini pasangan yang cukup 'ideal', melebihi percintaan Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun, Uda dan Dara dan kemegahan membina tugu cinta mereka sama dengan Shah Jahan yang membina Taj Mahal. Tetapi masyarakat yang mabuk dengan isu ini, yang menganggap artis adalah segala-galanya lupa beberapa sejarah pahit yang memalukan.

Perkahwinan sememangnya baik dan seharusnya kita berdoa agar pasangan (tidak saja artis) kekal jodoh sehingga akhir hayat. Tetapi kenapa berita ini menjadi lebih penting daripada yang lain dan digembar-gemburkan oleh media.

Ia sudah menjadi riak, takbur, membazir, melampau dan kadang-kadang sampai melanggar tata susila hukum. Namun apa yang mendukacitakan, ulasan-ulasan dan paparan dari wartawan hiburan seperti ini tidak mengambil kira hal-hal hukum kerana mahu meng'highlight'kan orang-orang seumpama ini.

Antaranya ialah sebanyak tujuh kamera digunakan di Masjid Wilayah Persekutuan bagi tujuan merakamkan upacara perkahwinan. Siaran secara langsung pula dibuat. Pentas khas diletakkan di dalam ruang masjid, satu-satunya rumah ibadah. Seramai 30 krew produksi pula akan bekerja keras.

Memanglah masjid sangat baik dijadikan tempat ijab qabul pernikahan. Tetapi apabila ia menunjukkan seperti melampau, riak dan bermegah-megah, menunjukkan kehebatan, apakah ia baik di sisi agama?

Kita tidak tahu, apakah ia mendapat restu dari pihak pentadbir agama dan masjid di situ? Jika ia direstu dan diluluskan begitu mudah, alangkah malangnya pemikiran sebegitu rupa kerana pihak bertanggungjawab juga terbawa-bawa dengan budaya keglamoran artis-artis.

Bukan masanya lagi apabila ada orang berkata, apa pun yang dilakukan oleh seseorang, itu adalah hak mereka. Memang sesiapa pun boleh mengeluar hantaran berjuta ringgit, belanja majlis perkahwinan berjuta, merancang akad nikah di dalam kolah masjid atau sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.

Tetapi dalam masa yang sama, tidakkah kita merasa prihatin, sensitif dan peka terhadap enam ratus kanak-kanak yang menghidap sakit jantung, yang melanda kebanyakan keluarga berpendapatan rendah?

Bagaimana dengan nasib mangsa peperangan di Lubnan, Palestin, Iraq dan Afghanistan? Bagaimana dengan nasib masa depan anak dan isteri yang ditinggalkan ini?

Tergamakkah kita memakan juadah dan majlis santai meraikan pengantin, tetapi dalam masa yang sama, ada mereka yang menjerit kesakitan kerana luka dan berpenyakit kronik.

Memang di sisi lain mungkin akan dijawab ia tidak ada kena mengena. Tetapi itulah sebenarnya gambaran masyarakat kita. Jika ia tidak dilakukan oleh pihak yang terlibat, siapakah pula yang bertanggungjawab menggembar-gembur hal ini.

Lebih-lebih lagi para artis di negara kita menjadi 'role model' kepada golongan remaja dan kami percaya kita perlu menyemai budaya yang lebih baik dan bukannya pembaziran dalam melakukan sesuatu.
CAP memandang berat hal ini.

Ia bukan satu tafsiran cemburu tetapi mestilah dilihat dalam bentuk keprihatinan, kepekaan terhadap orang lain yang turut menjadi anggota masyarakat Malaysia. Ia juga satu bentuk budaya bermegah, membazir yang tidak dituntut oleh mana-mana agama mahupun budaya yang sihat.

Kesederhanaan adalah yang terbaik dan CAP mengharap semua pihak dapat mengamalkan sikap dan budaya ini.