sudah lama rasanya tidak menulis perkara-perkara yang serius seperti posting khabarku. terlalu banyak isu rasanya nak diluahkan, nak dikongsi dan disampaikan ilmu yang berkenaan namun, kekangan masa tidak mengizinkan. Benar barangkali kata-kata Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna dalam 10 Wasiatnya, yakni dalam perkara ke-10, tanggungjawab kita adalah lebih banyak daripada masa kita.
Semalam PM Malaysia memberi amaran tentang penyebaran berita-berita yang boleh menggangggu gugat kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara, si penyebarnya akan ditahan untuk siasatan. ditujukan khusus untuk bloggers, penyedia portal, dll, 'pesan' itu dilihat ada baiknya namun, ianya seperti meludah ke langit. Malaysia melalui pucuk pimpinannya claim bahawa Malaysia negara demokrasi yet the fact is, banyak sangat kekangan untuk kebebasan bersuara.
PM, yang namanya turut naik dalam satu laporan dp sebuah portal web berkenaan Menteri2 Kabinet yang tak bayar saman, memberi amaran ini seolah2 nak menutup malunya. Namun agak lambat sebab sekarang ni banyak sangat berita2 ataupun kandungan2 dp Internet yang mampu menjahanamkan pelbagai aspek kehidupan manusia, bukan mereka semata2.
sekatlah rancangan/kandungan2 yang memfitnah itu ini, gosip sana sini terutamanya dlm insdustri hiburan sebelum nak sekat benda2 yang betul yang dinaikkan oleh rakyat. Jika semua pihak mengambil ajaran Islam sebagai asas pegangan mereka, maka takkan timbul dah soal penapisan berita ni. Apa2 saja yang datang ke dalam telinga, mata atau deria kita akan diselidik dulu dengan teliti, sejajar dengan firman Allah yang mulia dalam surah al-Hujurat ayat 6. akan bersihlah persada maya dp berita2 yang dikatakan mampu mengucar kacirkan kestabilan negara.
Bloggers semua, mana yang mampu teruskanlah menulis. pastikan kalian beretika dan mementingkan kebenaran. (klik)
koleksi khabarku ada kat sini. Tapi kena skrol bawah laa sket...
No comments:
Post a Comment