Monday, December 24, 2007

Al-Fatihah buat adik Kak Nurul

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada adik bongsu lelaki kak ipar saya, Kak Nurul (Nurul Syahnnizzah bt Abdul Rahman), isteri Izzuddin (Tengku Izzuddin), yang telah pulang ke rahmatullah pada tengah hari tadi di rumah kak Nurul di Keramat AU-4

Semoga roh arwah yg baru berusia 20 tahun dicucuri rahmat. Amin.

Senior2 PMIUPM mesti kenal kak Nurul n abe Izzuddin..

Sunday, December 23, 2007

Kenduri Kesyukuran Izam di Kelantan

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Pengantin perempuan sampai ke rumah pada pukul 2.30 petang.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang, memang tak ajak ramai pun.

Ramai juga tetamu datang, dari mula majlis 12 tgh yang masa gulai tak siap lagi pun dah ada orang datang, hingga maghrib semalam mungkin dalam 400-500 orang kot...tak pastilah...

Yang datang (ikut turutan...) - peje, pok din, zahid, yadi, suhaizi, wana, e-pu, kembar2 wani & nani dan je.

Tuesday, December 04, 2007

Majlis Perasmian Penubuhan Dewan Pemuda PAS Kawasan Putrajaya

Penubuhan Dewan Pemuda PAS Kawasan Putrajaya telah selamat sejahtera dimasyhurkan dengan izin ALLAH SWT pada hari Ahad yang lalu, 2 Disember 2007 di Putrajaya. Majlis penubuhan berkenaan dirasmikan oleh al-Fadhil al-Ustaz Nasruddin Hasan at-Tantawi, Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Pusat.

Turut menyertai majlis berkenaan ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan saudara Kamaruzaman Mohamad, Timbalan Yang di-Pertua PAS Kawasan Putrajaya, Ketua-ketua Pemuda Kawasan serta beberapa orang pemerhati-pemerhati dari PAS Kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Berita penuh boleh dilayari di laman tranungkite.net ini.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah penjelasan al-Fadhil al-Ustaz Nasruddin berkenaan dengan penyertaan dalam pilihan raya dan demokrasi. Bagi mereka yang tidak yakin dengan pola perjuangan PAS yang menyertai sistem demokrasi berpilihan raya di Malaysia ini, penerangan dalam video petikan ucapan di bawah akan membantu mereka lebih jelas tentang perkara ini.