Imej dari imdb
Apabila Astro bagi subscription aku tengok free channel iQiyi, satu malam aku tertengok cerita The Eyas, pasal akademi latihan juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Republik Rakyat China. Kemudian aku came accross better quality release of Sky Hunter.
Sky Hunter tak ada pelakon nama besar melainkan Fan Bingbing. Dia salah seorang watak yang ada peranan penting - bukan watak utama sangat bagi aku - cuma pemandu helikopter penyelamat. Cerita ini berkisarkan tiga orang anggota tentera udara; dua dari mereka (Li Chen sebagai Wu Di dan Fan Bingbing sebagai Zhao Yali) yang dipilih memasuki skuad elit dalam Tentera Udara Republik Rakyat China. Bagaimana mereka berdua cross path dengan kawan mereka (Jean Lee aka Li Jiahang sebagai Liu Haocheng) yang menjadi jurulatih kepada tentera udara sebuah negara fiksyenal di benua Afrika yang dipanggil Mahbu.
Cerita dimulai dengan aksi aerial yang menarik bagi aku. Aksi tentera udara mengawal kedaulatan kawasan udara negara mereka dari pesawat asing yang (sengaja?) menceroboh. Aku sangat skeptikal dengan CGI filem tanah besar tapi tidak untuk cerita ini. Kebanyakannya nampak hidup dan realistik. Mereka dapat akses dan kerjasama dari pihak tentera untuk shot pesawat-pesawat & helikopter sebenar. Antara yang dipaparkan ialah pesawat pengangkut Y-20, pesawat pejuang stealth J-20, pesawat pejuang J-11, pesawat pengebom H-6, helikopter utiliti Z-8, pesawat pejuang pelbagai fungsi J-10, UAV yang tidak diketahui dan lain-lain. Juga, filem ini menerima sentuhan studio grafik Pixomondo, syarikat VFX di belakang filem Game of Thrones dan skor muzik oleh Hans Zimmer.
Ada pengkhianatan dalam kepimpinan tentera udara negara Mahbu ini. Di pengkalan udara yang menjadi tumpuan cerita ini, ada beberapa rakyat China yang tinggal di situ, dan mereka diserbu oleh askar yang membelot diketuai Rahman kerana ingin mendesak pembebasan seorang ketua satu pertubuhan teroris Light Group. UN dan tentera lokal di situ tidak dapat berbuat apa-apa dan China mengambil langkah unilateral untuk menyelamatkan rakyat mereka termasuk jurulatih Liu Haocheng yang terperangkap di tengah-tengah.
Misi menyelamat tebusan warga China berjaya namun dogfight di antara Wu Di dan Rahman berakhir di udara dengan pesawat Wu Di yang kehabisan ammunition dan missiles menghentam pesawat Rahman sehingga terputus dua. Nasib Wu Di dalam pesawatnya yang hampir musnah tidak diketahui walaupun di akhir filem ditunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang hendak mendarat di pengkalan.
Kesimpulan: recommended.