Wednesday, May 16, 2012

Cina ajak minum teh, melayu ajak minum arak - mana satu pilihan anda?

Salinan asal dari sini.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Banyak kali dah rasanya aku ditanya (atau diserang) mengenai "kenapa PAS lebih sanggup bekerjasama dengan kafir banding dengan saudaranya (UMNO la tu)"? Dan banyak kali jugak la aku menjawab soalan ini dalam pelbagai versi. Sampai naik muak rasanya utk aku jawab benda yang sama sampai banyak kerja aku sangkut.

Untuk kesekian kalinya, dan harapannya buat kali terakhir (aku banyak lagi kerja lain nak dibuat), aku akan menjawab persoalan ini insya Allah secara detail.

Untuk memulakan penulisan, suka aku ambil contoh klasik yang diberikan oleh Ir Khalid Samad ketika mengulas hal ini, yang diulanginya dalam satu artikel Harakah keluaran terkini -

Ada seorang melayu ajak kita minum beer kat pub, dan dalam masa yang sama ada sorg cina ajak kita minum teh kat warung mamak. Kita pun follow cina tu minum teh sebab minum beer tu haram, walaupun tukang ajaknya ialah cina.

Melayu yang ajak minum beer tu marah kita, kata kita lebih utamakan bangsa lain dan lupa daratan sebab bersama2 bangsa lain dan menidakkan ajakan rakan sebangsa. Kita pun kata kat dia yang beer tu haram, tapi dijawabnya "hang minum la coke. Aku minum la beer. Apa susah?"

Got the picture?

Baik. Sememangnya umat Islam dituntut supaya bersatu padu. Firman Allah swt dalam surah al Hujurat ayat ke 10, "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menipu dalam urusan sebahagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya. Taqwa itu berada di sini (beliau menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya". (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Ini adalah antara dalil yang digunakan untuk menyeru kesatuan ummah ini. Benarlah kata2 Allah dan RasulNya, tiada keraguan padanya.

dalam satu ayat yang lain, Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 118, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bithanah (teman kepercayaanmu) dari orang-orang yang bukan dari kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”.

Ini pula adalah dalil betapa kita dilarang mengambil "bithanah" atau teman kepercayaan dari mereka yang bukan dari kalangan kita. Misalnya, kalau kita muslim, kita dilarang menyerahkan kepercayaan kepada org kafir.

Tetapi, apakah dalil2 ini sememangnya begitu? Bersifat surface?

Baik. Kita ulang balik ayat 10 surah Al Hujurat itu - "Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara". Kenapa Allah sebut ORANG2 MUKMIN dan bukan ORANG2 ISLAM? Apakah bezanya? Tidak semua orang Islam itu beriman sepenuhnya walaupun secara zahirnya, depa bertasyahhud dan melakukan amal ibadah seperti solat, puasa dan sebagainya. Kerana apa?

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud, "Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Secara kesimpulannya, walaupun orang itu mengaku Islam tetapi belum tentu dia beriman, kerana jika dia Islam tetapi dia tetap melakukan kemungkaran seperti minum arak sebagaimana yang dipercontohkan kat atas tadi, makanya dia belum cukup beriman. Kerana apa? Dia bertasyahhud "tiada Tuhan selain Allah" tetapi dia tidak meninggalkan larangan2 Allah. Jadi, mana imannya sedangkan iman itu perlu dengan perbuatan juga?

Kita ambil konteks di Malaysia. Ramai orang terutamanya UMNO mahukan kesatuan antara UMNO dan PAS atas dasar "sebangsa". PAS hanya mahukan satu syarat - "Islam sepenuhnya" dan syarat inilah yang menjadi snag bagi UMNO. Seperti yang kita tahu, PAS wujud sebagai satu bentuk bantahan terhadap kebejatan UMNO satu ketika dulu yg memperkenalkan begitu banyak perkara mungkar dalam negara dan hingga kini, UMNO selaku parti yang bermajoriti Islam masih tidak menunjukkan tanda2 untuk menginsafi atas setiap kemungkaran yang depa lakukan. Depa masih mempunyai pimpinan yang memegang saham dalam syarikat arak dan judi, masih menyeleweng, rasuah, menipu, merompak harta rakyat, membazir dan pelbagai perkara lagi. Yang terkini, depa menjadi samseng dan kaki pukul pulak dah.

Kesatuan ummah ini tidak bersifat tahalluf. Ianya bersifat 'aqad. Bagaimana mahu ber'aqad dengan sesuatu pihak yang melakukan kemungkaran dan kerosakan? Aku bagi contoh mudah - kita, selaku org lelaki, boleh berkawan dengan ramai wanita sepanjang kehidupan kita. Kita tak pilih bulu berkawan dengan sesiapa sahaja. Tapi apakah kita tidak memilih bulu atau berkriteria atau cerewet bila nak cari pasangan hidup yakni isteri?

Begitulah perihalnya dengan PAS. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 103, “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”.

Sila perhatikan ayat itu - kenapa Allah menyebut "berpeganglah pada tali Allah" yakni peganglah atas syariat Islam dengan kukuh baru Allah sebut pasal "janganlah kamu berpecah belah"? Sebab itulah prasyarat kesatuan mukmin - BERPEGANG KEPADA ISLAM SEPENUHNYA. Tadak sekerat2 mcm sekeratnya tudung para wanita UMNO. Cuma puak2 UMNO ni biasanya akan qaul bab "wala tafarraqu" je tapi lupa bab "pegang tali Allah" tu. Jadi kalau benar kita hendak bersatu, maka itulah prasyarat utamanya. Bukan Haji Hadi atau Nik Aziz yang letak, tapi Allah yang letak.

Soalnya, mahukah UMNO berpegang kepada tali2 Allah itu sekukuhnya?

Berbalik kepada isu "berkawan dengan kafir". Aku tak berminat nak menyentuh tentang perihal UMNO berkawan dengan MCA dan MIC sekian lama sejak sebelum merdeka. Aku juga tanak sentuh ttg perihal "pemahaman" dan sebagainya. Cuma, aku ingin berbalik kepada konsep tahalluf iaitu kerjasama.

Rujuk balik ayat 118 surah Ali Imran di atas - mengambil bithanah. Dalam konsep tahalluf, itu bukan bithanah. Bithanah ni bermakna kita memberikan kepercayaan kepada kafir utk memegang rahsia2 jemaah Islam misalnya. Atau Malaysia memberikan kepercayaan kepada APCO memegang rahsia negara dan menjadi penasihat sulit 20% ttg urusan keselamatan negara ni. Itu maksudnya "larangan mengambil bithanah dari orang yang bukan kalangan kita".

Dalam konsep tahalluf, ianya hanyalah sebentuk kerjasama. Ia tidak melibatkan 'aqad. Satu pakatan yang terbina berdasarkan satu atau lebih matlamat bersama dan tahalluf yang baik terbina dari matlamat yang baik. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 2, "Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat".

Dalam rekod sahabat2 PR, tidak ada satu rekod pun yang menunjukkan depa melakukan kerosakan terhadap negara. Kita ambil satu contoh mudah - Lim Guan Eng, yang dipenjara kerana membela sorg anak gadis bawah umur yang dirogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka dan juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Rahim Tamby Chik. Kalau kita kaji, kesepakatan PAS dengan PR membawa natijah pembentukan kerajaan negeri yang telus, berhemah, bebas rasuah dan cakna - Satu perkara yang amat asing bagi UMNO. Laporan audit negara mengesahkan segala2nya. Sedangkan jika kita bersatu dengan UMNO, dan UMNO masih mengekalkan stail politik depa sekarang, kemungkinannya kita diminta utk membenarkan tindakan depa. Pemuda2 PAS akan dipaksa mengedarkan video terkini Anwar Ibrahim. Nisa2 kita akan turut sama menyinsing lengan mempertahankan Shahrizat. Na'uzubillah.

Jadi, berbalik kepada isu asal - antara cina ajak minum teh dengan melayu ajak minum arak, yang mana kita akan ikut?

No comments: