Wednesday, April 27, 2011

Waktu senggang

Ini ialah apa yang aku buat masa tengah hari tadi. Lunch pun tak. Tak tahulah kenapa...


Tuesday, April 26, 2011

Tersalah bayar bil elektrik la pulak

Semenjak aku menggunakan TNB e-Services ni, aku selalu dapat track corak pembayaran & penggunaan elektrik di rumah aku. Senang je daftar, nak nama pada bil, no. bil & I/C bill holder. Atau mungkin lebih tepat seperti digambarkan di skrin ni:

Ini dia menu pendaftarannya

Walaupun begitu, bukan semua rekod ada. 6 bulan terakhir termasuk pengebilan terkini saja yang ada.

Nak dijadikan cerita, akhir Mac lepas aku dengan confident-nya bayarlah bil elektrik buat kesekekian kalinya dengan sikit rezeki yang ALLAH SWT kurniakan ni. Rekod spt ni:

Rekod dari online transaction yg disimpan

Tapi bila aku check kat TNB e-Services semalam, baru aku perasan yang bil bulan tu sebenarnya belum dilunaskan lagi. Aku jadi peliklah. Aku rasa dah bayar online.

Ni dia yg ter tak bayar lagi. Jangan ditanya kenapa consumption macam tu

Then bila aku cek semula 'shortcut' aku dalam internet banking, aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Bil rumah sapa yang aku bayar sebenarnya?

Ni list shortcut aku.

So?

Aku dah salah bayar bil! Sahlah dengan apa yang aku cek dengan skrin TNB e-Services kat atas + shortcut list ni!!

Patutnya aku guna 'bil-rmh-kuarters' tu, bukan bil-elektrik-rumah...

Maka sedekah sajalah kepada penghuni rumah yang berkenaan...

Dan aku kena bayar lebih la pulak bulan ni!

Jadi, kena hati sewaktu bayar bil anda secara online. Pilih betul-betul saved/favourited bill anda.
Link

Bank Islam Visa Debit Card-i

Aku ialah pengguna setia Bank Islam. Aku tak pasti atas dasar apa aku mengisytiharkan pengakuan ini sedemikian rupa.

Contoh kad dari laman web Bank Islam
Abaikan kejap.

Ini kad debit. Bukan kad kredit. Aku tukar kad aku kat Bank Islam menara.

Mula-mula taknak pun tukar. Tapi melihat kepada keboleh gunaannya sewaktu berurusniaga di internet, maka aku buat keputusan utk tukar.

Aku dah test beli 1 track lagu kat 7digital.com berharga 0.99 pound. It's ok & Bank Islam's Visa Debit is accepted.

Aku kenal Visa Debit ni dari zaujati yang guna Visa Debit al-Rajhi Bank. Dah pernah try utk beli tiket kapal terbang, & it's accepted by the airliner. Just penggunaan kad debit kami taklah aktif sangat sebab ianya bukan main account.

Semalam di Tesco Selayang pun, dah boleh guna kad debit ni, selepas kegagalan menggunakannya di Carefour Kepong.

Banyak bezanya kad debit & kad kredit ni. Limit pembelian (Bank Islam) menggunakan kad debit ialah RM500 sehari. Namun, limit ni boleh diubah, dikurang atau ditambah, dengan telefon call center Bank Islam. Namun kad ini boleh lagi keluarkan duit, mcm kad ATM biasa, dan limitnya ialah sebanyak mana duit ada dalam akaun atau RM 5,000.00 sehari. So tak ada masalah nak beli tiket flight kalau lebih dari RM500.

Berbeza dengan kad kredit yg ditolak penggunaannya setiap akhir bulan, amaun pembelian menggunakan kad debit ditolak terus dari akaun pada masa pembelian dibuat. Aku try test dengan beli barang kat Tesco semalam, dan terus dapat sms notification dari bankislam.biz (yg sedia dah aku activated), katakan amaun sekian-sekian dah ditolak dari akaun aku. So, tak timbul masalah terlebih limit atau overused, insya ALLAH.

Yang aku belum test ialah isi minyak. Menurut customer rep Bank Islam, pembayaran perlu dibuat di kaunter masa isi minyak, dan bukan di pam. Ini utk elakkan duit kita di'hold' sebanyak RM200 sehinggalah pengemaskinian dilakukan. Aku tak faham sangat dari segi sama ada syarikat minyak atau bank yang hold RM 200 tu. Aku pun tak pasti pasal pengemaskinian dari siapa yg akan clearkan pembayaran minyak tu.

Ada duit, boleh guna. Tak ada duit, senyap2 sajalah. Kalau kad kredit, boleh lagi guna sampai certain limit. Ada orang yang mampu menguruskan (hutang) kad kreditnya. Mereka juga guna kad kredit Islamik. So, tak ada masalah bagi mereka. Cuma, kami fikir kami belum mahu begitu lagi. Walaupun mampu, kad kredit adalah satu instrumen moden yang senang menghantui, memburu seseorang.

Monday, April 11, 2011

Genap 4 tahun (2)

Cerita pasal prinsip (2)

-- Lebih banyaklah ganjaran yang kita dapat andai kita lebih banyak menyimpan dari mendedahkan kesusahan-kesusahan kita. Lebih banyklah ganjaran yang bakal kita terima andai kita kurang bergantung kepada orang lain. Ada satu Hadis yg Ust Zamri Zainal Abidin selalu baca dalam IKIM.fm... Berkenaan hebatnya seseorang manusia itu pada qiyamullailnya dan kehebatannya untuk tidak bergantung kepada orang lain. Namun, aku kira manusia ni lemah sifatnya. Bergantung kepada orang lain masih lagi diperlukan. Cuma janganlah semua perkara nak dibergantungkan kpd manusia.

-- Di sini juga aku jumpa ramai orang yang caranya, gayanya, seolah-olah mcm dalam pelakon drama2 Melayu. Aku tak berapa suka tengok drama Melayu. Kalau Pendekar atau Keris Hitam Bersepuh Emas OKlah. Orang-orang yg aku maksudkan tadi, cakapnya, style-nya, 'ek'-nya, hedonisme-nya, pembodekannya, kemakarannya, pemakaiannya, mcm dalam drama kat TV nun... Tak suka betul aku tengok. Tambahan lagi bila orang tu juga terlibat secara tak langsung dalam menyusahkan hidup aku di pejabat ni. Kenapakah? Bagi aku ini ujian. Ujian ini antara yang agak susah aku tangani.

-- Kita perlulah menilai seseorang berdasarkan fizikalnya. Ini prinsip aku. Fizikal maknanya di sini mcm ni. Contohnya, orang tu tak menutup aurat, maka kenalah orang itu ditegur. Tapi kalau users aku sendiri, ishk, payah jugak ni. Contohnya seseorang suka menggunakan kata-kata tak elok dalam cakapnya, emelnya, tweet2nya, status2nya. Maka perlulah dia ditunjukkan kata-kata yang lebih baik. Contoh lain, aku sedang buka kasut nak masuk ke Surau Annexe 2 masa solat asar, tiba-tiba beberapa orang muslimah keluar dari surau. Imam pertama & makmum2 lain sedang solat berjemaah ketika itu. Adakah mereka ini tidak ingin solat berjemaah? Keluar di waktu imam solat? Dah alang-alang ada di surau tu, solatlah berjemaah sekali dengan imam di depan. Banyak pahala solat berjemaah ni, walaupun tahap perintahnya untuk orang perempuan tidak sepenting orang lelaki. Janganlah kita menilai hati seseorang sebab kita tidak nampak & tidak tahu isi hatinya. Jika ada pun simpanlah penilaian berkenaan utk diri sendiri dan jangan wujudkan sebarang persepsi negatif dari penilaian hati berkenaan.

-- Juga berkaitan dengan penilaian fizikal. Masalah aku juga ialah kegagalan secara terpilih untuk mengklasifikasikan sesuatu gurauan itu sebgaia gurauan betul atau tidak. Aku cenderung utk menganggap setiap apa yang dituturkan seseorang adalah kebenaran & hakikatnya. Banyak kali sudah aku terkeliru & tertipu. Gurauan kuanggap serius. Kadang-kadang aku pun berguarau dengan seriusnya namun tidak pula dianggap gurauan.

Cerita pasal bonus

Alhamdulillah, aku tidak pernah tidak dapat bonus. Banyak sikitlah perbezaannya. Ini semua rezeki yang ALLAH izinkan bergantung kepada usaha hambaNya. Namun, lorong-lorong penilaian yang berliku dan penuh penafsiran yang cacamerba menyebabkan yang salah dibetulkan dan yang betul disalahkan.

Jika ada yang dapat sangat tinggi maka adalah yang akan menjadi kambing hitamnya. Setiap tahun pasti berlaku. Aku tidak pasti akan tahun ini.

Namun sesetengah yang dapat sangat tinggi itu wajar diambil perhatian. Mereka mendapatnya dengan merit dan bukan dengan bodek dan ampu. Namun, penerimaan spt ini dipandang dengan pandangan sangat serong. Disebut2 secara negatif di meja2 makan tengah hari dan komen2 berantai Facebook...

Kita cuba fikir di sisi yang lain pula berkenaan pemberian markah sangat tinggi ini. Kita cuba jenguk dari sisi 'manusia memang tidak pernah merasa puas'. Apalah salahnya jika seseorang dinamakan utk menerima pencapaian terbaik? Ini bahagiannya, ini rezekinya. Sudah banyak kurniaanNYA yang kita dapat namun penerima2 berkenaan tidak pernah merasainya. Moga-moga ALLAH menambah dekat hati2 mereka & hati2 kita dengan nikmat duniawi bonus ini.

Cerita pasal jenis kerja

Aku sering bermasalah untuk menerangkan apakah yang aku buat di tempat kerja aku kepada orang2 tuaku. Dulu di STMB berkaitan database, data extractions, reports dan seangkatan dengannya. Dan sekarang di sini pula pengurusan kontrak. Aku cuba perhalusi se'layman-terms' yang mungkin untuk memahamkan mereka. Aku abaikan istilah2 teknikal dan cuba garap bahasa2 mudah.

Sesungguhnya aku sendiri ada masalah nak terangkan apa yang aku buat kepada orang lain secara mudah. Entahlah. Dari dulu sampai sekarang.

Wednesday, April 06, 2011

Genap 4 tahun

Alhamdulillah. Sabtu 2 April lepas, 4 tahun sudah aku bekerja di sini.
Menyingkap kembali sesetengah detik bermakna yang boleh dikongsikan sepanjang aku bekerja di tempat kerja aku sekarang. Tulisan ini bukanlah mewakili syarikat aku pun. Banyak aku belajar sepanjang aku di sini, dan aku ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjernihkan dan menjerihkan kehidupan aku di sini. Semoga ALLAH mengurniakan limpah rahmat dan hidayahNya kepada kita.


Cerita kemasukan


Aku tak tahu mulanya apa istilahnya procurement itu. Memang vocab aku sangatlah limited. Aku jumpa dengan seseorang yang report duty sekali dengan aku di Menara yg aku anggap dia sangat sama dengan SIM. Mungkin dalam segmen di bawah akan aku perincikan.


Pasal kemasukan, aku ingat tempat & kerja aku nanti akan ada kaitan dengan computer science atau IT. Tapi meleset sama sekali. Aku masuk kerja di Jalan Tandang. Dengan NHM. Kami dibezakan tingkat dan bidang tugas serta unit. Ada beberapa ibarat tentang tempat ini. Mereka ada kata sini lubuk emas. Mereka juga berkata sini ialah dumping ground. Sejauh mana aku boleh percaya? Aku lebih percaya dumping ground. Gradually aku percaya kedua-duanya dengan bertambahnya masa aku bekerja di sini. Dumping ground tu, sebab aku agak vokal dan kritikal sewaktu ditemuduga. Almaklumlah, orang dah bekerja sebelum ke sini. Tapi menyedari tanggungjawab yg dah aku sign masa scholarship dulu, maka dengan berat aku melangkah keluar dari STMB.


Dulu masa ditemuduga, aku juga dinilai sedikit dengan sijil diniyyah aku. Seorang panel bertanya, tahap keyakinan atau bagaimana keyakinan aku dengan ilmu yang aku ada? Aku jawab setakat yang ada, aku yakin, insya ALLAH. Aku mula tertanya-tanya akan kerja apa yang aku buat lepas placement nanti. Bila aku tahu placement aku berkaitan dengan kontrak dan tender barulah aku dapat agak kenapa aku disoal sedemikian dulu. Mereka mungkin berkira-kira menempatkan aku di sini berdasarkan keyakinan aku terhadap ilmu ukhrawi aku yg sedikit ni. Memang benar ianya secara teori mampu mendindingi aku dari gejala-gejala negatif yang selalu diasosiasikan di bahagian yang jaga kontrak dan tender. Namun sepak terajang bidang ini terlalu luas, licik dan pelbagai. Semoga ALLAH mengikhlaskan niat aku sewaktu aku bekerja.


Sesuatu yang baru menanti aku di Jalan Tandang. Jalan Tandang ni dekat dengan kilang sup Campbell. Aku suka makan sup Campbell, awal-awal kerja dulu, tiap-tiap hari aku sarapan dengan mushroom soup dia.


Aku suka suasana kebanyakan orang-orangnya. Sesetengah yang aku kenal rajin solat Dhuha, solat berjemaah & solat di awal waktu. Sifat ini amat memberi kesan terhadap aku dalam menilai seseorang. Yang mendengar kuliah zohor terdiri dari orang-orang lama, yang sesetengahnya dah ada anak sebaya dengan aku dah pun. Namun ada group orang muda yang aku rasa susah nak interact. Itu mungkin masalah aku.


Kerja bukan dalam bidang tidaklah sebegitu pahit untuk ditelan. Aku yakin ini adalah kafarah dosa aku oleh ALLAH... Aku tdk mahu lagi membangkitkannya. Aku gunakan seboleh mungkin segala skil berkaitan pengajian aku, mana yang bersesuaian, untuk diaplikasikan dalam mempercepatkan tugasan seharian aku.


NHM dah pindah beberapa bln dia kerja sebab nak duk dekat rumah dia.


Cerita banjir di MTTP


Aku masuk sudah sebulan lebih barulah dipanggil ke kursus induksi selama 2 minggu. Sekejap je aku rasa. Antara pengalaman ialah bau lab / bilik komputer dia yang sama dengan bau bilik KSK kat KISAS. Sangat identikal. Entah kenapa. Dalam MTTP mula2nya yang aku kenal, FZZ, NFI.



Then bertambahnya hari maka bertambahnya kawan-kawan. Ni MTTP kami:


Pasal nama banjir tu, ada 1 malam, hujan turun sangat lebat di TC Jalan Semarak. Maka tenggelamlah motor aku yang aku parked depan hostel perempuan.Motor tu parked di situ sejak mula check-in sebab pendaftaran buat di situ. Lampu semua dah blackout. Aku sendirian redah air setakat tengkuk ke hostel perempuan guna nak menyelematkan motor EX5 abang aku tu. Lampu suluh bersimpang siur. Ada jeritan-jeritan kecil sikit-sikit tapi tiada la kemalangan jiwa dilaporkan.


Siang esoknya aku, AZM & NMH (aku lupa nama penuh NMH apa) duk baiki motor kat parking belakang block hostel. Takde harapan. Seharian. Senja barulah berjaya hidupkan balik motor masing-masing. Keringkan semua benda, buang minyak dll. Buka dan pasang balik adalah satu cabaran bagi aku yang tak pernah buat tu. Memang 2 hari aku skip kursus sebab nak selesaikan motor aku. Kami difahamkan tiada ganti rugi akan dibayar. Ada kereta kawan-kawan yang tenggelam. Entahlah macam mana. Dari situlah kami pakat-pakat nak namakan MTTP kami MTTP banjir.


Dalam tahun tu jugak, non-exec baru ada masuk kat floor aku di Jalan Tandang. Aku hairan kenapa induksi mereka lebih lama... Lebih sebulan kot...


Cerita muka serupa

Yang mula-mula tadi. Ya. Itu jumpa yang mula-mula masa masuk kerja. NFI & SIM. Aku ada bagi tahu mereka berdua ni tentang dari mata aku, ada kesamaan antara mereka. Aku tunjuk gambar masing-masing dengan pihak yang satu lagi. Seingat aku mereka berdua ada respon, tapi secara tepatnya siapa berkata "memang ada sikit sama", "dia lagi cun", "ada la sikit-sikit" aku lupa. Alhamdulillah, NFI dah mendirikan rumah tangga awal tahun ni. Then ada staff baru masuk masa di Annexe, MRMY. Aku rasa dia ada iras-iras course-mate aku MKM. Tapi bagi aku, bilangan persamaan tak sebanyak yang contoh kat atas...


Aku juga jumpa muka yang serupa mcm muka ust Kaspol Anuar KMPP, mcm MDK UPM dll.



Cerita kasih dan sayang dan cinta



Nope, not here. Yes..., no. (Aku akad nikah masa setahun lebih dah aku kerja di sini... Siapa yang datang walimah aku? Ramailah. Kawan, jiran sekampung, senior, junior Falahiah, KISAS, UPM dll.)



Cerita konspirasi



Sebelum naiknya isu APCO, 1Malaysia, Gov't Transpornmasi Program, video yg disebarkan oleh Datuk T dan lain-lain, aku cukup tertarik dengan idea 1 di sini. 1intra, 1Suara, 1Pulse, 1Company Mindset, 1 dll. Namun aku gagal mengesan apakah ada agenda tersembunyi di sebalik sebutan berkenaan. Bila mejulangnya Tok Jib dan slogan 1Malaysiannya, yang didakwa diusulkan oleh firma APCO, maka aku berpatah balik ke tempat kerja aku sendiri. Adakah, konsep 1 segala benda ni, juga mempunyai kaitan dengan APCO? Aku ada semak vendor number dalam system. Tidak ada APCO atau local partner APCO. Aku semak nama UMNO, ada 3 entri namun tiada langsung apa-apa pembayaran atau kontrak yang berasosiasi dengan ketiga-tiga vendor number berkenaan. Wallahua'lam.



Penceramah di Surau Menara juga tidak terlepas dari masalah oleh orang yang tidak berpuas hati. Siapakah blogger UMNO dari Annexe 2 yang panas punggung bila satu tazkirah sebelum khutbah Jumaat oleh Ust Md Zain tahun lepas berkaitan isu judi, dijadikan mangkin untuk buat laporan kpd "CHICO"? Hasil dari tindakannya, semua penceramah telah diselidiki oleh HR dan hasilnya surat kepada 3 orang penceramah telah pun dikeluarkan. Seorang pengurus di HR telah menyerahkan surat bersampul kosong tanpa tulisan kepada AJK Surau Menara utk diserahkan kepada 3 Ustaz berkenaan. Currently, the content & the fate of the letter is unknown.



Cerita yang jumpa balik



Aku jumpa balik FNMS kat tangga Jalan Tandang. Aku ingat2 lupa laa dia mula2nya. Tapi unsur tu takkan aku boleh lupa dengan senang, sebab di Kuliah F2 KMPP 02/03, seorang je nama yang lekat dengan panggilan unsur. Then MNHMN. Aku jumpa juga sek-sek Falahiah - nuci, serul & aisi - semuanya nama yg dipanggil masa ngaji peringkat menengah dulu. ADS, MAMN & AAA. Di luar sepanjang kehidupan berkarier aku di sini, aku berjaya contact balik dengan orang yang aku dah sangat2 lama lost contact, SIM & SHY. Not face-to-face tapi at least, tahu duduk cerita, khabar berita.




Aku juga jumpa balik Ust Anzaruddin yg mengajar Bahasa Arab aku di UPM. Dia berkuliah Zohor hari Selasa kedua setiap bulan.



Cerita jentera yang ditakdirkan untuk berjuang



Aku berjaya dengan izin ALLAH Ta'ala memiliki kenderaan sendiri. Di Jalan Tandang, beli motor Honda WaveS 125. Lebih kurang setahun kemudian, masa tu dah pindah di Annexe, berjaya membeli Proton Persona M-Line Manual.

Tengah parking kat Jalan Tandang

Lepas tinted kat Bangi.


Terima kasih kepada abang-abang aku yang membantu aku mendahulukan pembayaran motor tu & membantu penyediaan takaful kereta & motor. Pembayaran kereta aku potong gaji.

Cerita tahlil
Sub-plot ini mengajar aku untuk menjawab dengan kadar segera apa-apa soalan agama yang ditanyakan kepada aku. Mungkin sehari sela masa untuk menggali jawapan... Namun seingat aku, aku masih berhutang jawapan dengan seseorang berkenaan dengan soalannya berkaitan aurat muslimah dengan wanita bukan Islam. Jelas tidak ada ayat al-Quran yang menyebutnya, namun kedapatan Hadis yg menjelaskannya, dan aku masih belum mampu mencarinya dengan baik. Setakat jumpa URL dari hasil Google adalah...
Ah, berbalik kepada tahlil...Seorang kawan yang lain bertanya melalui emel berkenaan hukum tahlil dan menziarahi kubur bagi seorang muslimah. Aku jawab akan balik study dulu. Beberapa minggu kemudian, aku buka tender dengan seorang kawan dia. Aku mendapat berita musibah kematian yang melanda diri penyoal aku tu. Aku terkejut sangat sampai nak menitik air mata, kenapalah tidak kujawab segera soalan dia. Balik ke rumah aku rujuk beberapa buku.

Esoknya aku balas emelnya tentang soalan, ini jawapan aku (emel mula-mula tak jumpa):


Assalamu’alaikum.


Ini pandangan Mazhab Syafi’e.

Dipetik dari buku Fiqhul-Manhajiyy oleh Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho & Ali asy-Syarbaji. Aku amik dalam edisi terjemahan Bahasa Melayunya jilid satu.


Halaman 268

Dalam buku ni, beberapa perkara telah disebut sebagia Bida’ah Dalam Menguruskan Jenazah. Yang ke-7 ialah keluarga si mati sibuk membuat makanan dan menjemput orang untuk menikmatinya sebagaimana yang biasa dilakukan di Zaman sekarang, Perbuatan tersebut adalah bida’ah yang berlawanan sama sekali dengan sunnah Rasulullah SAW.


Menurut as-Sunnah, perkara yang harus dilakukan adalah sebaliknya; sebahagian mereka yang mengiringi jenazah berperanan membawa makanan dan dihantar kepada keluarga si mati atau mengumpulkan mereka di sebuah rumah orang yang menjemput. Disunatkan dibuat dengan banyak sekira-kira mencukupi untuk sehari semalam bagi keluarga si mati.


Ini berdasarkan peristiwa ketika Rasulullah s.a.w. diberitahu tentang peristiwa kematian Jaafar bin Abi Talib, Baginda bersabda:


Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar. Sesungguhnya telah berlaku kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka.” At-Tirmidzi (998), Abu Daud (3132) dan lain-lainnya.


Haram menyediakan makanan untuk perempuan-perempuan yang meraung sesuatu kematian dan juga orang-orang seumpama mereka, sama ada dari keluarga si mati atau lainnya. Ini kerana perbuatan tersebut termasuk dalam membantu melakukan maksiat dan menggalakkan penerusan.


Di antara bida’ah yang dilakukan oleh keluarga si mati ialah menjemput orang ramai untuk makan, sempena berlalunya 40 hari kematian keluarganya dan seumpamanya. Sekiranya makanan yang disediakan adalah daripada harta ahli waris yang belum baligh, maka ia sangat ditegah dan diharamkan. Ini kerana ia adalah perbuatan memakan harta anak yatim dan mensia-siakan hartanya yang tidak memberi apa-apa maslahat (kebaikan) kepadanya. Semua dikira terlibat dalam melakukan perbuatan yang haram itu sama ada keluarga yang menjemput atau mereka yang datang memakannya.


Tapi, apa yang aku emel hari tu yang difatwakan ialah kajian mendalam mufti-mufti dan mereka2 yg terlibat mengeluarkan fatwa. Kajian mereka mengambil kira pelbagai pandangan & pendapat mazhab-mazhab yang empat. Juga, fatwa yg dikeluarkan adalah bersesuaian dengan suasana tempat dan masyarakat di mana ia (fatwa) dikeluarkan. Terpulanglah nak ikut yang mana.


Pasal ziarah kubur, mazhab Syafi’ie menerangkan, dari buku ini juga, adalah tidak disunatkan perempuan menziarahi kubur, bahkan perempuan dimakruhkan menziarahi kubur kerana dibimbangi akan berlaku at-Tabarruj (bersolek ketika keluar ke sana), menjerit-jerit, dan mengangkat suara. Abu Daud (3236) dan lainnya meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:


Allah melaknat perempuan-perempuan yang menziarahi kubur.


Walau bagaimanapun, disunatkan menziarahi kubur Rasulullah SAW. Dan dinisnbahkan dari situ boelh menziarahi kubur-kubur Nabi yang lain dan orang-orang yang soleh, dengan syarat, mereka keluar tidak dalam keadaan bersolek (berhias), tidak bercampur dan bersesak dengan golongan lelaki serta tidak mengangkat suara kerana semua itu adalah punca berlaku fitnah.


Begitu juga mengiringi jenazah, orang perempuan tidak disunatkan untuk mengiringi jenazah ke kubur. al-Bukhari (1219) dan Muslim (938) meriwayatkan daripada Ummu ‘Atiyyah r.a. katanya:


Kami telah dilarang dari mengikuti (mengiringi) jenazah. Walau bagaimanapun, (larangan tersebut) tidak dikuatkan ke atas kami (tidak sampai ke tahap diharamkan).


Wallahua’lam.


p/s



  1. tabarruj ni maknanya ialah bersolek-solek berhias-hias. Istilah ni diguna kepada perempuan yang keluar dan melampau-lampau dalam berhias.

  2. kurungan-kurungan yang ada nombor tu ialah hadis ke berapa yg diriwayatkan oleh periwayat berkenaan.

  3. boleh tny kalau ada tak faham apa2.

Cerita prinsip

Banyak prinsip hidup aku yang teruji sepanjang aku bekerja di sini. Banyak juga penilaian semula terhadap prinsip-prinsip berkenaan yang berlaku. Sekelumit ilmu dan pengetahuan yang ALLAH bagi, aku gunakan untuk membawa diri aku sepanjang masa. After all, kita hidup untuk mencapai keredhaan ALLAH.

-- Datang awal datang lambat. Keluar awal keluar lambat. Kerja ni, memang kita kena datang ikut waktu yg pejabat kita tetapkan. Balik pun. Tapi dari segi menulis kehadiran tu. Kenapa segelinitr tak boleh jujur pada diri sendiri?


-- Selalu berlaku aku pergi ke pc / desk orang untuk tolong apa-apa masalah di pc atau laptop dia. Namun keadaan mata aku yang seperti ini tidak mengizinkan aku untuk menatap skrin di kejauhan. Jadi terpaksalah aku rapatkan muka, badan aku ni ke monitor... Sesetengah orang mungkin musykil dengan dekatnya aku berada. Sesetengah orang tak kisah. Aku tak tahulah pulak perasaan orang yang ditolong tu. Aku minta maaf jika sebabkan kalian tak selesa. Habis aku pun tak tahu dah mcm mana nak tolong orang dengan masalah pc dia, kalau aku tak nampak apa masalahnya.


-- Aku seorang single-eyed viewee. Terjadik pulak mata dominant aku ialah mata kanan. So muka aku akan terteleng sikit. Orang sebelah kiri aku kadang-kadang ingat aku jeling dia. Aku pun nak minta maaflah. Mungkin aku ni dah juling, atau apa? Wallahua'lam.


-- Tidak akan sama seseorang yang berkeluarga dan belum berkeluarga. Tidak akan sama orang yang kaya dan orang yang miskin. Tidak akan sama orang yang ada maid dengan orang yang tak ada maid. Tidak akan sama orang yang ada rumah sendiri dan orang yang duk menyewa. Tidak akan sama orang yang mempunyai zuriat dan orang yang masih belum ada zuriat. Tidak akan sama orang yang hantar anak dia ke nursery dengan orang yang hantar anak dia ke pengasuh. Tidak akan sama orang yang berasal dari bandar dan orang yang berasal dari desa. Tidak akan sama orang yang mempunyai pasangan bekerjaya dan pasangan suri rumah sepenuh masa. Tidak akan sama orang yang mempunyai colleague dan orang yang tidak mempunyai colleague. Tidak sama orang yang mempunyai colleague lelaki dan orang yang mempunyai colleague perempuan.


-- Tapi ramai nak semua sama dengan sesuatu. Mereka tidak faham akan ketak samaan ini. Semua demand dan request tidak mengambil kira perbezaan ini.


-- Usah mengharap kesempurnaan dalam semua perkara.


-- Bagaimana, dalam sesebuah organisasi yang besar & banyak pemeringkatan ini, pemantauan terhadap amal ibadah dilaksanakan? Mcm mana tentang muslim/muslimah yang sengaja tidak solat (bukan solat Jumaat tapi tidak solat)? Kekuatan bagaimanakah yg diperlukan (oleh aku & orang lain) untuk menyuruhnya solat? Duduk terperuk di PC, sedetik demi sedetik sehingga habisnya waktu Zohor.


-- Atas dasar apa mengumpat dihalalkan dalam alam pekerjaan ini? Tidak kisahlah mungkin untuk proses2 sumber manusia yang banyak itu, tetapi jika umpat-umpatan itu sekadar untuk melepaskan geram dan nafsu ammarah amat2lah tidak patut. A bercakap pasal Z di depan B dkt desk C ... C tak pasal-pasal hisap dosa kering je. Nak tegur, dah besar & tua. Atau C tak reti menegur secara elok... Atau iman C lemah?