Wednesday, January 24, 2007

REUNION Bekas Pelajar KMPP

Kepada semua pelajar KMPP, Majlis Pelancaran Alumni KMPP & Reunion akan diadakan seperti berikut:

MASA : Pagi - Petang
TARIKH : Ahad, 6 Mei 2007
TEMPAT : Sekitar compound KMPP
PENGINAPAN : Daftar Masuk Menginap di KMPP mula jam 2.00 petang, Sabtu 5 Mei 2007


Pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang. Sila emelkan kepada En Tajuddin,
tajuddin@kmpp.matrik.edu.my untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

Marilah sama-sama menghadirkan diri ke majlis tersebut. Sila sebarkan kepada rakan-rakan ex-KMPP yang lain.

Terima kasih.

Sunday, January 21, 2007

Salam Ma'al Hijrah. Kullu 'am wa antum bikhair

Alhamdulillah menapak lagi kita semua setahun ke dalam Tahun Baru Hijriyyah.

Pada hari ni 1 Muharram ni genap setahun hijri diri ini menggunakan no celcom sekarang ni. Pada hari ni (21/01/07) jugak, genap 8 bulan bekerja di tempat kerja sekarang ni.

Isu yang sering dibangkitkan seawal tahun baru hijri ni ada banyak. Salah satunya ialah pasal doa awal tahun dan doa akhir tahun. Di sini, nak petik satu kata2 Ust (famous la dia di company ni...) berkenaan doa tu. Diri ni yakin ramai menerima emel mempersoalkan kesahihan doa tersebut. Apa jawapan ustaz? "Memang hadith tersebut tidak dinyatakan dalam kitab-kitab hadith muktabar dan tiada pula ulama hadith tersohor yang meriwayatkannya. Namun doa itu elok diamalkan. Doa tersebut tidak salah tetapi perbuatan menyandarkan doa tersebut kepada Nabi adalah salah. Wallahu A’lam." Demikian jawapan beliau.

Nanti khabarku akan menyusul ke dalam emel2 sahabat2 Insya ALLAH. Dah lama tak menulis khabarku nih...

Latihan Gayong keempat

untuk makluman, latihan gayong ke-2 tak gi sebab ada Family Day company dan latihan ke-3 tak gi sebab ada meeting.

apa ya nak disampaikan? takde apa sangat cuma mlm tu dapat kembali buah-buah tapak (atau buah kunci mati) ke-8 smpai ke-14. dapat juga pentas dua. Pentas ni ialah jurus-jurus pembuka kunci. Namun, kunci gayong ni hanya boleh dibuka apabila ianya belum dimatikan. Macam mana? Itu cite dalam gelanggang laa.

Latihan dalam padang yang becak... memang berkubang sungguh hari tu. Sorang2 tu mcm kerbau lama tak masuk bendang... yang bersih ada juga... sebab tak main pentas & kunci bersih laa badan tu.

seperti biasa, lepas habis latihan dapat sedikit pesan dr cikgu. Pesannya kali ni lebih kepada menyuruh sesiapa saja yang belum belajar seni beladiri supaya belajar laa. Jangan tunggu 13 Mei berlaku baru nak minta diajarkan apa2...dah terlambat kalu saat sebegitu muncul lagi tp kita tak bersedia dengan ilmu di dada. Malam tu ramai tak turun may be sebab hujan... Jadi cikgu jugak berpesan supaya yang dah bergelanggang tu turun laa berlatih. Practices make perfect.

OK lah dah tak tahu nak tulis apa dah. Mulai minggu depan latihan akan diadakan pada Khamis malam dan Ahad malam. Siapa2 nak join dipersilakan.

Friday, January 19, 2007

AHLI KITAB

Dalam Al-Quran banyak disebut ahli kitab. Ahli kitab atau ahlul kitab bermakna penganut agama Yahudi & Nasrani, yang menerima kitab2 yang pure untuk agama mereka iaitu Kitab Taurat, Zabur dan Injil.


Pada zaman Nabi SAW, ahli kitab diberi kedudukan yg istimewa, e.g dlm Piagam Madinah, hubungan mu'amalah dengan umat Islam, perlindungan dalam negara Islam Madinah dsb. Ini hanya khusus untuk mereka yang masih menganut ajaran agama suci dari Kitab Taurat & Injil yang masih belum diubah. Contoh ahli kitab yang terkenal ialah Waraqah bin Naufal, bapa saudara Khadijah isteri Nabi.


Zaman sekarang, sudah tak wujud lagi ahli kitab kerana perubahan2 yang dilakukan kepada Injil & Taurat yang asal. Adalah mustahil untuk wujud lagi sepatutnya ahli kitab. Ini kerana, dalam kitab2 asal Taurat & Injil telah disampaikan berita berkenaan kemunculan Rasul akhir zaman (cuba lihat makna Surah As-Sof ayat 6-7), Muhammad SAW, yang mesti menjadi ikutan kepada semua ahli kitab yang berpegang teguh kpd Taurat & Injil yang sebenarnya.


Wallahua'lam.

Thursday, January 18, 2007

PERARAKAN BANTAH PENAHANAN ISA

Ayuh beramai-ramai berarak dari Masjid Negara ke SUHAKAM selepas Solat Jumaat, 19 Januari 2007 untuk penyerahan memorandum HENTIKAN KEKEJAMAN ISA.

Sebarkan.

AL-FATIHAH

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada mak mertua Zulhazmi, yang pulang ke rahmatullah kira-kira jam 6.00 petang, Sabtu 13/01/2007 yg lepas di Perak akibat sakit jantung secara mengejut.

Semoga roh almarhumah dicucuri rahmat ALLAH.

Friday, January 12, 2007

latihan gayong dan lain2 perkara

Latihan Gayong

Semalam buat kesekian kalinya latihan Gayong di UPM dilangsungkan lagi. Aku join juga. Walaupun datang agak lewat sebab rush dari office, namun boleh laa dapat refreshment sikit untuk segala asas gerakan, elakan dan kunci yang ingat2 lupa.

Oh, ya. Untuk mereka yang berminat, anda boleh join latihan Gayong UPM ni setiap Khamis & Sabtu pukul 8.30 malam di padang depan kolej ke-2.

Sebaik sahaja menutup gelanggang dengan adab2nya (nak tahu kena belajar gayong), kami sekalian dihidangkan dengan satu cerita. Cikgu memberitahu kami khabar berita ttg Syafinaz (salah seorang anak Gayong UPM yg aku igt2 lupa). Dia terlantar sakit sekarang. Sebabnya terkena buatan orang. Mengapa dia menjadi mangsa buatan orang? Seperti biasa cikgu tak cerita in details namun ia berkisarkan penolakan cinta. Cinta tak berbalas, menyebabkan dia disantau remotely.

Pesan cikgu supaya anak2 muridnya mengamalkan bacaan seperti mana membuka dan menutup gelanggang (Al-Fatihah 1x, Al-Ikhlas 11x, selawat 3x) sebagai salah satu dp banyak2 bacaaan untuk mendindingkan diri kita dp perbuatan khianat orang. Kes Syafinaz ni, santaunya memang kena tepat tp dengan izin ALLAH melalui berkat Al-Quran, effect santau tu minimised.

Cikgu juga berpesan supaya, kalau dikecewakan, banyak2la bersabar. Jangan laa membalas. (Masa tu ada junior sampuk cikgu, laki2 byk can lagi... dan org gelak2. Aku diam lagi.) Aku cukup terasa dengan ayat tu sebab aku rasa aku pernah dikecewakan. Namun, takde laa aku gila nak menyantau menyasaukan orang. Berdosa besar memutuskan silaturrahim. Aku tidak diajar begitu. Aku diajar bersabar, dan aku cuba untuk mengamalkannya. Sedih biasalah. Namun kita mesti cuba untuk melupakan kesedihan itu, kalu tak affect masa depan kita nanti. Lagi teruk.


Azam Tahun Baru

Apa azam tahun baru? Bila aku tanya sorang tu dia jawab, 'rahsia, hehe' melalui sms-nya. Ikutlah... Well I wonder makan kat JAS Cafe bagi sahabat2 yang kukenali kerja kat Magna (x kira laa Magna Oren ke Magna Tengah ke Magna Jas Cafe kaa)... namun di situ orang yg membuat makanan dan minuman adalah orang2 yang menutup aurat. Aku rasa amat beruntung Yadi, Abe Madi, Yati, Kak Nafis, Safwan, Rusli, Indra, Kak Zaiha, Kak Fidah dll yg makan kat situ. Mesti ada lebihnya mereka berbanding aku in term of makan di tempat pembuat makanan menutup aurat ni.... Mungkin rahsianya ialah menutup aurat... Lagi bagus dp makan di tempat org tak tutup aurat...

Aku decide tahun ni salah satu azamnya ialah makan di tempat yang pembuat makanan menutup aurat. Or at least org perempuan bertudung (sebab ada org perempuan bertudung tp mendedahkan aurat syeikh!)....

Semoga ALLAH mudahkannya.

Salah satu lagi ialah azam tahun baru ialah aku mesti tak mudah perasan atau syok sendiri dengan baiknya orang terhadap aku (well, berjaga2 sebelum dikecewakan....) ... Aku juga mesti bersedia untuk menerima perkataan begini dr orang "Kita ni kawan biasa je dan tak lebih dari tu." Aku juga mesti kuat untuk meluahkan kata-kata yang berikut kepada sesiapa yang aku rasa perlu (tapi susah beb!) "Kita ni kawan biasa je dan tak lebih dari tu."

Semoga ALLAH mudahkannya.

ALLAHumma yassir umuurona, wa ahsin 'aqibatana fil-umuuri kulliha, Wa a'izna min khizyid-dunya wa min 'azaabil-akhirah. Amin.

Tuesday, January 02, 2007

2006 at a Glance (politic-based - sumber: 10 Berita Utama 2006, malaysiakini)

Kami ingin membawa anda merenung kembali beberapa peristiwa paling menarik sepanjang tahun ini – meliputi isu-isu yang menyentuh soal kaum dan sensitiviti agama hinggalah kepada arena politik.

1. 'Perang di Putrajaya'

ISU: Pertelingkahan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pengganti pilihannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi cukup memeranjatkan rakyat Malaysia. Ketegangan antara mereka tercetus tahun lalu, tetapi 'serangan' sebenar Dr Mahathir adalah sejurus selepas wawancaranya dengan malaysiakini pada 23 Mei. Dalam satu sidang akhbar pada 7 Jun, beliau secara terbuka berkata, Abdullah bukan calon pilihan utama untuk menggantikannya. Sejak itu, keadaan menjadi semakin buruk. Seperti yang dijangka, anggota kabinet Abdullah – ramai daripadanya dilantik oleh Dr Mahathir – mempertahankan Perdana Menteri daripada serangan Dr Mahathir.

Ketegangan itu mencapai kemuncaknya apabila Dr Mahathir diserang dengan semburan bahan pemedih mata ketika tiba di Lapangan Terbang Kota Bharu pada 28 Julai. Ini membawa kepada polis membuat laporan terhadap malaysiakini, dan individu yang didakwa bertanggungjawab melakukannya, dihadapkan ke mahkamah.

Terdapat usaha untuk mendamaikan Dr Mahathir dan Abdullah apabila kedua-duanya mengadakan pertemuan pada 28 Oktober, tetapi ia sebaliknya mencetuskan perang mulut seterusnya. Bagaimanapun, Dr Mahathir mengalami serangan ringan sakit jantung pada 9 November dan beliau semakin pulih dan jarang muncul di khalayak ramai.
APAKAH SELANJUTNYA:
Dr Mahathir kini tidak banyak bersuara. Namun begitu, ramai yang percaya ianya belum lagi reda dan boleh meletup bila-bila masa... Untuk maklumat lanjut, lihat laporan khas kami.

2. 'Memotivasi' Melayu...
ISU:
Apabila Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghunus keris di perhimpunan agung Pemuda Umno pada 14 November lalu, beliau mempertahankan tindakannya dengan mengatakan ia bertujuan memotivasikan orang Melayu.

Dan itulah yang terjadi. Tiga perwakilan Umno menyampai ucapan berapi-api yang berbau hasutan mengenai perlunya melindungi ketuanan Melayu, mengekalkan hak keistimewaan bumiputera dan melindungi agama Islam daripada dipersoalkan.

Siapa yang dapat melupakan kata-kata perwakilan Umno dari Perlis, Hashim Suboh: "Datuk Hisham telah menghunuskan kerisnya dan menciumnya. Kami mahu bertanya kepada Datuk Hisham bilakah beliau akan menggunakannya?".

Seorang lagi perwakilan pula berkata, orang Melayu sanggup 'bermandi darah' untuk mempertahankan bangsanya.

Semua itu dapat diikuti oleh rakyat Malaysia kerana perhimpunan tersebut disiarkan secara langsung oleh stesen TV satelit Astro. Sebelum ini, apa yang diperkatakan hanya terhad di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) sahaja.

Ucapan tersebut mendapat bantahan keras. Parti pembangkang DAP membuat laporan polis terhadap perwakilan berkenaan. Peguam Negara pula perlu membuat keputusan sama ada akan mendakwa mereka atau tidak di bawah Akta Hasutan. Umno hanya mengeluarkan amaran keras kepada mereka.

Tindakan keras Pemuda MCA, yang pada mulanya mempersoalkan tindakan Hishammuddin menghunus keris itu, kini nampaknya semakin 'lembut' selepas mendengar penjelasan mengenainya daripada Ketua Pemuda Umno itu.
APAKAH
SELANJUTNYA:
Yang nyata, mungkin tiada lagi 'siaran langsung' perhimpunan agung Umno yang akan datang.

3. Konflik agama


ISU:

Jarang sekali pentadbiran Mahkamah Syariah menjadi tumpuan berhubung hak perlembagaan individu dalam kes bertukar agama kepada Islam.

Kes-kes mengenai Lina Joy, S Shamala, Nyonya Tahir, M Moorthy dan Rayappan Anthony kini meniti di bibirkan semua orang, ketika mereka atau keluarga mereka memohon pengisytiharan mahkamah berhubung status agama mereka.

Berikutan itu, beberapa badan bukan kerajaan dan individu telah menubuhkanGabungan Artikel 11. Ia mengadakan forum awam dan turut berdepan dengan bantahan badan-badan Islam di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Walaupun Perdana Menteri sentiasa bercakap mengenai kebebasan bersuara, tetapi dalam hal ini, beliau bertindak untuk 'memelihara ketenteraman awam' – dengan menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama dan melarang sebarang perbincangan mengenai soal antara agama.

Murtad juga menjadi isu utama, sehingga berlakunya satu perhimpunan bantahan di sebuah gereja Katolik di Ipoh, Perak selepas tersebarnya SMS palsu yang mendakwa. satu majlis membaptis orang Islam akan diadakan di situ.

Kes 'identiti' Lina Joy juga mengakibatkan peguamnya Malik Imtiaz Sarwar menerima ancaman bunuh kerana meletakkan hak perlembagaan melebihi undang-undang Islam.
APAKAH SELANJUTNYA:
Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy akan menjadi satu ujian penting sama ada keputusan Mahkamah Syariah mengatasi penghakiman mahkamah sivil.

4. Semua naik, subsidi minyak kurang


ISU:
Subsidi minyak telah dikurangkan tetapi ko sara hidup, kadar tarif elektrik dan kadar bayaran air pula semakin naik. Siri protes tercetus di Kuala Lumpur, termasuk insiden demonstrasi 'Ahad Berdarah' yang menyaksikan ramai yang tercedera dan 18 orang ditahan. Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa kualiti hidup masih baik dan kenaikan harga itu adalah selaras dengan 'dasar kerajaan untuk memanfaat secara efisien sumber tenaga kita'.

Tidak lama selepas itu, kadar air di Lembah Klang dinaikkan sebanyak 15 peratus walaupun tidak dapat dipastikan justifikasi keputusan kerajaan dan syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd itu.
APAKAH SELANJUTNYA:
Dengan keadaan ekonomi yang lembab, kurangnya keyakinan rakyat terhadap rakyat, nampaknya Barisan Nasional perlu bekerja keras kecuali rakyatnya terus diselubungi sindrom 'mudah lupa'.

5. Karikatur Nabi Muhammad

ISU: Isu berhubung penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad menyaksi pertubuhan media dikenakan tindakan di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Akhbar Sarawak Tribune digantung pada 9 Februari selepas menyiarkan karikatur tersebut pada 4 Februari. Sejurus selepas itu, operasi syarikat tersebut dibubarkan.

Edisi petang akhbar berbahasa Cina, Guangming Daily digantung selama dua minggu kerana menyiarkan gambar yang memaparkan karikatur, begitu juga dengan akhbar berbahasa Cina Berita Petang di Sarawak.

Pada 21 Februari, akhbar New Straits Times menyiarkan kartun yang memaparkan seorang kartunis jalanan menawarkan untuk melukis karikatur Nabi Muhammad. Selepas menghadapi tekanan, ia menyiarkan permohonan maaf pada hari berikutnya di muka depan. Perdana Menteri menerima permohonan maaf itu.

Malaysiakini memperolehi klip video siaran karikatur tersebut di stesen milik kerajaan – RTM 2 – dan stesen televisyen swasta TV3, masing-masing disiarkan pada 3 Februari dan 27 Februari. Pada 1 Mac, TV3 dan ntv7 memohon maaf.
APAKAH SELANJUTNYA:
Mengenai kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara, pastinya'self-censorship' di bilik berita akan bertambah ketat.

6. Perobohan rumah ibadat 'haram'...

ISU:
Sejak bulan Februari, beberapa tempat ibadat 'haram' telah dirobohkan. Sebahagian besar daripada kuil Hindu terbabit wujud sejak zaman penjajah lagi.

Badan hak asasi – Barisan Bertindak Hak Agama Hindu – yang memperjuangkan hak kebebasan beragama dalam perlembagaan, telah mengesan kes 74 kuil hindu dirobohkan. Bagaimanapun, usahanya sehingga ini belum membuahkan hasil.

Turut dirobohkan ialah sebuah kuil Cina di Pulau Pinang dan sebuah surau di Selangor turut dirobohkan, sehingga menimbulkan bantahan penduduk.

Hindu Sangam – persatuan induk bagi persatuan-persatuan Hindu di Malaysia, sedang berusaha untuk menenangkan keadaan dan menyelamatkan kuil terbabit. Menyedarikan ketegangan tersebut, Pejabat Peguam Negara sedang menjalankan kajian segera mengenainya.
APAKAH SELANJUTNYA:
Nasib banyak lagi kuil masih belum dapat dipastikan kerana perintah perobohannya telah dikeluarkan.

7. Dan di Selangor...


ISU:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Mat Deros membina 'istana' tanpa mendapatkan kelulusan Majlis Perbandaran Kelang (MPK) terlebih dahulu, sedangkan beliau sendiri merupakan ahli MPK. Beliau juga mengendalikan restoran sate di premis yang tidak diluluskan oleh MPK.

Sultan Selangor akhirnya campurtangan dan 'menasihatkan' Zakaria supaya tidak menerima tawaran untuk menyambung perkhidmatannya di MPK.

Satu lagi skandal membabitkan Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Sepang yang memaksa pemilik perniagaan supaya menggunakan perkhidmatan operator kawalan makhluk perosak yang 'diluluskan' sebagai syarat untuk mendapatkan lesen atau memperbaharui lesen.

Bagaimanapun, ia menarik balik syarat tersebut selepas timbulnya bantahan kerana operator berkenaan mengenakan bayaran yang begitu mahal dan sebahagian besarnya pula tidak bertauliah.
APAKAH SELANJUTNYA:
Pembayar cukai mesti memastik majlis-majlis perbandaran di Selangor yang diisytiharkan sebagai 'negeri maju' menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan berakauntabiliti.

8. Penguasaan media

ISU:

Pada 17 Oktober, kenyataan Bursa Malaysia dan MCA mengumumkan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN), itu telah menjual 21.02 peratus daripada 44.4 peratus pegangannya dalam Nanyang Press Holdings – yang menerbitkan akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau dan China Press – kepada jutawan balak dan media dari Sarawak, Tan Sri Tiong Hiew King.

Syarikat Tiong – Sin Chew Media Corporation Bhd – menerbitkan dua akhbar terlaris berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan Guangming Daily. Ekoran penjualan tersebut, Tiong menguasai 87 peratus pembaca akhbar harian berbahasa Cina di Semenanjung dan 86 peratus perolehan iklan.

Ekoran itu, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina dan para pelajar melancarkan kempen anti-monopoli, antara lain, dengan menganjurkan forum awam, bantahan dan demonstrasi maya. Mereka menggesa Tiong dan MCA menjual saham masing-masing dalam Nanyang Press serta penubuhan jawatankuasa terpilih Parlimen mengenai hak komunikasi.

Sebelum selepas itu, timbul pula cadangan penggabungan antara dua pertubuhan media utama di Malaysia – New Straits Times Press Bhd milik Media Prima Bhd dan Utusan Melayu milik Umno.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyokong penggabungan tersebut, tetapi pemimpin Umno dan ahli akar umbi pula tidak menyenanginya. Mereka bimbang Utusan Melayu akan hilang identitinya sebagai jurucakap masyarakat Melayu, jika penggabungan itu menjadi kenyataan.
APAKAH SELANJUTNYA:
Pemuda MCA yang menyokong cadangan penubuhan jawatankuasa terpilih itu, bakal berdepan dengan parti induknya dan BN, bagi menjayakannya. Empayar media Tiong pula akan terus dipantau, manakala Umno perlu bekerja keras untuk mendapatkan persetujuan ahli-ahlinya bagi menjayakan penggabungan NST-Utusan.

9. Kes pembunuhan wanita Mongolia


ISU:
Oktober lalu, seorang wanita rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibu, 28, dilaporkan dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan.

Penganalisa politik terkemuka, Abdul Razak Baginda, 46, telah didakwa bersubahat dengan dua anggota unit tindakan khas yang dituduh membunuh Altantuya. Kes tersebut ditetapkan didengar pada 5 Januari depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Abdul Razak merupakan rakan rapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan. Pada 2002, nama Abdul Razak dibangkitkan di Parlimen kerana didakwa menjadi orang tengah dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.. Urusniaga tersebut dianggarkan bernilai AS$800 juta.

Perdana Menteri Mongolia, Parlimen dan beberapa badan kerajaan mengikuti rapat perbicaraan kes tersebut bagi memastikan ia bebas daripada "pengaruh politik", tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memberi jaminan tiada apa yang akan disembunyikan.
APAKAH SELANJUTNYA:
Pastinya perbicaraan kes ini ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak kerana ia dijangka menjanjikan sesuatu yang di luar dugaan, terutama mereka yang percayakan teori konspirasi dalam kes ini.

10. Saman trafik pesalah VIP


ISU:
Malaysiakini yang pertama menyiarkan berita kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan 11 denda saman kesalahan trafik berjumlah RM1,000. Beliau kemudiannya membayar denda tersebut.

Semakan juga mendapati Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman; dan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, turut gagal membayar lebih 100 denda saman kesalahan trafik.

Lapan belas menteri lagi mempunyai hampir 1,000 denda saman kesalahan trafik yang berjumlah lebih RM115,000. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu pula mempunyai 143 saman berjumlah RM17,000.

Semua saman tersebut tertunggak bertahun-tahun lamanya yang dilakukan di pelbagai tempat dan berlainan kenderaan. Bagaimanapun, ramai daripada pesalah VIP ini mendakwa kenderaan mereka dipandu oleh orang lain.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengarahkan mereka yang terbabit supaya membayar saman tersebut, tetapi beliau sendiri dan beberapa orang menteri lagi didapati turut tidak menjelaskan saman apabila operasi trafik selesai dijalankan.
APAKAH SELANJUTNYA:
Mungkin editor malaysiakini akan 'dijemput' menghadiri mesyuarat di mana mereka akan 'dinasihatkan' supaya jangan membesar-besarkan isu-isu yang sensitif!