Saturday, February 11, 2006

MENGAPA MEMPERTAHANKAN DIRI?

MENGAPA MEMPERTAHANKAN DIRI?

Jadikanlah setiap amal kita sebagai ibadat, hatta dalam mempelajari ilmu beladiri seperti silat ini. Jadikanlah peringatan di bawah sebagai bekalan kita untuk mempertahankan diri, semoga apa yg kita bakal dan mungkin buat menjadi amal ibadat yg diterima di sisiNya.

Seseorang muslim berhak mempertahankan haknya di sisi Islam. Ini ternyata dari hadis Nabi SAW, “Sesungguhnya darahmu, hartamu dan maruahmu di antara sesamamu adalah haram (dicerobohi) sebagaimana haramnya hari kamu ini dalam bulan kamu ini.” (Riwayat al-Bukhari, no. 67&185; Muslim, no. 1679.)

Dari hadis ini ulama’ Islam telah mengeluarkan hukum bahawa:

Penjagaan agama seseorang: Wajib
Kesannya sekiranya seseorang mengajak Muslim keluar dari agamanya, maka si Muslim itu wajib mempertahankannya kecuali sehingga samapi suatu tahap yang amat terdesak sehingga boleh menggugat nyawa. Itupun hanya dgn pengakuan (keluar agama) dengan lidah tanpa disertai pengakuan hati.

Penjagaan nyawa seseorang: Wajib
Wajib bagi setiap umat Islam mempertahankan nyawa dan menurut mazhab Hanafi, Maliki, & Syafi’e, harus bagi mazhab Hanbali. Hukum bunuh diri adalah haram menurut nas yang telah sabit dan qat’ie. Hukum mempertahankan diri daripada dibunuh seseorang juga wajib mengikut pandangan yang lebih kuat. Justeru tidak dibenarkan untuk membiarkan diri dibunuh tanpa melawan.

Penjagaan maruah seseorang: Wajib
Wajib bagi mempertahankan maruah menurut sepakat seluruh ulama’. Maka wanita yang cuba dirogol atau dicabul wajib mempertahankan maruahnya sedaya upayanya, maka jika dia terpaksa membunuh si pencabul demi mempertahankan maruahnya, maka itu adalah wajib dan tidak berdosa di sisi Islam. Bahkan sebaliknya jika dia membiarkan dirinya dirogol maka wanita tadi berdosa.


Penjagaan harta seseorang: Wajib
Kewajipan mempertahankan harta diperselisihkan oleh sebahagian ulama’. Sesetengahnya mengatakan wajib manakala majoritinya mengatakan harus.


Sumber: Majalah i bulan Disember 2005, hlm. 79

(ditulis utk diedarkan sempena lawatan PSSGM UPM ke Pusat Latihan Tertinggi Gayong di Air Kuning, Taiping, 30/11-03/12/2005)

No comments: